Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Tuesday, December 28, 2010

MENCARI HULUBALANG MELAYU TERAKHIR

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

Kisah yang terdengar terlalu hebat!
Berjuang mereka tanpa erti mengenal penat...

Bagai di kata;

KALAU ROBOH KOTA MELAKA
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN
KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
NYAWA DAN BADAN HAMBA SERAHKAN

Mereka berjuang bermati-matian;

BERPUTIH TULANG HARAM BERPUTIH MATA

Hanya mereka ini lah....

DICAMPAK KE DARAT MENJADI GUNUNG
DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU

Namun apa pun bicara kita....
Merekalah...merekalah.... sahaja......
Sehinggakan kita masih dapat bertapak dan berpijak di bumi ini
Yang telah di kurniakan tuhan YA RABBI
Tuhan tujuh petala langit, Tuhan tujuh petala bumi
kepada bangsa kita, anak-anak Melayu, Bani JAWI.

Ini sajalah sebidang tanah yang tinggal.....
Yang harus kita pertahankan kekal!!!

Tanah ini yang kita pijak milik kita
Jangan sesekali kita lupa
Ini tanah bergelar Tanah Melayu
Hak miliknya ALLah yang tentu

Tapi... Mana mereka-mereka sekarang ini?
Sedang kala anak Melayu lemah dan mangli

Takut nanti bumi yang semakin tergadai
tak terbus oleh anak-cucu yang lalai

Maka terjual semenanjung tanah ini
merempat kita di bumi kita sendiri

dan sekiranya kita di halau pergi!!
Kemana hala kita...?
Tanah Besar Cina?
Negeri India? Korea? Jepun? atau
Tanah Arab?

Jangan kita mengharap.....

memohon akan simpati?
atas kelemahan untuk sedarkan diri!!!

Mana?

Mana pergi mereka-mereka itu?
Mana menghilang para hulubalang Melayu?

jeritan rasa dari : http://ponpakya.blogspot.com/

Friday, December 24, 2010

Kata AKU CINTA PADAMU dalam 100 Bahasa

Bahasa cinta merupakan ungkapan dari hati yang biasa kita ucapkan untuk orang yang kita cinta yaitu berupa kata “Aku cinta padamu”. Berikut adalah ungkapan-ungkapan Aku Cinta Padamu dalam berbagai bahasa.

English – I love you
Afrikaans – Ek het jou lief
Albanian – Te dua
Arabic – Ana behibak (to male)
Arabic – Ana behibek (to female)
Armenian – Yes kez sirumen
Bambara – M’bi fe
Bangla – Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian – Ya tabe kahayu
Bisaya – Nahigugma ako kanimo
Bulgarian – Obicham te
Cambodian – Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese – Ngo oiy ney a
Catalan – T’estimo
Cheyenne – Ne mohotatse
Chichewa – Ndimakukonda
Corsican – Ti tengu caru (to male)
Creol – Mi aime jou
Croatian – Volim te
Czech – Miluji te
Danish – Jeg Elsker Dig
Dutch – Ik hou van jou
Esperanto – Mi amas vin
Estonian – Ma armastan sind
Ethiopian – Afgreki’
Faroese – Eg elski teg
Farsi – Doset daramF
ilipino – Mahal kita
Finnish – Mina rakastan sinua
French – Je t’aime(to male), Je t’adore(tofemale)
Gaelic – Ta gra agam ort
Georgian – Mikvarhar
German – Ich liebe dich
Greek – S’agapo
Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon – Palangga ko ikaw
Hawaiian – Aloha wau ia oi
Hebrew – Ani ohev otah (to female)
Hebrew – Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
Hindi – Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong – Kuv hlub koj
Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
Hok kian – wa ai lu
Hungarian – SzeretlekIcelandic – Eg elska tig
Ilonggo – Palangga ko ikaw
Indonesian – Saya cinta padamu
Inuit – Negligevapse
Irish – Taim i’ ngra leat
Italian – Ti amo
Japanese – Aishiteru
Kannada – Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan – Kaluguran daka
Kiswahili – Nakupenda
Konkani – Tu magel moga cho
Korean – Sarang Heyo
Latin – Te amo
Latvian – Es tevi miilu
Lebanese – Bahibak
Lithuanian – Tave myliu
Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese – Wo ai ni
Marathi – Me tula prem karto
Mohawk – Kanbhik
Moroccan – Ana moajaba bik
Nahuatl – Ni mits neki
Navaho – Ayor anosh’ni
Norwegian – Jeg Elsker Deg
Pandacan – Syota na kita!!
Pangasinan – Inaru Taka
Papiamento – Mi ta stimabo
Persian – Doo-set daaram
Pig Latin – Iay ovlay ouyay
Polish – Kocham Ciebie
Portuguese – Eu te amo
Romanian – Te ubesk
Russian – Ya tebya liubliu
Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
Serbian – Volim te
Setswana – Ke a go rata
Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux – Techihhila
Slovak – Lu`bim ta
Slovenian – Ljubim te
Spanish – Te quiero / Te amo
Swahili – Ninapenda wewe
Swedish – Jag alskar dig
Swiss-German – Ich lieb Di
Tagalog – Mahal kita
Taiwanese – Wa ga ei li
Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
Tamil – Nan unnai kathalikaraen
Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
Thai – Chan rak khun (to male)
Thai – Phom rak khun (to female)
Turkish – Seni Seviyorum
Ukrainian – Ya tebe kahayu
Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese – Anh ye^u em (to female)
Vietnamese – Em ye^u anh (to male)
Welsh – ‘Rwy’n dy garu
Yiddish – Ikh hob dikh
Yoruba – Mo ni fe

Thursday, December 23, 2010

Catatan Perjalanan ke SATUN LIMA DASAR TRADE FAIR 2010


Pengenalan:

LIMA DASAR adalah satu ikatan kerjasama yang melibatkan bidang perdagangan, pelancongan, Industri HALAL, logistik dan pelaburan antara lima negeri di utara semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan) dan lima wilayah selatan Thailand (Satun, Songkla, Yala, Pattani dan Narathiwat)


Sebelum perjalanan 12/12/10

Ust Ya mendapat panggilan telefon dari YB Zulkifli Mamat menyatakan jemputan Delegasi dari Negeri Kelantan ke Ekspo Perniagaan Lima Dasar Satun 2010. Setelah mendapat berita itu, beliau menghubungi saya dan Anuar supaya berjumpa dengannya. Saya ketika itu mempunyai sedikit urusan di Bangunan Setiausaha Kerajaan bersama Dr Zainy atas urusan buku Warisan Sejarah Negeri Kelantan dan Persilatan Terlak maka saya tidak sempat menemuinya pada hari itu. Pada malam itu, saudara Anuar menghubungi saya bertanyakan tentang permintaan Ust Ya itu. Saya menyatakan persetujuan bagi menyertai ekspo tersebut cuma belum menemui Ust Ya.

Tidak lama selepas itu, Ust Ya pula menghubungi saya meminta saya ke pejabat Imigresen pada keesokan hari bagi menyiapkan passport untuk ke Thailand. Saya terkedu sebentar. “biar betul orang tua ni” detik saya di dalam hati. Jauh di sudut hati saya amat berkobar-kobar memandangkan saya tiada pengalaman ke luar Negara lebih-lebih lagi bersama rombongan kerajaan dan urusan melibatkan perhubungan Kerajaan Negeri Kelantan dan Negara Malaysia umumnya secara tidak langsung. Namun, saya tidaklah begitu berharap kerana bimbang kecewa jika tidak jadi.

13/12/10

Pagi-pagi lagi saya bersiap dan menyediakan semua dokumen serta keperluan bagi menyiapkan passport. ‘Boleh ke aku nak buat passport ni’ ragu saya mengenai kemampuan saya ke luar Negara memandangkan saya masih belum membuat sebarang transaksi pembayaran balik PTPTN. Menurut pengalaman rakan-rakan sebelum ini, Imigresen akan menyekat sebarang transaksi kepada mereka-mereka yang mempunyai rekod tidak baik dalam pembayaran balik PTPTN.

Keraguan saya bertambah munasabah apabila tiba di pejabat imigresen di tingkat 2 Wisma Persekutuan Negeri Kelantan, terpampang keratan akhbar yang bertajuk ‘penghutang PTPTN disekat Imigresen’ di papan kenyataan. Hati saya bertambah berdebar melihat keratan akhbar tersebut. ‘Alamak, boleh ke aku pergi ni’. Setelah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan ke kaunter Imigresen, saya menanti dengan berdebar-debar. Syukur, passport saya siap tanpa sebarang masalah satu jam kemudiannya. Nampaknya pengembaraan baru akan terjadi dalam hidup saya.


Hari perjalanan bermula 18/12/2010

Saya mendapat mesej dari Ust Ya pada jam lebih kurang 1215 tengahari. Mesejnya lebih kurang berbunyi begini “siap doh ko. Nak bertolak petang ini”. Saya kemudiaannya bergerak ke D’ HALAL SHOPPE yang jaraknya kira-kira 8 minit perjalanan dari rumah dengan tujuan mendapatkan surat yang dijanjikan oleh Ust Ya pada hari sebelumnya. Malangnya perjalanan saya ke kedainya menegecewakan kerana Ust Ya tiada di kedai pada masa itu.

Saya pulang ke rumah dan tidak lama kemudian telefon bimbit saya berbunyi lagi kemasukan mesej daripada Anuar, bertanya khabar tentang perjalanan kami Ke Satun. Saya yang sememangnya malas berbalas sms lantas membuat panggilan kepada Anuar yang pada masa itu berada berhampiran dengan rumah saya iaitu di masjid telipot, baru selesai menunaikan solat Zuhur berjamaah. Anuar berjanji ingin mengambil saya di rumah, maka dengan pantas saya menyumbat mana-mana pakaian yang dirasakan sesuai kedalam bagpack yang sememangnya menjadi teman setia saya apabila berada jauh dari rumah.

Lebih kurang jam 1430 kami pun bergerak ke D’ HALAL SHOPPE dan kelihatan Ust Ya beserta staffnya sedang mengemaskan barangan yang akan dibawa ke Satun pada hari itu. Kami lalu membantu mereka memasukkan barang ke dalam TOYOTA HIACE yang selalu digunakan Ust Ya bagi tujuan perniagaan di luar kawasan kedainya. Besar jasa van tersebut kepada beliau. Saya seterusnya mencetak surat yang berkepala surat D’ HALAL SHOPPE serta mendapatkan tandatangan Ust Ya selaku Pengarah Urusan D’ HALAL SHOPPE bagi meyakinkan kedua ibu bapa tentang pemergian saya ke Thailand selama seminggu ini.

Setelah selesai semua urusan di kedai, maka pada jam 1800 saya bertolak ke Wakaf Bharu mengambil Ust Ya di rumahnya. Kami bertemu dan sempat mengalas perut dengan roti canai di kedai berhampiran rumah Ust Ya berhampiran dengan stesen keretapi Wakaf Bharu. Kebetulan pada waktu itu ada pertemuan di antara suspek yang melanggar bapa kepada Ust Rusli yang dianggap Ust Ya sebagai bapanya sendiri. Sedikit ketegangan berlaku dan akhirnya berakhir apabila azan maghrib berkumandang.

Selepas maghrib kami bertolak dan berhenti di Nilam Puri bagi mengmbil saudara Anuar. Jam 2200 barulah kami bertolak dari Nilam Puri. Ust Ya sendiri memandu dari Wakaf Bharu sehingga ke Jeli. Sampai di Jeli kami singgah bagi mengisi perut. Daripada situ saya mengambil alih memandu sehingga di perhentian simpang simpang pulai perak. Saya masuk ke satu perhentian rehat dan rawat dan menyerahkan baton pemanduan van kepada Anuar kerana mata sudah melihat tiang yang satu berganda dua. Anuar seterusnya memandu terus dari situ sehinggan ke Butterworth dan meneruskan pemanduan di atas lebuhraya Utara selatan sehingga ke bukit kayu hitam.


Hari sebelum ekspo 19/12/2010

Pada jam 8 kami dikejutkan oleh panggilan dari En Nazri yang sedang menunggu di sempadan Malaysia-Thailand di bukit kayu hitam. Perancangan awal kami ingin makan pagi pada jam 7.30 dan bergerak semula ke pos imigeresen di bukit kayu hitam. Tetapi nampaknya kami terpaksa bergerak menuju ke sempadan dengan perut yang kosong. Itulah akibat terlebih lelap. Tiba di kawasan imigresen Malaysia, kami disambut oleh En Rizal dari NL LOGISTIC SDN BHD. Setelah menyoal siasat kami lebih kurang tentang dokumen yang perlu bagi melintasi sempadan, En Rizal amat terkejut dengan keadaan kami yang tidak tahu apa-apa serta tidak mempunyai dokumen yang lengkap. En Nazri dengan nada yang sengaja dilembutkan mengajarkan kami prosedur yang betul bagi melintasi sempadan Thailand dengan membawa van yang sarat dengan barangan dagangan.

Nampaknya kami betul-betul kelihatan ‘blur’ dengan menganggap mudah prosedur membawa barang dagangan ke sempadan. Mujurlah Ust Ya sudah bersiap sedia dengan cukai jalan serta dokumen-dokumen perjalanan yang lain. Pengalamannya ke luar Negara banyak mengajarnya akan prosedur ketat untuk ke luar Negara. Cuma belum berpengalaman membawa masuk barang dagangan ke luar negara. Ust Ya diminta melengkapkan Insuran kenderaan dan kami bertiga diminta mengisi visa lawatan sementara. Apabila semua urusan telah selesai, kami dikejutkan pula dengan lawatan pengarah imigresen negeri perlis ke sempadan. Lawatan beliau adalah kerana beliau akan menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan sedikit masa lagi. Kami terpaksa menghabiskan masa lagi menunggu bergeraknya kenderaan-kenderaan VIP dari Jabatan Imigresen Negeri Perlis.

Setelah selesai di imigresen Malaysia, kami terpaksa berhenti lagi menghadapi Imigresen Thailand di Sadao. Setelah melepasiImigresen kedua-dua buah Negara, kami meneruskan perjalanan kami ke SATUN. Dijangka perjalanan kami memakan masa 2 jam setengah. Dalam perjalanan kami melalui kawasan Danok dan Haytai. Setelah memandu tanpa henti selama 2 jam setengah akhirnya kami tiba jua ke tempat yang dituju. Bangunan Pusat Aktiviti Muslim Satun ini terletak di dalam kejiranan Cha Lun. Perasaan kelegaan jelas tergambar di wajah masing-masing. Namun, apabila tiba ke tempat yang dituju, kami terpaksa merungut lagi kerana tempat yang disedikan masih belum siap dan hotel tempat kediaman yang dikatakan akan diuruskan oleh urusetia tidak tahu kemana.

Kami terus masuk ke dalam bangunan Pusat aktiviti ini dan menuju ke tandas memandangkan kami belum lagi mandi sejak semalam. Perut juga meronta-ronta minta diisi. Setelah memarkir kenderaan kami di dalam bangunan, kami membawa pakaian dan sedikit bekalan makanan bagi mengisi perut yang belum diisi selayaknya sejak pagi. Kami bersyukur apabila di dalam bangunan tersebut telah tersedia air panas serta peralatan lain yang diperlukan untuk kami memasak mi segera. Setelah menghabiskan sebungkus seorang mi segera keluaran Adabi yang dibekalkan, kami merehatkan tubuh yang sememangnya letih menghabiskan masa setengah hari di dalam kenderaan merentasi banjaran titiwangsa yang memang mencabar kepada kami yang tidak biasa melalui jalan ini.

Kami kembali ke alam nyata lebih kurang jam enam petang waktu Thailand. Cuaca ketika itu hujan lebat dan kami membawa van masuk ke dalam bagi memudahkan kerja-kerja pemindahan barang dari van ke tapak yang disediakan kepada kami. Kami seterusnya menyusun meja-meja yang disediakan termasuklah meja extra bagi menyediakan tapak niaga kami pada esok harinya. Setelah selesai lebih kurang menyusun barang, kami menuju ke Bandar Satun bagi mencari hotel penginapan yang dijanjikan iaitu Sinkiat Thani Hotel.

Menurut maklumat yang kami terima, hotel tersebut terletak berhampiran dengan masjid. Setelah mencari beberapa minit, akhirnya kami ketemu juga dengan hotel yang dimaksuskan. Setelah selesai urusan pembayaran deposit, akhirnya dapat juga kami melabuhkan badan dengan selesa. Masing-masing kepenatan, jadi kemi bercadang ingin berehat terlebih dahulu dan keluar ke tapak ekspo pada tengah malamnya.

Jam 0100 kami keluar ke tapak ekspo, kelihatan ada tapak-tapak gerai yang bersedia dengan kiosk menunjukkan sedia bagi berniaga keesokan harinya. Van rakan kami dari murni marketing, wakil Kerajaan Negeri Kelantan juga sudah sedia diparkir di kawasan ekspo bererti ada juga teman kami sebagai wakil delegasi Kelantan. Banner juga sudah tergantung sebagai promosi jualan. Kami seterusnya membuat persiapan apa yang patut termasuklah memasang sebidang banner yang besar sebagai latar belakang gerai jualan kami.

Kemudian kami pulang ke hotel dan bertanya pada seorang gadis yang berpakain seragam putih berhampiran banguna hotel kami menginap. Saya tidak pasti samada gadis itu bekerja di hotel atau diamana, tetapi jika di Malaysia, pasti kami mengatakan beliau seorang jururawat tetapi tidak kelihatan sebarang bangunan hospital atau klinik. Saya membiarkan sahaja misteri tersebut tanpa dijawab. Kami sempat menanyakan restoran muslim memandangkan gadis tersebut memakai tudung. Kebetulan pula bapa kepada gadis tersebut sampai dan dengan murah hati bapanya sudi menunjukkan jalan ke sebuah restoran melayu Islam yang dinamakan Restoran KAMPONG. Sebarang prejudis saya sebelum ini tentang kesusahan mendapatkan makanan lenyap sama sekali kerana di restoran ini tidah ubah seperti restoran-restoran di Malaysia, cuma bahasa komunikasi sahaja yang berbeza, juga teks menu yang tidak dapat difahami oleh kami.

Hari pertama ekspo 20/12/2010

Bermulanya penjualan di gerai Ekspo Lima Dasar Satun. Ketika bersiap-siap, kami cuba menghubungi room service bagi mendapatkan seterika untuk menggosok baju, tetapi anehnya hotel di sini tidak menyediakannya. Terpaksalah kami bekerja dengan baju kemeja yang berkedut. Pada jam 8 pagi waktu Thailand, kami sarapan pagi di sebuah kedai makan berhampiran dengan hotel tempat kami menginap. Menu sarapan pada pagi itu adalah roti canai, seperti kebiasaan menu sarapan kebanyakan masyarakat kami di Malaysia. Apabila membayar, kami terkejut dengan harga yang dikenakan iaitu THB 120 bersamaan dengan RM 12. Tidak munasabah bagi harga 6 keping roti dan 3 cawan air. Nampaknya tuan puya kedai ini cuba untuk menyembelih kami. Kami terus menuju ke tapak ekspo. Kelihatan semua peserta sedang sibuk mengemaskan barangan jualan masing-masing yang tidak sempat dikemaskan pada hari sebelumnya kerana kelewatan penganjur menyiapkan khemah. Anak-anak berpakaian seragam juga kelihatan memenuhi kawasan ekspo menunggu majlis perasmian berlangsung.

Kami menghadapi masalah menggunakan peralatan elektrik yang dibawa dari Malaysia kerana disini menggunakan plug 2 pin dan bekalan kuasanya adalah 250V berbanding di Malaysia yang menggunakan 3 pin dengan bekalan kuasa 220/240V. Jadi, kami cuma menggunakan apa yang ada bagi mempromosikan barangan jualan kami. Setelah kehilangan punca bagi mempromosikan produk yang dibawa, saya meminta kebenaran Ust Ya untuk ke pasaraya TESCO LOTUS yang letaknya 10 kilometer dari tapak ekspo. Barang yang sangat-sangat diperlukan adalah adapter yang menukarkan plug 3 pin yang kami gunakan di Malaysia disesuaikan dengan 2 pin yang digunakan di sini. Untung juga saya sempat merasai pengalaman membeli-belah di negara orang. Beza TESCO di sini dengan yang ada di Malaysia adalah, kebanyakan produk yang dijual adalah buatan tempatan mengikut pemerhatian saya. Semua label adalah berbahasa Thai, mereka cukup berbangga dengan produk mereka sendiri. Berbeza dengan keadaan di Malaysia yang bangga dengan menggunakan produk buatan luar negara. Saya mencari adapter tersebut serta membeli 2 botol minuman serta sotong kering yang berlogo HALAL. Produk lain adalah tidak berani untuk disentuh atas dasar bukan negara ISLAM.

Sambil-sambil menyiapkan barang-barang jualan, kami juga melayan beberapa tetamu yang datang menanyakan mengenai barangan. Masalah mula timbul apabila kebanyakan pelanggan yang datang tidak boleh berbahasa melayu dan cuma boleh berkomunikasi dalam bahasa Siam. Kami terpaksa menggunakan apa sahaja yang ada termasuklah bahasa badan menggunakan seluruh anggota yang ada serta menggunakan pen dan kertas. Pada waktu ini, kami mula menyedari betapa pentingnya mempelajari bahasa asing. Mujurlah bebapa orang cikgu serta pelajar sudi memberi bantuan penjertemahan secara percuma kepada kami. Melihatkan jualan pada waktu siang, merasakan seolah-olah mahu pulang segera ke negeri kami. Tetapi apabila melepasi waktu Asar, kami tidak menang tangan melayani pelanggan dewasa yang mempunyai kuasa membeli yang kuat berbanding pelajar-pelajar yang hanya melawat pada siang harinya.

Selepas waktu Isya’ kawasan ekspo kembali dipenuhi pengunjung berikutan terdapatnya pertandingan kuiz dan persembahan daripada pelajar-pelajar wilayah Satun. Saya agak terharu mendengar beberapa lagu yang pernah dinyanyikan semasa pertandingan nasyid sekolah dan persembahan sekolah rendah dengan suasana yang lebih sayu di sini dalam keadaan musloim menjadi minoriti di sini. Selesai mengemas gerai jualan, kami terus ke restoran kampong yang terletak hanya 500m dari hotel tempat kami menginap. Semasa berbual-bual di restoran, Ust Ya ada menyatakan jualan kami pada malam itu menjangkau 10,000 baht. Sebahagian besar dari kutipan jualan tersebut adalah jualan pada waktu petang membawa ke malam. Bermakna, kami boleh merangka strategi jualan pada esok hari dengan menumpukan sepenuhnya pada waktu ekspo dikunjungi penduduk setempat. Selesai makan, kami terus menuju ke hotel dan merehatkan badan setelah melalui hari pertama yang cukup meletihkan ini.


Hari kedua ekspo 21/12/2010

Apabila bangun pagi sesudah bersiap, Anuar terus menuju ke Receptionist bagi mendapatkan kemudahan internet di sana. Saya pula sibuk membuat catatan perjalanan ini. Pada jam 0800 kami bergerak menuju ke pusat komuniti Muslim Satun dan membuat keputusan untuk mendapatkan sarapan disana. Kali ini kami meletakkan van di dalam pagar setelah membuat kesilapan semalam terpaksa meletakkan van jauh dari tapak ekspo. Sarapan kami pada pagi ini bernilai 70 baht. Jauh berbeza harganya dengan kedai yang kami singgah di tengah Bandar Satun semalam dengan hidangan yang lebih kurang serupa. Kami juga takjub dengan seorang muslimat yang berpurdah menebar roti canai di gerai bapanya. Suatu pemandangan yang sangat jarang dapat dilihat di tempat kami, tetapi dapat dilihat di sini, di Satun, wilayah selatan Thailand.

Hari ini gerai kami menerima pembantu tempatan yang bernama Mashitah. Dia dibawa oleh kakaknya Nurul Hakimah yang ditempatkan di gerai sebelah. Mashitah banyak membantu kami menterjemahkan apa yang ditanya oleh pelanggan serta membantu juga mempromosi barangan kami mengikut kemahuan dan budaya penduduk setempat. Dengan bantuan hakimah dan Mashitah juga, kami dapat mempelajari bahasa thai dan sedikit sebanyak budaya penduduk setempat.

Malam ini juga kami dihiburkan oleh persembahan anak-anak sekolah dengan persembahan nasyid dan dikir barat yang dikenali dikir hulu oleh masyarakat Satun. Malam ini juga penduduk Satun dikejutkan dengan kunjungan Nazrey Johani bekas penyanyi kumpulan Raihan. Persembahan sebenar Nazrey adalah pada keesokan hari tetapi pada hari ini, beliau datang menyapa penduduk Satun. Daripada sambutan masyarakat terhadap Nazrey, kami menjangkakan hari esok yang lebih meriah di pusat kegiatan Muslim Satun ini.

Setelah berkemas, kami menuju ke Bandar Satun di mana tempat hotel kami menginap. Kami mencari-cari restoran Negara seperti yang dicadangkan seorang sahabat tetapi tidak berjumpa, akhirnya kami menuju ke restoran dimana kelihatan van berlabel Murni Marketing rakan kami dari Kelantan. Kami sempat juga beramah mesra dengan beberapa orang penduduk tempatan di restoran tersebut. Jualan hari ini mencapai angka 30,000 baht. Pada hari kedua ini, gambaran budaya serta keperluan penduduk setempat semakin jelas di mata kami dan esok menjanjikan hari yang lebih baik buat kami Insya Allah.


Hari ketiga ekspo 22/12/2010

Hari ketiga ini bermula dengan baik sekali. Cuaca juga cerah dan awan juga tidak menunjukkan tanda-tanda mahu hujan. Kami berdoa kepada Allah agar cuaca boleh kekal seperti ini sepanjang hari supaya segalanya berjalan lancar hari ini dan semua penduduk satun dapat mengutip manfaat daripada program hari ini. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap dan keluar memandangkan stok beg plastic sudah habis, jadi mahu atau tidak, kami terpaksa keluar ke pekan atau pasar Satun bagi mendapatkan beg plastik. Kami terus menuju pasar satun dengan yakinnya tanpa mengetahui kedudukannya secara pasti. Setelah mengelilingi Bandar satun beberapa kali, kami mengambil keputusan menuju ke pekan Cha Lung tempat ekspo berlangsung kerana berpendapat pekannya lebih kecil serta komunikasi lebih mudah disebabkan penduduknya yang lebih mesra memudahkan komunikasi.

Kami kemudiannya terus memarkir kenderaan di dalam pagar pusat aktiviti dan menuju ke MEESUK HOTEL bagi meninjau sekiranya ada kekosongan, kami ingin berpindah ke sini kerana ini boleh menjimatkan banyak kos termasuklah bahan api kenderaan serta masa kami sendiri. Kebetulan ketika kami sedang rehat-rehat dan duduk bersembang di kawasan lobi hotel tersebut, ada seorang penginap menyerahkan kunci bilik ke kaunter penyambut tetamu. Nah, sejurus lelaki tersebut meninggalkan kawasan hotel, Ust Ya terus ke kaunter dan bertanyakan bilik tersebut. Kemudian barulah kami mendapatkan sarapan dan menuju ke Sinkiat Thani Hotel bagi mendaftar keluar dari hotel tersebut.

Setelah itu, kami sempat berjalan-jalan di pasar Satun bagi meninjau keadaan di sana. Kemudiaannya kami menuju ke tapak ekspo bagi menyiapkan gerai jualan. Selepas jam 1400, Mashitah datang dan senyum kepada kami. Saya merasa amat lega dengan adanya Mashitah kerana dapat menyelesaikan masalah komunikasi antara kami dengan pengunjung yang berbahasa Siam. Selepas waktu asar, kami mulai sibuk melayan pengunjung yang mahu melihat-lihat dan juga membeli. Antara produk yang menjadi tumpuan pengunjung adalah Al-Quran pen yang boleh mengeluarkan ayat suci Al-Quran apabila ditujunk. Produk yang laku dijual pula adalah kurma serta ubat gigi herba yang dijual pada harga yang murah dari harga pasaran. Strategi Ust Ya nampaknya berkesan kerana dengan cara ini, dapat dikaji potensi produk sini serta kuasa membeli rakyat tempatan disini.

Malam lebih meriah lagi kerana semua penduduk Satun dimaklumkan dengan persembahan Nazrey pada malam ini. Sesudah Isya’ kawasan sekitar pentas dipenuhi oleh peminat-peminat Nazrey. Sebelum persembahan Nazrey, kami dengan tenaga 5 orang tidak mampu melayan pengunjung yang datang pada malam itu. Sebaik Nazrey melangkah pentas, pengunjung gerai jualan mulai kurang dan kami juga dapat berehat serta menikmati persembahan dari Nazrey...

Dengan pengalaman yang ada memang Nazrey berjaya mencuit hati audien yang memang ternanti-nanti persembahan darinya. Kami mula terfikir kesilapan kami yang tidak membawa cd nyanyian Nazrey semasa dalam Kumpulan Nasyid Raihan. Pasti meletup tip top. Bukan sahaja itu. Mana-mana cd nasyid pasti mendapat sambutan dari pengunjung di sini dilhat dari trend pengunjung di sini.






Apabila selesai membuat persembahan, Nazrey singgah bertemu dengan sahabat lamanya, Ust Ya di gerai jualan. Rupanya Ust Ya sudah lama mengenali saudara Nazrey, sebelum kumpulan Raihan ditubuhkan lagi. 'Dahsyat juga Ust Ya ni' getus hatiku. Kami mengambil peluang membuat sesi fotografi tidak rasmi di gerai. Aini bersama rakan-rakan dari rumah anak yatim Emirates antara yang paling gembira dapat bergambar bersama Nazrey.

Malam ini kami tidak perlu terburu-buru mengemaskan gerai kerana kami menginap berdekatan sahaja dengan pusat komiti muslim SATUN ini. Selesai mengemaskan gerai, kami mencari kedai makan bagi mengisi perut yang lapar. Kami ke sebuah gerai yang dekat sahaja dengan MEESUK hotel tempat kami menginap setelah tidak berhasil mencari kedai makan yang lain. Suasana yang gelap diwujudkan di kedai ini. Menurut tauke kedai, memang orang tempatan disini tidak gemarkan lampu yang terang untuk lepak-lepak di kedai pada waktu malam.


Hari keempat ekspo 23/12/2010

Pagi ini kami bangkit tidur dengan perasaan yang ceria kerana tempat penginapan kami yang berhampiran dengan tapak ekspo memudahkan banyak urusan. Kami tidak perlu terkocoh-kocoh untuk bergerak ke tapak ekspo dan mencari sarapan pagi kerana di sini segalanya berada di persekitaran. Sahabat senegeri kami yang mewakili kumpulan pertanian Kelantan berhad akan berangkat meniggalkan tapak ekspo pagi ini. Mereka agak bertuah kerana pihak Koperasi Ibnu Auf sudi menjadi pengedar mereka di wilayah satun ini dan sudi mengmbil secara lum sum barangan mereka yang masih tinggal.

Kami masih setia dengan roti canai Pak Brahim walaupun pagi ini tidak dapat melihat kecekalan muslimat berpurdah menebar roti canai. Menurut Pak Berahim, anaknya ke ladang getah menoreh getah seperti sediakala kerana cuaca yang baik memandangkan wilayah SATUN ini berada di dalam musim tengkujuh dan tidak dapat keluar menoreh sekian lama.

malam.. nazrey datang lagi mengejutkan semua audien yang ada...


Hari kelima ekspo 24/12/2010

Ada di antara usahawan yang pulang pada pagi ini. Ust Ya mengambil keputusan menjual sebahagian barang mereka dan menjual pada hari ini dan membawanya pulang ke Kelantan bagi mencuba pasaran di sana. Dalam 2 jam yang pertama terdapat 2 individu yang berminat mengedarkan barangan yang dibawa ke sini serta mengambil produk kami secara pukal. Kebanyakan pengunjung yang datang pada hari bertanya untuk mengambil produk pada harga yang murah. Pada pagi ini diadakan upacara penutup dengan Gabenor Wilayah Satun, jadi kebanyakan mereka yang berpangkat akan berada di sini pagi ini.

Upacara penutup berjalan dengan sederhana di dalam pusat komuniti Muslim wilayah Satun. Selepas upacara selesai, kawasan sekitar ekspo mula lengang kerana para pengunjung mula pulang bagi bersiap sedia bagi menunaikan solat jumaat. Menurut perbincangan dengan penganjur semalam, kami diminta menanti sehingga waktu malam, tetapi nampaknya permintaan itu tidak berasas kerana bahagian teknikal mula mengemaskan peralatan mereka selepas jam 1400. Gerai juga lengang daripada dikunjungi jadi semua usahawan bersepakat mengemaskan semua barang jualan.

Kami menuju ke rumah anak yatim Emirates setelah mendapatkan maklumat mengenai lokasi rumah tersebut dari Nurul Aini, salah seorang sukarelawan yang membantu kami sebagai penterjemah. Kebanyakan sukarelawan dan sukarelawati adalah penghuni rumah tersebut. Rumah anak yatim ini dihuni oleh lebih kurang 70 orang anak yatim yang berusia 5-18 tahun. Selepas itu kami terus menghala ke Hat Yai.



Apabila sampai di sana kami menghubungi Zaim yang menuju ke Hatyai terlebih dahulu dan lebih familiar dengan daerah tersebut. Kami terus menuju ke Residence hotel malangnya hotel tersebut telah penuh. seterusnya menuju ke resort yang berhampiran. Pada malamnya kami menuju ke sebuah restoran Melayu. Pelayan yang berasal dari Pattani amatlah mengecewakan kami kerana memberi layanan yang buruk dan cuba mencari gaduh dengan Ust Ya.

Kami seterusnya ke pasar malam yang terbesar di Hatyai. Saya sempat mendapatkan sepasang capal dan sebuah beg sandang. Kami kemudiannya singgah di warung berdekatan dan saudara Zaim memperknalkan kami kepada sahabatnya Abang Din yang berniaga keropok di Hat Yai ini. Kami menikmati hidangan pulut mempelam sambil-sambil melihat gelagat-gelagat manusia di pekan Hat Yai ini. Kebetulan malam ini merupakan Christmas Eve, pekan Hat Yai ini dibanjiri manusia dan dapat dilihat banyak rakyat Malaysia di Hat Yai malam ni berdasarkan plet kenderaan Malaysia yang berselerak di atas jalan raya.


Hari selepas ekspo 25/12/2010

Pagi-pagi kami keluar setelah solat subuh kerana mendapat panggilan seorang sahabat yang meminta bantuan mendapatkan passport beliau di Siam Centre Hotel. Kami berjalan kaki ke sana. Dalam perjalanan pulang, terjumpa dengan sebuah restoran makanan halal. Setelah checkout kami pun berjalan ke pasar KIMYONG.

Kami menghadapi masalah bagi meletak kenderaan di bandar Hat Yai kerana pada hari itu, kenderaan begitu banyak bertali arus di dalam bandar Hat Yai. Akhirnya kami berjumpa juga dengan kawsan tepi jalan yang kosong bagi meletak kenderaan. Apabila kami bersembang dengan seorang wanita yang sedang mencuci kedainya di tepi jalan tempat kami meletak kenderaan, di menasihati kami supaya mengalihkan kenderaan ke tempat lain kerana di situ tidak boleh meletak kenderaan dan pihak polis akan mengunci tayar kenderaan jika berdegil. Kami terpaksa tawaf kawasan itu beberapa kali bagi mendapatkan tempat yang sesuai bagi meletak kenderaan kami. Akhirnya Ust Ya terpaksa masuk ke basement DIAMOND PLAZA HOTEL bagi memarkir vannya. Selang beberapa minit kemudian kami dapat melihat polis bandar Hat Yai datang dengan motosikal datang mengunci sebuah kenderaan Malaysia yang meletakkan kenderaannya di sebelah kanan jalan. Rupa-rupanya cuma sebelah kiri dibenarkan bagi meletak kenderaan.

Setelah selesai membeli-belah, kami terus menuju ke Sadao, iaitu pintu keluar dari Thailand ke Bukit Kayu Hitam. Kami terpaksa turun untuk beratur seperti juga orang lain bagi mengesahkan perjalanan keluar kami dari sempadan Thailand di kaunter imigresen. Saya sempat berbual dengan seorang warga Jepun yang ingin ke Kuala Lumpur mengikuti perhimpunan Kristian di sana.

Takao (warga Jepun) amat bersemangat apabila saya bertutur dalam bahasa Jepun dan pernah bekerja dengan Syarikat Jepun. Dia sempat 'berdakwah' kepada saya dengan buku dakyah kristiannya yang ditulis dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu. Saya dengan senyuman berkata padanya bahawa saya beragama Islam dan majoriti penduduk Malaysia beragama Islam. Dalam pada itu, saya amat kagum dengan kegigihan penganut Kristian kerana ini bukanlah kali pertama saya di approach oleh penganut Kristian. Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan warga Afrika yang juga membuat perkara yang sama kepada saya di dalam Komuter di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Kami tidak menghadapi banyak kesulitan di sempadan, cuma terpaksa mengambil sedikit masa memberi penerangan kepada pihat PGA dan UPP kerana kami membawa van barangan. Setelah menunjukkan barang-barang dan memberi penerangan, mereka berpuas hati dan kami boleh masuk ke sempadan Malaysia dengan tenang. Berhenti membuat tukaran matawang dan menghala ke kuala kedah dan seterusnya menaiki feri ke langkawi. Disambut oleh Mustafa dan makan di Mat’am Layali Shams.


Sesudah menikmati santapan makanan arab di sana, kami dibawa menginap di Langkawi Lagoon Resort. Bilik ini bertaraf lima bintang dan tidak pernah saya terfikir seumur hidup akan menginap disini. Kadar sewaan biliknya paling murahpun sebulan gaji saya semasa bekerja sebagai Pen Pegawai Dokumen bertaraf diploma satu ketika dulu.... Ataupun sebulan gaji + OT wajib 3 jam operator kilang electronik di Pengkalan Chepa. Dengan adanya wifi di resort itu, dapatlah saya mengakses kepada internet untuk mendapatkan info-info yang sudah ketinggalan sepanjang perjalanan kami.

26/12/2010

Ust Ya telah membuat temu janji dengan En Mustafa untuk sarapan pagi bersama di dewan makan hotel. Kami bersarapan dengan begitu berselera sekali, maklumlah, sarapan pagi di hotel bertaraf lima bintang, jarang-jarang sekali dapat dikecap oleh orang-orang seperti kami. En. Mustafa kemudiannya terpaksa meninggalkan kami kerana ada urusan urusan di pejabatnya. Selesai bersarapan, kami bersiar-siar di sekitar Langkawi Lagoon Resort ini bagi menikmati pemandangan di kawasan sekitar. En Mustafa terpaksa meninggalkan kami di sini dengan masa yang lebih panjang lagi kerana ada kecemasan dan terpaksa menghantar keluarganya ke jeti di Pekan Kuah. Sehingga jam 1200, kami mengambil keputusan untuk check out dan mengambil teksi menuju ke Jeti. Kami singgah membeli-belah sebentar di Haji Ismail Group bagi mendapatkan sedikit cendera mata untuk keluarga. Pada jam 1500, Ust Ya akhirnya Berjaya bertemu dengan En Mustafa dan seterusnya kami menaiki feri ke Kuala Kedah trip 1630. Semasa pemeriksaan, saya ditahan kerana membawa barang yang agak besar. Barulah saya tahu, barangan yang dibeli dari sini akan dikenakan cukai melainkan kami menginap di Langkawi melebihi 48 jam. Kami tiba di Jeti Kuala Kedah jam 1845 dan terus mengambil van yang diparkir pada hari sebelumnya. Selesai semua urusan, kami terus bertolak menuju ke Kota Bharu.

Maka berakhirlah perjalanan pertama kami bagi misi mempromosi produk halal keluaran Malaysia dan Negeri Kelantan khasnya ke Wilayah Satun, selatan Thailand. Perjalanan yang singkat ini banyak memberi pengalaman baru kepada kami.

Friday, December 17, 2010

Zina Takpa, Jangan Sampai Lahir Bayi

"Zina Takpa, Jangan Sampai Lahir Bayi", mungkin agak panas telinga yang mendengar, namun pada pandangan penulis itulah KESIMPULAN yang akan dipegang oleh anak-anak malaysia setelah mereka mengikuti kelas pendidikan seks pada masa akan datang.1 januari 2011 Malaysia akan mula memperaksikan kehebatan tenaga batinnya dengan menghidangkan pendidikan seks kepada anak-anak kecil yang belum mengerti apakah maknanya."Mungkin" disebabkan setiap pasangan berkahwin telah melahirkan anak-anak yang cukup ramai sehingga malaysia tidak sudah cukup ruang untuk didiami penduduknya, dan tempias daripadanya menyebabkan pasangan yang belum berkahwin juga melahirkan anak, akhirnya pendidikan seks diutarakan bagi menyekat kemaraan jaguh-jaguh ibu dan bapa melahirkan anak-anak yang ramai.Namun kita saksikan, apakah idea ini satu tindakan bijak atau menyimbah minyak pada api yang menyala.
Bukanlah semua negara dunia yang menjamu pendidikan seks kepada rakyatnya, dan ada sebahagian negara barat memberikan kuasa kepada ibubapa samaada untuk mengizinkan atau melarang anaknya daripada mengikuti kelas pendidikan seks.Bahkan terdapat negara yang begitu tegar menentangnya seperti India yang menentang pendidikan seks kerana bercanggah dengan adat dan budaya mereka.
Antara negara yang popular yang mempunyai kurikulum pendidikan seks disekolah adalah :
Amerika Syarikat ; Kanak-kanak berusia atara 7-12 tahun diwajibkan mengikuti kelas Pendidikan Seks, namun kebanyakan sekolah mewajibkan kelas pendidikan seks bermula pada umur 5-6 tahun.Terdapat dua bentuk utama pendidikan seks diajar di AS, samaada komprehensif atau yang dilarang sahaja.Pendidikan seks secara komprehensif merangkumi segala-galanya tentang kontrasepsi(kaedah mencegah kehamilan) dengan teknik persetubuhan atau menggunakan alat pencegahan tertentu termasuk bahaya seks tanpa kondom.Mungkin anak-anak malaysia juga akan diajar sebegitu. Sementara pendidikan yang berbentuk larangan pula akan mendedahkan bahawa remaja harus tetap suci sehingga berkahwin dan menjauhi kontrasepsi.
Australia : Australia tidak mempunyai kurikulum pendidikan seks yang menyeluruh kerana pihak sekolah diberi kebebasan penuh untuk mengajarkan apa yang mereka inginkan dan pada tahap apakan sesuatu matapelajaran akan diterapkan.Perpecahan dikalangan guru sering terjadi disebabkan bentuk pendidikan yang diberikan adalah berbeza-beza.
Eropah ; Masyarakat eropah berfikiran terbuka dalam pendidikan seks, bahkan kurikulum itu juga disokong oleh kerajaan. Di Perancis, pendidikan seks telah menjadi sebahagian kurikulum sekolah dan mereka memperuntukkan antara 30-40 jam waktu kuliah atau aktiviti bagi mata pelajaran pendidikan seks. Mereka juga mengagihkan kondom untuk kelas lapan dan kelas sembilan(peringakat persekolahan). Di Sweden, pendidikan seks juga menjadi sebahagian pendidikan wajib dari sekolah mereka, ianya diselitkan ke dalam mata pelajaran seperti biologi dan sejarah. Hal yang sama berlaku di Finland di mana pendidikan seksual ini biasanya dimasukkan ke dalam pelajaran biologi tetapi kemudian digabungkan dengan masalah kesihatan awam. Sementara di Inggeris, pendidikan seks tidak wajib di sekolah kerana sebahagian ibubapa menolak matapelajaran ini disebabkan pengaruh negatif yang hinggap pada anak-anak mereka.
Di Jerman, pendidikan seks adalah di bawah perintah kerajaan.Kajian menunjukkan bahawa di antara bangsa-bangsa Eropah, remaja Jerman paling mengetahui tentang kontrasepsi. Di Belanda, kerajaannya memberikan subsidi pendidikan seks bagi kaum muda dan memberi mereka kemahiran untuk membuat keputusan sendiri berhubung dengan seksualiti dan kesihatan.
Cukuplah sekadar sekilas pandang untuk diketahui,namun renungi..
Malaysia pernah bercadang untuk memberi kondom secara percuma kepada penagih dadah agar jenayah dadah dan kes buang bayi dapat dicegah.Disebabkan masih ada suara-suara yang bangkit menolaknya, maka cadangan itu ditangguhkan.Kalian perlu sedar, melalui pendidikan seks ini anak-anak kecil akan kenal apa itu kondom, dan pastinya mereka tercari-cari dan cuba untuk memakainya.Mungkin suatu hari nanti sekolah-sekolah akan dibekalkan dengan kondom untuk dijadikan bahan eksperimen pada para pelajar, pada masa itu limpahan kondom akan berubah seperti belon bagi anak-anak kecil yang masih mentah soal dosa dan pahala.
Ilmu tanpa amal tidak sah, teori tanpa praktikal juga tidak sah,tentu sekali pendidikan seks akan berubah menjadi gelombang zina yang cukup dahsyat, namun tika itu kita takkan sedari, kerana anak-anak zina takkan lahir lagi.Kita perlu sedari, bahawa pendidikan seks bukanlah motifnya untuk mengelakkan zina atau bercouple, tapi hasrat kerajaan adalah membersihkan nama malaysia daripada kes buang bayi.Setelah anak-anak kecil ini mahir bagaimana mengelakkan kehamilan, saya yakin tika itu perzinaan bagaikan cendawan selepas hujan, tapi tersorok di balik papan.Tiada manusia yang sedar, bilamana remaja wanita sudah 'stand by' dengan kondom didalam poketnya apabila keluar dengan pasangan, remaja lelaki pula sudah mahir bagaimana "teknik semulajadi" agar kandungan tidak terhasil setelah persetubuhan, maka gembiralah yahudi kerana fikiran umat islam telah diperdayakan.
Apakah kalian tidak memikirkan?
Lihatlah negara-negara barat yang saya nyatakan diatas, ianya adalah fakta, sekolah-sekolah mengagihkan kondom kepada pelajar agar mereka tahu menggunakkannya,apakah kita mahu generasi kita juga sebegitu?pulang ke rumah bukan lagi membawa buku, tapi seplastik kondom untuk ditunjukkan pada ayah dan ibu.
Kesan baik memanglah ada, tapi buruknya seribu kali ganda.Tidak ada negara Islam yang mewujudkan pendidikan seks di negaranya, melainkan negara barat yang bukanlah islam menjadi agamanya.Namun kini Malaysia akan mengikuti jejak langkah mereka, Apco kan guru malaysia, tak boleh lawan cakap guru, nanti kene marah.
Apa yang saya katakan mungkin tidak terjadi sebulan akan datang, tapi lihatlan 10 tahun akan datang, masa itu semuanya sudah suram.Bila ditanya pada remaja bilakah kali pertama kamu melakukan hubugan seks, tentu mereka akan menjawab segalanya bermula di sekolah rendah.Masa tu semuanya menerima padah.Kalian mungkin tidak pernah lihat bagaimana buku pendidikan seks, nantikan pada artikel akan datang saya akan paparkan pada kalian, InsyaAllah jika umur masih panjang.Seandainya kalian fikirkan isu ini sudah lapuk, ingatlah, bila keburukan mula dilakukan maka penentangannya takkan berakhir sehingga ianya berjaya dihapuskan.

sumber:
http://www.abdullahmahdi.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=23%3Azina-takpa-jangan-sampai-lahir-bayi

Thursday, December 16, 2010

Di sinilah kekayaan dunia disorok

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini..

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

(disalin dari Facebook Muhammad Syafiq Mohammad)