Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Tuesday, January 23, 2018

2018 menyinar

Jujur saya katakan tahun 2018 ini sudah banyak misteri dalam kehidupan yang sudah terungkap. Tahun-tahun sebelum ini sudah banyak dihabiskan "mencari diri dan erti" bak tajuk buku saudara Radzi Sapiee "Merah Silu".

Kebanyakan pendapat umum bahawa tahun 2018 ini tahun gawat, tahun merudum, tapi tak tahu mengapa saya merasakan sebaliknya, banyak pencerahan berlaku dan peluang-peluang banyak terbuka.

Ekonomi gawat atau baik, kita tetap hamba Allah yang dijanjikan dan ditentuka rezekinya sejak Azali lagi. Yang terpenting hanya kita sebagai manusia yang mengabdi kepada Yang Maha Pencipta harus terus tunduk patuk kepada Nya dan berkhidmat kepada semua manusia seperti mana yang dikatakan dalam satu sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

No comments: