Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, February 18, 2013

Sejarah Dato Lundang

lagi sejarah dato lundang disalin dari:
http://long-muhammad.blogspot.com/2012/06/sejarah-dato-lundang-dato-lundang.html

Dato Lundang adalah seorang pembesar daerah Lundang yang terakhir selepas Dato Besar TM 1846-1867 (nama Dato Besar Ialah Wan Nik Bin Dato Panglima Perang Wan Muhammad) sebelumnya lagi  Dato Panglima Perang Wan Muhammad TM 1830-1846 dan Dato Panglima Perang Wan Mahmud TM 1800-1830 yang mashur dalam sejarah kelantan di zaman DYMM Sultan Muhammad I yang memerintah kelantan pada tahun 1800-1837. Nama sebenar Dato Lundang ialah Wan Musa Bin Wan Sulaiman beliau adalah cicit kepada pengasas Kampung Lundang iaitu mandur mis atau name sebenarnya iaitu Wan Hamid Bin Wan Musa @ Bendahara Tuan Dagang iaitu bendahara dizaman kerajaan al marhum DYMM Sultan Umar Dan Dymm Tuan Besar Jembal. Dato Lundang   adalah sepupu yang juga menantu kepada Al-Marhum Dato Besar melalui isterinya bernama Wan Limah . beliau telah diberi gelaran kebesaran bergelar Dato Panglima Perang Lundang oleh DYMM Sultan Muhammad Ke - Ii sebaik sahaja disytihar menjadi pembesar daerah lundang mengantikan mertuanya al-marhum Dato Besar .menurut dalam sejarah kelantan beliau pernah terlibat dengan Dato Perdana Menteri Paduka Raja dalam perudingan diantara pihak berkuasa Kota Bharu dengan pihak Tok Janggut pada tahun 1915 .pada tahun 1909 berikutan dengan perjanjian British Siam . maka pada tahun tersebut telah merubahlah sistem pentadbiran tradisional kelantan dimana peranan Dato Lundang sebagai pembesar daerah lundang telah hilang dan diberi pencen seumur hidup dengan itu peranan pentadbiran daerah lundang telah bertukar dengan pentadbiran moden iaitu diketuai oleh seorang bergelar penggawa. dato lundang telah mangkat pada tahun 1926 dan dimakam kan ditanah perkuburan besar kampung lundang bersebelahan sekolah kebangsaan lundang 

No comments: