Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Friday, March 30, 2012

Kreativiti Melayu dalam senibina rumah



Pengenalan
Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.

Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.

Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atauanyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.
Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.

Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman.

1. Bumbung
Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil’ Bumbung Belanda’ selepas kedatangan penjajah. Bumbung sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu.

2. Anjung
Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah.
Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehinggakan mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.

3. Ruang Utama/Rumah Ibu
Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersama-sama.

4. Bilik
Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

5. Dapur
Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki.

6. Ukiran
Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah.

Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh faktor-faktor di bawah;

1. Cuaca
Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan banjir.
Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah.
Tidak cukup dengan itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

2. Sumber Alam
Bahan binaan ialah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

3. Budaya dan adat resam
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

4. Pengaruh asing
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat.

Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur iaitu praktikal dan seni.

Kesimpulan
Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-tukang yang mahir telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tetapi sayang, tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu kerana amat sukar mendapati tukang yang mahir dewasa ini.

Sumber: malaysiana, scribd.com dan arkib negara Malaysia.

Thursday, March 29, 2012

NASIB PERUBATAN MELAYU DI TANAH MELAYU


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) telah diberikan khabar bahawa orang Melayu yang terlibat dalam dunia persilatan adalah pengamal sebenar dalam dunia perubatan tradisional bangsa itu. Mereka bukan sahaja menuntut ilmu beladiri untuk mempertahankan ancaman, tetapi secara tidak langsung membantu masyarakat dalam rawatan memulih kecederaan dan penyakit-penyakit tertentu.
Secara ringkas diberikan gambaran bahawa ilmu persilatan turut menghasilkan pakej kepada penuntutnya. Pakej kepada ilmu kecergasan iaitu senaman dan tari silat. Manakala rawatan pula dari akar kayu, daun, urut, batu-batu dan pelbagai lagi. Begitulah khabar penulis kepada pegawai-pegawai tertinggi Jabatan Bahagian Perubatan Traditional dan Komplementari (BPTK) dalam perjumpaan rasmi beberapa persatuan perubatan Melayu di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Diakui, bukan mudah pengamal yang bertindak sebagai perawat tradisional Melayu memberi kepercayaan atau keyakinan kepada pegawai-pegawai BPTK yang terdiri dari pakar perubatan (doktor) dan ada berakademi tinggi.
Namun, kerana pernah menghadir perjumpaan kali pertama sebulan sebelum itu, penulis dapat memahami juga kehendak doktor-doktor itu, jika bercakap, mereka mahukan bukti! Mereka menolak testimonial. Mereka mahu bukti yang dihasilkan dari kaji-selidik yang betul. Kaji-selidik yang memerlukan beberapa pesakit sebagai bahan kajian, pakar-pakar bertauliah yang terlibat dan kajian sebegitu memerlukan wang yang banyak dan mengambil masa bertahun-tahun.

Penulis ketika menyertai Seminar Nusantara di Kuala Lumpur pertengahan tahun lalu, teringat dengan ucapan seorang profesor dari Thailand memberitahu pandangan pakar perubatan moden dan tradisi tidak sama! Penulis setuju. Doktor-doktor masuk universiti manakala pengamal perubatan traditional tidak, kerana tiada universiti. Buku-buku rujukan perubatan moden berlambak dari penulis-penulis yang sememangnya doktor berpengalaman dan penulisan bersandar kepada bukti kaji-selidik mereka. Manakala buku perubatan traditional taraf itu tiada. Ada buku herba dan urut tetapi tidak melepasi jumlah jari sebelah tangan, dan tiada bukti kaji-selidik.
Secara tidak langsungnya, walaupun perubatan tradisional jauh lebih lama dipraktiskan, tetapi tetap kalah dengan perubatan moden kerana tiada kaji-selidik. Perubatan Melayu juga tewas dengan perubatan Cina yang sudah melakukan pelbagai kaji-selidik. Perubatan Cina di Malaysia diterima mudah kerana banyak buku-buku dari luar negara terutama dari China menjadi bahan rujukan.

Menyedari kedudukan perubatan Melayu tiada kekuatan, dalam perjumpaan dengan BPTK itu, penulis terpaksa bersuara untuk mendapat perhatian. Jika hendak tunjukkan buku Senaman Melayu Tua (Senaman Tua) terbitan penulis yang mempunyai testimonial dari golongan profesional dan akademi, pastinya ditolak juga, maka, dibawa mereka itu mendengar pengalaman yang telah penulis lalui. Penulis menceritakan pengalaman merawat ‘orang kebanyakan’ hingga masuk istana dalam dan luar negara, serta menyebutkan nama-nama doktor yang hadir. Ini menarik perhatian pegawai-pegawai BPTK.

Setelah hospital yang mempunyai ramai pakar-pakar perubatan ‘gagal’ memulih pesakit lumpuh berbulan-bulan dan ada lebih lima tahun, ilmu rawatan Melayu yang bertawakal, telah membuatkan pesakit dapat mengerakkan tangan sejam kemudian! Demikian ilmu Melayu yang dianugerahkan. Senaman bukan sahaja dapat mencegah dan merawat, tetapi kembalikan tenaga muda kepada yang sudah berusia. Urut dapat melegakan badan dan rawat suami yang bermasalah. Peranan Mak Bidan juga luar biasa dan rawatan sedemikian tiada pada bangsa lain.
Begitu juga dengan herba, orang Melayu tahu herba untuk merawat kencing manis, darah tinggi, batu karang, paru-paru berair dan denggi. Air yang direbus bagai air penawar kerana sering berlaku pemulihan dengan cepat.

Demikian orang silat dalam dunia perubatan tradisional. Malah turut diberitahu dalam satu kajian bersama pensyarah universiti tempatan, didedahkan senaman-senaman bukan Melayu ‘bercakap tidak benar’ kerana jurulatih-jurulatihnya menghidap darah tinggi dan kencing manis. Berbeza dengan Senaman Melayu, petang diadakan kelas senaman di universiti, malam itu juga pensyarah terkejut dengan keputusan luar biasa.
Selepas perjumpaan itu, nasib perubatan Melayu masih berkedudukan tidak pasti. KKM telah menerima mudah kehadiran perubatan China dengan mengadakan MoU. Penulis tidak mahu menjadi peminta sedekah kerana ilmu Melayu adalah aset Melayu dan Negara!

Penulis akan terus berjuang kerana jika bukan Melayu yang pelihara, siapa lagi!

-SEMBAH SALAM - AZLAN GHANIE
Majalah SENI BELADIRI keluaran April 2012

Monday, March 19, 2012

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara


disalin dari:

Koleksi Karya: Allahyarham Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah
_______________________________
Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah banyak dibicarakan, terutama oleh para sarjana Islam. Walaupun sampai sekarang masih wujud perselisihan pendapat antara satu dengan yang lainnya, namun sebagai perkenalan diringkaskan di bawah ini:
Banyak pendapat mengatakan Islam tersebar di Asia Tenggara sejak abad 11, 12 dan 13 M. Ada berpendapat bahawa pengislaman negeri Kelantan datangnya dari negeri Patani. Sejak akhir abad ke- 2 Hijrah atau abad ke-7 Masihi telah datang pedagang Arab ke Patani yang kemudian terjadi asimilasi perkahwinan dengan orang-orang Melayu, dan dipercayai, sekali gus mereka menyebarkan Islam di pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu.
PERTEMUAN
Dikatakan seorang bangsa Arab bernama Sheikh Ali Abdullah yang dahulunya tinggal di Patani, mengislamkan raja Kelantan. Pengakuan Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Mahmud Nik Ismail tentang pertemuan mata wang tahun 577 Hijrah atau 1181 Masihi, tulisan dengan angka Arab, juga tertulis dengan huruf Arab sebelah menyebelah mata wang itu masing-masing dengan Al-Julusul Kalantan dan Al-Mutawakkal ‘alallah.
Sekitar tahun 1150 Masihi, datang seorang Sheikh dari Patani menyebarkan Islam di Kelantan. Diriwayatkan pula oleh ulama Patani secara bersambung bahawa Islam masuk ke Patani dibawa oleh Sheikh Abdur Razaq dari Tanah Arab. Sebelum ke Patani, beliau tinggal di Aceh hampir 40 tahun.


Penyebaran Islam dari Timur Tengah ke Asia Tenggara
Selain itu, tulisan Arab telah lama digunakan sekali gus bersama tulisan Melayu/Jawi. Hal ini dibuktikan dengan mata wang yang digunakan di Patani. Sebelah hadapannya tertulis dengan bahasa Melayu, “Ini pitis belanja di dalam negeri Patani”, manakala di sebelah belakangnya dengan bahasa Arab yang jika diterjemahkan ertinya seperti di atas, tetapi di sebelah bahasa Arabnya ditambah dengan kalimat Sanah 1305.
Mata wang itu dibesarkan tiga kali ganda dari aslinya, maka sebelah yang bahasa Melayunya tertulis, “Duit ini untuk perbelanjaan dalam negeri Patani”, manakala sebelah bahasa Arabnya tertulis kata-kata ‘tahun Masihi 1305’. Tulisan Arab bahasa Melayu pada mata wang Patani tersebut tidak berjauhan tempoh jaraknya dengan Batu Bersurat yang terdapat di Kuala Berang, Terengganu yang bertahun 702 Hijrah atau 1303 Masihi atau 786 Hijrah atau 1398 Masihi.
Dikatakan Kedah menerima agama Islam dibawa oleh seorang mubaligh bernama Sheikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Sheikh Ja’far Qaumiri dari negeri Syahrir, Yaman. Beliau sampai di Kedah pada tahun 531 Hijrah. Beliau berhasil mengislamkan Sri Paduka Maharaja dan menteri-menterinya.
Aceh termasuk negeri yang pertama diketemui oleh para pedagang Islam yang datang ke wilayah Nusantara tersebut. Di antara penyebar Islam yang terkenal bernama Sheikh Abdullah Arif (di abad ke 12M). Salah satu karya tasawufnya dalam bahasa Arab berjudul, Bahrul Lahut.
Dalam karya klasik karangan Tun Sri Lanang, dalam Sejarah Melayunya yang terkenal itu, bahawa beliau menceritakan kedatangan Sheikh Ismail yang berhasil mengislamkan seorang yang akhirnya terkenal dengan nama Sultan Malikush Shaleh.
Islam di Aceh sampai ke puncak kejayaannya di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Melalui Aceh sehingga negeri Minangkabau menerima Islam, walaupun pada mulanya berjalan agak lambat lantaran pengaruh agama Hindu yang masih sangat menebal.
Pada tahun 1440 Masihi, Islam mulai bertapak di Palembang (Sumatera Selatan) yang disebarkan oleh Raden Rahmat. Di Leren Jawa diketemukan batu nisan seorang perempuan bernama Fathimah Maimun bertahun 495 Hijrah atau 1101 Masihi. Kira-kira tahun 1195 Masihi, Haji Purwa iaitu salah seorang putera Raja Pajajaran kembali dari pengembaraannya, lantas mengajak semua keluarga kerajaan supaya memeluk agama Islam. Namun usaha beliau itu gagal.
Para penyebar Islam di Pulau Jawa memuncak tinggi dengan sebutan Wali Songo/ Wali Sembilannya, yang terkenal di antara penyebar itu seumpama Maulana Malik Ibrahim yang makamnya di Gersik tahun 1419 Masihi.
Pada abad ke-15 Masihi Islam berkembang di Maluku dengan pantas, terkenal penyebarnya bernama Sheikh Manshur yang berhasil mengislamkan Raja Tidore serta rakyat di bawah pemerintahannya.
Adapun Sulawesi berdasarkan buku Hikayat Tanah-Tanah Besar Melayu, tanpa nama pengarang, yang diterbitkan oleh Printed at the Government Printing Office, Singapore, Straits Settlement, 1875 dikatakan bahawa yang terakhir menerima Islam ialah bangsa Bugis. Barangkali lebih kurang tahun 1620 Masihi.
Tahun 1620 Masihi boleh disejajarkan dengan tahun kedatangan mubaligh-mubaligh penyebar Islam yang datang dari Minangkabau. Dato’ Ri Bandang (Khathib Tunggal Abdul Makmur) telah mengislamkan Raja Tallo I Malingkaan Daeng Manyore dan Raja Goa I Mangarangi Daeng Manrabia, yang memeluk agama Islam pada hari Jumaat 9 Jamadilawal 1015 Hijrah bersamaan 22 September 1605 Masihi.
Dato’ Ri Bandang dibantu oleh Raja Goa menyiarkan Islam di Wajo. Beliau meninggal dunia di Patimang negeri Luwu (Indonesia), maka terkenallah beliau dengan sebutan Dato’ Patimang. Penyiar Islam yang seorang lagi bernama Dato’ Ri Tiro.
Barangkali Islam masuk di Sulawesi lebih awal dari tahun tersebut di atas. Pada tahun 1412 Masihi, seorang ulama Patani pernah mengembara hingga ke Pulau Buton dengan tujuan menyiarkan agama Islam ke bahagian Timur. Raja Mulae i-Goa menyambut kedatangan ulama itu dengan berlapang dada.
Pada tahun 1564 Masihi, disusul oleh Sheikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman yang lama menetap di Johor lalu melanjutkan perjalanannya ke Pulau Buton. Walaupun beliau berasal dari Patani tetapi dikatakan masyarakat bahawa beliau adalah ulama Johor.
Seorang bangsa Portugis bernama Pinto pernah datang ke Sulawesi Selatan dalam tahun 1544 Masihi, beliau melaporkan bahawa di Sulawesi Selatan telah banyak pedagang Islam yang datangnya dari Johor, Patani dan Pahang.
Selanjutnya terjadi perkahwinan para pedagang yang beragama Islam itu dengan penduduk asli sehingga ramai rakyat memeluk agama Islam.
Pada tahun 1565-1590 Masihi, Raja Goa Tunijallo mendirikan sebuah masjid untuk pedagang Islam itu di sebuah kampong bernama Mangallekana berdekatan kota Makasar/Ujung Pandang (Indonesia).
Di dalam Hadiqatul Azhar, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa Al-Fathani menyebut Islam masuk ke Sulawesi pada tahun 800 Hijrah, dan raja yang pertama Islam bernama Lamadasilah (La Meddusala).
Kalimantan (Indonesia) dikatakan menerima Islam pada abad ke 16M, Raja Banjar yang pertama memeluk agama Islam ialah Raden Samudera yang menukar namanya kepada Sultan Surian Syah selepas memeluk Islam dan akhir pemerintahannya ialah pada tahun 1550 Masihi.
Dikatakan sebagai penolong kanannya dalam pemerintahan ialah bernama Masih. Beliau mengambil tempat di pinggir Bandar. Dari perkataan Bandar, lalu dikenali dengan nama ‘Kerajaan Banjar’ dan lama kelamaan menjadi ‘Bandar Masih’ kerana mengambil sempena nama ‘Masih’ dan kini terkenal dengan nama ‘Banjarmasin’. Tetapi huruf ‘h’ ditukar dengan huruf ‘n’.
Di antara ulama Banjarmasin yang paling terkenal ialah Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, penyusun kitab Sabilul Muhtadin dan Sheikh Muhammad nafis bin Idris Al-Banjari, penyusun kitab Ad-Durrun Nafis.
Sukadana menerima agama Islam yang dibawa oleh dua mubaligh bernama Sheikh Syamsuddin dan Sheikh Baraun, mubaligh yang membawa surat dari Mekah untuk memberi gelaran Raja Sukadana itu dengan Sultan Aliuddin atau juga digelar dengan nama Sultan Shafiuddin.
Sambas didatangi oleh mubaligh-mubaligh Islam yang paling ramai setelah Portugis menakluk Melaka dan setelah Aceh menakluk Johor. Di antara mubaligh yang sampai sekarang sebagai keramat (disebut keramat Lumbang) bernama Sheikh Abdul Jalil berasal dari Patani.
Ada juga mubaligh berasal dari Filipina, salah seorang keturunannya sebagai ulama besar, iaitu Sheikh Nuruddin kuburnya di Tekarang, Kecamatan Tebas, Sambas (meninggal dunia tahun 1311 Hijrah), Indonesia.
Pengislaman Sulu dilakukan dengan aman, yang datang ke sana adalah seorang mubaligh yang berpengalaman sejak dari Mekah, dan beliau sampai di Sulu pada tahun 1380 Masihi. Nama beliau ialah Syarif Karim Al-Makhdum.
Selepas Syarif Karim Makhdum datang pula Syarif Abu Bakar pada tahun 1450 Masihi. Beliau juga dipercayai seorang mubaligh yang banyak pengalaman dan aktiviti dakwahnya dilakukan sejak dari Melaka, Palembang dan Brunei.
Selain itu yang agung juga namanya dalam pengislaman di Filipina ialah Syarif Kebungsuan. Nama asalnya ialah Syarif Muhammad bin Zainal Abidin yang datang dari negeri Johor. Adapun Syarif Zainal Abidin itu diketahui adalah keturunan Rasulullah yang menyebarkan Islam di Johor.

Rahsia bangsa melayu keturunan Nabi Ibrahim AS


Disalin dari:
Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim ( Abram, Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Imran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks – teks Judeo – Kristian mahu pun Islam banyak menceritakan riwayat kedua -dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah, iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’. Persoalannya,
“Siapakah Keturah ini?”
Dari mana dia berasal ? .Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa – bangsa agung penakluk seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa – bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah. Selama beribu – ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa – bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat – hikayat mereka sebagai ‘raksasa’, ’orang gasar ( barbarian ), kaum yang ganas dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,
“ Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini ” ( Kisah Nabi Musa )
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 – 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai ‘keajaiban’ cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang ‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan kerera mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN... tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

Sunday, March 18, 2012

Mengapa Keris Amat Penting Bagi Setiap Individu Melayu?



         
Keris sebenarnya bukan sekadar senjata, Tetapi ia juga sebagai  untuk menyempurnakan kehidupan sebagai seorang melayu dalam kehidupan harian.Contohnya jika seseorang lelaki keluar berjalan tampa diselitkan keris dgn pakaiannya, ia diibaratkan berbogel di kalayak ramai.Manakala seorang pengantin lelaki bersanding tanpa keris diselitkan pakaiannya, pengantin lelaki itu hilang pengitirafan kelakiannya dan dianggap masih belum layak pegang tanggungjawab atau belum matang. (keris pengantin jangan sesekali digantikan dengan pedang, tekpi dan senjata lain walaupon dizaman modern)

Pengkaji barat Edward Frey sendiri mengaku bahawa keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu (Berita Harian, 4 Mei 1988)

Setiap reka bentuk keris juga melambangkan asal usul dari mana, Kegunaan, Darjat dan Keturunan apa seperti Jawa, Bugis, Bali atau gabungan selepas penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat.Sebab itu keris banyak menyimpan sejarah yang tersirat hingga sekarang.Sebab itu keris tidak boleh dipisahkan dari seorang yang berbangsa Melayu. Melayu telah lebih lama wujud dari wujudnya kerajaan Malaysia, Indonesia,Brunei, Singapore dan beberapa negara lain, dan dimasa itu juga satu parti kerajaan pon masih belum wujud..
         
Dalam Kehidupan harian, untuk menjadi melayu yang sempurna, Setiap org yang berbangsa melayu harus memakai keris .Sebab itu, walau pon dizaman menggunakan senapang, meriam, pedang,  Keris Masih tetap diselitkan walau ia tidak digunakan. (kesimpulannya walau pakai senjata api atau modern, keris wajib dipakai oleh melayu walau tidak digunakan) Setiap individu lelaki akan memakai sebilah keris. Manakala kaum Hawa juga membawa satu keris yang agak pendek dari lelaki. Para Pahlawan mungkin akan pakai lebih dari satu seperti satu sundang dan satu pendek atau biasa.

Keris juga merupakan senjata pilihan untuk jatuh hukuman bunuh di Malaysia (Keris Jenis ini mempunyai bilah yang panjang, terus dan tipis). Yang dijatuhkan hukuman akan berlutut dihadapan penghukum,Pihak Penghukum akan meletakkan kapas atau bahan sepertinya di antara bahagian kiri tubuh(diantara bahu dan leher) Kemudian keris akan ditusuk dari bahu ke jantung.Proses Kematian akan berakhir dalam beberapa saat sahaja. Kapas atau kain akan ditekan menutupi kekawasan tikaman sebelum keris dicabut. Tujuan kapas atau kain tadi untuk mengelakkan dari keluar terkena tanah.(saya akan jelaskan kemudian mengapa tidak boleh darah tumpah terkena tanah kalau ada org tanya)

Keris tidak boleh dihalakan atau ditujukan tajamnya kepada musuh kerana ia bermaksud musuh kamu akan mati dan saya akan bertempur sehingga nafas terakhir terutama musuh bangsa dan agama.Ia juga melambangkan Dendam melayu. Jika selepas dihalakan dan kemudian kamu meminta maaf terhadap musuh ia bererti satu penghinaan terhadap melayu dan diri sendiri. Pantang melayu mati sebelum ajal dan melayu bukan pengecut dengan senang lenang hendak meminta maaf atau mengaku kalah pada musuh. Dalam persilatan pula sekiranya menggunakan keris, apabila habis persembahan keris akan di baling ke tanah hingga terpacak ketanah untuk melambangkan semua dendam habis disini.

sumber: http://www.rajamenangis.com/2011/10/mengapa-keris-amat-penting-bagi-setiap.html

Silat Melayu Keris Lok 9


Disalin dari: http://senjatatradisi.blogspot.com/2011/07/keris-dan-seni-silat-silat-melayu-keris.html


Hanya nak memperkenalkan salah satu seni silat yang ada di Malaysia yang mengajar seni beladiri keris dari peringkat permulaan hingga khatam.  Pelik! baru masuk dah belajar guna senjata! tak perlu pelik kerana ianya mempunyai sukatan peringkat seni beladiri keris dari tidak tahu bersilat hingga mahir.


Petikan di ambil dari Majalah Seni Beladiri:


SILAT MELAYU KERIS LOK 9

 


Silat Melayu Keris Lok 9


Keris adalah lambang kedaulatan bangsa Melayu.  Keris pada satu ketika, menjadi senjata utama pahlawan-pahlawan Melayu menentang penjajah, membela dan mempertahankan kedaulatan bangsa, agama dan tanah air.


Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia (Lok 9) memperturunkan ilmu "hidup" yang bergelar '9 lok 9 adab sembah' - Keris tak dicabut... dan ia menjadi falsafah orang-orang istana.


Kalau dicabut jua, ia bercerita. Andai berdepan musuh, ia tidak dicabut untuk merebahkan musuh itu... ia keluar sendiri.


Gelanggang Silat Melayu untuk mereka yang ingin memelihara warisan Melayu, ingin beriadah untuk kecergasan selain untuk ilmu beladiri.


Pengisian : Senaman Melayu Tua (Senaman Tua), tari dan beladiri (beladiri wanita, kuncian Melayu, bertangan dan adab bersenjata).  Selain keris, turut dilatihkan senjata Melayu antaranya tumbuk lada, kerambit, sundang, selengan dan sebagainya.


Senarai Gelanggang:


1.   Bandar Baru Sungai Buloh
2.   TTDI Shah Alam
3.   Sungai Petani Kedah
4.   MAS Subang Selangor
5.   Sungai Udang Melaka
6.   Sandakan Sabah
7.   Kota Tinggi Johor
8.   Singapura
9.   Kota Kinabalu Sabah
10. Kelantan
11. Sungai Siput Perak
12. Setapak Kuala Lumpur : 03 4025 5379


dapatkan nombor untuk dihubungi bagi senarai gelanggang yang lain.


 

Falsafah "keris tidak dicabut"

Sumber: Blog Shahir Makin
http://silatpanglimakasim.blogspot.com/2010/09/falsafah-keris-tidak-dicabut.html

Berarti duduk dalam diam berlangkah dan dalam berlangkah diam, di mana tempat jatuh, di situ jualah bersambut. Dalam elak sebutir padi, diri mengelak dan mengilat, jadilah ia seperti perumpamaan sambil menyelam minum air. Walau bersenjata atau bertangan kosong, penyampaiannya tetap sama, itulah uniknya Silat Melayu.

"Dalam tari tersorok duri,
gila bertari memakan diri,
dalam berlangkah tersimpan deras,
gila berlangkah menyesak nafas."

"alang2 menyeluk perkasam,
biar sampai ke pangkal lengan,
hajat di hati ingin menyampaikan,
supaya mati beroleh kebaikan."

"elak kena, tak elak pun kena,
elak umpama sebutir padi,
walau kena atau tak kena,
semua sudah suratan Ilahi."

"sebelum sampai suratan Ilahi,
wajib belajar meningkatkan diri,
dari iri memaksumkan diri,
lebih afdal memperbaiki diri."

sekian sahaja laporan daripada K.aramSing Walla' (jangan marah tuannnn..... :)

Peranan Sarung Keris Semasa Bertarung

sumber: http://cikgunasir.blogspot.com/2008/02/peranan-sarung-keris-semasa-bertarung.html

Sarung keris merupakan pakaian kepada keris, ia ibarat baju yang melindungi badan manusia. Di samping tugasnya melindungi mata keris ia juga mempunyai peranan dan tugas yang tersendiri semasa pertarungan berlaku.

Sehubungan itu adalah salah sama sekali jika seseorang pendekar mencampakkan/ membuang sarung kerisnya ke tanah semasa hendak memulakan pertarungan. Jika hal ini berlaku ia menunjukkan pendekar tersebut perlu belajar sedikit lagi ilmu perkerisan.

Pendekar-pendekar Melayu juga sedia maklum mereka tidak mencabut keris dari sarungnya, sebaliknya mencabut sarung daripada mata keris. Jika dilihat kepada sarung keris dengan penuh kebijaksanaan amat jelas kepada kita ia menyerupai satu lagi senjata. Senjata apa ya?
Jadi apabila kita berkeris bersama sarung, sebenarnya ramai yang tidak menyedari mereka bertarung menggunakan 2 senjata sekaligus.

komen dari saudara Shahir Makin

Ya benar falsafah keris tidak dicabut tetapi ia keluar dengan sendiri atau nama lain adalah baling lembing. Ia adalah kerana falsafah silat itu sendiri iaitu siku tidak ditarik kebelakang apabila ingin menyampaikan hajat.

Maka keluarnya keris sepantas kilat, sedetik, sekelip mata dan deras majunya.
Adalah tidak beradap seorang pendekar melayu menyampakkan warangkanya ke tanah kerana ia merupakan kediaman bagi mata keris.

Malah warangka atau sarung keris merupakan senjata tambahan. Dengan bentuknya yang seakan akan kapak kecil dengan bahagian tepi yang agak tajam boleh digunakan sebagai penetak, pengunci, pemukul, pelempang kepada musuh.

Warangka yg dihias indah juga digunakan untuk 'mengumpan' mata musuh yg terleka memerhatikan kilauan awan larat tanpa menyedari mata keris sudah dekat/hampir dengan sasaran.

Ada satu permainan di mana warangka akan diangkat tinggi dengan perbuatan untuk memesongkan pandangan musuh sambil mata keris melayang serentak daripada bawah badan dan mengenai sasaran.

Saturday, March 17, 2012

Kualiti keris mengikut perspektif Jawa

sumber: http://zainamy.multiply.com/journal/item/107
Recycle dr vsf (dialih bahasa)

1. Faktor tunggal yang paling penting adalah keharmonian. Semuanya harus dilihat seolah-olah ia adalah sebahagian daripada keseluruhan. Semua komponen berasingan perlu bersatu dengan teguh dan betul. Semua bahagian yang berasingan wajar lengkap dan berpadanan. Tidak boleh diterima hulu Solo dengan sarungnya Jogja. Lebih-lebih lagi, sarung Jawa dipadan dgn bilah Sumatra.
2. Aring harus sesuai dengan mulut sarung yang fit (muat elok). Ia tidak harus longgar dan bergerak-gerak dalam sarung.
3. Sarung harus mempunyai sama ada patina yang elok, atau berkilat. Tidak sumbing atau retak; ini sukar dijumpai dengan keris antik .
4. Kayu sarung harus memaparkan serat menarik. Sebaliknya, dalam kebanyakan serat Timoho yg berharga, mesti ada chatoyancy iaitu effek 3D, seperti mata kucing. Walau bagaimanapun, cendana wangi merupakan salah satu kayu yang paling dihargai yg mempuyai serat sangat plain.
5. Pendokok mungkin boleh dinilai sama seperti hasil kerja logam Eropah. Ia harus sesuai dengan sarung, bahan yang tebal lebih diutamakan dpd nipis, embossing perlu dalam, bersih dan positif. Pendokok lama yg tidak rosak boleh mencapai harga premium.
6. Hulu harus tanpa cip dan tak retak, ukiran harus dalam, bersih dan positif. Kayu yang paling dinilai tinggi ialah Jawa tayuman, biasanya warna kemerahan, padat, dan tenggelam dalam air. Ia sangat mudah retak, dan perlu dielak terdedah kpd cahaya matahari.
7. Bilah harus betul bersih sebelum dipamerkan. Aring harus ketat. Kebanyakan bilah yang telah dibersihkan di Jawa sejak adanya Araldite (mungkin kira-kira 1960) akan didapati Araldite antara bahagian bawah aring dan pangkal bilah, dan di sekeliling pangkal pesi itu. Ini tidak harus dianggap sebagai kecacatan. Meranggi Jawa telah menerima pakai penggunaan bahan ini untuk membantu mencegah hakisan lanjut kawasan di antara pangkal aring dan bilah (biasanya araldite ini tidak jelas, kerana telah dicampur dengan serbuk besi)
8. Kerja tangan (Garapan) bilah bermutu tinggi: menonjolkan ketelitian & kehalusan, garisan positif, diutamakan ukiran perabot perlu sekata di kedua-dua belah bilah. Keseluruhan perlu harmonis: apabila anda melihat bilah, tergambar imej pemuda perwira yg kuat atau tangkas; bukan seorang tua yang gemuk. Sama ada yang berkuasa, atau tangkas, bergantung kepada Tangguh.
9. Bahan Pamor perlu bersesuaian dengan usia: umumnya; Keris tua - pamor kontras rendah; Sebaliknya keris baru - pamor kontras tinggi (campuran Nickel).  Corak pamor harus terkawal dan menarik.
10. Umumnya: Dua petua penunjuk kualiti ialah aring harus teguh buatannya dan bentuknya sempurna, dan bahan pamor dan besi baja terkawal sekata di sekeliling mata bilah. Tetapi, kedua-dua penunjuk jarang sekali akan dijumpai pd bilah keris yg sama.

Jadi apa keris yang baik itu ?

1. Keris yang baik bagi seseorang adalah keris yang cocok dan bermanfaat bagi pemilik keris, ini jika kita lihat dari sisi isoteri keris
2. Keris yang baik adalah keris yang mengikuti pakem perkerisan, garap, ukuran, ketelitian, keseimbangan, pamornya, kandungan besi, baja dan pasikutannya, ini jika kita lihat dari sisi eksoteri

Alangkah baiknya kedua jawaban tersebut dipakai sebagai ukuran dalam mencari dan memiliki sebuah keris, keris harus benar dari sisi eksoteri dan cocok dari sisi isoteri. Akhirnya kita akan mendapatkan sebuah keris yang baik secara Garap dan cocok berdasarkan isi atau tayuhannya.

Kualiti keris mengikut perspektif Melayu


Faktor Kualiti pada Keris (Perspektif Melayu)
Rujukan: cikgunasir, cikgumie, mohdramli, azlanghanie, paul d'souza, emil,
sumber: http://zainamy.multiply.com/journal/item/108/Faktor_Kualiti_pada_Keris_Perspektif_Melayu

NILAI OBJEKTIF
1. Bahan Sesuai:

Besi: Bunyi nyaring apabila dikeluarkan dari sarung. apabila dijentik, menunjukkan kepadatan bilah keris.
Kayu: Sarung yang baik ialah apabila tukang sarung memilih urat kayu yang serasi antara ulu dan sampir. Biasanya corak pada hulu dan sampir ada kesinambungan. Usia kayu juga memainkan peranan yang penting. Ukiran pada sarung atau hulu juga menambahkan lagi nilai seni sesebilah keris.

2. Garapan yg Halus: Keharmonian, Keserasian, Ketrampilan
Adunan yang tidak tiris (bocor). Bagi keris yang dimasukkan besi waja, kualiti waja yang sekata dan tidak putus di mana-mana bahagian mata.
Pamor yang terbaik ialah pamor asli yang keluar dari besi. Walau bagaimanapun pamor buatan juga berkualiti tinggi jika dirancang dengan baik dan menjadi. Misalnya tapak gajah pada pangkal keris.
Pakaian: Sarung, Hulu, Pendokok: Bahan, Bentuk, Hiasan
Besi: Besi Baja, Lapisan Besi Pamor, Taburan Pamor, Miang & Sempuhan, Licin, Beragam Besi
Bentuk: Mata, Aring+Kerewang, Belalai Gajah+ Kerewang
Ketandaan: Jumlah Ketandaan, Bilangan Ketandaan, Kejelasan & Keindahan

3. Berguna:
Keris tarung yg tahan lasak, keras dan tajam Diuji sesebilah keris dengan menikamnya ke arah tempayan. Jika kekuatan mata keris itu mampu menembusi tempayan tersebut barulah ia diiktiraf sebagai besi tarung.
Fungsi sebagai senjata dirasakan dalam tangan, bagaimana ia mengalir dengan lengan dan bagaimana lengguk bilah sepadan dengan lengguk lengan, tangan dan pergelangan tangan pemegang seolah-olah ia menjadi sebahagian dari dirinya, dibina ringan, lagi kuat.

NILAI SUBJEKTIF (Awas jangan beli dongeng! hanya untuk ahli)
1. Aura:

Bagi keris yang ada isi/hidup ia mempunyai aura yang tersendiri. Aura ini boleh dirasa dengan meletakkanya rapat pada kulit kita yang sensitif seperti di tepi telinga dan sebagainya. Ia biasanya mengeluarkan satu bentuk haba yang boleh dirasai.
Rasa Gagah, Rasa kesedapan dan keserasian. Kerana keris bukan direka tetapi diilham dari rasa...Mengenali keris mengenali Melayu "Matanya 'masuk', sampir 'berasal', ulu - 'aku'. ... keris Raja kuasanya diangkat, keris hulubalang digenggam membela daulat."

2. Dah berjasa:
pernah dipakai oleh pendekar dan raja, pernah bertarung dan bunuh musuh

Adab berguru


Adab syarat penting cari ilmu, berguru dalam Islam
oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid,Pegawai Penyelidik, 19/05/2005 | Berita Harian

GURU atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmunya. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Kelebihan dinyatakan Rasulullah itu ternyata disebabkan manfaat ilmu disampaikan oleh orang berilmu. Dalam konteks perbincangan kita, golongan guru khususnya.

Kelebihan guru dan pendidik sering dibicarakan hingga pujangga turut mengibaratkan guru seperti bintang di langit yang menerangi kegelapan di laut dan di darat. Justeru, seseorang pengembara dikatakan akan tersesat jalan apabila bintang menghilang.

Demikian juga ibaratnya kehidupan manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan. Lalu, akhirnya tersesat jalan.

Secara ringkas, antara sebab guru wajib dimuliakan kerana;

Pertama, guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Sebagai orang berilmu yang dijamin Allah ketinggian kedudukannya seperti yang disebutkan dalam satu ayat-Nya, guru tentu memiliki kemuliaan yang perlu dipertahankan. Bahkan, dalam satu ayat-Nya, Allah menggandingkan orang berilmu dengan malaikat. (Maksud surah Ali Imran, ayat 18)

Kedua, yang mewajibkan kita menghormati guru kerana mereka memiliki kebijaksanaan. Seperti dimaklumkan, manusia dapat mengendalikan hidupnya dengan sempurna berdasarkan keimanan dan kebijaksanaan. Begitu dengan guru.

Dengan kebijaksanaannya, guru berupaya membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya. Perkara ini tentu dapat melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.

Ketiga, guru menyumbang bakti yang sangat besar. Jasa guru terlalu besar hingga tidak terungkap oleh kata-kata.

Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama seperti hidup dalam kegelapan. Ibarat nur, ilmu menerangi hidup manusia. Umpama lilin, guru membakar diri, menerangi kegelapan.

Sejarah membuktikan bahawa manusia berjaya mencapai kegemilangan menerusi ilmu dan kebijaksanaan. Demikian seterusnya dengan teknologi baru hari ini yang dicipta berdasarkan kedua-dua elemen itu, di samping kemahiran yang dimiliki.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakamkan dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi ayat 66-82 menunjukkan adab dalam menuntut ilmu.

Suatu perkara yang dapat dilihat dalam pertemuan antara Nabi Musa dan Khidir adalah bagaimana tawaduk dan rendah hatinya Nabi Musa sebagai seorang 'murid' yang mahu mempelajari sesuatu ilmu daripada gurunya. Tutur katanya penuh adab dan tingkah lakunya penuh sopan, syarat yang amat penting bagi sesiapa saja yang mahu menuntut ilmu.

Meneliti kisah Nabi Musa dan Khidir juga membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu mereka secara tidak langsung menggariskan beberapa adab penting dalam mencari ilmu, khususnya dalam berguru.

Pertama, ilmu adalah kurniaan Allah. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh mendakwa bahawa dia lebih berilmu berbanding orang lain, kerana ada juga ilmu yang juga anugerah Allah tanpa mempelajarinya (ilmu ladunni iaitu ilmu yang dikhususkan untuk hamba Allah yang salih dan terpilih saja).

Kedua, perlu bersabar dan tidak terburu-buru serta mengutamakan kebijaksanaan pada setiap ketika.

Ketiga, seseorang pelajar perlu memelihara adab dengan gurunya.

Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru.

Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka.

Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-


  • Merendah diri terhadap guru.
  • Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
  • Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
  • Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
  • Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
  • Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.
  • Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.
  • Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
  • Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.
  • [Jangan derhaka]

[Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat]

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia

[ditambah kemudian] 

disalin tanpa suntingan dari:
http://sejarahrealitisilatcekak.blogspot.com/2012/02/adab-syarat-penting-cari-ilmu-berguru.html