Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, February 26, 2014

Anda ragu-ragu untuk berbekam

Bekam adalah terapi kesihatan yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu.

Rasulullah SAW juga menganjurkan umatnya berbekam. sekembalinya rasulullah SAW dari Isra' Mi'raj, baginda bukan sahaja pulang dengan syariat solat 5 waktu, malah malaikat yang ditemui baginda berpesan supaya baginda menyuruh seluruh umat Islam berbekam.

"Tidaklah aku berjalan melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisra'kan, melainkan mereka berkata, suruhlah umatmu berbekam"

(HR Ibnu Majah)

Saya amat sedih kerana ketika umur menjejak 30 tahun baru diperkenalkan dengan sunnah nabi yang begitu hebat ini. Kenapa sunnah ini tidak banyak diperkata dan diperdebatkan umat Islam di samping sunnah rasulullah SAW serta isu-isu yang lain? Banyak perbalahan umat selama ini tidak membawa manfaat kepada umat Islam selain perpecahan dan memutuskan silaturrahim.

Soalan ini bermain-main di fikiran saya sejak mengetahui hikmah bekam yang sangat besar. Kenapa aku tak tahu sebelum ni? Mak ayah pun tak pernah beritahu? Ustaz tak pernah sebut pun? Doktor pun tak pernah cakap?

Disebabkan saya dibesarkan pada zaman proses kemodenan yang sedang memuncak. Sakit sikit, hospital. Demam sahaja disuruh ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Maklumlah, kecanggihan sains dan teknologi menyebabkan kita meniggalkan herba dan akar kayu serta amalan perubatan tradisional lain.

Setelah saya meninggalkan alam pengajian dan masuk ke alam pekerjaan, dirasai ini tubuh ini tidak secergas dahulu, malah beberapa jenis kesakitan yang saya alami tidak dapat dikesan di hospital dan sembuh dengan cara terapi senaman (Senaman Tua Melayu) serta terapi bekam yang saya anggap ketinggalan dulunya.

Bekam adalah amalan Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan kita. Jika kita masih tidak yakin kepada Rasulullah, kepada siapa lagi harus kita percaya? Cubalah alaminya sendiri dan baru anda boleh membuat kesimpulan dan memberi pandangan. Adalah tidak adil membuat pertimbangan tanpa mengalaminya sendiri.

No comments: