Memandangkan bisnes online
di kalangan orang Kelantan makin maju, maka makin sibuklah Pejabat Pos
di Kota Bharu, terutama sekali Pejabat Pos Besar di Jalan Sultan Ibrahim
tu. Kadang-kadang, tengok barisan untuk kaunter PosLaju sampai ke pintu
masuk.
Sudahlah susah nak parking, dah tu kena beratur panjang pula.
Disebabkan itulah, Pejabat Pos menambah lagi satu pejabat pos baru di Cherang. Pengguna PosLaju bolehlah beralih ke Pejabat PosLaju di Cherang. Lokasinya bukan tepi jalan besar sebaliknya kena masuk lorong kampung sikit.
Jika anda dari Kota Bharu, sebaik
selepas simpang empat Cherang (yang ada wau bulan besar) perhatikan
sebelah kiri jalan. Ada satu gerai pisang goreng sebelum Sekolah Kebangsaan Tapang. Bersebelahan gerai pisang goreng ada satu lorong (dari jauh nampak ada bangunan berbumbung biru, lorong tu sebelum bangunan bumbung biru), anda masuk lorong tu. Pejabat PosLaju ada lebih kurang 500 meter selepas masuk lorong.
Pejabat Pos Cherang ditutup jam 7 malam. Buka jam 8.30 pagi.
Walaupun dinamakan Pusat PosLaju, tapi
anda boleh juga pos parcel di sini. Cuma ia tak ada kaunter untuk
bayaran lesen dan seumpamanya.
Paling saya suka, ruang parking yang luas dan selesa.
Tambahan sikit dari saya. Disebabkan ramai yang mengadu masalah sukar untuk menghubungi dan menuju ke tempat ini.
Alamat Pusat Poslaju Cherang:
PO, Kg Cherang, Jln Damai, Kampung Cherang, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-747 2852 / 09-747 2852
No comments:
Post a Comment