http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/16/terkenangkan-guru-hamba-syed-harun-tuan-besar/
Pelancong sangat meminati Silat Jatuh yang kaya dengan Kesenian
|
Seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa Melayu yang
masih wujud hingga kini. Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni
silat di Negara ini. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan
yang hebat. Namun tahukah anda bahawa di negeri cik siti wan kembang ini juga
terdapat sejenis seni silat yang amat cantik dan menarik.
Seni silat yang dimaksudkan itu ialah Seni Silat Cantik atau Silat Jatuh. Ianya menjadi sangat unik kerana hanya dapat dilihat dan dipelajari di negeri ini sahaja dan ia amat terkenal di negeri Kelantan. Namun asal usulnya masih belum diketahui dengan jelas kerana tidak ada sejarah bertulis mengenainya.
Seni silat ini mengabungkan keindahan gaya gerakan tari
silat dan juga kehebatan pesilat menewaskan lawannya.
Diawal pembelajaran, murid-muird akan diajar cara bertari
silat dengan baik terlebih dahulu. Apabila tari sudah kemas dan cantik, diajar
pula cara bertapang (tapak empat). Ia adalah cara bertari sambil melangkah
dalam 4 penjuru.
Setelah boleh bertari dan bertapang barulah diajar cara
berlawan(bergomol). Didalam silat ini
tujuan bertarung adalah untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik-teknik seperti
tumbukan dan tendangan adalah dilarang sama sekali. Ia hanya menggunakan
kebijaksanaan pesilat untuk menjatuhkan lawan mereka. Jika dilihat secara kasar
ianya sama seperti seni bela diri dari jepun seperti sumo dan judo.
Latihan |
Silat cantik biasanya diajar di dalam bangsal yang berdekatan dengan rumah guru yang mengajar. Tempoh belajarnya pula biasanya 2-3 bulan sahaja, namun jika anak murid ingin terus menambah ilmu boleh datang berjumpa guru untuk belajar. Silat cantik juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga dalam upacara menyambut orang-orang kenamaan di Kelantan. Biasanya ketika majlis perkahwinan permainan silat ini kelihatan agak nakal dan lucu kerana bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.
Unsur Humor diselitkan semasa persembahan |
HAKIKAT PERGERAKAN BUNGA DAN RAHSIA
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan
seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah
pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin
ia kelihatan seperti sejenis tarian.
Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti
Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia
digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir
setiap aliran mempunyai ‘tari sembah’ termasuklah aliran yang tidak mempunyai
bunga.
Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan
aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah
dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat
mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Silat Jatuh Sungguh Berseni dan Beradab |
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh).
Silat Jatuh terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan
istilah ‘melilit’. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat
kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh
itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka
akan ‘terbelit’ dalam kuncian pesilat aliran ini.
Guru Silat Jatuh ambo C.Inspektor Syed Harun Tuan Besar @ A.Aik |
Sundang Geliga Mata
Berkait,
Langkah Sembah Bersama Tari,
Sekilas Pandang Pendekar Syed,
Bunga Jurus Penuh Berisi
Bunga tari jurus berisi,
milik Panglima KeBawah Duli,
kalau ingin jurus dimiliki,
Pendekar Syed sedia memberi
Bukan mudah ilmu diberi,
Harus cekal berhati murni,
Tujuh bunga sebagai ufti,
Berguru dengan Pendekar Sejati,
Bukit Aman nama diberi,
Jalan sukar ranjau berduri,
Jika jurus tak penuh dimiliki,
Jangan cuba hendak didaki.
Ramai Pendekar cuba mendaki,
Untuk bertemu Guru sejati,
Hati jujur tidak dimiliki,
Jurus Tari memakan diri.
Langkah diatur berhati-hati,
Jurus tari perlu dimiliki,
Petua guru haruslah ditaati,
Agar ilmu sakti diberkati,
No comments:
Post a Comment