Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Friday, September 13, 2013

Kehebatan Silat Melayu

Disalin tanpa suntingan dari post Hj Yaacob Hj Idris pada 10 Sept 2013

Dimanakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU?

Adakah pada ILMU dan AMALANnya?
Adakah pada GURU dan PENGAMALnya?
Adakah pada NAMA SILAT itu sendiri?
Adakah pada BANGSA yang menjadi pelopornya?
Adakah pada senjata KERISnya? Ataupun pada FALSAFAHnya?

Majoriti yang akan memberi jawapan bahawasanya yang HEBAT itu hanya ALLAH SWT semata. Tiada yang hebat selainnya. NOKTAH!

Bila ditanya pula PERBANDINGAN di antara SILAT dengan BELADIRI ASING, jawapan biasa didengar adalah SEMUAnya HEBAT kerana ILMU itu milik ALLAH SWT. NOKTAH!

Inilah jawapan-jawapan yang BIASA diterima dari mulut bangsa kita yang sememangnya malas untuk berfikir, malas untuk buat kajian, malas belajar,malas merenung kehebatan Maha Pencipta, serba serbi malas dan hanya menerima sahaja sesuatu perkara itu TANPA MAHU MENILAI adakah ianya baik/ memberi manfaat dan apa Rahsia disebaliknya.

Untuk mengetahui jawapannya, sang faqir akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang SILAT MELAYU ini dan diakhirnya InsyaAllah tuan/puan akan mampu bertemu jawapannya.

BAIAH/SUMPAH/IKRAR/PERLIMAU/PINANG

Dalam ADAT dan ADAB SILAT MELAYU, sebelum murid diterima belajar atau mempelajari sesuatu ILMU dalam Silat, mereka perlulah melalui suatu Majlis yang mana mereka perlu MENGADAP GURU dan menyatakan hasrat hati mereka untuk belajar dan sanggup menjadi murid serta akur pada ketetapan/ peraturan yang telah digariskan oleh GURU. Pada saat dan ketika itu, bermulalah suatu AKAD dan terjalinlah secara ROHANInya suatu IKATAN HUBUNGAN antara GURU dan MURID. Makanya, murid tersebut dikatakan telah mengambil BAIAH dan mendapat SANAD yang jelas. SANAD ILMU merupakan ROH kepada sesuatu ILMU. Pengajian secara berSANAD amat dititikberatkan kerana banyak ROH ILMU itu berkesinambungan sehingga kepada GURU YANG ASAL. ADAB BERGURU adalah KUNCI kejayaan bagi seseorang murid. Seseorang murid itu akan sedaya upaya akur dan mengikut tanpa banyak soal apa yang diajar oleh Guru.

Persoalannya; DARI MANAKAH DATANGNYA AMALAN SEPERTI INI? 

Kata Kunci: ADAB BERGURU, BAIAH, SANAD ROH ILMU, AKAD

FIZIKAL DAN SPRITUAL

Dalam Keilmuan Silat terdapat 2 elemen utama yang merangkumi ILMU FIZIKAL dan ILMU SPIRITUAL. Sesuai dengan ALAM ini yang dicipta secara berpasang-pasangan. Ilmu Fizikal terdiri daripada pelbagai disiplin Ilmu seperti ;

1. SENAMAN MELAYU – Amat sesuai diamalkan dikesemua peringkat umur dan ada yang khusus kepada lelaki dan perempuan. Senaman Melayu ini walaupun nampak “simple” tetapi impaknya begitu berkesan sekali. Diamalkan beserta PERNAFASAN MELAYU yang mampu membangkitkan TENAGA DALAM si pengamalnya. Maka, tidak hairanlah walaupun pengamal senaman Melayu tidak berotot dan tegap seperti mat saleh yg berlatih di gym, tetapi mereka lebih KUAT, lebih FLEKSIBEL, lebih SIHAT dan lebih TANGKAS.

2. TARIAN SILAT – Antara ILMU yang tiada dalam mana-mana Ilmu beladiri asing. Ia mampu melatih pergerakan sendi dan “minor muscles” yang amat jarang digunakan dlm kehidupan seharian. Minor muscles yang utuh akan memberi kuasa tambah kepada kumpulan otot utama badan. Akhirnya, latihan TARIAN SILAT akan menjadikan pengamalnya dapat menguasai ELEMEN LEMBUT dan KERAS (di sinilah RAHSIA pengamal Silat dalam kehebatannya mengemudi pelbagai jenis senjata terutamanya Seni Kain (Cendai). Dalam Tarian Silat juga diselitkan dengan cerita-cerita dan falsafah tentang Ketuhanan dan Alam. Kepada yang benar-benar menghayati dan memahaminya, tatkala jari-jemari bergerak tari, sebenarnya mereka sedang MEMUJI dan MENGINGATI akan SANG PENCIPTA ALAM. Gerak ALIF, Gerak LAM ALIF sebagai PENAFIAN GERAK DIRI, Gerak ALAM dan segalanya mempunyai cerita yang tersendiri. 

3. PERGERAKAN DAN BUAH SILAT – Ianya diciptakan sesuai dengan GERAK FITRAH MANUSIA. Kemampuan dalam penguasaan ELEMEN LEMBUT dan KERAS memberi kelebihan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan Tempur terutama dalam SENI KUNCIAN. Boleh dikatakan setiap kelebihan yang ada pada setiap seni beladiri asing, ianya turut ADA DALAM SILAT MELAYU. Sbg contohnya;;

1. Aikido dengan seni sendi – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
2. Muay Thai dengan seni siku dan lutut - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
3. Karate dengan KATA nya – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
4. Taekwondo dengan seni kakinya – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
5. Ninja dengan kecepatan dan tipu helah - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
6. Samurai dengan seni pedangnya - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
7. Silambam dengan seni tongkatnya - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
8. Capoeira dengan kelincahan dan akrobatik - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
9. Judo dengan seni jatuhan dan humbanan - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
10. Jujitsu dengan seni kunci dan pergelutan - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
Cukup setakat ini contohnya.

4. PETUA – Merupakan “PAKAIAN” buat GURU-GURU SILAT MELAYU. Petua merupakan Keputusan Ilmu berdasarkan PENGALAMAN atau ILHAM Guru-Guru silam. Ia mampu untuk memendekkan masa pengamalnya untuk menguasai sesuatu Ilmu yang dipelajari. Bahkan melalui PETUA juga Ilmu yang dipelajari menjadi lebih EFEKTIF dan MERBAHAYA. Pernahkah tuan/puan dengar cerita-cerita yg mana seorang Guru Silat Melayu yang cuma berbadan kecil tetapi mampu menewaskan musuh yg bersaiz besar? Hanya menggunakan satu jari tapi mampu menjatuhkan lawan dgn mudah? Hanya berkain sarung tetapi mampu menewaskan sekumpulan musuh yang ramai dan siap bersenjata lagi? Itulah hebatnya PETUA. Tetapi yang lebih hebat adalah sikap seorang GURU SILAT yang mampu MENYIMPAN RAHSIA ini! Mereka hanya curahkan Petua ini pada yang benar-benar layak sahaja. Itulah yang dikatakan seorang yang berADAB dengan ILMU dan AMANAH dalam menyimpan Rahsia. DARI MANAKAH DATANGNYA AJARAN YANG MURNI INI?

SPIRITUAL

Dalam bab spritual ini, Bangsa Melayu memang amat terkenal dengan kehebatannya. Banyak hal yang ingin sang faqir kongsikan, cuma pada post kali ini, sang faqir nak senaraikan ILMU-ILMU HIKMAH yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Antaranya

1. Ilmu Pembias – Kalau tembak peluru terkalih bila hampir sampai ke tubuh.
2. Ilmu Kebal – Tak lut bila ditetak, tak terpotong bila dihiris, tak luka bila ditikam.
3. Ilmu Kunci Senjata – Bila nak tembak xboleh nak tekan picu.
4. Pasak/Pasung Bumi – Kunci segala gerak sendi musuh.
5. Lipat Bumi – Cepat sampai ke destinasi,ada yg Cuma sekelip mata.
6. Telepati – Berkomunikasi tanpa suara.
7. Jurus Angin/Kipas Nandung – Pukulan jarak jauh.
8. Ilmu Pembisa – Setiap pukulan akan lekat bisa pada musuh.
9. Ilmu Pemantas/halilintar– Pergerakan tangan kaki jadi cepat pada pandangan musuh.
10. Ilmu Pelimun – Ghaib pada pandangan musuh.
11. Ilmu Meraga Sukma – Mampu keluar dari Jasad (Roh idhofi tetap ada dlm jasad)
12. Ilmu Terawangan – Mampu meneroka melalui kuasa minda.
Dan pelbagai lagi.

Sekelian Ilmu di atas merupakan PENGETAHUAN BANGSA MELAYU AKAN RAHSIA DIRI DAN ALAM. Ianya juga mampu untuk diterangkan secara saintifik dan juga secara metafizik. Sememangnya tiada unsur yg melibatkan campurtangan jin pada asalnya. Cuma, bila mana ada segelintir manusia yang MALAS BERAMAL dan MENGAJI dengan PENDITA GURU, maka mereka mengambil jangan yg singkat (ditipu oleh jin) supaya dapat mencapai sepertimana ILMU-ILMU diatas.

6 comments:

Baju Silat Murah said...

Salam kenal.. Semoga kita terus menjaga adab dan adat kita.. teruskan warisan kita..

Anonymous said...

Assalam..saya da lama ingin belajar silat..dengan siapa ye saya patut merujuk..dan sempat lagi ke hendak belajar dlm usia 30an..

Unknown said...

assalamulaikum WBT
boleh tak saya ingin mempelajri silat....berguru dan memahami silat

T.K said...

ASSALAMUALAIKUM WRH WBKTH.
Usia 30an tu Insya ALLAH msh muda lg... Alhamdulillah sy mula serius belajar silat pd usia 40an & syukur msh lg belajar setelah setahun lbh dlm perguruan yg sy pelajari.
Jika nk memilih, mulakan dgn berdoa agar ALLAH SWT memberi kemudahan & keberkatan dlm memilih mana2 perguruan yg sesuai. Kemudian bolehlah menanya kpd ahli keluarga @ rkn2 & boleh juga search di internet serta youtube..

Dibawah ni adalah program komuniti yg sy buat:
Info lanjut ttg GFC Help:
�� Preview in Chinese Language
https://youtu.be/IZWneJBOxbI
�� (Translation) Chinese preview in Malay language
https://youtu.be/M5GodGF7XqQ

������ Register PERCUMA skrg!!
https://gfcv2.gfcnetwork.com/login.php?ref=KasiKaya

#SempatPromosiTu
#LuaskanEmpayarGFC
#INSYAALLAH

Unknown said...

Paling penting Wajib percaya semua ilmu dan pertolongan datangnya daripada Allah S.W.T

Anonymous said...

Pelik sang faqir ni...jwapan yg dibagi oleh 'majority' sudah betul...dikatakn malas berfikir, malas mgkaji dan sgala malas pula...yg peliknye...di'angkat' pula sumpah/baiah/perlimau..sesuatu yg mmg berlaku apabila bermuamalat sesama manusia...slain itu di'angkat' juga..senaman2 melayu, tarian silat dan buah2 silat yg dikatakn 'hebat' seolah2 bangsa lain tiada ke'hebatan' itu...yg lg memelikkan...di'angkat' ilmu2 pelik sprti ilmu kebal, kipas nandung dan lain2 yg jelas ade permainan jin didalamnya....pada hemat sy..penulis trkeliru dgn ke'hebatan' ilmu2 yg dikhabarkn kpd beliau...sehingga mengagungkn ilmu2 trsebut drpd hakikat ilmu itu sendiri...sesungguhnya Allah itu maha pencipta...dan selainya adalah makhluk...tiada kehebatan sesuatu bangsa atau kaum tanpa islam...hanya dgn kita mmpu trselamat...