Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Saturday, December 21, 2013

Bekam : Perubatan Terbaik Saranan Rasulullah


HIJAMAH, APA MAKSUDNYA?

Istilah Hijamah berasal dari bahasa 'Arab, dalam kitab Lisaanul ‘Arab disebutkan bahAwa kata الْحَجْمُ (al-hajmu) menurut bahasa sama dengan al-mashshu (penghisapan/penyedutan) dari akar kata : حَجَمَ يَحْجُمُ حَجْمًا (hajama - yahjumu - hajman) yang bererti mencegah, menyedut, memalingkan, memagut, mematuk, menjauhkan. الْحَجَّام (Al-hajjam) ertinya orang yang berkerja sebagai ahli hijamah atau disebut al-haajim (الـْحَاجـِمْ).

Al-Hijamah/Bekam (bukan Beckham ye...) adalah salah satu kaedah perubatan penyakit dengan cara mengeluarkan angin dan/atau darah kotor dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit.

“Cupping used to : drain excess fluids and toxins, loosen adhesions and lift connective tissue, bring blood flow to stagnant skin and muscles and stimulate the peripheral nervous system”

Dengan melakukan penyedutan/vakum maka terbentuklah tekanan negatif di dalam cawan/kop/cantuk sehingga terjadi 'drainage cairan tubuh berlebihan' (darah kotor) dan toksin, menghilangkan jaringan ikat dan mengalirkan darah “bersih” ke permukaan kulit dan jaringan otot yang mengalami stagnasi serta merangsang sistem saraf perifer.

Berbekam merupakan kaedah perubatan klasik yang telah digunakan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit seperti hemofilia, hipertensi, gout, rheumatik arthritis, sciatica, back pain (sakit punggung), migrain, vertigo (terasa dunia berpusing), anxiety (kegelisahan) serta penyakit umum lainnya baik bersifat fizikal mahupun mental.

Kaedah ini dikenali dengan beberapa istilah yakni Al-Hijamah (istilah 'Arab), bekam (istilah Melayu), kop, canduk, canthuk, mambakan (istilah Melayu), Pa Hou Kuan (istilah Mandarin), Gua-sha (China), di Eropah dikenali dengan istilah Cupping/Blood Letting Therapy dan ada yang menamakannya ODT (Oxidant Drainage Therapy).

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKAM DAHULUKALA HINGGA KINI

Bekam sudah dikenali sejak 4,000 tahun sebelum Masihi, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai negeri Babylon, kerajaan Mesir kuno, negeri Saba', dan kerajaan Parsi. Alat yang digunakan pun sangat tradisional yakni tanduk kerbau/lembu, tulang unta, gading gajah dan buluh.

Di Mesir, bekam sudah bermula sejak zaman kekuasaan Fir’aun, sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi. Pada masa kekuasaan Fir’aun Ramses II kira-kira 1,200 tahun sebelum Masihi, secara tidak sengaja pada masa itu banyak orang-orang yang dilempari batu lalu terjadi lebam bengkak. Setelah dikeluarkan darahnya, banyak yang sembuh penyakitnya.

Perubatan bekam juga sudah umum dipakai para tabib di sana bersama-sama dengan jenis perubatan lainnya. Dalam melakukan bekam, para tabib memakai pedoman titik-titik tertentu di tubuh pesakit. Dalam menentukan titik-titik itu, mereka menggunakan pedoman dalam lembaran papyrus. Di dalamnya telah digambarkan titik-titik ath-tho’ atau at-ta’ ataupun tun, namun belum lengkap. Tiada perbezaan antara titik-titik besar dan titik-titik kecil. Gambar tersebut digunakan para tabib untuk pedoman perubatan.

Disebutkan oleh Curtis N, J (2005), dalam artikel "Management of Urinary Tract Infections: Historical Perspective And Current Strategies: Part 1-before Antibiotics. Journal of Urology". 173(1):21-26, January 2005 bahwa catatan buku teks kedoktoran tertua Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1,550 sebelum Masihi di kerajaan Mesir kuno menyebutkan masalah berkenaan bekam.

Pada zaman Nabi Yusuf di Mesir terdapat kaum Bani Israil. Di antara mereka ada yang terkenal sebagai ahli perubatan dengan bekam ini. Namun, hanya orang-orang tertentu yang berubat dengan menggunakan kaedah ini.

Di Parsi, yang berkuasa sekitar 3,000 tahun sebelum Masihi, bekam berkembang bersama pengobatan fashid, iaitu perubatan untuk mengeluarkan darah dari tubuh. Bekam juga sudah ada di daerah Suriah dan Iskandariyah bersama pengobatan fashidkay, pembedahan, ramuan herba, tumbuh-tumbuhan laut, akar-akaran, biji-bijian, bunga, dan getah-getahan. Pada saat itu, para tabib menggunakan bekam untuk perubatan para raja. Tabib-tabib terkenal hanya menurunkan ilmu perubatannya kepada murid-murid terpilih. 

Di China, bekam berkembang sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi sebelum berkuasanya Dinasti Yao. Kaedah bekam berkembang dengan berdasarkan titik-titik akupuntur. Pada zaman China Kuno, seorang herbalis bernama Ge Hong(tahun 281-341 Masihi) dalam bukunya "A Handbook of Prescriptions for Emergencies" menggunakan tanduk haiwan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut teknik “jiaofa” sedangkan di masa Dinasti Tang, bekam dipakai untuk mengubati TBC [tuberculosis] paru-paru . 

Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah (al-‘alaq) sebagai alat untuk bekam (dikenal dengan istilah Leech Therapy) dan masih dipraktikkan sampai sekarang. 

Hippocrates (tahun 460-377 sebelum Masihi), Celsus (tahun 53 sebelum Masihi-7 Masihi), Aulus Cornelius Galen (tahun 200-300 Masihi) mempopularkan cara pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk penyembuhan di zamannya. Dalam melakukan teknik perubatan tersebut, jumlah darah yang dikeluarkan cukup banyak sehingga banyak pesakit yang pitam. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Rom, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan keberhasilan dan khasiatnya. 

Pengeluran darah pada zaman Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam menggunakan alat sedutan diperbuat dari tulang unta (Lahyil jamal) dengan sayatan menggunakan syafrah (شفرة) yakni pisau besi yang hujungnya tirus tanpa pemegang bermata satu atau dua. Kaedah ini sangat dikenali dan dianjurkan oleh Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam hingga saat ini. 

Pada masa perkembangan Islam sekitar tahun 30 Hijriyah di Baghdad, bekam merupakan perubatan yang paling maju ketika itu. Mereka menggunakan bekam bersama al-kayyfashid, dan bekam jubb, iaitu bekam yang khusus terbuat dari gelas kaca yang indah. Pisaunya pun khusus, bentuknya kecil dan tajam. Pisau itu direbus dulu untuk disterilkan. Para juru bekamnya pun bermacam-macam, dari yang hanya belajar turun-temurun, pembekam jalanan, hingga ahli bekam yang berpendidikan tinggi seperti di akademi kedoktoran Jundi Syahpur, daerah Harran, Syam, mahupun di Iskandariah, Mesir. Kerana itu, bekam dan fashid yang dilakukan berdasarkan ilmu kedoktoran ketika itu sangat berbeza dengan bekam yang dilakukan para juru bekam yang tidak berpendidikan kedoktoran.

sumber : Dr. Wadda’ Amani Umar "Sembuh Dengan Satu Titik: Al-Qowam"

DALIL HADIS RASULULLAH SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM BERKENAAN BEKAM

1. Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Mukhtashar MuslimShahiihul Jaami' danSilsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

2. Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

3. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit [kay]. Dan aku membenci pembakaran [kay]" (Riwayat Imam Ahmad)

4. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri [kayu Hindi]" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

5. Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik alat yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (Kasyful Atsaar 'an Zawaaa-idil Bazaar

6. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda: "Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu" (Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

7. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"

8. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, dia bercerita: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya" (Riwayat al-Hakim).

9. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, dia bercerita: "Nabi Allah shollallahu 'alahi wasallam bersabda: "Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan." (Sunan Ibnu Majah)

10. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu, berkata: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam berubat dengan berbekam ketika beliau sedang ihram" (Riwayat Bukhari)

11. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, berkata: “Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami)

12. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, berkata: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa" (Riwayat Bukhari)

13. Dari 'Abdullah bin Buhainah radhiyallahu 'anhu, berkata: “Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (Riwayat Bukhari)

14. Dari Jabir radhiyallahu 'anhu : “Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung” (Sahih Ibnu Khuzaimah)

SEKITAR PENDAPAT PARA AHLI MAZHAB FEQAH BERKENAAN MENGAMBIL UPAH SEBAGAI PEMBEKAM

Ada khilaf di kalangan fuqaha' mengenai hukum mengambil upah bekam bagi pembekam. Menurut Syaikh Muhammad Mukhtar As-Syinqithi, dalam kitabnya Ahkam Al-Jirahah Al-Thibbiyah, halaman 601-603, terdapat tiga (3) versi pendapat sebagai berikut; 
Pertama, hukumnya boleh jika pembekamnya hamba. Jika pembekamnya orang merdeka (bukan hamba), hukumnya makruh. Ini pendapat ulama mazhab Hambali. (Imam Shan’ani, kitab As-Subul As-Salam, 3/80).
Dalil pendapat ini antara lain hadis Ibnu 'Abbas RA berkata : "Nabi SAW telah berbekam dan beliau pun memberikan kepada pembekam upahnya" (Riwayat Imam Ahmad, Al-Bukhari, dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bolehnya mengambil upah bekam. Namun, menurut mereka, itupun jika pembekamnya hamba.

Jika pembekamnya orang merdeka, hukumnya makruh. Dalilnya hadis Muhayyishah bin Mas’ud RA, bahwa dia minta izin kepada Nabi SAW untuk melakukan ijarah untuk mengambil upah bekam tapi Nabi SAW melarangnya. Dia terus memohon dan minta izin kepada Nabi SAW hingga beliau bersabda, "Berilah makan [dengan upah itu] untamu yang kamu gunakan mencari air, atau berilah makan [dengan upah itu] hambamu" (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan At-Tirmidzi). Menurut mereka, perintah Nabi memberi makan hamba dengan upah bekam, menunjukkan bolehnya hamba memakan upah bekam. Dari perintah Nabi ini dapat diterbalikkan dari perintah, iaitu larangan (makruh) bagi orang merdeka untuk makan upah bekam. (Ibnu Qudamah, kitab Al-Mughni, 11/122).

Kedua, hukumnya dibolehkan. Ini pendapat ulama mazhab Hanafi, Maliki, dan Syafi’i. Dalilnya sama dengan dalil pendapat pertama, hanya saja mereka tidak mengkhususkan kebolehannya untuk hamba. Jadi mengambil upah bekam hukumnya boleh, baik bagi hamba mahupun orang merdeka.

Ketiga, hukumnya haram dan tidak sah. Ini pendapat ulama mazhab Zhahiri, seperti Imam Ibnu Hazm. Dalil keharamannya, menurut mereka, antara lain hadis Rafi’ bin Khudaij radhiyallahu 'anhu dia berkata : "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Penghasilan pembekam itu buruk (khabits), wang jasa pelacur (mahar baghiy) itu buruk, dan harga anjing (tsaman al-kalb) itu buruk" (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi). Menurut pendapat ini, hadis tersebut menunjukkan haramnya mengambil upah bekam. Sebab larangan itu asalnya menunjukkan hukum haram. Kata “buruk” (khabits) dalam hadis juga menunjukkan keharaman.

Menurut kami, pendapat yang rajih (kuat) adalah pendapat yang memakruhkan mengambil upah bekam, baik pembekamnya orang merdeka mahupun hamba. Inilah pendapat sebahagian ulama, seperti Imam Syaukani dan Imam Taqiyuddin An Nabhani. (Imam Syaukani, kitab An-Nailul Autsar, Beirut: kitab Dar Ibn Hazm, hlm. 1125; Taqiyuddin An-Nabhani, kitab Al-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam, hlm. 99).

Menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani, hadis bahwa “penghasilan pembekam itu buruk (khabits)” tidak menunjukkan keharaman melainkan kemakruhan. Kerana ada dalil bahwa Nabi SAW menamakan bawang putih (tsaum) dan bawang merah (bashal) sebagai sesuatu yang buruk (khabits), padahal kedua benda itu hukumnya boleh (Riwayat Muslim, dari Ma’dan bin Abi Thalhah). Seiringan dengan ini, Imam Syaukani menyatakan penghasilan pembekam itu makruh, kerana dalil yang melarang dapat dikompromi dengan dalil yang membolehkan, seperti tindakan Nabi SAW memberikan upah bekam kepada pembekamnya. (Imam Syaukani, kitab An-Nailul Autsar, halaman 1126).

Maka, mengambil upah bekam hukumnya makruh, bukan haram.  Inilah pendapat yang  rajih kerana telah mengkompromikan dalil yang membolehkan dengan dalil yang melarang. 

Kaedah ushul fiqh menyebutkan : I’mal al-dalilain aulaa min ihmaliha bil kulliyah.[Mengamalkan dua dalil lebih utama daripada mengabaikan salah satunya secara menyeluruh]. (Taqiyuddin An Nabhani, kitab Al-Syakhshiyah Al-Islamiyah, 2/240).
[www.konsultasi.wordpress.com]
Sumber : Tabloid Media Umat, Disember 2011

HUKUM BERBEKAM SEMASA BERPUASA, BERIHRAM DAN BERWUDHU'

Berbekam Semasa Berwudhu'

Mengikut mazhab As-Syafi'i, berbekam itu tidak membatalkan wudhu'sebagaimana dalam kitabnya "Al-Umm" yang menyatakan ertinya : "Tidak perlu berwudhu' (tidak batal wudhu') kerana muntah, darah yang keluar dari hidung, berbekam, sesuatu yang keluar daripada badan dan sesuatu yang dikeluarkan daripada jasad selain daripada tiga lubang iaitu qubul, dubur dan zakar" (Al-Umm: 1/14) 

Oleh itu, sesiapa yang berubat dengan menggunakan bekam dalam keadaannya berwudhu, maka tidaklah batal wudhunya atau berbekam itu tidak membatalkan wudhu.

Berbekam Semasa Berpuasa

Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalahdibolehkan dan tidak membatalkan puasanya kerana Rasulullah s.a.w. pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu 'anhu berkata yang maksudnya : "Nabi s.a.w. pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa" (Riwayat Bukhari)

Berbekam Semasa Berihram

Menurut pendapat Imam As-Syafi'i, para Sahabat Nabi dan jumhur ulama adalahharus bagi seseorang yang sedang berihram itu berbekam dan tidak dikenakan ke atasnya fidyah selagi dia tidak memotong rambutnya (kitab Al-Majmu': 7/377). 

Sebagaimana di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah radhiyallahu 'anhu berkata yang maksudnya : "Nabi s.a.w. pernah berbekam di tengah-tengah kepala Baginda di Lahyu Jamal (tempat antara Mekkah dan Madinah) padahal Baginda sedang berihram" (Riwayat Bukhari) 

Jika sekiranya seseorang yang sedang berihram itu hendak berbekam dan terpaksa memotong rambutnya, maka hendaklah dia membayar fidyah disebabkan memotong rambutnya itu

Menurut Imam An-Nawawi dalam hal ini, jika seseorang yang sedang berihram itu berbekam tanpa tujuan atau hajat lalu terpotong rambutnya maka haram hukumnya. Akan tetapi, jika tidak terpotong rambut maka itudiharuskan. (kitab Mausuu‘ah Feqhiyah: 17/17)

KELEBIHAN BERBEKAM

Berikut adalah beberapa khasiat berbekam: 
  • Menyihatkan tubuh badan.
  • Mengimbangkan daya ketahanan badan.
  • Menghilangkan keletihan dan penat badan.
  • Menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan.
  • Mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Meringankan sistem ‘kerja’ hati, limpa dan buah pinggang.
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Mengurangkan risiko penyempitan salur darah.
  • Membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain.
  • Membuang darah bertoksik dan membuang segala gangguan makhluq halus.
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, urat belikat, urat pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN MELALUI CARA BERBEKAM
  • Kegemukan [obesiti]
  • Penyakit untut [kaki gajah]
  • Sakit belakang [back pain]
  • Sakit perut [stomach ache]
  • Sembelit [constipation]
  • Gangguan jantung
  • Radang perut [inflammation]
  • Alergi terhadap makanan [allergy]
  • Sengal tulang
  • Sesak nafas
  • Lelah [asthma]
  • Sukar tidur di waktu malam [insomnia]
  • Cirit-birit [diarrhea]
  • Kejang otot [muscle cramps]
  • Kencing manis
  • Gangguan pundi hempedu
  • Menggigil
  • Masalah kencing malam
  • Radang tonsil
  • Gatal-gatal [rashes]
  • Radang usus besar
  • Tekanan persekitaran [stress]
  • Gangguan pundi kencing
  • Pusingan haid tidak teratur
  • Masalah ginjal kurang berfungsi
  • Tekanan darah tinggi [high blood pressure]
  • Sakit lutut dan sendi [artritis]
  • Sakit kaki
  • Sakit tulang belakang [spine pain]
  • Gangguan jiwa [mentally ill]
  • Lumpuh [stroke]
  • Gout
  • Rheumatoid artritis
  • Bisul
  • Kurang ketahanan imunisasi badan
  • Masalah sinus [kawasan antara dahi dan pangkal hidung]
  • Sakit sekitar perut
  • Gangguan rusuk
  • Buasir
  • Mandul [impotence]
  • Kuat tidur
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Masalah pembuluh darah sempit / sumbat [thrombosis]
  • Sakit punggung [sciatica]
  • Badan kurus
  • Membuang tabiat merokok
  • Sakit bahu/tengkuk [sore neck]
  • Pekak [hearing disablility]
  • Masalah jangkitan kuman [bacteria infections]
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang penumpuan fokus
  • Kaki kebas [semut-semut]
  • Urat tersimpul
  • Lumpuh menyeluruh [full body stroke]
  • Lemah syahwat dan masalah prostat
  • Pening kerana gangguan haid [dizziness]
  • Sakit paha dan tapak kaki
  • Sejuk tapak kaki
  • Tegang / rasa gelisah
  • Tumor otak 
  • Lutut yang kaku
  • Gangguan pankreas
  • Bisu [speaking disability]
  • Penyakit mata
  • Berhenti kitaran haid [menopause]
  • Bengkak testis
  • Tekanan darah rendah [Low blood pressure]
  • Penyakit rahim
  • Masalah keputihan di sekitar kelamin wanita
  • Masalah kesuburan lelaki dan wanita
  • Batuk kronik dan penyakit paru-paru
  • Gangguan sihir
  • Gangguan saka
PANTANG LARANG BERBEKAM
  • Seelok-eloknya berpuasa atau 4 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
  • Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
  • Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
  • Jangan minum air sejuk/air berais kerana akan menyebabkan badan jadi letih dan lesu.
  • Banyakkan minum air suam atau panas,sebaik-baiknya minum madu dan habbatus sauda untuk kesegaran dan kesihatan badan.

BAGAIMANA TOKSIN TERHASIL DAN DARAH BOLEH MEMBEKU [CLOTING]?

Toksin dalam tubuh manusia dapat terhasil dari:
  • Pencemaran udara
  • Makan siap saji (fast food) karena mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essence, penyedap rasa, dan sebagainya
  • Hasil pertanian seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida)
  • Kebiasaan buruk (bad habit) seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makan tidak seimbang, terlalu panas atau dingin, terlalu asam, dan lain-lain
  • Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai efek merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan darah beku [blood clot], iaitu:
  • Darah beku yang diakibatkan oleh kemalangan sewaktu di dalam rahim dan sewaktu dilahirkan.
  • Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal, seperti kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan, dan sebagainya.
  • Darah beku akibat perbuatan sendiri, seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan.
  • Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal. Kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan, dan kerisauan menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang dapat membahayakan metabolisma tubuh.
  • Darah beku yang diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit, dan pencemaran alam sekitar.







Dengan demikian, darah beku harus dikeluarkan dengan cara apapun. Namun, sistem perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, harus mencari pengubatan yang dapat bertindak mengeluarkan toksik-toksik tersebut secara cepat agar tubuh tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berhijamah (berbekam).

Hijamah/bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkhasiat untuk mengatasi berbagai macam penyakit. Bekam juga merupakan preventive medicine (metode pencegahan) selain juga sangat efektif untuk curative medicine (metode penyembuhan).
Hijamah bukanlah pengubatan alternatif. Namun ia merupakan pengubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.
TITIK-TITIK BEKAM YANG DISARANKAN RASULULLAH SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

1. AL-AKHDA'AIN : 
a) Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di sekitar otot sternocleidomastoideus. 
b) Merupakan pusat kegiatan dan penjalaran dari usus kecil dan besar. 
c) Berperanan dalam perubatan gondok, afonia, leher, sakit kerongkong, demam, pipi bengkak, tinnitus [kancing gigi], mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, tonsil . 

2. ILTIWA' 
a) Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis dengan tulang tumit (calcaneus) 
b) Merupakan pusat penjalaran organ ginjal 
c) Berperanan dalam perubatan tinnitus [kancing gigi], hemoptisis, gangguan haid, insomnia, ejakulasi pramatang, tegang urat, ginjal, bronkitasis, sakit punggung, gangguan kencing dan lain-lain. 

3. AL-KAHIL 
a) Terletak di sekitar tonjolan tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara bahu (acromion) kanan dan kiri, setinggi pundak. 
b) Merupakan titik pertemuan dan penjalaran organ kandung hempedu, perut, usus kecil, usus besar, kandung hempedu dan tripemanas. 
c) Berperanan dalam perubatan sakit leher, demam, epilepsi, batuk, demam, asthma, kaku punggung dan lain-lain. 
d) Anas bin Malik berkata: " Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda' ain dan al kahil" (HR. At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad). 

4. HAMMAH ('Alaa Ro'sun) 
a) Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bahagian depan, iaitu terletak di titik pertemuan antara batasan rambut bahagian belakang dengan batasan rambut bahagian depan. 
b) Berperanan dalam perubatan sakit kepala, pening, vertigo, mania, gangguan penglihatan, menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain. 

5. YAFUKH 
a) Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, iaitu antara tulang ubun-ubun (osparietale) dan tulang dahi (osfrontale). 
b) Pada anak-anak, saat pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna. 
c) Berperanan dalam perubatan epilepsi, pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea, kejang dan lain-lain. 

6. AL-KATIFAIN 
Kedua-dua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit di pundak dan penyakit leher. (Nabi SAW melakukan bekam pada kedua bahu saat diberi makanan lengan daging kambing yang diracun oleh orang Yahudi. 

7. 'ALA WARIK 
Berguna untuk sakit sengal, lower back pain 
(Dari Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam pada pinggulnya kerana sakit yang dideritanya (HR. An-Nasai, Ibnu Majah). 

8. QAMAHDUWAH 
a) Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang 
b) Bahagian di mana kalau sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bahagian kepala yang menempel di tanah. 
c) Sakit belakang kepala, pening, pekak, kaku lidah, schizophrenia, epilepsi, leher kaku, pusing, vertigo dll. 

9. PELIPIS DAN DAGU 
Berguna untuk mengubati pusing/pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian wajah, mengubati sakit kerongkong/batuk. 
(Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya. 

10. BAHAGIAN PUNGGUNG KAKI 
Berguna untuk menghilangkan kutil yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada buah testis (kantung kemaluan laki-laki) dan sakit urat. 

11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT 
Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panau yang ada di paha, menyembuhkan kaki yang sering sakit, mengubati buasir, mengubati penyakit kaki untut (elephantiasis), menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung. 

12. 'ALA DZOHRIL QODAMI 
Terletak di bahagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan pada bahagian kaki. 

13. UMMU MUGITHS 
a) Terletak di tulang tengkorak di bahagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di 2/3 bahagian depan. 
b) Apabila kepala dan batasan rambut bahagian belakang ke batasan rambut bahagian depan dibagi menjadi 12 bahagian, maka umu mugiths terletak di 7 bahagian dari garis batas rambut bahagian belakang dan 5 bahagian dari garis batasan rambut bahagian depan. 
c) Hati-hati saat pembekaman kepala, sebab dekat dengan pusat sensorik dan motorik, yang menyebabkan kelumpuhan organ-organ dan alat-alat tubuh.


WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21"(Riwayat Imam Ahmad).

Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu 'Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.

Terdapat hadis yang mengatakan waktu yang sesuai untuk berbekam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Walau bagaimanapun bekam boleh sahaja diamalkan pada bila-bila masa sahaja cuma kajian para ulama seperti Ibnu Sina mengatakan darah kotor berkumpul di badan pada masa pertengahan tiap-tiap bulan Hijiriah. Jadi masa tersebut adalah masa yang sesuai untuk berbekam.

1. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (bulan Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Shahih Sunan Abu Dawud)

2. Dari 'Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21” (Shahih Sunan at-Tirmidzi)

3. Dari Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu dia bercerita: "Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Baginda biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21" (Riwayat At-Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dengan sanad shahih)

4. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu ia berkata: "Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21 sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian" (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))

5. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda: "Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu" (Shahih Sunan Ibni Majah)

6. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21" (Riwayat at-Tirmizi)

Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan: "Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana mungkin cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergerak lancar dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan"
INDIVIDU YANG DITEGAH UNTUK BERBEKAM

  • Wanita hamil 3 bulan fasa pertama
  • Orang tua yang lemah
  • Pesakit tekanan darah rendah
  • Pesakit kencing manis kronik
  • Wanita yang kedatangan haid
  • Orang yang mengamalkan ubat pencair darah
  • Pesakit leukimia, thrombosis [penyakit darah membeku], penyakit kulit yang serius
  • Orang yang sangat letih, kehausan, kelaparan, kekenyangan
Jika hendak berbekam pastikan anda tidak terlalu kenyang atau terlalu lapar [sederhana kenyang]. Sila bekam 2-3 jam selepas anda selesai makan. Kemudian 3 jam selepas anda berbekam anda tidak dibenarkan mandi bagi mengelakkan badan demam mengejut.

KAWASAN BADAN YANG DILARANG UNTUK DIBEKAM
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah matatelinga,hidungmulutalat kelamin dan dubur.

JENIS-JENIS BEKAM

Ada 2 jenis bekam yang dipergunakan:

Bekam Basah (Damawiyah) = Bekam Darah


Jenis bekam basah adalah bekam yang dilakukan oleh Nabi, maka dari itu disebut Sunnah Nabi.

Permukaan kulit disedut terlebih dahulu, lalu dilukai atau disayat dengan menggunakan lancet (jarum yang tajam) atau pisau bedah kemudian disekitarnya disedut kembali untuk mengeluarkan darah yang berisi sisa-sisa toksik dari dalam tubuh. 

Setiap sedutan dibiarkan selama 2-3 minit kemudian dibuang kotorannya dengan cara ditempatkan pada cawan atau tempat sampah khusus. 

Maksima sedutan tidak lebih dari 7 Kali. Darah yang mengandungi toksik berwarna hitam pekat seperti jeli atau berbuih. 

Jarak waktu pengulangan bekam di tempat yang sama adalah 2-3 minggu. Kesan luka, insya-Allah akan hilang dalam 2-3 hari jika diurut dengan minyak Habbatussauda atau minyak Zaitun atau juga minyak But-But dan Kesannya tidak boleh terkena air selama 3-4 jam setelah berbekam.

Bekam Kering (Jaafah) = Bekam Angin


Bekam jenis ini adalah pengembangan dari bekam basah. Bekam kering bermanfaat untuk membuang angin serta melegakan sakit secara emergensi tanpa melukai kulit pesakit. Dapat meregangkan otot-otot yang kaku. Di sini pembekaman hanya dilakukan satu kali selama 15-20 minit. Setelah selesai baru disapukan minyak untuk cepat menghilangkan lebam bekas bekam kering tersebut.

Ada empat (4) teknik bekam yang biasa dilakukan :

(1) Teknik Statik

Titik bekam yang dituju secara langsung dibekam.

(2) Teknik Seluncur

Sebelum mendapatkan titik bekam yang dimaksudkan maka tubuh badan disapu dulu dengan minyak kemudian dibekam dengan cawan bekam lalu diseluncurkan. Teknik ini biasanya digunakan untuk membuang angin.

(3) Teknik Tarik
Biasanya digunakan pada dahi dengan cara dibekam kemudian ditarik secara berkali-kali.

(4) Teknik Limfatik
Sebelum menemukan titik yang akan dibekam, bahagian tubuh yang akan dibekam dipalpasi (diraba). Bila terasa ada sesuatu yang menonjol seperti gumpalan-gumpalan yang berbentuk pasir, beras atau sebesar kacang hijau, sedut dengan menggunakan cawan bekam. Fungsi teknik limfatik adalah untuk mengaktifkan kembali leukosit dalam menjalankan tugasnya iaitu membasmi kuman, bakteria dan virus yang  melemahkan sistem imun badan.

CARA PERLAKSANAAN TEKNIK BEKAM

Bekam Basah (Hijamah Rothbah), Wet Cupping
Kaedah pembekaman ini merupakan cara pengeluaran darah statik atau darah kotor yang dapat membahayakan tubuh badan jika tidak dikeluarkan.

Cara Bekam Basah :
  • Lakukan pemijatan / urut seluruh tubuh dengan minyak Habbatussauda atau But-But atau juga Zaitun selama 5-10 minit agar peredaran darah menjadi lancar dan pengeluaran toksik menjadi optimum
  • Sedut / bekam dengan gelas bekam pada permukaan kulit yang sudah ditentukan titik-titiknya dengan pam 3-5 kali. Biarkan selama 3-5 minit untuk memberikan kekebasan pada kulit ketika dilakukan sayatan.
  • Kemudian lepas / buka cawan bekam tersebut. Basuh kulit dengan alkohol atau betadine untuk membersihkan permukaan kulit yang akan dibekam dari kuman. Lakukan sayatan dengan lancet / jarum / pisau bedah. Sayatan disesuaikan dengan diameter / lingkaran cawan tersebut lalu sedut dengan alat Cupping Set dan pam tangan untuk menyedut darah kotor. Sedut / bekam sebanyak 3-5 kali pam (disesuaikan dengan ketahanan pesakit) dan biarkan selama 3-5 minit.
  • Buang darah yang kotor (pada cawan yang telah disiapkan) kemudian lakukan pembekaman lagi pada tempat yang sama. Biarkan selama 2-3 minit. Lakukan hal ini sampai 3 kali ulangan dan maksimum 5 kali ulangan. Jika keadaan pesakit tertentu boleh sampai maksimum ulangan 7 Kali.
  • Setelah selesai, kesan bekaman disapu antiseptik / minyak But-But agar tidak terjadi jangkitan kuman dan luka cepat sembuh.
  • Pembekaman dapat dilakukan tiap-tiap hari pada titik-titik yang berbeza. Berikan masa 2-3 minggu untuk titik bekam yang sama atau 4 minggu sekali melakukan pembekaman.
  • Sebaiknya dilakukan diagnosa sebelum pembekaman bermula agar suatu ketepatan dalam perubatan bekam dicapai dan tidak membahayakan pesakit.
Bekam Kering /Hijamah Jaafah / Dry Cupping
Kaedah ini hanya dilakukan untuk menghilangkan rasa sengal dan melenturkan otot-otot pada punggung dan bahagian belakang badan. Cara ini dilakukan untuk penyakit ringan.

Cara Bekam Kering :
  • Urut seluruh badan bahagian belakang dengan minyak But-But / Zaitun / minyak Habbatssauda selama 5 minit.
  • Sedut / bekam dengan cawan bekam pada permukaan kulit dan pada titik yang sudah ditentukan. Hal ini sebaiknya dilakukan 3-5 kali pam dan dibiarkan selama 10-15 minit.
  • Buka sedutan gelas bekam tersebut dan urut kembali kesan bekaman dengan menggunakan minyak selama 2-3 minit.
Bekam Seluncur/ Meluncur
Kaedah ini sebagai ganti tenik Kerokan yang dapat membahayakan kulit kerana dapat merosakkan liang peluh. Cara ini bermanfaat untuk membuang angin pada tubuh badan dan meregangkan otot-otot serta melancarkan peredaran darah.

Cara Bekam Seluncur :
  • Urut seluruh badan bahagian belakang dengan menggunakan minyak secukupnya sebagai permulaan.
  • Sedut / bekam dengan cawan bekam pada permukaan kulit 1-3 kali pam kemudian gerakkan cawan bekam tersebut dari arah bawah ke atas atau dari arah atas ke bawah dengan perlahan sampai nampak warna kulit kemerahan. Hal ini cukup dilakukan 2-3 minit.
  • Buka sedutan cawan bekam tersebut dan urut kembali dengan minyak selama 2-3 minit.
Bekam Tarik
Kaedah ini hanya untuk menghilangkan rasa sengal dan penat di bahagian dahi, kening dan bahagian yang berkenaan.



Cara Bekam Tarik
  • Sedutkan cawan bekam sebaiknya di kawasan dahi / bahagian yang berkenaan kemudian ditarik berulang-ulang sampai kulit menjadi kemerahan.
sumber bacaan : Thibbun Nabawi, karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah
                        Sembuh dengan Satu Titik, Dr. Wadda Amani Umar

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH BEKAM TERKINI

1. BEKAM BASAH DENGAN MENGGUNAKAN LANCETING DEVICE [JARUM LANCET]


Kelebihan terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (lanceting device) ialah :
  • Mudah dikendalikan. 
  • Luka yang sangat kecil.
  • Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
  • Luka sangat mudah sembuh.
  • Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
  • Hanya kemahiran yang minima diperlukan oleh ahli terapi.
  • Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
  • Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.
Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja TANPA peralatan (lanceting device):
  • Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
  • Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
  • Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.
Kelemahan terapi bekam darah dengan jarum:
  • Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
  • Darah pesakit berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pesakit-pesakit darah tinggi dan seumpamanya.
  • Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 hingga 42 tusukan.
  • Rasa pedih untuk sesetengah pesakit dan sakit pada segelintir pesakit berkulit sensitif.
  • Perlukan ulangan segera.

2. BEKAM BASAH DENGAN MENGGUNAKAN PISAU



Kelebihan:
  • Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir. 
  • Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
  • Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
  • Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
  • Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
  • Tidak sakit untuk sesetengah pesakit.
  • Digemari oleh pesakit yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
  • Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Kelemahan:
  • Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
  • Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
  • Tidak digemari oleh pesakit-pesakit baru kerana rasa seriau yang bersangatan.
  • Pedih dan sakit untuk sesetengah pesakit berkulit sensitif.
  • Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
  • Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.
3. BEKAM BASAH DENGAN MENGGUNAKAN LINTAH



Kelebihan:
  • Tidak sakit atau sangat tidak sakit berbanding kaedah lain. 
  • Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
  • Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
  • Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
  • Pesakit boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
  • Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pesakit yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
  • Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan.

Kelemahan:
  • Terpaksa menunggu lintah kenyang dan jatuh sendiri.
  • Masa rawatan yang panjang antara 45 minit hingga 4 jam.
  • Lintah agak sukar dikendalikan pada awalnya.
  • Pendarahan berterusan antara 3 jam hingga 2 hari bergantung kepada pesakit kerana air liur lintah masih terdapat di kawasan sedutan.
  • Kegatalan bergantung kepada kulit pesakit.
  • Amat tidak sesuai untuk pasien yang berkulit sensitif kepada alahan.

sumber : http://bekam-sunnah.blogspot.com

CARA KENALPASTI GEJALA-GEJALA PENYAKIT MELALUI KESAN BEKAM

Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :
  • Kesan bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, umumnya hal ini menunjukkan keadaan defisiensi (kekurangan) bekalan darah dan saluran pembuluh darah yang tidak lancar yang disertai dengan adanya darah statik (darah beku).
  • Kesan bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (bertompok-tompok), umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah statik (darah beku).
  • Kesan bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tingkatan warna yang berbeda (ada yang ungu tua dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan tenaga “Qi” dan adanya darah statik.
  • Kesan bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya hal ini menunjukkan terjadinya defisiensi [kekurangan] aliran “Yin”, defisiensi [kekurangan] tenaga “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang ditunjukkan oleh defisiensi “Yin”.
  • Kesan bekam yang muncul berwarna merah gelap, hal ini menandakan keadaan lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya panas patogen.
  • Kesan bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, hal ini menandakan terjadinya defisiensi [kekurangan] cold (dingin) dan adanya gas patogen.
  • Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, hal ini menandakan keadaan adanya wind (lembab) patogen dan gangguan gas patogen.
  • Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam cawan bekam menandakan keadaan adanya gas-gas patogen pada daerah tersebut.
  • Adanya blister (lepuhan/lecat) pada kesan bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.