Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Friday, September 28, 2012

Tanjak, Tengkolok Mempunyai Sifat


Ada sesetengah tanjak, tengkolok jika dipakai orang, pemakainya akan nampak manis berseri, gembira, megah atau garang seperti Imam Perang. Ini disebabkan tanjak yang dipakai itu sendiri dibuat supaya nampak bersifat dan membantu pemakai menunjukkan siapa dirinya.

Tanjak, Tengkolok mempunyai ada banyak jenis sifat.
Jika belajar lebih mendalam pasti akan jumpa sifat asasnya yang terbahagi kepada 5.
Kalau tak kenal sifat memang tak sempurna untuk dihayati, apatah lagi kalau mahu membuatnya dengan sempurna.

Sedikit ringkasan 5 sifat asas tersebut.

1-Megah (kebanyaknnya ialah tengkolok raja dan Bangsawan, dato-dato, yg dituakan atau ketua-ketua dan org kaya)
 -Contoh tanjak raja,sultan
 -Jenis peringkat awal yg paling mudah belajar dan dikuasai atau sempat belajar dan diperturunkan pada generasi baru.


Contoh tanjak bersifat MEGAH ialah TANJAK DENDAM TAK SUDAH





2-Cinta/Asmara (Bentuk berbunga-bunga seperti hati yg berbunga-bunga dan kasih sayang, gembira)
 -Contoh bentuk berbunga-bunga dan indah cantik lebih berseni.


Contoh tanjak bersifat CINTA ialah TANJAK KACANG SEHELAI DAUN


3-Duka (Untuk majlis berkabung, kematian atau sedang berduka, sedih,rendah diri, kecewa)
 -Contoh paling mudah , Tanjak BUGIS TAK BALIK.

Contoh tanjak bersifat DUKA ialah TANJAK BUGIS TAK BALIK

4-Teguh (Bentuk yg mantap, kasar, gagah)
 -Contoh paling mudah, Thakur Tukang Besi, nampak gagah dan keras,Patuh arahan.


Contoh tanjak bersifat Teguh ialah TANJAK ALANG ISKANDAR

5-Sombong (nampak garang, jiwa pahlawan, Marah, ganas, Tegas)
 -Contoh bentuk yg nampak garang, sombong seseuai untuk pahlawan dan ketua angkatan perang.
  Makin Jelas nampak terutama apabila dipakai.
 -Jenis ini ramai yg tak suka belajar sebab salah faham istilah "sombong" dianggap tidak baik dan jahat. paling sayang tak ramai mampu belajar tahap ini.

Contoh tanjak bersifat Sombong ialah TANJAK TOK BERUAS (Gambar akan diupdate kan)


Perlu diingat juga tidak semestinya setiap tanjak hanya ada 1 sifat.
contoh seperti :  -Tanjak Tok Beruas, sifatnya Sombong,teguh dan Megah
 -Tanjak Mahkota Alam, sifatnya Megah,Teguh
 -Tanjak Alang Iskandar, Sifatnya Megah dan Teguh
 -Tanjak Kacang Sehelai Daun, Sifatnya Cinta dan Megah
 -Tanjak Padau Berlangit/Padau Melangit, Sifatnya Cinta dan Megah


Contoh Tanjak Padau Berlangit/Padau Melangit

sebab tu apabila ingin membuatnya untuk seseorang, sebaiknya perlu mencari siapa yg memakai dan memahami tujuan untuk apa.
Contohnya
- Jika untuk perjumpaan kematian dan berkabung maka janganlah pakai tanjak yang berbunga.
- Jika mahu dinampakkan garang dan tegas, maka janganlah hanya memiliki sifat Cinta dan Megah

Sebab itu pentingnya belajar mengenai sifat untuk kuasai membuat tanjak,Tengkolok dan dekstar dengan sempurna.



No comments: