Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Tuesday, January 29, 2013

lirik lagu dalam tentera

Teringat zaman join 504 AW (Askar Wataniah@Askar Weekend) dulu... PT pagi sambil nyanyi ramai-ramai... kenangan yang tidak dapat dilupakan...

sumber:
http://nadiawatan-club.blogspot.com/2011/03/siapa-suruh-masuk-tentera.html


Siapa suruh masuk tentera,
Kalau tahu begini jadinya,
Lebih baik duduk di kampung,
Tanam ubi dan tanam jagung..

Siapa suruh masuk wataniah,
bila pt mcm orang gila,
kena guling satu helipad,
bila bangun jalan senget-senget.. (from anynomous)

Bila sudah masuk tentera,
Yang pertama tentera udara,
Terbang tinggi di angkasa raya,
Silap – silap terhempas jua..

Yang kedua tentera laut,
Ramai orang yang kecut perut,
Kapal karam mana nak paut,
Jerung sedia nganga mulut..

Yang ketiga tentera darat,
Ramai orang yang tidak larat,
Buat PT yang berat – berat,
Silap – silap tercabut urat..

**Version lirik tidak terhad seperti diatas.



lirik lagu dibawah disalin dari:
http://kompenialphabn3rejimen513aw.blogspot.com/p/lirik-lagu-tentera.html 


LAGU ASKAR WATANIAH

Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan

Mari muda dan mudi
Sahutlah seruan pertiwi
Tak kira keturunan ataupun bangsa
Berkhidmat dengan bangganya

Kami sukarelawan
Juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali

Ini azam dan janji
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara 


CINCIN EMAS

Cincin emas....
Belah rotan....
Diri ini ku korbankan....
Biar mati tak berkapan...
Pantang undur...
Anak watan...
Mengapa...hoiiii
Selalu...hoiii
Terjadi kemenangan....
Kerana adanya persefahaman.....
Jurulatih...
Jadi panduan...
Ajaranya jangan diabaikan...
*ulang


PENERJUNAN

Bila subuh menjelang tiba...
Segera lancarkan penerjunanan...
Hatiku dilanda tak keruan...
Mengenang kan nasib seseorang...
Kalau aku penerjun pertama...
segera berdiri depan pintu..
pandanganku luas kehadapan..
teknik ELITE jangan dilupakan...
jangan takut atau pun bimbang...
payung pasti akan mengembang..
rapat kaki kepala simpan...
berdoalah kamu pada tuhan...
jika payung tidak mengembang (mati aku)
segera tarik payung cadangan (hidup lagi)
jika itu tidak mengembang..
Serahkan nyawamu pada tuhan...
Serahkan awekmu pada kawan...
Adik cantik siapa nama... (peeewiit)
Adik manis siapa punya..
Abang tertarik keayuannya...
Bolehkah kita jalan bersama....


GAGAH SETIA

Gagah dan setia,
Tabah dan perkasa...
Utulah congan kata kita,
Tentera darat malaysia...
Gempur! gempur! wira...
Maju, maju, mara....
Rela berkorban jiwa...
Untuk negara dan bangsa...
Hutan rimba...
Lembah desa...
Memburu musuh durjana...
Tidak gentar mara bahaya...
Pantang undur, tetap mara...
Gempur wira, bergelora...
Semangat untuk perwira...
Jasad mungkin gugur di rimba...
Kami tetap gagah setia...

SERUAN TENTERA

Dengarlah suara pangilanku..
Marilah warganegara...
Tugas utama, tugas mulia...
Menjadi tentera kita..
Marilah pemudi, pemudaku...
Bersatu bertambah mutu..
Menjunjung titah rukun negara,
Inilah tugas tentera...
Marilah berbakti...
Tentera di darat, laut, udara...
Marilah... contohi...
Lihatlah disini... tanah airku..
Disini kita bersumpah.. warganegara..
Para belia, bersatu dalam tentera...


DARAH SATRIA

lautan luas, banjaran gunung...
Rezeki nan melimpah...
Bawah langitnya kami bernaung..
Rasa kasih tercurah...
Tanah airku, bumi bertuah....
Tiada tandingannya....
Rela bersatu ganding tenaga...
Mendaulatkan negara
c/o
Dengan sepenuh keazaman,
Semangat mu nan waja..
Keranamu rela berkorban...
Engkaulah pertiwi yang tercinta....
Darah satria 2x
Berkobar di dada...
Tinggalkan ibu,
Tinggalkan ayah...
Serta sanak saudara...
Membuktikan kesetiaan kita...
Pada bumi malaysia
*ulang c/o

PREBET LAPOK

Hoi kawan-kawan..
Apa guna duduk diam sahaja..
Senangkan hati ayuh mari menyanyi..
Hoi kawan-kawan.. 
Jangan takut jadi tentera..
Baik di darat atau laut..
Udara tentera bersedia..
Jikalau kita dalam tentera..
Mestilah bersiap sedia..
Janganlah asyik ingat bini..
Musuh datang kau tentu cabut lari..
Hoi dengar kawan..
Jangan muram termenung-menung..
Ada kekasih kena tinggal..
Kini kau dah mula jadi baghal..
Hoi mari kita bergembira beramai-ramai..
Pergi berjuang.. 
Pertahankan tanah yang permai..
Hoi ayuh kawan.. 
Terus maju hayunkan tangan..
Berbaris kita tegak sedia..
Menghancurkan musuh negara..
Bila ku sudah tamat nanti..
Tentuku naik pangkat lagi..
Tapi ingat bila jumpa musuh..
Jangan kecut..
Jangan cuba nak cabut..
Hoi kawan-kawan..
Mari kita senangkan hati..
Mari menyanyi bergembira..
Jadi tentera yang berjasa..
Berbaris kita tegak sedia ..
Menghancur musuh negara..


INILAH BARISAN KITA

Inilah barisan kita..
Yang ikhlas berjuang..
Siap sedia berkorban..
Untuk ibu pertiwi...
Sebelum kita berjaya..
Jangan harap kami pulang..
Inilah sumpah pendekar kita..
Menuju medan bakti....
Andai kata kami gugur semua..
tabur lah bunga di atas pusara..
Kami mohon doa..
Malaysia berjaya...
Semboyan telah berbunyi..
Menuju medan bakti..
*ulang*

No comments: