Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Senaman Tua

Sedikit pengenalan senaman tua (dipetik dari senibeladiri.com.my/buku senaman tua)

PENGENALAN

Senaman Tua diasaskan Azlan Ghanie (nama penuh Azlan Jumat bin Abdul Ghanie).

Beliau menamakannya Senaman Tua atau dipanggil “ST “ di kalangan pengamal senaman Melayu, kerana ‘senaman’ ditafsir sebagai latihan pergerakan fizikal dan ‘tua’ diambil daripada terjemahan ‘orang-orang tua’ yang bermaksud sudah berusia.

Kerana ia sudah berusia, maka penyampaiannya mengikut adat guru Melayu iaitu berpetua, berasa dan berahsia.

ST adalah inspirasi daripada didikan ayahanda Azlan Ghanie yang berketurunan Raja Melayu Sarawak berdarah Merpati Jepang (Abdul Ghanie bin Abu Bakar bin Abang Salleh bin Datu Patinggi Borhassan) dan digandingkan dengan silat istana atau daripada pahlawan Pahang keturunan bondanya, Rogayah Jaafar yang berdarah Bugis (Rogayah binti Jaafar bin Endut bin Awang Tatah). Endut telah menyatukan pendekar-pendekar (guru silat luar istana) Pahang dan turut menghidupkan silat di Gong Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu, sekitar tahun 1930-an hingga 1940-an manakala anaknya Jaafar dipercayai diamanahkan mengajar kerabat Raja Melayu di Kampung Gajah, Perak dan sekitar Johor sekitar tahun 40-an.


Introduction


Senaman Tua is founded by Azlan Ghanie (full name Azlan Jumat bin Abdul Ghanie). He named this exercise system Senaman Tua and is popularly known by its acronym ‘ST’ among its practitioners. The word ‘Senaman’ is interpreted as physical movement whereas ‘Tua’ is translated as ancient since it is inherited from the people of olden days. Even though this system is ancient, the Malay gurus or masters have adapted the teachings of ST accordingly.

ST was inspired by the teachings of Azlan’s father, Abdul Ghanie, who originated from the Malay royal family of Merpati Jepang from Sarawak (Abdul Ghanie bin Abu Bakar bin Abang Salleh bin Datu Patinggi Borhassan). His family is also connected to the silat family of his mother’s Bugis ancestors (Rogayah binti Jaafar, Jaafar bin Endut bin Awang Tatah). Incidentally, Endut was the person who had united all the silat gurus from Pahang and had also revived silat at Gong Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu, during the 1930s and 1940s. His son, Jaafar, had taught silat to the Malay royal family in Kampung Gajah, Perak and Johore in the 1940s.


TERLIBATNYA SAYA DENGAN SENAMAN TUA

Pada permulaannya saya hanya mengikuti senaman tua melalui majalah Seni Beladiri yang mana Guru Azlan Ghanie sendiri sebagai pengarangnya.

Satu hari ketika sesi latihan bagi perlawanan futsal antara pusat pengajian, saya menjadi penjaga gol.  Saya telah menepis bola dengan tangan kanan saya sahaja. ketika itu, saya tida merasa apa-apa. Apabila pulang ke rumah, saya merasa sakit pada bahu sebelah kanan saya sehingga terasa sakit walaupun cuma menanggalkan baju. 

Saya menjalankan pemeriksaan di hospital serta berjumpa dengan beberapa pakar urut namun, kesakitan yang dialami hanya hilang sebentar dan akan kembali semula. Saya lalu mencuba menyertai seminar Senaman Tua yang dianjurkan pada 2008. Alhamdulillah, berbaloi usaha saya dengan ilmu yang diperolehi. Sekian lama mengamalkan Senaman Tua, saya perasan kesakitan yang dialami sudah pulih dengan izin Allah. Syukur kepadaNya.

Siapalah saya untuk berceloteh lebih panjang di sini, jadi carilah guru atau jurulatih bertauliah bagi merasainya sendiri. Di bawah ini saya sediakan pautan-pautan yang mengandungi lebih banyak artikel dan testimoni Senaman Tua dari pengalaman sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.

Lagi info mengenai senaman tua boleh dilayari di:

http://senjatatradisi.blogspot.com/2012/05/senaman-tua.html


Bersama Pendita Azlan Ghanie, pengasas Senaman Tua

No comments: