Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Friday, March 29, 2013

Hati ingin menulis sesuatu

Terasa ingin mencatatkan sesuatu pada blog pada malam ini. Tetapi beberapa halangan memandangkan laptop kesayangan tidak dapat di gunakan. Padahal laptop ini baru sahaja dipulangkan  kembali kepada aku sehari sebelum hikmah IV berlangsung. Entry kali ini ditaip menggunakan sony xperia tipo demi melepaskan gian. Sungguh seksa. Aku akan kembali update post ini nanti.

Pada masa ini, aku sedang menghabiskan bacaan novel "Berpetualang Ke Acheh" yang ditulis saudara Radzie Sapie. Begitu banyak info yang diperolehi daripada novel tulisan beliau ini dan sebenarnya banyak menjawab persoalan-persoalan yang pernah bermain di fikiranku selama ini.

Menjawab kaitan raja-raja melayu dengan ahlul bait.
Mengapa barat begitu berminat dengan tanah melayu yang sangat kecil dalam peta dunia.
Apakah ertinya daulat raja-raja.
Kesinambungan perjuangan Rasulullah hingga ke hari ini.

Walaupun secara santai novel ini bagi aku adalah sebuah novel mesti milik. Akan disambung pada entri yang lain.

No comments: