Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, April 23, 2014

Pusat Rawatan Bekam Al-Jannah



Seusai membeli belah di zon bebas cukai Pengkalan Kubor, anda mula berasa letih dan lesu. Sesuai untuk mereka yang berjalan jauh, saya syorkan anda menyegarkan badan di Al-Jannah Pusat Rawatan dan SPA yang beroperasi di Wisma Puteri Saadong, berhampiran stesen keretapi Wakaf Bharu, Kelantan. Diusahakan oleh pasangan suami isteri Tabib Fahmi dan Tabibah Zarina. 




Dengan pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang rawatan bekam dan alternatif membuatkan pusat rawatan ini tidak pernah sunyi dari dikunjungi mereka yang memerlukan rawatan. Antara perkhidamatan yang disediakan di sini ialah:

- Diagnosis penyakit dengan Tapak tangan/Lidah/Iris/Tulang Belakang/Tekanan Darah
- Bekam
- Urut Tradisional
- Refleksologi
- Ghurah / Resdung
- Jerawat
- Akupuntur
- Mandi bunga
- Sauna
- Pedicure
- Menicure
- Facial



Rawatan Bekam


Tahukah anda hampir semua masalah yang menimpa masyarakat moden pada hari ini boleh dirawat dengan berbekam. Itulah keajaiban sunnah berbekam. Namun yang paling sukar diubat adalah kepercayaan masyarakat Islam sendiri mengenai kemukjizatan dalam berbekam. 



Bekam merupakan servis utama di pusat rawatan ini di samping rawatan tradisional yang lain. Bekam boleh menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan yang dialami umat manusia masa kini. Bekam sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadis.

Bekam adalah rawatan dengan megeluarkan darah teroksida, patogen angin, lebihan asid urik, lebihan glukosa serta kolestrol dalam darah dengan mengumpulkannya dalam cawan dengan mewujudkan tekanan negatif di dalam cawan. Kulit akan disayat sedikit sehingga mengeluarkan darah. Namun luka yang terhasil terlalu kecil sehinggakan darah tidak akan keluar tanpa tekanan negatif dari cawan bekam. Luka juga tidak melibatkan arteri mahupun salur-salur darah besar yang lain.


Kemudahan di sini




Pusat rawatan yang selesa dan dengan tempat menunggu yang selesa serta dilengkapi kemudahan wifi menjanjikan keselesaan mereka yang menemani pelanggan yang mendapat rawatan. Sebarang kunjungan digalakkan dengan temujanji. Waktu perkhidmatan adalah fleksibel termasuklah pada waktu malam dan hujung minggu.



Hanya perkhidmatan terbaik dijanjikan di sini. Anda tidak akan menyesal sekali melangkah, pasti akan kembali.

Bagaimana untuk ke sana?

Lokasi yang berhampiran dengan stesen keretapi memudahkan untuk sampai ke pusat rawatan ini. Hanya 100 meter dengan berjalan kaki dari stesen keretapi hanya memakan masa 5 minit untuk sampai. Dari Kota Bharu, perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit sekitar 8 kilometer dan anda perlu melintasi sungai Kelantan sebelum sampai ke sini. 



Untuk mendapat perkhidmatan mereka, bolehlah menghubungi nombor seperti yang tertera: 013-4060158 (TABIB FAHMI) 012-3803061 (TABIBAH ZARINA), 09-7190523 (PEJABAT).

Juga boleh dihubungi melalui media sosial

FB page: Bekam Jannah Kelantan
Blog: bekamjannahkelantan.blogspot.com

1 comment:

Adila said...

Kalau bekam muka shj brpa rm ya..?