Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, December 15, 2014

Kursus Biochemic dan Homeopati

Saya telah diberi peluang mengikuti kursus biochemic dan homeopati  di bawah bimbingan Prof Dr Azman Hj Momamad Tahir yang mempunyai pusat rawatan beliau sendiri di Ipoh dan sangat berpengalaman dalam bidang ini. (Sila ikuti blog Dr Azman: http://azbhomeopati.blogspot.com/)

Kursus ini bagi melengkapkan ilmu bagi melayakkan diri menjadi ahli naturopatik

Naturopatik adalah modeliti perubatan yang diiktiraf WHO dan perlu mengusai 5 modeliti ini

  • Perubatan (cth; Homeopati, Ayurveda, Botani dan lain-lain)
  • Terapi tanpa alat (cth; Urut, Kiropraktik, Yumeiho, Swiss massage, dan lain-lain)
  • Terapi dengan alat (cth; Bekam, Akupuntur, Guasa dan lain-lain)
  • Nutrisi atau pemakanan (cth; Vitamin, Nutrisi)
  • Rawatan menggunakan konsep tenaga minda (cth; Hipnotis, Reiki, dan lain-lain)

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan ini: http://holistikmalaysia.blogspot.com/



Mempelajari bagaimana sistem perubatan homeopati berfungsi dalam membantu meningkatkan kesihatan dan kesembuhan.



Cara penyampaian oleh Dr Azman yang memudahkan kami memahami bagaimana homeopati boleh membantu menyembuhkan penyakit. Remedi homeopati diproses dengan kaedah tertentu menggunakan sumber tumbuhan, haiwan yang semulajadi serta terbukti membantu penyembuhan.

Berpeluang melawat Masjid Cina di Tasek
Ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini amat bernilai dan membuka mata kepada bidang yang baru kepada saya selama ini. Terima Kasih Prof atas bimbingannya. Moga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.




No comments: