Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, November 21, 2012

CARA MENCUCI SENJATA MELAYU

Tujuannya membersihkan dari karat dan mengelakkan dari cepat rosak.

(1) Tikam mata Badik atau Keris dsb ke dalam batang pisang, berkali-kali untuk tanggalkan karat
(2) Lap dengan kain bersih
(3) Gosokkan limau nipis atau buah nenas muda pada bahagian yang berkarat berkali-kali. Jika karat sukar hilang, rendam mata itu ke dalam air kelapa selama sehari dua.
(4) Basuh dengan air bersih dan lap
(5) Layur di atas bara api untuk keringkan besi
(6) Bila besi itu jadi panas sekadar boleh cairkan lilin, sapukan lilin.

Teknik naikkan pamur: Rendamkan mata keris atau badik ke dalam bekas yang mengandungi campuran air nasi yang menggelegak, belerang dan garam selama 3 atau 4 hari. Kemudian bersihkan mata itu dengan limau nipis. Wallahua'lam.

Sumber: FB @Hibatullah Yusuf Al-Haj

Cari bekas yang dapat merendamkan mata2 Keris itu. Kemudian sagat atau blend buah nenas. Rendam di dalam juice nenas itu, dan biarkan sampai 12 jam ke macam tuuuu! Isyaallah mata keris akan pulih. Setelah dibilas dengan air dan dikeringkan, letak minyak seperti minyak zaitun untuk mengelakkan daripada mata itu berkarat semula..... Orang2 lama dah ahli Keris tahu tentang kaedah juice nenas yang menjadi bahan pemulihan semula keris2 yang berkarat dan kotor.........

Sumber: FB Syukri Saad


Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :

1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Sumber: FB Ahmed Yushamudden Lubis

No comments: