"Siapkanlah untuk memerangi mereka dengan apa saja kekuatan yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (iaitu persiapan persenjataan yang hebat)(yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya" (Al-Anfal:60).
Perhatian
Saturday, March 17, 2012
Kualiti keris mengikut perspektif Melayu
Faktor Kualiti pada Keris (Perspektif Melayu)
Rujukan: cikgunasir, cikgumie, mohdramli, azlanghanie, paul d'souza, emil,
sumber: http://zainamy.multiply.com/journal/item/108/Faktor_Kualiti_pada_Keris_Perspektif_Melayu
NILAI OBJEKTIF
1. Bahan Sesuai:
• Besi: Bunyi nyaring apabila dikeluarkan dari sarung. apabila dijentik, menunjukkan kepadatan bilah keris.
• Kayu: Sarung yang baik ialah apabila tukang sarung memilih urat kayu yang serasi antara ulu dan sampir. Biasanya corak pada hulu dan sampir ada kesinambungan. Usia kayu juga memainkan peranan yang penting. Ukiran pada sarung atau hulu juga menambahkan lagi nilai seni sesebilah keris.
2. Garapan yg Halus: Keharmonian, Keserasian, Ketrampilan
• Adunan yang tidak tiris (bocor). Bagi keris yang dimasukkan besi waja, kualiti waja yang sekata dan tidak putus di mana-mana bahagian mata.
• Pamor yang terbaik ialah pamor asli yang keluar dari besi. Walau bagaimanapun pamor buatan juga berkualiti tinggi jika dirancang dengan baik dan menjadi. Misalnya tapak gajah pada pangkal keris.
• Pakaian: Sarung, Hulu, Pendokok: Bahan, Bentuk, Hiasan
• Besi: Besi Baja, Lapisan Besi Pamor, Taburan Pamor, Miang & Sempuhan, Licin, Beragam Besi
• Bentuk: Mata, Aring+Kerewang, Belalai Gajah+ Kerewang
• Ketandaan: Jumlah Ketandaan, Bilangan Ketandaan, Kejelasan & Keindahan
3. Berguna:
• Keris tarung yg tahan lasak, keras dan tajam Diuji sesebilah keris dengan menikamnya ke arah tempayan. Jika kekuatan mata keris itu mampu menembusi tempayan tersebut barulah ia diiktiraf sebagai besi tarung.
• Fungsi sebagai senjata dirasakan dalam tangan, bagaimana ia mengalir dengan lengan dan bagaimana lengguk bilah sepadan dengan lengguk lengan, tangan dan pergelangan tangan pemegang seolah-olah ia menjadi sebahagian dari dirinya, dibina ringan, lagi kuat.
NILAI SUBJEKTIF (Awas jangan beli dongeng! hanya untuk ahli)
1. Aura:
• Bagi keris yang ada isi/hidup ia mempunyai aura yang tersendiri. Aura ini boleh dirasa dengan meletakkanya rapat pada kulit kita yang sensitif seperti di tepi telinga dan sebagainya. Ia biasanya mengeluarkan satu bentuk haba yang boleh dirasai.
• Rasa Gagah, Rasa kesedapan dan keserasian. Kerana keris bukan direka tetapi diilham dari rasa...Mengenali keris mengenali Melayu "Matanya 'masuk', sampir 'berasal', ulu - 'aku'. ... keris Raja kuasanya diangkat, keris hulubalang digenggam membela daulat."
2. Dah berjasa:
• pernah dipakai oleh pendekar dan raja, pernah bertarung dan bunuh musuh
Labels:
keris
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment