Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, May 13, 2013

Peristiwa Kota Lukut


Rujuk dari blog "Sejarah Melayu" ini:

"THE LUKUT MASACRE" 


Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah Melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu...


Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.

Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, ia adalah bentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam  juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.

Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor..... 

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad yang, pada tahun 1824, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong-lombong bijih timah....


Mengikut sejarah yang tertulis di dalam muzium Kota Lukut ini...

Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka. 

Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah MENYERANG Istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang Melayu ketika itu.

Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan  dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya


Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab: 

"Kami orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!"


Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang  melayu yang dirompak dan juga dibunuh. 

Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.

Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini  melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampaikan berita sedih ini. 

Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah SEGERA berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas PEMBUNUHAN dan KEMATIAN seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana. 

Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut. 

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang2 Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan  British Melaka  untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang berlindung sebagai PELARIAN...

Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.


HAKIKATNYA... 

Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 lagi... iaitu 135 tahun kemudian, masyarakat cina (para pelombong dan peniaga) ketika itu PERNAH  memberontak terhadap pemerintah Melayu Islam sehingga SANGGUP MEMBUNUH dan MEMBAKAR sehingga mati, seorang anak raja Melayu!!!



AL-FATIHAH... 

buat almaruhum Raja Busu dan ahli keluarganya termasuk orang-orang muslim yang terkorban dalam peristiwa berdarah ini... 

SILA LAWATI
muzium Kota Lukut untuk mendapatkan maklumat penuh berkenan sejarah hitam ini... 

6 comments:

shahpaskal said...

Alfathihah

shahpaskal said...

Al Fatihah

Unknown said...

ada yang mengatakan peristiwa tragis ini jugak ada unsur lain selain kenaikan cukai

Anonymous said...

Melayu mudah lupa

Anonymous said...

Takde dalam buku sejarah pun. Elok la masukkan, supaya orang Melayu tak mudah lupa.

Zailah Usman said...

boleh sisipkan dlm pelajaran sejarah sbg peringatan dan pengajaran utk perpaduan kaum.