Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Friday, August 26, 2011

Punca angin dalam badan


Petua melayu untuk mengatasi masalah angin dalam badan. sangat membantu. two thumbs up.
Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan? – Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.
Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin? – 

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk daripada susu dan keju
Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan
1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

No comments: