Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Tuesday, February 18, 2014

Pilih tandas cangkung ke tandas duduk


Assalamualaikum w.b.t

Memang kita tak nafikan yang semua orang Malaysia la nie sudah beralih kepada tandas duduk. Tak kira la yang duk kat pekan atau kampung, kebanyakkan akan ada tandas jenis duduk kan. Seolah-olah terus melupakan tandas jenis mencangkung (eastern toilet). Ramai yang rasa tandas cangkung macam ketinggalan zaman. Kalau kat hotel, shoping complex atau tempat ternama yang lain, tandas duduk akan menjadi pilihan orang kita. Tapi hampa taw dak apa rahsia di sebalak tandas cangkung dan apa keburukan tandas duduk?

Sory kalau bahasa macam jijik sikit tapi ni untuk info kita gak kan. Hampa taw dak yang lubang najis kita tu berada dalam keadaan tidak menegak kalau kita guna tandas jenis duduk. Tetapi berbeza pulak kalau kita mencangkung. Laluan lubang najis untuk keluar akan menjadi mudah sebab lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan proses kita nk buang hajat pon senang. Kan3.


Tapi tak pulak kalau kita buang hajat dalam keadaan duduk sambil men angry bird di iPhone. Ini kerana ia akan membawa kepada masalah sembelit.Taw dak sembelit tu apa? Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang tu menghadapi kesukaran nak berak dan kaitannya dengan tandas duduk adalah, najis tidak keluar habis bila kita berak duduksebablaluan najis tu menjadisempit dan akan terus disimpan untuk next pelaburan. So najis yang disimpan akan mengeras dan menyebabkan sembelit. So aku yang guna tandas duduk pon kadang-kadang tak puas bila guna. Hahahaha. 
Ada satu lagi problem kalau kita duk guna tandas jenis duduk nie. Ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran najis yng ada di usus besar kepada usus kecil. Waahh dah macam doktor plak dah. Ini melibatkan fungsi injap ileo-caecal yang control aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. So ini akan menyebabkan toksin diserap melalui usus kecil akan diserap oleh salur darah dan akan meberi bebn kepada hati untuk menyahtoksinkan bahan toksin tersebut. Huh!


Kalau hampa nak taw, tandas duduk merupakan penyebab No2 kepada kanser Kolon di United State sebab semua rakyat US guna tandas duduk sebab pada logik akal, tandas duduk nie memberi kemudahan dan keselesaan terhadap penggunaannya. Aku ada member yang wajib kena ada tandas duduk sebab dia tak boleh nak mencangkung. So automatik dia tak boleh nak guna tandas cangkung. Kaki dia panjang sangat lah kot. Nak balance punggung tak leh. Tak leh nak attack lubang najis. Hahahaha. Aku syorkan beliau guna cara di bawah nie lah. Kih3. 2 dalam 1.


Tapi ada jugak yang suka mencangkung atas tands duduk. Woi jangan buat camtu, bahaya, Takkan hampa taktaw ada kes kemalangan dalam tandas. Disebabkan cngkung atas tandas duduk, tandas tu pecah sebab xleh nak tampung keseluruhan badan yang berat tu dan pecah. Haa kan dah cedera parah. Eeeeee


P/S : Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.

No comments: