Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, June 12, 2013

Penemuan lokasi kubur Wan Idris

Dalam kunjungan yang terbaru ke kawasan perkuburan berdekatan Masjid Lundang, saya telah mendapat maklumat terbaru mengenai lokasi kubur moyang saya, Wan Idris Wan Ishak. Rentetan dari entri Menjejak Makam Leluhur di Lundang .

Menurut maklumat dari Long Muhammad, dari arwah bapanya Mohd Noor, kedudukan kubur Wan Idris adalah di bawah pohon celagi (asam jawa). Diperkemaskan fakta ini dari Zulzubaidi Hj Hasan melalui perbualan di Facebook yang menyatakan perkara yang sama dari sumber arwah Pak Cik Aji.

Namun pokok celagi itu telahpun ditebang. Kebetulan ada seorang tua di kawasan perkuburan itu semasa saya berkunjung ke sana, terasa ringan mulut untuk bertanya lokasi pohon celagi. Pertanyaan saya mendapat respon yang positif. Menurutnya kedudukan pohon celagi itu adalah di kawasan rumpun pisang.

Apabila kami mendekati rumpun pisang ini ternyata kelihatan satu tunggul besar. Barangkali inilah dia tunggul pohon celagi yang dikatakan. Menurut Pakcik tadi juga pohon celagi itu ditebang kerana pohonnya terlalu besar dan tinggi. Berdekatan juga kelihatan sebatang pohon durian yang tinggi.


Tunggul pohon celagi dicelahan pokok pisang

Kedudukan kubur secara spesifik tidaklah diketahui kerana tiada sebarang label dan terdapat beberapa kubur yang ditanda dengan menggunakan batu bukit dan batu sungai. Maklumat yang didapati juga begitu umum.

Kelihatan kubur Dato Wan Musa (Dato' Lundang)

Kedudukannya agak ke dalam dari pagar tanah perkuburan yang mana menandakan bahawa kubur itu merupakan kubur-kubur lama.

No comments: