Sedang rancak kami berbual dengan Hj Halim, saya mendapat panggilan untuk kembali ke Kubang Kerian. Perbualan dengan Hj Halim semakin menarik, sayang pula hendak berhenti.
Saya mengambil keputusan pulang ke Kubang Kerian terlebih dahulu menyelesaikan beberapa hal.
Usai solat zuhur kami menyambung semula misi ke Kota Jembal pada hari ini. Sebelum tiba di Kota Jembal, kami masuk ke Jalan Kota Senang Menuju ke Taman Senang. Dari tepi jalan itu sudah kelihatan papan-papan tanda yang memandu arah ke Makam Sultan Omar.
Selesai menziarahi makam Sultan Omar, perjalan diteruskan ke Kota Jembal kami masuk ke satu lorong di sebelah SK Kota Jembal. Sebelum ini saya pernah diberitahu terdapatnya sebuah makam di kawasan memandangkan kawasan ini merupakan laluan saya berulang alik ke tempat kerja di Kg Kemayang di Tawang.
Rupa-rupanya kawasan makam ini tersorok ditumbuhi pokok ubi kayu dan tumbuhan liar lainnya. Terpaksalah kami mengharungi belukar untuk menghampiri makam ini. Dari jauh kelihatan tiang pagar makan yang berwarna kuning.
Hanya tiang pagar ini sahaja yang kelihatan, yang lain tenggelam dalam kehijauan belukar |
Makam Raja Bahar yang kelihatan selepas semak samun diselak |
2 comments:
Ada riwayat yang dakwa Raja Bahar ini adalah putera Raja Sakti
Dan ada pula dakwaan menyatakan Raja Bahar yang bergelar Raja Hudang ini putera Sultan Umar
Raja Bahar mangkat sewaktu masih terlalu muda dan tidak mempunyai zuriat
Sedangkan Tuan Besar Long Bahar bin Wan Daim juga digelar Raja Bahar. Baginda ialah Raja Jembal Kelantan setelah kemangkatan Sultan Umar
Raja Bahar memang merupakan putera Raja Sakti. perihal ini banyak disebut kesemua sumber-sumber fakta sejarah Kelantan dan ia diakui sendiri oleh Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK).
Manakala dakwaan menyatakan Raja Bahar yang Bergelar Raja Hudang putera Sultan Omar adalah silap kerana perlu diketahui bahawa pemunya kepada gelaran Raja Hudang ini adalah nama Sebenarnya Raja Ngah cumanya yang betul adalah Raja Hudang ini memang putera Sultan Omar dan Makamnya sekarang terletak di Kampung Tanjung Chat Wakaf Mek Zainab KB.
Raja Bahar juga digelar Raja Udang dan bukanya Raja Hudang. jika dilihat ia hampir sama namun sebutan adalah berlainan sama sekali kemungkinan atas sifat bunyi perkataan ini yang sama menyebabkan jadi bertindan.
Soal Raja Bahar mangkat sewaktu muda dan tidak mempunyai zuriat sangat meragukan ini kerana sepertimana kenyataan saya diatas sekali itu, iaitu kesemua sumber sumber fakta Kelantan menyebut Raja Bahar mempunyai 2 putera iaitu Raja Abdul Rahim dan Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong yang disebut dalam sejarah mangkat setelah ditikam menggunakan cucuk sanggul.
Mengenai Tuan Besar Long Bahar, yang digelar Raja Bahar boleh dikatakan kesemua sumber sejarah Kelantan dan Pattani tidak ada menyebut baginda digelar Raja Bahar sebaliknya baginda hanya digelar Raja Bendang Badang atau Raja Tuan Besar Long Bahar. Wallahua'lam bissawab.
Post a Comment