Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Tuesday, May 7, 2013

Mendapat penyakit kayap

Saya diuji lagi oleh Allah SWT dengan penyakit kulit. Kali ini saya mendapat sejenis penyakit kulit yang dinamakan KAYAP.

Semenjak kecil lagi kulit saya memang agak lokek dan mudah berkudis, ditambah pula saya suka bermain pasir yang entah dicemari dengan berapa jenis bakteria terkenal di dunia.

Pada mulanya, saya hanya mendapati tangan saya dihinggapi tompok-tompok merah yang gatal. Dua tiga hari selepas itu, tompok merah tersebut mula menimbulkan gelembung-gelembung air yang pedih dan gatal. Setelah berjumpa dengan Doktor Balkhis di Jalan Padang Garong barulah saya mengetahui bahawa saya telah dijangkiti kayap.

Kayap dikatakan berpunca dari virus herpes. Virus yang sama bagi penyakit chicken pox. Juga kebiasaannya seorang individu hanya akan terkena sekali sahaja seumur hidup.

Saya diberi beberapa jenis ubat oleh Dr Balkhis. Antaranya:

1) Ubat Kayap 1 (Valtrex 500 mg)
2) Ubat Kayap 2 (Zovirax 200 mg)
3) Antibiotic (Cloxacap 500 mg)
4) Ubat sapu

Selain itu, saya juga mendapatkan ramuan akar kayu yang disarankan oleh mertua saya bagi membantu pemulihan kayap ini.

Ada juga dibuat pembacaan blog-blog yang melalui carian google. Berikut adalah diantaranya.

http://notadyatie.blogspot.com/2013/03/sakit-kayap.html
http://anihamiza.blogspot.com/2012/12/apa-itu-kayap.html
http://zillahdaud.blogspot.com/2010/06/apa-itu-kayap-dan-petua-mengubatinya.html
http://diari-alya2.blogspot.com/2012/01/penyakit-kulit-kayap-dan-bedak-sejuk.html
http://www.anasofiya.com/2011/09/kayap-penyakit-kulit-yang.html
http://nhidylife.blogspot.com/2012/05/kayap-herpes-zoster-shingles.html

No comments: