Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa adat org melayu mencuci keris & senjata pada Awal Muharam.


dipetik dari forum keriswarisan:
http://www.keriswarisan.com/live/forum/thread/327/mengapa-cuci-keris-senjata-pada-awal-muharam/


senol
Kalo ikut kata Dr Tenas Affendi dalam buku dia...cuci keris pada awal muharram simboliknya mcm buat azam tahun baru.detail tak ingat

farizfansuri
bulan perang berhenti rehat.cuci senjata

Nakhoda_Hitam
Ramai yang tahu tetapi tutup mulut sebab tidak mahu mengatakan bahawa bangsa Melayu wujud atas  pengaruh Agama Islam.

Panglima_Melayu_Jati

1. sebelum bulan Ramadhan.
2. awal Muharram
3. Maulud Nabi
4. setiap hari khamis

Ini mana yang saya dengar & ambil tahu..

Tp cara sy senang jer, petua ni dari seorang yg pakar dlm menjaga keris yg berkhadam @ jin...

1. cuci keris @ barang2 antik bila hati rasa nak cuci

2. jgn perasap dengan kemenyan jika tiada 'alamat' buruk @ mimpi
    suruh asapkan barang2 berkenaan

3. jangan amalkan perasap keris selalu, sebab kemenyan adalah makan
   jin @ khadam, dikhuatirkan daripada keris tu kosong, tetiba ada
   penghuni.. tak pun khuatir lau dah ada khadam tu nak 'makan' selalu..
   (sapa yg penat?.. kita jugak..)

4. tidak semestinya cuci pada hari khamis

klu dah cuci tetap berkarat macam mana ?
Betul tu... kena tengok karatnya tahap mana? Kalau teruk kena rendam utk cuci lagi lama dlm beberapa hari bukan sehari aje spt menggunakan rendaman air kelapa campur perahan limau nipis ataupun kaedah2 lain tetapi waspada jangan menggunakan bahan yg boleh merosakkan bilah. Lepas dah cuci bersih2 keringkan dan sapu minyak cendana atau bahan wangi yg lain sptnya supaya bukan sahaja mengharumkan bilah keris tetapi juga dapat menahan proses karat drp cepat berlaku selagi lapisan minyaknya masih ada. Keris2 pusaka (yg telah ada pengisian) mesti dibuat begini at least setahun sekali. Memang kekadang ada isyaratnya tapi malas nak cerita sini. Kalau tak berani jgn simpan barang2 pusaka begini sebab ada sesetengahnya memang garang sikit terutamanya keris jenis semata2 utk tempur sahaja.

beddezeuk
Kita sebagai penyimpan keris pusaka haruslah tahu adat tatatertib pusaka begini sepertimana mengikut ilmunya. Ramai yg tak tahu cakap pandai selalu jatuh hukum. Tidak akan jatuh syirik selagi kita tahu iktiqad tauhid kita kpd Allah s.w.t. Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kita tahu kedudukan kita dan tahu menggunakannya tak salah selagi tahu batas2nya. Kena ada sedikit sebanyak kefahaman dlm ilmu agama. Hamba mengikut tuan bukan sebaliknya

Originally posted by: TokEngkuHitam
Setahu saya, adat mencuci keris mengikut adat Nabi Muhammad SAW untuk azam tahun baru. Rasulullah pada awal Muharram mencuci tasbih Baginda. Simboliknya mencuci Roh kita agar bersih menempuh tahun baru. Bagi keris yang dicuci dan berkhadam simboliknya agar rumah yang dihuni bersih dan persediaan dalam menempuh tahun baru. Disamping dapat merawat tubuh fizikal dan tubuh halus penghuninya.

Cara mencuci keris....( memenuhi permintaan sahabat)

disalin dari blog cikgu nasir: http://cikgunasir.blogspot.com/2008/02/cara-mencuci-keris-memenuhi-permintaan.html

Terdapat pelbagai cara mencuci keris dan senjata di alam Melayu, bagi masyarakat Melayu Kelantan ia dikenali sebagai bacan. Terdapat beberapa langkah untuk mencuci senjata , antaranya ialah :

- Membuang karat pada bilah, jika karata hanya nipis dan biasa cukuplah hanya dengan mengosokkan dengan limau sahaja. Tetapi jika karat adalah tebal dan sudah lama maka ia perlulah direndamkan ke dalam air yang mengandungi air asam (asid). Sebaik-baiknya gunakanlah air kulit nenas, air kelapa dan yang paling mudah ialah menggunakan cuka makan.

- Bilah senjata tadi perlu direndam kedalam air asam tadi, biasanya lebih kurang 6 jam. Jika karat adalah terlalu tebal maka perlulah direndam lagi. (perlu waspada jangan merendam terlalu lama takut hanya tinggal tulang tengah sahaja). Sebaik-baiknya kaedah merendam adalah secara menidurkan keris bukan dengan cara keris berdiri.

- Kemudian bersihkan bilah keris dengan air biasa, diikuti dengan cucian limau nipis yang dibelah empat dan telah dibunag empulurnya. Cuci sehingga 5 hingga 15 minit. cucilah sehingga naik pamornya. to be continued.....

CARA MENCUCI SENJATA MELAYU

Tujuannya membersihkan dari karat dan mengelakkan dari cepat rosak.

(1) Tikam mata Badik atau Keris dsb ke dalam batang pisang, berkali-kali untuk tanggalkan karat
(2) Lap dengan kain bersih
(3) Gosokkan limau nipis atau buah nenas muda pada bahagian yang berkarat berkali-kali. Jika karat sukar hilang, rendam mata itu ke dalam air kelapa selama sehari dua.
(4) Basuh dengan air bersih dan lap
(5) Layur di atas bara api untuk keringkan besi
(6) Bila besi itu jadi panas sekadar boleh cairkan lilin, sapukan lilin.

Teknik naikkan pamur: Rendamkan mata keris atau badik ke dalam bekas yang mengandungi campuran air nasi yang menggelegak, belerang dan garam selama 3 atau 4 hari. Kemudian bersihkan mata itu dengan limau nipis. Wallahua'lam.

Sumber: FB @Hibatullah Yusuf Al-Haj

Cari bekas yang dapat merendamkan mata2 Keris itu. Kemudian sagat atau blend buah nenas. Rendam di dalam juice nenas itu, dan biarkan sampai 12 jam ke macam tuuuu! Isyaallah mata keris akan pulih. Setelah dibilas dengan air dan dikeringkan, letak minyak seperti minyak zaitun untuk mengelakkan daripada mata itu berkarat semula..... Orang2 lama dah ahli Keris tahu tentang kaedah juice nenas yang menjadi bahan pemulihan semula keris2 yang berkarat dan kotor.........

Sumber: FB Syukri Saad


Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :

1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Sumber: FB Ahmed Yushamudden Lubis