cerita Tok Pulau Manis: http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/07/tok-pulau-manis.html
Di samping makam Tok Pulau Manis |
Batu nisan bermotifkan Aceh di sekitar makam Tok Pulau Manis |
Kali ini barulah saya dapat mengenali pemilik nama ini dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya hanya tahu beliaulah yang menulis syarah kepada kitab tasauf terkenal iaitu kitab Hikam Ibnu Ataillah ke Bahasa Melayu. Rupanya beliau juga merupakan cucu kepada Sheikh Muhammad Al-Baghdadi iaitu penulis Batu Bersurat Terengganu.
Cerita Tokku Paloh: http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/07/tokku-paloh.html
Kisah Tok Pulau Manis tidaklah semasyhur kisah Tokku Paloh yang terkenal dengan ilmunya yang tinggi. Dikatakan Tok Tanggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Bahaman pernah berguru dengan Tokku Paloh pada zaman penjajahan British.
British dikatakan tidak berjaya masuk ke Negeri Terengganu semasa hayat Tokku Paloh. Makam Tokku Paloh kini dijaga dengan baik oleh keturunannya yang tinggal berhampiran.
Di kawasan makam Tokku Paloh |
No comments:
Post a Comment