Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, July 1, 2013

Menziarahi makam ulama Terengganu

Dalam kesempatan ke program HIKMAH V di Terengganu baru-baru ini, kami telah berpeluang menziarahi makam dua ulama terkenal dalam sejarah Negeri Terengganu iaitu Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus (Tokku Paloh) dan Sheikh Abdul Malek bin Abdullah (Tok Pulau Manis)

cerita Tok Pulau Manis: http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/07/tok-pulau-manis.html

Di samping makam Tok Pulau Manis

Batu nisan bermotifkan Aceh di sekitar makam Tok Pulau Manis
Saya pernah bersekolah di SMKA Sheikh Abdul Malek di Kuala Terengganu selama lebih kurang tujuh bulan sebelum bertukar ke sekolah lain di daerah Dungun.

Kali ini barulah saya dapat mengenali pemilik nama ini dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya hanya tahu beliaulah yang menulis syarah kepada kitab tasauf terkenal iaitu kitab Hikam Ibnu Ataillah ke Bahasa Melayu. Rupanya beliau juga merupakan cucu kepada Sheikh Muhammad Al-Baghdadi iaitu penulis Batu Bersurat Terengganu.

Cerita Tokku Paloh: http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/07/tokku-paloh.html

Kisah Tok Pulau Manis tidaklah semasyhur kisah Tokku Paloh yang terkenal dengan ilmunya yang tinggi. Dikatakan Tok Tanggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Bahaman pernah berguru dengan Tokku Paloh pada zaman penjajahan British.

British dikatakan tidak berjaya masuk ke Negeri Terengganu semasa hayat Tokku Paloh. Makam Tokku Paloh kini dijaga dengan baik oleh keturunannya yang tinggal berhampiran.

Di kawasan makam Tokku Paloh

No comments: