Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, April 29, 2012

Gurindam Himat Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

Thursday, April 26, 2012

MANGKUK TANDAS: KENCING BERDIRI? BERAK MENCANGKUNG?

Disalin dari FB Penyu XP

 


Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar. Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis. Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi? Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan, mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat). Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit air kencing. Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi tak sopan.

Friday, April 20, 2012

Raja bukan 'buta, pekak, bisu'

Artikel dari Malaysiakini 
http://www.malaysiakini.com/news/86496


Raja-raja Melayu mempunyai peranan penting dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap adat-istiadat semata-mata kerana "mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan", titah Raja Muda Perak.

Pandangan berterus-terang Raja-raja berhubung isu-isu perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berdasarkan hasrat memastikan negara terus kukuh dan aman, dan rakyat terus sejahtera dan makmur, titah Dr Nazrin Shah.

"Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka," titah Raja Nazrin dalam pidatonya 'Institusi Beraja' di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara hari ini.

Baginda bertitah, setelah 50 tahun usia kemerdekaan negara, Raja-raja Melayu telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.

Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen pihak-pihak yang bersaing mendapatkan kuasa politik, titah baginda lagi.

"Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi.

"Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah Raja Nazrin. 

Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.

"Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik perdana menteri di peringkat Persekutuan dan melantik menteri besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

"Dalam urusan lantikan perdana menteri demikian juga menteri besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan," titah baginda, laporBernama.

Thursday, April 19, 2012

Sejarah Silat Nusantara


Disalin dari:

Dengan perkataan silat itu adalah lebih masyhur digunakan. Sebutan selain daripada itu digunakan pada sesuatu daerah yang membawa makna khusus. Misalnya perkataan ‘Gayung’ secara umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di daerah utara semenanjung Tanah Melayu. Perkataan Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang terdapat dalalm silat. Perkataan ‘Pencak’ lebih lumrah digunakan di Indonesia khusunya pada masyarakat Tanah Jawa. Dipercayai bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca dalam sebutan orang Melayu Minagkabau yang membawa makna plajaran silat Langkah atau Sembilan (mit. jamal 1986). peringkat lanhkah sembilan dan Gelombang Dua belas membolehkan silat menjadi satu permainan tempur ysng didalamnya terdapat serang dan bela diri samada dengan senjata atau tanpa senjata. Perkataan ‘Kali atau Basilat’ digunakan oleh masyarakat Melayu Filipina yang mengembangkan kemahiran senjata tongkat dari kayu atau rotan.

Istilah Silat

kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Teuku Iskandar 1970) memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan menggunakan ketangkasan dan mempertahankan diri, maksudnya ialah sejenis permainan atau sukan tradisi yang mempertarungkan dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela diri samada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Permainan tersebut untuk tujuan persembahan ataupun memilih pesilat yang terbaik. maka [ermainan silat atau sukan tradisi rakyat memerlukan kemahiran dan ketangkasan fizikal dan mental. Permainan ini diadakan di masa singgang, bertamat silat, majlis rasmi, nikah kawin atau kenduri kendara makan pulut yang diiringi dengan gendang bersilat. Permainan silat ini kerap dihubungkan dengan nama Silat Pulut atau Gayung Pulut kerana setiap pemain akan diberi cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan sekepal pulut. Maknanya antara lain perkataan silat lebih dikenali dalam sosio budaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat, iaitu permainan yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam bentuk seni rakyat. Maka persembahan permainan silat atau pertandingan silat kerap diiringi paluan pergendangan silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.

Makna silat sebagai seni persembahan atau Silat Pulut adalah mengikut tafsiran, kefahaman ataau pemerhatian secara umum penyusun kamus tahun70an yang silat kerap dilihat sebagai seni persembahan atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau satu permainan. Pengertian silat tidak menyentuh secara khusus sebagai perkhidmatan pendidikan silat atau sebagai ilmu kepahlawanan atau seni perang melayu yang hubunganya dalam isntitusi pertahanan negara. lagipun ketika itu silat telah lama terpinggir dari istana. Silat tidak mempunyai ruang dan kesempatan berkembang maju dalam kemajuan pertahahan sejajar dengan perkembangan negara lain di dunia. Penjajah barat seperti Inggeris misalnya telah memperkenalkan sistem pertahanan barat dengan menubuhkan mata-mata (polis) dan askar sepoi bagi menangani keselamatan negara yang ketika itu mendapat tentangan daripada bekas-bekas pejuang Melayu. dari itu, guru-guru silat amat berhati-hati menampilkan silat dalam masyarakat kerana penjajah mempunyai penafsiran dan pengalaman dalam perang menghadapi pahlawan silat Melayu.
Tidak pula melihat silat sebagai satu institusi pendidikan kepahlawanan Melayu dalam menyumbang kepada pembentukan sosio budaya melalui perndidikan silat tradisi gelanggan bangsal. sebagaimana terkenalnya pendidikan agama dalam masyarakat Melayu melalui institusi pondok. Dalam masyarakat Melayu tradisi dua institusi tersebut amat beasr sumbangannya dari aspek pembinaan jasmani dan rohani atau pembentukan ilmu dan kehidupan dunia dan akhirat. Gabungan institusi gelanggan bangsal dan pondok telah membentuk masyarakat Melayu tradisi yang serba kekurangan dapat mempertahankan nilai diri, budaya dan agamanya dari pengaruh penjajah yang silih berganti. Pendidikan cara hidup pendekar silat yang seimbang dari aspek ilmu, amal dan kemahiran silat dapat membentuk kesempurnaan hidup atau insan.

Pendidikan silat terus manghadapi transformasi pada peranan dan makna sosio budaya Melayu sesuai dengan masa dan keperluan masyarakatmya. Pendidikan silat menumpukan kepada pembangunan manusia dari luaran dan dalaman yang dapat membentuk masyarakat bersisiplin, berakhlak, kendiri, ikhsan, patriotisme, satria, jati diri dan kewarganegaraan yang boleh menyumbang kepada pembangunan pemikiran dan tenaga bangsa, agama dan negara.

Sejarah silat terpinggir dari istana, silat tidak lagi berkembang dalam isntitusi pertahanan negara sebagai mana asalnya, selama lebih kurang 460 tahun (T.M 1511 -1957). Silat kembali ke pangkuan masyarakat desa dan menumpukan pendidikan insan dan kemahiran mempertahankan diri tanpa senjata atau menggunakan tulang empat kerat untuk menghadapi lawan tanpa senjata atau bersenjata. Silat hanya meneruskan latihan kemahiran menggunakan senjata senjata tradisi seperti keris, pedang, golok, kerambit, lading, kelawang, tongkat dan sebagainya. bagi silat, snejata adalah alat yang boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan. Ramai anak muda yang pandai bersilat menyertai pasukan polis dan askar Melayu. Disana mereka masih dapat berbakti kepada negara, DI mana sahaja mereka berada, ilmu silat dijadikan ilmu dalaman yang dapat membantu mereka menjadi pegawai dan pekerja yang baik serta produktif.

Apa yang penting kepad silat ialah siapa yang berada di belakang senjata atau memegang tugas. maka pendidikan sifat mengajar secara langsung atau tidak langsung memiliki pelbagai ilmu lain seperti ilmu firasat, pertolongan cemas, petua, adat sosial, psikologi, pemakanan, politik, sains, sejarah, agama, budaya, kenegaraan, kerohanian dan sebagainya atau ringkasnya ilmu dunia dan akhirat. Tujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. Dengan sebab itu, penuntut silat diamanahkan untuk menjaga ilmu jagan sampai ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab, hendaklah mengamalkan ilmu dengan yakin dan menggunakan atau meletakkan ilmu di tempat yang betul.

Pelbagai nama Silat

Silat menjadi amalan penting kepada rumpunMelayu yang menghuni Kepulauan melayu Nusantara dalam ruang yang luas. Warisan pusaka bangsaitu menamakan silat sebagai pengenalan rumpun atau puak masing-masing seperti Silat Minangkabau untuk Melayu Minangkabau, Silat Jawa di Tanah Jawa. Silat Kurinci di Kurinci. Silat Boyan di Boyan. Silat Sunda di Sunda dan sebagainya. Apabila disebut Silat Melayu secara umumnya merujuk kepada silat yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yag disebut Silat Melayu dalam buku ini, yakni silat tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah Melayu.
Sehubungan perkara di atas dengan lebih jelas lagi dalam setiap rumpun silat telah terdapat pecahan kepada beberapa kumpulan atau perguruan. Misalnya dalam Silat Minangkabau terdapat Silat Teralak, Silat Lintau, Silat Kumango, Silat Semilajadi, SIlat Kota Lima Puluh, Taram dan sebagainya. Dalam Silat Jawa terdapat Cemende, Syahbandar, Ciancur, Kuningan, Panglipur dan sebagainay. Demikian juga dengan Silat Melayu terdapat nama-nama seperti Silat Fatani, Silat Jawi, Silat Bunga, Silat Tari, Silat Melayu Asli, Silat Harimau dan sebagainya. walaupun berbagai nama, ke semua kumpulan atau penguruan tersebut mengajar silat.

Perkatan silat lebih awal digunakan berbanding dengan gabungan seperti pencak silat iaitu menggabungkan dua perkataan iaitu ‘pencak’ dan ’silat’. Gabungan perkataan pencak silat unruk menggabungkan sifat rumpun Melayu Minangkabau, Aceh, Palembang, Riau dan sebagainya dan rumpun Jawa dari pencak Sunda, Bali, Lombok dan sebagainya yang terdapat dalam wilayah Indonesia. Kemudian diistilahkan sebagai seni bela diri bangsa Indonesia sama yang berada di Indonesia atau diluar Indonesia. Istilah pencak silat tidak termasuk Silat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, di Malaysia dari yang serumpun dan sebenih denganya. Silat Melayu inilah yang disebut dalam buku ini sebagai Silat Malaysia yakni silat asli di Malaysia.

Seni Melayu adalah berasal daripada masyarakat Melayu, khusunya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dan masyarakat Melayu di beberapa buah negara dan daerah bersempadan denganya. Pelangkauan ruang Silat Melayu berlaku sebelum wujud persempadanan negara seperti sekarang ini. Masyarakat Melayu di daerah tersebut mempunyai hubungan tali darah atau persaudaraan dengan masyarakat Melayu Patani, Kemboja, Champa, Acheh, Sumatera dan sebagainya. Masyrakat Melayu tersebut pernah menempa kecemerlangan sebgai kuasa kerajaan Melayu tradisi di rantau ini. Kekuasaan Kerajaan Siam di atas Kerajaan Melayu Fatani yang berada di utara Semenanjung telah diakui British dalam Perjanjian Burney 1826 (Nik Anuar Mahmud 2006). kejatuhan Kerajaan Melayu tesebut maka Silat Melayu terus berkembang dalam masyarakat Melayu Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia.

Dapat disimpulkan bahawa masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu memang mempunyai silat aslinya sendiri. Maka silat inilah yang dikenali sebagai Silat Melayu.

Bagi melihat kebenaran kewujudan Silat Melayu dipaparkan pandangan beberapa orang pengkaji dan penulis silat. Daripada sumber tersebut dapatlah Silat Melayu diperkukuhkan lagi. Diantaranya adalah seperti berikut.

Sejarah Silat Melayu

Abd. Rahman Ismail (Edisi: Seni SIlat Melayu. USM:2005 hal 188) menjelaskan bahawa silat pernah berperanan membentuk angkatan pertahanan negara sejak kerajaan Melayu Langkasuka, Gangga Negara, Champa, Kemboja, Fatani, Beruas, Minagkabau, Srivijaya, Majapahit, Melaka dan lain-lain negeri didalam Kepulauan Melayu, Nusantara.

Tambah belau lagi, silat wujud dalam masyarakat Melayu Champa/Vietnam sekitar 2000 tahun dahulu dengan penemuan keris tembaga didaerah tersebut dan lukisan di Candi Borobudur di Tanah Jawa. Panglima Champa kerap mendapat tempat dan dimuliakan oelh raja-raja Melayu kerana memiliki pengetahuan dalam silat dan mahir dalam ilmu perang. Beliau dapat memperlihatkan dari aspek pengkajian akademik bahawa silat telah kukuh dalam masyarakat Melayu sejak 2000 tahun. Kerajaan Kemboja (Funan) dan Champa merupakan dua kerajaan yang berjiran dalam kelompok dan zaman yang sama. Tetapi di abad yang sama, kerajaan Champa yang berjiran dengan China kerap berperang tanpa mahu tunduk kepada China.
Menurut beliau lagi, silat pernaj diletakkan di bawah perlindungan istana untuk membnetuk angkatan perang raja. Raja-raja Melayu mengalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan perang. Pendekar yag handal diangkat mengepalai angkatan perang dan mendapat kurnia dan darjat daripada raja.

Di dalam Sejarah Melayu (A Samad Ahmad: 1996. hal 75) ada menceritakan Sultan Muhammad Shah telah memilih seorang pegawai Champa sebagai pegawai kanan kerana orang Champa emilii kemahiran dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri.

Sehinggalah kurun ke sembilan belas, sejarah telah memperlihatkan pendidikan silat terus berkembang dan berjaya mewujud pemimpin perang Melayu penentang penjajah sepeti Mat Kilau, dato’ Bahaman, Dato’ Sago, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh dan sebagainya. Zaman komunis ditemukan tokoh seperti Kiai Salleh, Kiai Osman, Kiai Shamsuddin. Hj Abbas dan sebagainya. Maknanya silat tidak ketandusan pemimpin yang terus memugar dan menanam semangat cintakan tanah air dan berjuang hingga ke titis darah yang terakhir. Di atas adalah antara beberapa nama yang tercatat dalam sejarah yang berjuang secara ikhlas kepada negara. Kehebatan mereka mempunyai sejarah dan hubungan rapat dengan ilmu persilatan di samping ilmu-ilmu lain yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang berkesan.

Silat bukan sahaja merupakan satu keperluan untuk mempertahankan diri, tetapi silat merupakan lambang keperibadian bengsa dan seni budaya Melayu yang sudah sebati dalam jatuh bangun kerajaan melayu sepanjang zaman dan bersama-sama mengecapi pahit manis memperjuangkan dan menegakkan kedaulatan bangsa Melayu.

Sepanjang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu silat terus dipinggirkan dalam perndidikan di sekolah Melayu. Silat tidak mendapat tempat dan disusun menjadi mata pelajaran sebagaimana ilmu-ilmu lain sperti pelajaran senaman, tatian, nyanyian, pertukangan selain ilmu kesihatan, ilmu bumi, sejarah, bahasa inggeris, bahasa melayu dan kira-kira. Sehinggalah ke hari ini silat terus terpinggir dari kurikulum pendidikan negara dan hanya diterima sebagai kokurikulum pakaian seragam setaraf dengan seni mempertahankan diri dari luar negara. Bagaimana pun silat terus disampaikan kepada masyarakat melalui pendidikan silat gelanggang bangsal yang dilakukan oleh guru-guru silat.

Silat Selepas Merdeka

Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih baik. Sarana tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan. Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama alairan penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.

{ada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia (1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau Pesaka Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia telah dianggotai oelh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan SIlat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah Pesaka Malaysia.

Mewujudkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa

Pada tahun 1979 satu sidang diadakan di Jakarta untuk membentuk Federasi Pencak SIlat Internasional yang kemudiannta dikenali dengan Persekutuan Silat Antarabangsa. cadangan tersebut telah diajukan oleh Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) kerana melihatkan aliran pencak silat telah berkembang di Nusantara dan beberapa negara dunia. maka Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura dinobatkan sebagai negara pendiri Persilat. Bagi merapatkan hubungan antara pengamal pencak silat, maka diwujudkan sukan pencak silat yang dikenali sebagai ‘Pertandingan Pencak Silat’ (Maryon R.S 1972).

Persekutuan Pencak SIlat Antarabangsa (Persilat) telah dapat mengembangkan pencak silat di beberapa buah negara dunia dengan melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan pencak silat diperingkat Kejuaraan Pencak Silat Sedunia, Sukan Sea, Kejuaraan Pencak Silat Eropah dan sebagainya.

Pertandingan pencak silat dapat mengukuhkan dan mengembangkan pencak silat diperingkat antarabangsa. Kerjasama yang padu daripada pengamal pencak silat di negara-negara pendiri pencak silat dapat mengukuhkan seni bela diri pencak silat. Usaha murni ini elah menjadikan masyarakat dunia mengenali pencak silat.
Bagi mengatasi beberapa masalah yag timbul dalam pertandingan pencak silat seperti kemahiran atlit menguasai oencak silat, perwasitan, pernilaian, perantaran, teknikal dan sebagainya, Persilat dengan persetujuan anggotanya telah membakukan beberapa kategori pertandingan pencak silat dan menjadikan pencak silat sebagai rujukan ilmu dan maklumat.

Masalah berpunca daripada perguruan pencak silat mengamalkan kaedah pengajaran pencak silat cara masing-masing yang tidak seragam dan berbeza-beza, memberi kesan yang negatif terhadap pertandingan pencak silat. Pengamal pencak silat di negara bukan asal pencak silat yang baru mengenal ilmu dan budaya pencak silat misalnya telah menghadapi masalah menguasai dan bersaing dengan peserta negara pencak silat. Tindakan Persilat ialah seperti yang disebutkan di atas iaitu membakukan atan membentuk pergerakan yang seragam dalam Kategori Tanding dipermudahkan peraturannya agar membolehkan sukan pencak silat ini diikuti oleh atlit pencak silat dari negara bukan asal pencak silat. hasilnya amat baik, atlit pencak silat dari negara-negara bukan pencak silat telah memperlihatkan kemajuan dan berjaya menguasai pertandingan pencak silat.

Melalui Persilat dan anggotanya usaha pengukuhan dari semua aspek pencak silat telah dilakukan dengan baik seperti penggunaan istilah, menyeragamkan gerak, kaedah dan rupa pencak silat, kepakaran, tertentuan dan ketetapan rujukan ilmu dan maklumat adalah dari pencak silat.

Seluruh pengamal dan anggota Pencak Silat terus berusaha dengan bantuan kerajaan di negara-negara berkenaan agar dapat melaksanakan cita-cita membangunkan pencak silat. DI Malaysia misalnya, pencak silat telah berkembang dangan baik terutama dalam masyarakat yang berasal dari negara pencak silat. Perkembangan pencak silat seiring dengan perkembangan Silat Melayu yang lebih dikenali sebagai silat.
Mewujudan Persilat teah memenuhi hasrat pengamal pencak silat untuk memartabatkan Pencak Silat di peringkat antarabangsa. Oleh sebab penyataan hak kedaulatan sesuatu bangsa dan negara, khusunya kepada pencak silat diiktiraf sebagai seni beladiri Indonesia (Rayon R :1972, Ki Moh. Djomeli :1982, Uyuh Suwanda : 1979. R. Asikin : 1975 atau Waryono O. 2000).

Diambil dari Pesaka Malaysia

Tuesday, April 17, 2012

SUMPAH PENDEKAR MELAYU

TUJUH PETALA BUMI,
TUJUH PETALA LANGIT,
DARI GUNUNG KE LEMBAH CURAM
DARI SUNGAI KE LAUTAN BERGELOMBANG,
KEMBARA ADALAH SETIA PADA SUMPAH,
KEMENYAN DAN SETANGGI PENYERI KEHADIRAN KITA
WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA,
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITULAH LANGIT DIJUNJUNG

SUMPAH PENDEKAR,
PANTANG BERUNDUR WALAU SETAPAK
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
PANTANG DERHAKA PADA TITAH
PANTANG KERIS DIPINGGANG KALAU TAK BERANI MATI,
BERDENTUM GURUH DI LANGIT,
MEREKAH BUMI DIPIJAK.
PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK

PULANGKAN PAMOR PADA KERISNYA,
PULANGKAN SIREH PADA GANGGANGNYA,
PULANGKAN MAHKOTA PADA WARISNYA,
PULANGKAN COKMAR PADA LAKSAMANA,
PULANGKAN LANGKAH PADA GELANGGANG,
PULANGKAN SUMPAH PADA PENDEKAR,
PULANGKAN ROHANI PADA JASMANI,
PULANGKAN BANGSA DAN MARTABAT,
SUMPAH BUKAN CUMA DIBIBIR,
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG,

BUMI WARISAN INI,
TANAH TUMPAH DARAH KITA,
MASIH MENUNTUT SEMANGAT YANG BELUM TERTUNAI,
PRIBUMI BUKAN SEKADAR GELARAN TANPA MAKNA,
KITA ADALAH ANAK WATAN,
DARAH YANG MENGALIR DI TUBUH KITA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TUMPAH DI BUMI MELAKA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT MELEKAT DI TAMING SARI,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TERCALIT DI KENING HANG TUAH,
SEMERAH DARAH HANG NADIM YANG TERHUMBAN DI LAUT TEMASIK,

DAN KITA MASIH DI SINI,
MENDEPANI HARI-HARI YANG SEMAKIN MENCABAR,
KEUTUHAN TEKAD YANG KENTAL,
SUMPAH KERAMAT SEORANG PENDEKAR,
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,

~~~BERSATULAH WAHAI ANAK BANGSAKU~~~~ —

Monday, April 16, 2012

Bolehkah sejarah Melayu dipadamkan?

Oleh
Ridhuan Tee Abdullah (kolumnis sinar harian)
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/bolehkah-sejarah-melayu-dipadamkan-1.40212#.T4uuK-MzUjY.facebook


Setiap kali apabila isu pendidikan vernakular disentuh, saya diserang habis-habisan. Kedua ibu bapa saya, terutama ibu saya yang baru sahaja meninggal, dihina dan dikutuk, menggunakan perkataan amat lucah. PengIslaman saya pun dikeji. Perkataan khitan (bersunat) dipermainkan, hanya kerana saya tidak kulup lagi.

Sehingga Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersalah pun dibabitkan sama. Lebih serius lagi, ada ugutan mencederakan saya. Jika di Singapura, tempat menjadi pujian dan pakatan ultra kiasu, sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara. Tetapi di negara kita, begitulah keadaannya, ‘terlalu bertoleransi’ kerana takut hilang kuasa.

Persoalannya, di mana salah saya? Apakah yang dilontarkan itu tidak benar? Jika menyimpang, perbetulkan. Itu baru namanya, kita orang bertamadun. Bukannya menganggap diri bertamadun, tetapi berperlakuan amat hina, berfikiran dan bertindak seperti orang hilang akal.

Baiklah, jika masih tidak berpuas hati, saya akan ulangi apa telah ditulis sebelum ini. Buktikan kepada saya di manakah negara dalam dunia ini memberikan kebebasan mendapat pendidikan perkauman sebegini rupa? Tidakkah Malaysia adalah syurga kepada kaum selain Melayu dalam mengekalkan identiti dan jati dirinya?

Saya harap pihak berkuasa tidak akan tunduk demi masa depan negara tercinta ini. Jika kita tunduk, maka tergadailah maruah dan jati diri sebuah negara yang terletak di kepulauan Melayu. Jika harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, apakah mungkin Melayu mati, di mana tulangnya?

Sepuluh jari saya susun jika orang Melayu tersinggung dengan tulisan ini. Terimalah muhasabah ini dengan lapang dada, kerana ikatan agama kita teramat kuat daripada ikatan bangsa membuatkan saya berani bersuara.

Saya sudah tidak rasa diri berbangsa, kerana Islam mengajar saya, ALLAH tidak akan tanya di kubur nanti, apa bangsa kamu! Cina atau Melayu! Tetapi pertanyaan yang amat takut tidak dapat dijawab, walaupun soalannya telah bocor, adalah “siapakah Tuhan kamu”? “Apakah agama kamu”? dan sebagainya.

Saya tidak pernah diupah oleh Umno untuk menulis, mahupun menerima habuan pihak ketiga. Saya tidak akan bersuara, jika semuanya teratur dan berjalan dengan baik. Saya tidak mahu mencari masalah. Saya mahu hidup aman, bebas daripada kutukan, makian, hinaan dan cercaan orang lain.

Namun, apakan daya, selagi Islam dan umatnya tidak terangkat dan terdarjat, selagi itulah perjuangan tidak selesai. Ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Semakin terus menggunakan segala ruang dan peluang pada waktu kritikal ini, kerana mereka takut ia mungkin tidak datang lagi. Justeru, sekali lagi saya paparkan apa yang telah diberikan selama ini, bacalah saya tidak akan ulangi lagi.

Pertama, SJKC sebenarnya tidak boleh disentuh sejak kewujudannya. Kita hanya berjaya menyeragamkan silibus pelajaran daripada berkiblat negara asal kepada silibus kita. Itupun masih lagi dipersoalkan. Subjek Bahasa Melayu walaupun telah diseragamkan, tetapi teksnya tidak sama berbanding aliran kebangsaan. Bahasa Melayu di SJKC/T lebih mudah, berbanding sekolah kebangsaan. Penyeragamannya ditentang ultra kiasu kerana jika diberatkan Bahasa Melayu, penguasaan bahasa ibunda akan berkurang.

Kedua, cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di SJKC juga gagal. Cadangan kerajaan ditolak mentah-mentah. Alasannya, jika ditambahkan waktu P&P Bahasa Melayu, ia akan mengambil ruang masa subjek bahasa ibunda. Penguasaan bahasa ibunda akan terjejas.

Ketiga, cadangan P&P subjek sejarah (Malaysia Negaraku) di sekolah rendah, untuk meningkatkan semangat patriotisme, pun tidak berjaya. Jika subjek ini mahu diajarkan juga, mesti diajar dalam ibunda, bukannya dalam Bahasa Melayu, kerana akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.

Keempat, kegagalan Sekolah Wawasan. Semua Sekolah Wawasan yang telah didirikan gagal untuk menarik perhatian orang Cina. Alasannya, percampuran dengan orang lain, akan mengurangkan penguasaan bahasa ibunda. Mereka mahu jadi secina cinanya.

Fikirkanlah wahai pemimpin sekalian. Benar, undi dan pengekalan kuasa penting, tetapi fikirkanlah kepentingan agenda membina negara. Saya tidak tidak pernah risau jika perkara ini berlaku di negara China, tetapi ingatlah kita berada di Malaysia, perkataan ‘Malay’ itu masih wujud, dengan sedikit penambahan perkataan ‘Sia’.

Jika tidak berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak, negara ini akan terus kekal dengan nama Tanah Melayu. Bayangkan jika perkara ini terus berlaku, sedangkan namanya masih kekal Tanah Melayu. Bolehkah sejarah ‘Tanah Melayu’ dipadamkan begitu sahaja?

Sunday, April 15, 2012

Keris berdiri, keris duduk - selak sikap yang tersorok

Oleh Azlan Ghanie
(dipetik dari kolum gelanggang tradisi - majalah Seni Beladiri keluaran September 2008)

Keris boleh 'berdiri' dan boleh 'duduk'. lihat gambar di sebelah sebagai bukti. pertanyaan penulis, pernahkan anda menemui mana-mana senjata tradisi sebegitu di dunia ini? Pastinya tidak.


Keris 'berdiri' di samping sampirnya
Keris 'duduk' di atas sampir
Bukan sahaja ia boleh berdiri dan duduk, tetapi setiap sudut 'bercerita'. Dari hulu, pendokok dan mata ada ceritanya. Kalau mata dari putting hingga hujung mata ada pelbagai reka bentuk dan juga bernama. Sarung pula seperti mata, ada pelbagai sepsis kayu untuk sarung dan hulu. Kayu tidak sebarangan kerana kayu yang lemah mudah pecah bila dimasukkan mata keris. Sarung dan hulu da cerita melalui reka bentuknya. Senjata melayu bersarung. Semua senjata melayu bersarung dan melalui hulu dan sarung itu juga menceritakan kedudukan pemiliknya.

Raja dan pembesar, ada menggunakan gading sebagai hulu. Sarung dihias dengan permata atau emas atau perak. Kerana itu, tanpa menafikan oleh sesiapa, sikatakan kalau hendak mengenal bangsa Melayu lihatlah pada keris. Lihat keris, jangan seperti melihat kulit tanpa menjamah isinya. Kalau melihat alam melayu dalam buah-buahan. Durian, manggis, duku, langsat, nangka, mempelam, bacang, rambutan dan cempedak adalah antara buah jika hendak makan perlu tahu cara membuka atau mengupasnya.

Keris begitu juga. Keris Melayu (lama) ada cara peganggnya, adda cara mengeluarkannya da nada cara menyampaikannya. Keris perlu dipegang dan digenggam. Keris perlu dikeluarkan dan diangkat untuk mengangkat. Keris yang diangkat, mengisikan semangat dalam niat berjihad untuk bangsa yang berdaulat.

Keris adalah senjata Melayu. Kerana itu, bagi mereka yang tahu, dilafazkan; “Keris Melayu, Keris itu Melayu dan Melayu itu keris.” Sahabat lama penulis. Datuk A. Aziz Deraman dalam majalah DEWAN BUDAYA keluaran Februari 2007: "Keris itu Melayu, Melayu itu Keris." Rencana beliau jelas mengenai keris dan Melayu.


Apapun, bila berbicara mengenai keris, ramai yang tahu bercerita akan cara penghasilannya termasuk nama-nama hulu, mata dan pamur. Penulis sudah banyak menulis mengenai keris dalam majalah ini, ia kisah yang tiada penghujungnya kerana pandai besi (pembuat keris) bukan satu dan setiap mereka ada cerita yang tersendiri.

Bulan ini, penulis ingin membawa pembaca melihat keris berdiri dan duduk. Termasuk juga hulunya. Keris didirikan dengan bantuan sarung. Kalau melihat keris, akan dikatakan. "Mustahl, keris boleh berdiri". Pelawat asing pun tidak percaya apabila diberitahu ia boleh berdiri. Ternaik kening mereka. Logiknya, hulu berat dan tidak nampak 'pusat' untuk mendirikannya.

Mustahil kepada mereka tetapi tidak kepada bangsa Melayu. Sebagai beragama Islam, mereka bersyukur dan menyedari, mereka menjadi bangsa yang dianugerahi ilmu itu. Bukan lagi bijak pandai tetapi pendetanya orang Melayu menghasilkan keris dan keris itu menjadi simbol. Simbol kepada apa? Satu pertanyaan yang jawapannya luas tanpa sempadan. Ia bersubjek, kalau subjeknya  mengenai pamor, 10 pandai besi atau empu yang ditemui membolehkan anda menerbitkan 10 buku.

Sepertimana dikatakan, Keris itu Melayu, Melayu itu Keris, bila anda melihat keris boleh berdiri dan duduk, ia dibuat oleh bukan calang-calang orangnya. Lihat hulunya, pelbagai rupa bentuk dan bernama. Malah ada cerita mengenai hulu Jawa Demam yang pernah disiarkan dalam majalah ini. Diceritakan juga secara ringkas, ia terhasil atas titah Sultan Melaka dan ilham dari seorang lelaki dari Jawa 'datang mengadap' dengan menggeletar demam, itu ceritanya.

pelbagai jenis hulu keris

Hulu ada dinamakan (mengikut ukiran) seperti Tapak Kuda, Anak Ayam Teleng, Pekaka dan sebagainya. Keris Melayu Semenanjung kebiasaannya berhulu Jawa Demam. Hulu itu dihasilkan dengan boleh duduk di atas sampirnya. Penghasilan keris boleh berdiri dan duduk, bukan sahaja memerlukan ilmu yang tinggi tetapi pembuatnya atau empu perlu ada sikap tenang, bersabar dan keterampilan (skil).

Atas itu, kalau hendak kenal Melayu, kenalilah keris. Keris adalah senjata Melayu yang menceritakan 'niat' dari sebelum dan sesudah ia siap. Loknya dari 3, 5, 7, 9, 11 dan sebagainya menceritakan darjat pemiliknya. Terlangsung terhasillah keris boleh berdiri dan boleh duduk. Berdiri kepada yang benar, duduk atas sedar yang dilafaz. Temui guru silat yang tahu untuk penjelasan.

Kepada yang tahu adab keris dalam tempur, senjata itu keluar bukan dikeluarkan dari sarung. Yang belum mengenali keris, kenalilah ia kerana jika anda mengakui bangsa sendiri adalah Melayu, maka genggamlahnya.

Kerana bangsa Melayu yang sudah menggenggam ia dalam dunia persilatan atau menlalui mengamal adat Melayu tahu akan erti 'martabat diri'. Hanya mutu mengenal manikam.

Membela Raja-Raja - Merah Silu

Disalin dari blog Catatan Si Merah Silu
http://merahsilu.blogspot.com/2006/12/membela-raja-raja-sambungan-daripada.html


Para pembaca sekalian, daripada komen yang diberi 2-3 hari kebelakangan dalam postings sebelum ini, nampaknya ada pihak yang menyangkakan saya amat mengagungkan Dr Mahathir. Hmm... Mungkin orang ini silap baca maksud di sebalik beberapa artikel yang pernah saya tulis tahun 2002 lalu disertakan di sini... Untuk makluman, saya bersetuju dengan cara Dr Mahathir membangunkan negara serta mengikat matawang semasa berlaku krisis kewangan 1997 tetapi ini tidak bermakna saya setuju terhadap setiap tindakan beliau. Lagipun ingat, artikel itu ditulis 4 tahun lalu.

Kedua, ada pula pihak menyangkan saya anti raja... Masyaallah... Mereka yang betul-betul mengenali saya tentu akan ketawa mendengar kenyataan ini kerana mereka tahu hubungan peribadi saya dengan pihak raja. Cuma pada pendapat saya, raja-raja zaman sekarang tidak mencerminkan lagi peribadi serta daulah raja dahulukala yang menyebabkan mereka disanjung masyarakat di mana-mana.
Di sini biar saya sertakan sambungan cerita yang merupakan bahagian daripada bab bertajuk "Demokrasa vs Raja-raja" dalam BKA II atau "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal". Untuk makluman bab ini belum diedit lagi... Apapun sila tatap isinya...


Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu, sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat, menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.


Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut, suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh. Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.


Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan: “Akupun boleh jadi raja, kalau aku dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa bendanya yang mulia?” Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan, malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan keperluan semasa.


Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang menubuhkan UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh dipikul sesiapapun jika ditawarkan.


Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalan-amalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun 1603.


Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja… Selain selalu mendirikan Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak, cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau ruangan kosong.


Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman… Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.
Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul… Seorang raja atau kerabat diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah.


Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.
Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk menyatakan “ketinggian” dan “perbezaan” mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status, lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja. 


Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuh-badan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi… Kalau tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, “melantak”. Kalau beradabpun cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.


Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada’ dan Qadar. Maka itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga jika memegang tampuk pemerintahan.
Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar, dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.

– Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.


Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?


Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.


Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta re
zeki makan-minumnya dan keluarga akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam. Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.


Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat… Maka penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang, mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.
Jangan jadi seperti sesetengah raja yang sebenarnya tidak layak menaiki takhta kerana kalau dikaji susur-galur keturunan mereka dari raja-raja yang terdahulu, mereka bukanlah waris yang sebenar. Lalu menggunakan jin, membuat perjanjian dengan makhluk halus untuk melindunginya, untuk menghebatkan penampilannya juga untuk menundukkan orang lain supaya dianggap sebagai seorang yang berdaulat, mempunyai kekuatan sakti yang tidak ada pada orang lain, kononnya inilah tanda dia memang seorang raja. Kalau begini, orang kebanyakanpun boleh belajar. Ilmu penunduk, penggerun, seri muka dan segala ilmu yang sewaktunya, yang banyak menggunakan khidmat golongan jin memang sudah menjadi pakaian orang kebanyakan sekarang terutama ahli-ahli politik dan perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihan untuk berjaya dalam hidup.


Bezanya, golongan jin-jin yang kuat lagi perkasa dan bertaraf tinggi mungkin tidak mahu mendampingi mereka yang tidak berdarah raja… Maka orang kebanyakan yang sibuk ke sana-ke mari menuntut pelbagai jenis ilmu batin untuk meningkatkan keupayaan diri masih lagi kurang power, masih tidak dapat menandingi seorang berdarah raja yang mempunyai sedikit kesedaran batin.


Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan segala tubuh badan…


Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.


Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.


Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk membunuhnya.


Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.


Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi.


Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi:

Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.


Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana dia telah menjadi “perkakas” Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini…
Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.


Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: “Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.”
Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan kebesaran raja-raja…