Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, April 22, 2015

Tok Moris

TOK MORIS @ TOK MO REH @ SYED IDRIS Pahlawan Tok Moris atau Bomoh Idris merupakan salah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang diceritakan pernah pergi bersama rakan-rakannya ke Bangkok dalam masa perang Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Sultan Ahmad Tajuddin II atau Almarhum Melaka ini telah diperdaya oleh tali barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh angkatan Thai apabila pulang dari persembunyian dari Melaka. Tungku dipenjarakan di Bangkok dan pada masa itu tidak ada sesiapa yang berani pergi menyelamatkan Tuanku kerana takut dengan kehebatan angkatan Thai, tambahan lagi telah ramai angkatan Melayu telah ditangkap dan dipenggal kepala mereka serta dihimpunkan kepala-kepala itu semua di sebuah bukit di Bangkok. 

Akhirnya, angkatan Tok Moris dengan hanya seramai 7 orang sahaja telah bergerak ke Bangkok serta membuat serangan hendap yang dasyat terhadap tentera Thai. Satu pertempuran yang sangat hebat dari segi keilmuan berlaku antara kedua-dua pihak. Dengan pakaian ilmu ‘sulam kalimah’ dari angkatan Tok Moris telah dapat menewaskan musuh dan berjaya memecahkan masuk penjara tentera Thai lalu Tuanku Sultan telah diselamatkan.  

Namun, kehebatan ilmu pahlawan Thai amat sukar dibunuh di bumi mereka sendiri maka pasukan Tok Moris mengheret para pahlawan Thai seramai 40 ke 50 orang ini dengan dicucuk rotan ke telinga tawanan kemudian diikat secara beramai-ramai dan dibawa pulang ke bumi Melayu (kampung Perupok). Di sana mereka ditahan beberapa hari sebelum dibunuh lalu kesemuanya di tanam di Kubur Panjang. 

Anugerah Sultan: 
Di atas jasa Tok Moris dan rakan-rakannya, mereka telah dianugerahkan Tanah Ampun Kurnia seluas seratus ribu relong. Tanah ini dikatakan luasnya bermula dari Kampung Patani di timur (arah dari Kubur Panjang) hingga ke Kampung Perupok di barat. Dari Mukim Lesong di utara hingga ke Sg Rambai di selatan.

Rakan-rakan Seperjuangan: 
Ramai rakan-rakan Tok Moris telah turut serta berjuang bersama beliau dalam pertempuran sejak dari awal tahun 1817 sehinggalah membawa ke perang Musuh Bisik. Nama mereka-meraka ini adalah seperti Tok Imam Ha (Taha), Tok Git Nui (Taib Kecik), Tok Panglima Arshad, Tok Panglima Kecik, Tok Mo Syen, Tok Merah, Tok Kameh dan beberapa ramai lagi yang tidak dapat dipastikan nama atau gelaran mereka. 

Senjata-senjata Tok Moris: 
Senjata milik Tok Moris ada yang masih disimpan oleh waris pahlawan ini dan salah sorang cicit kepada beliau iaitu Haji Idris dikatakan masih menyimpan sebilah pedang yang berukuran lebih kurang 3 kaki panjangnya. Pedang ini yang boleh digulung menjadikan sebagai tali pinggang dan boleh menegak apabila digunakan sebagai senjata pentempuran. Selain itu masih terdapat dalam simpanan oleh warisnya sebilah keris pakaian Tok Moris. 

PENEMUAN 1 : 
Pahlawan Tok Moris ini merupakan keturunan dari Raja Ayutthaya iaitu Sharif Shah adik kepada Paduka Bonda (isteri pertama Tengku Muhammad Jiwa III). Sharif Shah dikatakan lari meninggalkan Ayutthaya ketika pihak Burma menyerang dan berhijrah bersama pengikutnya seramai angkatan baginda mengandungi 40 ekor gajah ke negeri Kedah dan membina kubu dan kota dan kemudian dikenali sebagai Kota Mengkuang. 

Maklumat dan kisah Tok Moris ini telah diperolehi melalui rujukan di Arkid Negara dan sebahagiannya telah diceritakan oleh sejarahwan Kedah iaitu Almarhum Datuk Ismail Saleh pada tahun 2004 melalui sumber kajian dan temuramah beliau dengan keturunan tersebut. Dalam rombongan kami, sempat kami melawat kawasan tanah Ampun Kurnia dan Masjid Perupok di mana terdapat makam Tok Moris. 

Cerita tentang kehebatan Tok Moris ini diwarisi turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di tanah air ini terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah Darul Aman. Tok Moris atau Tok Mo Reh ini merupakan singkatan nama Tok Bomoh Idris. Gelaran Tok Bomoh ini merupakan nama penyamaran yang digunakan ketika saat kritikal pasca Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris yang suatu ketika dulu pernah menjadi Raja Kota Star, Kedah. 

Foto1: Pedang milik Wan Darus yang mempunyai hulu yang hampir sama dengan hulu pedang Tok Moris. 

Nama penuh Tok Moris menurut urutan salasilah ialah Syed Idris ibni Syed Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India). Jika dilihat kepada pedang yang digunakan oleh Tok Moris kelihatan dengan jelas wujudnya pengaruh Mughal dalam reka bentuk pedang tersebut. 

Foto 2: (Dari buku The Last Mughal, William Dalrymple) menunjukkan  pahlawan Mughal menggunakan 2 pedang mirip seperti pedang Tok Moris dan Wan Darus. Persoalan mula timbul adakah Tok Moris dan Wan Darus adalah orang yang sama? Idris @ Idrus, Deris @ Derus @ Darus? Persoalan ini hanya berdasarkan pahlawan Mughal di atas menggunakan 2 bilah pedang untuk seorang. 

Menurut manuskrip Undang-Undang Kedah ciri-ciri pedang yang dimiliki oleh Tok Moris menggambarkan beliau adalah seorang anak raja. Dan sememangnya gelaran panglima pada masa dahulu juga adalah untuk anak dan putera raja. Anak dan putera raja inilah yang akan mempertahankan ayahanda mereka iaitu raja yang memerintah. Tok Moris merupakan Raja Kota Star yang telah dilantik oleh datuknya Sultan Muzaffar III atau lebih dikenali sebagai Koya Long @ Po Chan @ Raja Kemboja. 

Foto 3: Kota Star yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan di bawah pemerintahan Tok Moris. Dapat dilihat dengan jelas motif Bunga Teratai atau Bunga Tunjung pada pintu gerbang kota tersebut. 

Kelompok keturunan Tok Moris yang terdapat di Kampong Kubur Panjang adalah dari jurai isteri pertama beliau iaitu Nai Long Anyai yang merupakan kakak kandung kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah ataupun lebih dikenali sekarang ini di dalam sejarah mainstream sebagai Encik Long Jaafar. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara sepupu kerana Syed Hatta merupakan adik kepada Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang. Manakala Panglima Bukit Gantang pula merupakan ayah kepada Long Jaafar. Selain dari Nai Long Anyai ada lagi beberapa orang isteri beliau termasuk salah seorang dari keturunan Cina Manchu. 

Pasca Perang Musuh Bisik 1821 memberi tekanan yang amat dahsyat kepada keturunan Merong Maha Wangsa kerana selain dari berperang dengan penjajah British dan Thai mereka berhadapan dengan musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dari kaum kerabat yang sanggup bersekongkol dengan penjajah semata-mata mahukan kuasa tanpa maruah. Semasa saat kritikal ini penyamaran dengan pelbagai nama dan karektor dilakukan untuk keselamatan keturunan. British dan Thai amat mudah dikenali tetapi pengkhianat dan talibarut dari bangsa sendiri amat sukar dikenalpasti. Ini adalah perkara lumrah yang juga berlaku kepada Tengku Muhammad Saad, Mat Kilau dan lain-lain yang terpaksa menyamar untuk tidak dikenali oleh pengkhianat dan talibarut penjajah. Pejuang- pejuang ini bukanlah orang kebanyakan tetapi terdiri dari anak atau putera raja dan kerabat yang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah. 

Legasi perjuangan ini terus diwarisi dan dizahirkan oleh salah seorang anak Tok Moris iaitu Syed Zainal yang juga dikenali sebagai Tok Jenai @ Janai. Tok Jenai ini merupakan datuk dari sebelah ibu kepada Mahaguru Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor Abdul Rahman. Dan sesungguhnya Silat Seni Gayong yang dizahirkan oleh Dato Meor Abdul Rahman ini adalah warisan Hang Tuah boleh diperjelaskan melalui salasilah keturunan Merong Maha Wangsa. Titisan darah Hang Tuah sememangnya mengalir dalam tubuh Dato Meor Abdul Rahman kerana beliau ialah cicit kepada Syed Idris, yang merupakan cucu kepada Sultan Muzaffar III, yang merupakan anak kepada Puteri Suryamarin, yang merupakan anak kepada Sultan Langkat @ Tok Pasai, yang merupakan anak kepada Laksamana Hang Tuah @ Tun Saaban @ Narai Maharaja Ayuttaya @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh.

Berdasarkan perkara tersebut di atas, tidak hairanlah jika terdapat tari Bunga Teratai atau Bunga Tunjung yang merupakan tari sembah Silat Seni Gayong.  Begitu juga lambang naga dan harimau yang digunakan oleh Silat Seni Gayong menunjukkan satu legasi Merong Maha Wangsa yang dizahirkan oleh mahaguru. Bersesuaian dengan sajak mahaguru yang berbunyi 

Seni Gayong seni pusaka 
Dipimpin oleh putera negara 
Supaya dapat taat setia 
Amanah guru harus dijaga 

Siapakah putera Negara yang dimaksudkan? Mereka ialah Hang Tuah, putera kepada Nai Hisbu Muadzam Shah. Mereka ialah Sultan Muzaffar III, putera kepada Syariff Yang Di Pertuan Abu Bakar Syah. Mereka ialah Panglima Bukit Gantang, putera kepada Sultan Muzaffar III. Mereka ialah Syed Idris, putera kepada Syed Hatta Raja Kayang Indera Sakti. Akhirkata : “Hulubalang Bumi Jawi seperti Tok Moris ini adalah amat penting bagi anak-anak Tanah Jawi. Dewasa ini terdapat beberapa blog sedang membincangkan kewujudan phulubalang sebenar yang mempertahankan Tanah Air, walaupun perbincangan di blog seperti ini masih terdapat pertikaian namun bak kata sejarawan “sejarah itu hidup”. Apapun kita sama-sama teruskan membongkar ketuanan Hulubalang kita dan InsyaAllah di satu hari yang terdekat ini, Hulubalang sebenar Bani Jawi akan menjadi sumber kekuatan semangat dan iktikad anak-anak di Tanah Jawi ini agar bersatu dan cekal mempertahankan yang haq”

(http://tangisanmelayu.blogspot.com/2014/05/pendekar-sufi-pahlawan-tok-moris.html)

Tuesday, April 14, 2015

Kompilasi Perang Musuh Bisik 1821

Pada tahun 2011 saya rancak melayari kisah perang musuh bisik tetapi tidak sempat habis. Ditakdirkan Allah pada hari ini saya terjumpa sambungannya yang akan saya kongsikan selepas ini. Artikel sebelum ini disalin dari perkongsian di Facebook JP PSSCM dan saya terjumpa artikel yang sama serta rentetan kisah perang musuh bisik di blog Perkasa Parlimen Bagan. Kali ini kita dapat menghayati Kisah Perang Musuh Bisik dari awal hingga akhir.

PERANG MUSUH BISIK - SIRI 1
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 2
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 3
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 4
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 5
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 6
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 7
PERANG MUSUH BISIK - TUNKU MUHAMAD SAAD
Ulama perang dalam tahun musuh bisik
Panglima Badaruddin dalam perang musuh bisik
Tunku Kudin dalam perang musuh bisik
Panglima Ismail Panglima Kedah
Tok Moris