Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Saturday, March 23, 2013

Menyertai Wataniah

Antara paling berharga dalam hidupku, dalam zaman pengajian di Universiti ialah menyertai Askar Wataniah. Kenangan ini padaku tidak dapat dibeli di mana-mana. Ketika di Universiti, dimana kami adalah batch kedua di KUKUM ketika itu, merangkap batch pertama yang tinggal di Kolej Kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis.

Seingat aku, kolej kediaman kami pada waktu itu mencari peserta untuk kawad kemerdekaan. Saya lalu menawarkan diri bagi menyertainya. Dipendekkan cerita beberapa bulan selepas itu, berbunyi ura-ura bagi menubuhkan pasukan Askar Wataniah di Universiti kami. Sebelum masuk ke Universiti lagi saya sudah merancang bagi menyertai PALAPES setelah melihat abang sulung saya yang menyertainya. Malangnya, Universiti kami masih baru dan PALAPES masih belum ditubuhkan. Maka mereka yang meminati aktiviti luar dan lasak mendaftarlah untuk menyertai Askar Wataniah.

Selepas beberapa bulan, kami dipanggil untuk pemeriksaan kesihatan. Kami berkenalan dengan Sarjan Halim, yang berasal dari Kelantan. Selang beberapa lama selepas itu, kami dibekalkan dengan pengenalan tentera. Kami diletakkan di bawah batalion pertama yang mana jurulatih batalion ini terlibat dalam melatih pelajar sekolah (KRS) dan kolej pengajian tinggi.

Setelah melalui beberapa siri latihan tempatan serta kursus, barulah kami mengerti betapa peritnya menyarung seragam tentera. Hanya melaluinya saja yang mengetahui. Tidaklah kutahu bagaimana pula yang dilalui oleh anggota tetap memandangkan kami hanya anggota sukarela. Peraturan yang ketat, disiplin yang tinggi, kerja secara berpasukan serta kepatuhan kepada pemimpin banyak diterapkan dalam latihan.

Bagi melupakan segala perit jerih latihanyang diterima, biasanya kami akan menyanyi lagu-lagu yang menyuntik semangat serta menghilangkan tekanan yang diterima.

Lagu dalam tentera

Masuk tahun ke-3 aku di Universiti, PALAPES mula ditubuhkan dan pasukan kami dipanggil bagi menyertai kawad pemahsyuran pasukan PALAPES UniMAP. Aku agak terkilan kerana tidak berpeluang menyertainya memandangkan untuk menghabiskan 6 jam kredit memerlukan 3 tahun pengajian sedangkan aku hanya berbaki 2 tahun di sini. Jika menyertai PALAPES, berkesudahan dengan pentauliahan sebagai Pegawai Sukarela. Berbeza dengan unit yang kuanggotai ini hanya LLP.


Tapi tak kisah, yang lebih penting kenangan dan pengalaman yang berharga bersama anggota tentera serta pengalaman menggunakan beberapa jenis senjata telah dilalui.

Rindu rasanya untuk kembali ke skuad ini tambahan lagi isu Lahad Datu yang gempar di media tempatan sekarang, membuatkan aku ingin melaporkan di ke kem terdekat dan menggalas senjata. Kepada semua rakyat Malaysia harapnya boleh memberi kepercayaan kepada anggota keselamatan dengan latihan yang mereka terima, aku percaya mereka boleh menanganinya. Perkara ini bukan semudah bermain Command & Conquer atau Counter Strike mahupun Call of Duty. Tiada nyawa simpanan dan tiada "savegame" yang boleh di "load game" kembali. Hanya yang mengalami mengetahuinya.




2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ,

boleh tak kalau saya tanya antara persiapan yang diperlukan sebelum menghadiri kursus rekrut AW tu ? maksudnya dari segi fizikal/mental/barang-2 etc.

Saya baru nak join rekrut May ni. hehe. cuak jugak la

Firdaus Abd Rahman said...

Layan je... persediaan barang2 peribadi sahaja kelengkapan semua pentadbiran akan sedia...

dah lepas fizikal test tu kira ok...