Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, February 18, 2013

Sejarah Kampung Lundang Kota Bharu

artikel menarik berkenaan tempat asalnya keturunan saya dari sebelah ibu.

Saya baru mendapat tahu hal ini pada petang 17 Februari 2013 daripada Pak In (Shafie Husin) yang giat mencari dan menulis berkenaan sejarah Kampung Lundang. Ibu saya Halimaton bt Ismail bin Wan Idris bin Wan Ishak bin Wan Nik (Dato' Besar) bin Wan Muhammad (Dato' Mekong) bin Wan Mahmud (Dato' Panglima Perang Lundang) bin Wan Hamid @ Tuan Khomis @ Mandur Mis (Dato' Maharaja Wangsa) bin Wan Musa.

disalin dari:

                                                                                  
Kampung Lundang adalah salah satu dari perkampungan melayu yang tua di dalam zon bandar Kota Bharu sekarang. Menurut riwayat, nama Kampung Lundang ini diambil sempena dengan keadaan faktor kawasan muka buminya iaitu kawasan tanah leku' serta lembah yang luas berhampiran di sepanjang tebing sungai. inilah maksud kepada perkataan dialek lama Kelantan iaitu "Lundai @ Lunde". pada zaman awal perkembangan Kampung ini wujud, penempatan Kampung Lundang ini aslinya terletak dibawah lembah kampung Lundang sekarang dan ia menghadap ke arah sungai Lundang yang merupakan jalan perhubungan utama pada waktu itu yang menghubungkan Sungai Kelantan melalui Pengkalan Galuh, Kampung Sireh disebelah barat dengan Laut melalui kuala Pantai Senok disebelah timur. 

Selain daripada kawasan Kampung Lundang sekarang, dimana kawasan asal Kampung Lundang ini meliputi Kampung Bawah Lembah, Bunut Payong, Kampung Belukar dan Taman Restu yang mana pada waktu itu ketiga-tiga nama tempat ini belum wujud. Bukti kependudukan masyarakat Kampung Lundang dahulu ini boleh dibuktikan dengan adanya beberapa kubur lama setakat yang dapat dikesan yang mana  sesetengahnya masih digunakan lagi yang kebanyakanya terdapat dibawah lembah iaitu kesemuanya empat tempat, iaitu dua tempat terletak dibawah lembah Kampung Lundang dan satu lagi terletak diatas tebing iaitu berhampiran dengan tebing Bawah lembah dibahagian sebelah paling timur Kampung Lundang iaitu terletaknya Makam Raja-Raja Lundang dan manakala satu tempat lagi di Taman Restu. ini kerana khususnya dikelantan pada waktu sebelum abad ke-20 masehi, kependudukan penempatan masyarakat Kelantan dahulu kala yang utama sebahagian besarnya adalah tertumpu berhampiran dengan sungai.



makam Raja-Raja Lundang dilorong Imam Lundang atau dipangil juga Lorong Wisma Manis Fm Lundang berhampiran dengan tebing bawah lembah Kampung Lundang sekarang. pada masa dahulunya kawasan ini dipangil langgar surau Tok Jingga, berhadapan dengan gambar ini mulai disebelah kiri adalah makam Al-marhum Mandor Mis (Dato' Maharaja Wangsa) dan disebelah kanan adalah makam Al-marhum Dato' Mekong.dan dibelakang kudua-dua makam ini ialah bersetentang dengan makam Al-marhum Mandor Mis iaitu makam Al-Marhum Dato' Panglima Perang dan disebelah kananya (tengah) adalah makam Al-marhum Dato' Besar  dan disebelah kanan makam Al-marhum Dato' Besar  adalah Makam Al-marhumah Long Che Ha atau digelar juga Engku Cik Nik  iaitu anak Tok Limbat  isteri kepada Dato' Panglima Perang (tiada belindan) -merujuk daripada sumber ''Peringatan Lundang''oleh Imam Hj.Tuan Fakeh Abdullah Bin Ahad 1326h bersamaan tahun 1908m.

Masyarakat dahulu sangat bergantung harap kepada sungai selain daripada jalan perhubungan utama ia juga merupakan sumber kepada kegiatan pertanian dan memanfaatkan hasil tangkapan dari sungai. Kampung Lundang telah dibuka atau diasaskan pada tahun 1762 oleh seorang ternama yang  masyhur dalam sejarah Kelantan iaitu Mandor Mis atau nama sebenarnya Tuan Khomis kekanda kepada Che' Tuan Mah (Isteri Penghulu Adas), Tuan Wan Mamat dan Tuan Membunga iaitu putera-puteri kepada Tuan Kundur Kelantan. Mandor Mis yang bergelar Dato' Maharaja Wangsa adalah jadi Penghulu Menteri (iaitu diagakkan sebagai Timbalan kepada Long Gafar) serta menjadi Raja didalam Kampung Lundang yang telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Long Yunus selepas disytihar baginda menjadi pemerintah negeri Kelantan. Pada waktu Mandur Mis menjadi Raja Kampung Lundang, beliau telah melantik orangnya yang bernama Awang Besar menjadi Penghulu yang pertama di Kampung Lundang pada tahun 1790. Selepas daripada mangkatnya Al-marhum Mandor Mis, kampung Lundang tidak lagi mempunyai Rajanya sehinggalah tahun 1800 apabila putera Al-marhum Mandor Mis yang sangat masyhur juga dalam sejarah Kelantan itu iaitu Wan Mahmud telah dijadikan oleh DYMM Sultan Muhammad-I ianya Pembesar bergelar Dato' Panglima Perang Lundang merangkap sebagai Raja Daerah Lundang yang berpusat pemerintahanya dikampung Lundang dengan biasa pula dipangil orang ianya Dato' Panglima Perang. 

Selepas Dato' Panglima Perang mangkat pada tahun 1830 tempatnya telah digantikan oleh puteranya iaitu Wan Muhammad dengan gelaran  Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-II dan dipangil masyhur Dato' Mekong sehingga mangkat pada tahun 1846. selepas daripada Dato' Mekong mangkat, maka DYMM Sultan Muhammad-II telah melantik puteranya iaitu Wan Nik pula memerintah Daerah Lundang dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-III merangkap Ahli Jemaah Menteri Peperangan iaitu suatu jawatan baru yang diperkenalkan oleh DYMM Al-Sultan dan kemudian dipangil dengan nama Dato' Besar sehingga mangkat pada tahun 1867 dan digantikan oleh sepupu yang juga menantu Dato' Besar iaitu Nik  Wan Musa Bin Wan Sulaiman bergelar Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-IV yang sangat masyhur dipangil dengan nama Dato' Lundang. Dan untuk pengetahuan pembaca sekelian, bahawa Mufti Hj.Wan Ishak Bin Imam Hj.Abdullah atau biasa juga dipangil Mufti Tok Pelanduk iaitu Mufti di zaman awal Pemerintahan DYMM Sultan Muhammad-IV yang mengantikan Mufti Hj.Nik Wan Daud pada tahun 1907 hingga 1909 adalah dari keturunan Al-marhum Dato' Besar sebelah ibunya yang bernama Wan Minah Binti Wan Ishak Bin Wan Nik (Dato' Besar).                                     


Sohibul Samahah Al-marhum Mufti Hj.Wan Ishak Bin Imam Hj Abdullah (masyhurnya digelar Tok Pelanduk  wafat tahun 1915)

Pada waktu zaman pemerintahan Dato' Lundang memerintah daerah Lundang, khususnya pada Kampung Lundang telah mengalami kemajuan dan pola perubahan penempatan yang ketara dimana salah satunya ialah pembukaan kawasan baharu penanaman padi iaitu kawasan yang sekarang ini bermula dari Maybank Lundang hingga ke Kampung Bayam mengantikan tempat lama iaitu kawasan tebing sungai Lundang yang telah tercemar, tidak selamat serta berpenyakit akibat daripada ternakan mati dan reput natijah daripada Peristiwa Angin Besar di Kelantan tahun 1880 yang telah menyebabkan terjadinya Wabak penyakit berjangkit seperti Taun, malaria dan lain-lain lagi, akibat dari peristiwa ini kebanyakan penduduk Kampung Lundang iaitu penduduk dikawasan bawah lembah Lundang sekarang telah berbuat penempatan baru yang sekarang inilah terletaknya Kampung Lundang. Pada waktu terkemudian daripada itu barulah penduduk Lundang yang mana sebahagianya lagi yang masih menetap dibawah lembah khususnya dibahagian barat kampung Lundang asal (bawah Lembah) telah mewujudkan satu pentadbiran (Penghulu) serta nama-nama kampung yang baharu seperti kewujudan kepada nama Kampung Belukar dan juga Kampung Bawah Lembah  yang telah menjadi sebahagian daripada dibawah pentadbiran Penghulu Kampung Bunut Payong yang kemudianya terkenal dengan nama Kampung Bawah Lembah Bunut Payong ini adalah disebabkan ia sudah terpisah daripada Pentadbiran Penghulu Kampung Lundang itu sendiri.walaubagaimana pun kedua-dua Kampung ini termasuk Kampung Bunut Payong masih lagi terletak didalam Daerah Lundang yang dibawah pemerintahan Dato' Lundang. 

Diberitakan semasa berlakunya kebangkitan rakyat menentang penjajahan Inggeris yang diketuai oleh Al-Syahid Tok Janggut di Pasir Putih pada tahun 1915, bahawa Dato' Lundang bersama-sama dengan Engku Besar Muda Tuan Jaafar, Dato' Bentara Setia Nik Mahmud, Dato' Kaya Hulubalang Kadok dan Dato' Menteri Kelantan Che' Hasan telah menjalankan kegiatan diplomasi antara pihak Tok Janggut dan Engku Besar Tuan Ahmad iaitu bekas pemerintah tradisional daerah Jeram, Pasir Putih dengan pihak kerajaan Kelantan di Kota Bharu dan juga pihak Inggeris. sebelumnya pada tahun 1909 akibat daripada Perjanjian British-Siam maka peranan corak pemerintahan tradisional daerah Lundang telah ditukar dan berubah kepada corak pentadbiran moden yang dibawa oleh Penasihat British di Kelantan. akibat daripada peristiwa ini, Dato' Lundang telah diberi pencen seumur hidup dan kemudian mangkat dalam tahun 1926 dan dimakamkan di tanah perkuburan besar kampung Lundang (bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Lundang). Selepas dari tahun 1909 atau sejak tahun 1904 lagi daerah Lundang telah ditadbir secara moden yang diketuai oleh seorang Ketua Daerah bergelar Penggawa sehinggalah pada tahun dekad 1970 apabila daerah Lundang telah dipecah dan digantikan menjadi daerah Kubang Kerian.

   Makam Al-marhum Dato'Lundang yang terletak disebelah Sekolah Kebangsaan Lundang (mangkat pada 1926.)
Lundang Cabang Sejarah Kelantan


Sumber:
§  Peringatan Lundang oleh Imam Hj. Tuan Fakeh Abdullah Bin Ahad 1326/1908[salinan manuskrip]
§  Sejarah Ringkas Kampung Lundang oleh Allahyarham Cikgu M. Abbas Lundang 1970[Tesis]
§  Riwayat Kelantan,Zahir Ahmad= Analisis Teks,Interteks,Tesis Ph.D, Universiti Malaya,1997
§  Warisan Kelantan I, ms 134 dibawah tajuk Kadok Satu Kajian Ringkas oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,1982
§  Kelantan Dari Zaman ke Zaman oleh Mohammad Husin Khal'e Hj.Awang,Pustaka Dian Kota Bharu1970

No comments: