Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, December 15, 2014

Kursus Biochemic dan Homeopati

Saya telah diberi peluang mengikuti kursus biochemic dan homeopati  di bawah bimbingan Prof Dr Azman Hj Momamad Tahir yang mempunyai pusat rawatan beliau sendiri di Ipoh dan sangat berpengalaman dalam bidang ini. (Sila ikuti blog Dr Azman: http://azbhomeopati.blogspot.com/)

Kursus ini bagi melengkapkan ilmu bagi melayakkan diri menjadi ahli naturopatik

Naturopatik adalah modeliti perubatan yang diiktiraf WHO dan perlu mengusai 5 modeliti ini

  • Perubatan (cth; Homeopati, Ayurveda, Botani dan lain-lain)
  • Terapi tanpa alat (cth; Urut, Kiropraktik, Yumeiho, Swiss massage, dan lain-lain)
  • Terapi dengan alat (cth; Bekam, Akupuntur, Guasa dan lain-lain)
  • Nutrisi atau pemakanan (cth; Vitamin, Nutrisi)
  • Rawatan menggunakan konsep tenaga minda (cth; Hipnotis, Reiki, dan lain-lain)

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan ini: http://holistikmalaysia.blogspot.com/



Mempelajari bagaimana sistem perubatan homeopati berfungsi dalam membantu meningkatkan kesihatan dan kesembuhan.



Cara penyampaian oleh Dr Azman yang memudahkan kami memahami bagaimana homeopati boleh membantu menyembuhkan penyakit. Remedi homeopati diproses dengan kaedah tertentu menggunakan sumber tumbuhan, haiwan yang semulajadi serta terbukti membantu penyembuhan.

Berpeluang melawat Masjid Cina di Tasek
Ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini amat bernilai dan membuka mata kepada bidang yang baru kepada saya selama ini. Terima Kasih Prof atas bimbingannya. Moga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.




Thursday, December 4, 2014

Pusat Poslaju Kota Bharu

Memandangkan bisnes online di kalangan orang Kelantan makin maju, maka makin sibuklah Pejabat Pos di Kota Bharu, terutama sekali Pejabat Pos Besar di Jalan Sultan Ibrahim tu. Kadang-kadang, tengok barisan untuk kaunter PosLaju sampai ke pintu masuk.
Sudahlah susah nak parking, dah tu kena beratur panjang pula.
Disebabkan itulah, Pejabat Pos menambah lagi satu pejabat pos baru di Cherang. Pengguna PosLaju bolehlah beralih ke Pejabat PosLaju di Cherang. Lokasinya bukan tepi jalan besar sebaliknya kena masuk lorong kampung sikit.
Jika anda dari Kota Bharu, sebaik selepas simpang empat Cherang (yang ada wau bulan besar) perhatikan sebelah kiri jalan. Ada satu gerai pisang goreng sebelum Sekolah Kebangsaan Tapang. Bersebelahan gerai pisang goreng ada satu lorong (dari jauh nampak ada bangunan berbumbung biru, lorong tu sebelum bangunan bumbung biru), anda masuk lorong tu. Pejabat PosLaju ada lebih kurang 500 meter selepas masuk lorong.

Ada ditandakan dalam peta di bawah.
pejabat pos cherang - Google Maps 2013-11-10 02-07-46

Pejabat Pos Cherang ditutup jam 7 malam. Buka jam 8.30 pagi.
Walaupun dinamakan Pusat PosLaju, tapi anda boleh juga pos parcel di sini. Cuma ia tak ada kaunter untuk bayaran lesen dan seumpamanya.
Paling saya suka, ruang parking yang luas dan selesa.


Tambahan sikit dari saya. Disebabkan ramai yang mengadu masalah sukar untuk menghubungi dan menuju ke tempat ini.

Alamat Pusat Poslaju Cherang:
 
PO, Kg Cherang, Jln Damai, Kampung Cherang, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-747 2852 / 09-747 2852
 

Sunday, September 21, 2014

Ziarah 26 Zulkaedah 1435

Setelah setahun lebih tidak menziarahi makam bersejarah di Kelantan, maka pada hari ini kami diberikan izin oleh Allah taala bagi menjejak makam bersejarah di Kelantan. bermula dengan makam-makam di Jembal. Seterusnya kami memanjangkan langkah ke Banggol, jalan ke Pantai Cahaya Bulan berziarah di sana.

Makam Raja Loyor

Makam Raja Loyor
Makam berikut di bawah ini mempunyai 2 pendapat sama ada makam Raja Sakti atau Makam Tuan Besar Long Bahar. Wallahua'lam. Sama-sama kita mencari kesahihannya.




Makam Paduka Cik Siti Wan Kembang

Friday, September 19, 2014

Cara mudah buat tesis guna microsoft word 2010

Sejak 1997 guna microsoft word, kali ni baru tau ada function yang sangat memudahkan kerja-kerja menyiapkan tesis/paper work/jurnal.

Tapi yang ni menggunakan Microsoft Word version 2010. Tu pun sebab bawak berjalan anak-anak (dah ada anak-anak sekarang) ke rumah sepupu yang tengah giat sambung study ke tahap PHD. Tak berjumpa pun dengan tuan, tapi terpandang sebuah buku di ata meja tu bertajuk TULIS TESIS CEPAT karangan Dr Othman Talib.

Saya tengok sikit content buku tu, tersentak sekejap, aduh, mudahnya, setebal buku tu dia tulis guna satu file Microsoft Word je. Tak boleh nak tumpu buku tu dengan detail sebab anak tak duduk diam atas dukung (nak menelaah sekali la tu).

Balik rumah buat carian sikit dengan google jumpa beberapa pautan.

http://kaktiny.blogspot.com/2012/11/phd-oh-phd-part-5-dr-ot-rfot-kot-cycle.html
http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2011/04/tutorial-jom-tulis-tesis-cara-mudah.html

Ni pulak blog Dr OT

http://drotspss.blogspot.com/

Harap boleh membantu sahabat-sahabat. Saya pun bukan buat tesis pun, adala buat paperwork sikit. Kalau yang tengah bertungkus lumus buat Rancangan Perniagaan (Business Plan) untuk pembiayaan mana-mana institusi perbankan atau agensi pun sangat sesuai. Tapi blog Dr OT lebih fokus kepada tesis, jd sahabat-sahabat yang buat RP tu ambil skill Microsoft Word aje lerr...

Kredit kpd semua pemilik blog.

Thursday, July 3, 2014

Perubatan Homeopathy

Perubatan homeopathy walaupun tidak tersenarai sebagai perubatan utama dan tidak diiktiraf, sijil MC tidak laku, Medical check up tidak laku, tetapi tetap mendapat perhatian masyarakat.

http://ilmutibb.wordpress.com/
http://www.vitalforcehomeopathy.blogspot.com/
http://naturalmedic.tripod.com/index.html

Wednesday, June 18, 2014

Kursus 1MET FAMA Modul 2 - Guerilla Marketing, RP, Pakar Instant

Setelah Modul pertama 13 April 2014, seterusnya kami ditawarkan ke Modul 2 - Guerrila Marketing, RP dan Pakar Instant di hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dari 11-16 Jun 2014.

Kami diajar teknik-teknik pemasaran guerilla secara offline dan online di media sosial serta strategi berkesan menemui sasaran yang betul dalam pemasaran secara online.

 

Kami juga diberikan tugasan secara berkumpulan bagi menjalankan pemasaran secara gerilla di jalanan. kami sempat ke kawasan Chow Kit dan kebetulan pula di PWTC sedang berlangsung KL International Hijab Festival 2014.


Kami juga didedahkan dengan penghasilan RP serta didedahkan dengan Lakaran Model Perniagaan atau Business Model Canvas (BMC) bagi memudahkan kami membuat gambaran sebenar perjalanan perniagaan yang bakal atau telah dijalankan. Menarik kerana saya baru saya membuat carian dan sedikit perbincangan mengenai BMC dan rezeki menyebelahi saya dalam kursus ini BMC diterangkan dengan begitu jelas sekali.

Businesss Model Canvas (BMC)

http://ceogvsu.com/business-model-canvas/

Setelah membuat carian mengenai BMC, diketahui wujud pula istilah Lean Canvas yang diubahsuai sedikit daripada BMC malah lebih mudah, ringkas dan sesuai untuk mereka yang baru ingin memulakan perniagaan. Sila klik pautan untuk makluman lanjut.

Lean Canvas

http://practicetrumpstheory.com/2012/02/why-lean-canvas/

Pada hari terakhir, kami diminta membuat persembahan mengenai aktiviti yang telah kami lakukan dalam guerilla marketing


Semua kumpulan menunjukkan hasil yang sangat membanggakan dan mempunyai kelebihan masing-masing yang tersendiri.

Penyampaian sijil dari Puan Maznah, Penolong Pengarah FAMA.



Semua peserta dan penganjur berpuas hati dengan kursus ini. Nampaknya begitu bersemangat untuk mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam perniagaan masing-masing.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kursus ini. Termasuklah semua penyampai yang sudi mencurahkan ilmu yang sangat berguna. Uncle Zin juga tidak ketinggalan mendapatkan khidmat bekam dan katanya BEKAM BEST.

BEKAM BEST dari Uncle Zin

Tuesday, May 27, 2014

Belajar perubatan akupuntur

belajar pengobatan akupuntur


Pengobatan Akupunktur merupakan salah satu dari cabang pengobatan kedokteran timur atau pengobatan Tradisional Cina. Pengobatan akupuntur dewasa ini banyak di minanti oleh banyak kalangan, maka dari itu di Indonesia banyak beridiri tempat pelatihan pengobatan akupuntur, bagi mereka yang ingin memeperdalam ilmu pengobatan akupuntur bisa belajar secara langsung tempat tempat yang mengadakan pelatihan akupuntur tersebut.


Cara kerja pengobatan akupuntur

Ilmu pengobatan akupuntur Dalam praktiknya, dengan menggunakan jarum yang ditusukkan ke titik titik meridian yang berada di sekita tubuh. Tehnik pegobatan ini dipercaya dapat menyelaraskan serta melancarkan system energi tubuh,sehingga akan tercipta keselarasan dan keseimbangan energi tubuh yang dengan demikian akantercipta nya kesehatan dalam tubuh, praktek melakukan ilmu pengobatan akupuntur akan lebih optimal jika di lakukan oleh mereka yang pernah belajar secara langsung dengan seorang praktisi ilmu pengobatan akupuntur.

Melalui wesite ini saya akan memaparkan penjelasan singkat mengenai ilmu pengobatan akupuntur, besar harapan saya agar setiap artikel yang paparkan bisa memberikan manfaat kepada anda, khusus nya para pemula yang ingin belajar ilmu pengobatan akupuntur. Untuk lebih jelasnya bisa andaklik secara langsung materi meteri berikut di bawah ini.
  

Berikut ini materi lengkap belajar ilmu pengobatan akupuntur