Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, February 26, 2012

Pukulan 7 hari


(Diharap selepas artikel dibawah disiarkan tiada mana-mana pendekar mencari penulis untuk mencuba ilmu penulis. Penulis tak tahu bersilat pun. Artikel sekadar untuk dikongsikan bersama)
Sebagai pengamal seni beladiri pasti kita telah mendengar akan pukulan rahsia perguruan kita. Tidak kiralah walau apapun gelarannya yang pasti setiap pukulan itu pasti memberikan impak yang amat menakutkan kepada musuh. Ditambahkan lagi dengan cerita-cerita bersifat dogengan yang dibawa dari mulut ke mulut akan keberkesanan yang dihasilkan pukulan itu oleh lagenda-lagenda yang dipuja perguruan.
Bagi pengamal silat pukulan tujuh hari merupakan kata kunci kepada pukulan penamat ini. Dikatakan bagi sesiapa yang tidak mendapat pukulan ini dari guru maka dia masih belum tamat sepenuhnya dalam ilmu persilatan. Pukulan ini biasanya diberikan kepada murid yang dipercayai sahaja dan diajar secara rahsia.
Dikatakan pukulan ini berasal dari keturunan bangsa Bugis yang berada ditanah Melayu. Terhasil dari pengalaman pertempuran sebenar bangsa bugis yang terkenal sebagai pelaut dan pahlawan yang digeruni.
Pendekar dahulu kala bertarung atas dasar maruah, martabat dan daulat maka setiap pertarungan atas dasar hidup dan mati dan tiada tenaga dibazirkan untuk saling bertukar serangan. Seumpama satu musuh satu peluru.
Kenapa ia digelar Pukulan 7 Hari. Adakah mangsa akan mati selepas 7 hari pukulan diberikan?
Jawapannya tidak. Ianya digelar 7 hari kerana mengambil nama 7 sasaran pada tubuh manusia yang apabila diserang akan menyebabkan perlawanan akan tamat dengan serta-merta. Samada akibat dari kecederaan serius atau kematian. Kebetulannya juga setiap buah diberikan setiap hari selama tujuh hari.
Melalui kursus Pukulan 7 Hari yang diajar kepada penulis oleh Guru Azlan Ghanie, di ceritakan pukulan ini amat mahal harganya. Samada penjara atau gantung sampai mati jika sabit kesalahan mencederakan atau membunuh.
Nama-nama pukulan yang diperolehi dari Guru Azlan Ghanie:
1. Jarum sepucuk
2. Yatim piatu
3. Pukulan adik beradik
4. Jarum sepucuk luar
5. Muntah kuning/Api menyala
6. Secarik kapan/Hujan panas
7. Gagak lapar
Nama yang diberi menggambarkan akibat dan kaedah pukulan yang dibuat pada sasaran.

No comments: