Saya juga tidak ketinggalan. Bersekolah juga dalam aliran sains, didedahkan dengan teknologi komputer, pengajian tinggi juga alam bidang kejuruteraan, bekerja juga dalam industri yang melibatkan teknologi pemprosesan dan pembuatan.
Membesar sebagai Melayu Islam menyebabkan saya masih ada sedikit kesedaran untuk kekal dalam tradisi itu. Namun, persekitaran yang mementingkan kemajuan teknologi ini kadang-kadang boleh membuatkan kita terlupa.
Kebetulan saya berpeluang menyertai hari keluarga Seni Beladiri 2010. Dalam majlis itu turut disertai oleh beberapa peserta dari Eropah. Saya mendaftarkan diri lebih lewat berbanding yang lain dan ditempatkan sebilik dengan Freddy, seorang jurulatih beladiri dan kecergasan di Paris, Perancis.
Antara pengisian program ini adalah Seminar Adat Sembah Melayu yang disampaikan oleh YAM Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid Wan Hj Hassan, salah seorang pembesar berempat negeri Pahang
sila rujuk sini:
http://pancapersada.blogspot.com/2011/05/orang-besar-negeri-pahang.html
http://pancapersada.blogspot.com/2011/10/tugas-pembesar-istana-semasa-istiadat.html
Untuk pengisian program, sila rujuk di sini: Adat dan adab Melayu)
Seminar Adat Sembah Melayu 2010 disampaikan oleh YAM Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid Wan Hj Hassan dan Azlan Ghanie |
Malamnya, adalah malam sembah salam sempena hari keluarga Seni Beladiri 2010, selempang amanah disampaikan kepada guru-guru muda serta pemegang-pemegang amanah. Kesemua peserta pada malam itu berpakaian penuh istiadat Melayu termasuklah mereka dari Eropah. Saya merasa agak segan pada malam itu kerana tidak menjangkakan majlis rasmi sebegini serta tidak mempunyai persalinan yang lengkap. Melihatkan 2 orang lelaki Eropah itu juga cukup segak dengan bertanjak, bersamping, berkeris siap bertari langkah silat membuatkan saya seperti dikejutkan dari lena dengan elektrik voltan tinggi.
Saya, Abang Arbi, Freddy, Sebastion dan isterinya. Saya hanya berpelekat sedangkan 2 mamat Eropah ini berpakaian Melayu siap bersongket. |
Freddy bermain keris |
Sebastion berlangkah tari |
Para penerima selempang amanah |
Begitu indah dan berharga adat dan budaya Melayu. Benarlah kata-kata bahawa kita hanya kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan menghargai kesihatan apabila kita sakit. Apabila melihat betapa minatnya bangsa Eropah dengan ketinggian budaya Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu sendiri yang mula meninggalkan nilai Melayu. Ini bukanlah kali pertama saya melihat kesungguhan bangsa Eropah mempelajari budaya Melayu. Sebelum ini saya pernah mengikuti Pendita Azlan Ghanie mengajar Senaman Tua kepada sekumpulan bangsa Eropah. Mereka begitu berminat dengan senaman melayu serta senjata-senjata Melayu.
Saya tidak akan menyentuh mengenai pakaian Melayu di sini, tapi untuk rujukan bolehlah ke pautan berikut:
No comments:
Post a Comment