Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Thursday, January 23, 2014

Bekam bukan perubatan alternatif

Bekam adalah kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah terkontaminasi toksin atau oksida dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Dalam perubatan dikenali dengan istilah "Oxidant Release Therapy" atau "Oxidant Drainage Therapy" atau istilah lain yang lebih popular adalah "Detoksifikasi". Cara ini lebih efektif berbanding pemberian ubat anti oksidan (ubat kimia) yang bertujuan meneutralkan oksidan dalam tubuh sehingga kadarnya tidak makin tinggi.

Bekam lebih kepada 'mengeluarkan' berbanding 'dimasukkan' dalam perubatan moden. Lebih malang lagi jika yang dimasukkan itu mengandungi bahan kimia yang mempunyai kesan sampingan kepada tubuh. Dalam perubatan Nabawi, ada juga yang memasukkan tetapi bahan-bahan yang dimasukkan adalah bersifat semulajadi (natural) dan halal lagi suci seperti madu, habbatussawda, minyak zaitun dan berbagai lagi.



Ketika ini, negara barat melalui kajian ilmiah membuat kesimpulan ilmiah bagaimana keajaiban bekam sehingga mampu menyembuhkan berbagai penyakit secara lebih mudah dan efektif dibandingkan dengan kaedah perubatan moden. Bahkan semenjak kebelakangan ini pengubatan dengan bekam telah dipelajari di fakulti perubatan Amerika, walaupun mereka tidak pernah mahu mengakui bahawa bekam adalah warisan Rasulullah SAW, doktor terbaik sepanjang zaman.

Ironinya umat Islam sendiri masih memandang sinis terhadap perubatan Nabawi padahal kita mengakui secara lisan bahawa Rasulullah SAW adalah Uswatun Hasanah. Semoga Allah memelihara akidah kita!

Amat sayang kalau kaedah perubatan yang dianjurkan oleh Nabi ini diabaikan dan tidak diambil manfaatnya oleh kalangan umat Islam hari ini. Sedangkan pelbagai jenis penyakit berbahaya mampu dipulihkan dengan bantuan rawatan bekam yang dilaksanakan berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Kosnya murah, selamat, dan sudah tentu berpahala kerana berusaha mengikuti sunnah.

Bagaimana mungkin apa yang disampaikan kepada junjungan besar kita, guru segala guru hanya bertaraf alternatif berbanding apa yang diajar dalam ilmu perubatan moden? Pilihan di tangan kita.

Sunday, January 12, 2014