Apakah
perbezaan antara Guru dengan Cikgu?
Cikgu, saya
tidak faham dengan soalan ini.
Guru, saya
tidak faham dengan soalan ini.
Saya terbaca dalam
satu makalah mengenai perbezaan antara ‘guru’ dengan ‘cikgu’ yang ditulis oleh Dr
Cikgu Muhammad Ariff Ahmad.
Ramai
orang berpendapat bahawa 'cikgu' dan 'guru' seerti dan perkataan itu boleh
menggantikan satu sama lain.
Betul
ke??
Ada
pula pendapat yang mengatakan bahawa 'cikgu' merupakan panggilan kepada guru,
misalnya, panggilan Cikgu Sarimah, Cikgu Aizah, Cikgu Hasnida dan
lain-lain.
'Guru'
pula maknanya, orang yang mengajar (teacher).'Guru' juga membawa
pengertian umum bagi 'cikgu'.
Misalnya:
Cikgu Aizah
mengajar di sekolah menengah.
Anaknya
yang sulung menjadi guru.
Perkataan
'cikgu' berasal daripada dua suku kata iaitu 'cik', singkatan daripada
perkataan 'encik'.Kata ganti nama 'encik' juga digunakan sebelum nama perempuan
yang belum berkahwin atau digunakan sewaktu bercakap dengan perempuan atau
lelaki yang tidak begitu dikenali. Singkatan bagi perkataan ini ialah 'cik'.
Misalnya,
Cik Hasyimah, Cik Faizal dan lain-lain.
(Kamus Dewan, halaman 420):
(Kamus Dewan, halaman 420):
Kata
ganti nama 'cik' yang diikuti perkataan 'gu', membentuk perkataan 'cikgu', yang
digunakan sebagai panggilan kepada guru (dalam bahasa Inggeris, teacher).
Perkataan
'guru' pula bererti orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh.
Justeru,
pendapat yang mengatakan bahawa perkataan 'cikgu' digunakan bagi nama
panggilan, misalnya, Cikgu Kamisah, Cikgu Hasnah, Cikgu Farid dan lain-lain
(nama-nama khas) dan perkataan 'guru' pula digunakan dalam bentuk nama am bagi
perkataan 'cikgu', memanglah betul.
Orang-orang
dahulu mengatakan bahawa terdapat perbezaan makna dan tugas antara 'cikgu'
dengan 'guru' sebab suku kata 'gu' dalam bahasa Sanskrit bererti orang yang
mengajar, sementara suku kata 'ru' pula bererti 'contoh yang baik'.
Kedua-dua
suku kata itu disatukan menjadi perkataan 'guru' yang bererti 'orang yang
mengajar dan menunjukkan contoh yang baik..
'Cikgu'
pula bererti orang yang tugasnya hanya mengajar.
Orang
yang dipanggil 'guru' lebih berat tugas dan tanggungjawabnya daripada 'cikgu'
sebab 'guru' bertugas mengajar dan menunjukkan contoh yang baik dari segi
peribadi dan tingkah laku.
Cikgu
hanya mengajar atau menyampaikan ilmu dan tugasnya selesai selepas waktu
sekolah. Selepas waktu kerja, cikgu dan murid membawa haluan masing-masing -
bak kata orang, 'Lu sapa, gua sapa'.
Berbeza
pula dengan 'guru' yang tugasnya mengajar dan menunjukkan contoh yang baik
untuk membentuk akhlak dan peribadi anak didiknya.
Oleh
itu, perkataan 'guru' dengan 'cikgu' berbeza makna dan tugasnya.
Komen:
Pada
pendapat saya, dapatan Dr Cikgu Muhammad Ariff Ahmad itu benar dan ada lojiknya.
No comments:
Post a Comment