|
Poster klinik kasut yang unik |
Sejak tahun lalu, beberapa gejet yang saya miliki tidak dapat digunakan dengan sempurna disebabkab beg yang digunakan untuk membawanya telah rosak. bukan rosak seperti rosaknya sebuah laptop jatuh dari tingkat 8 KELANTAN TRADE CENTRE tetapi beg yang digunakan untuk membawanya tidak dapat dikunci dengan rapi kerana penguncinya telah patah. Aduh, masalah ini kelihatan kecil namun membawa masalah besar juga kerana memberikan risiko yang besar kepada gejet saya yang selalu dikilik ke sana ke mari. Maka, duduklah D80 diam-diam tanpa diketik shutternya.
Namun masalah saya selesai apabila berbual dengan seorang penjual sotong gelek di uptown Kota Bharu di kawasan pasar Siti Khadijah ketika saya berjalan-jalan dengan isteri yang baru saya nikahi pada awal bulan itu. Pakcik yang menjual sotong itu pada waktu pejabat kerjanya membaiki kasut berhampiran stesen bas. Beg kamera saya sudah lama begitu, jadi saya meringankan mulut bertanya kalau-kalau pakcik tersebut boleh membaikinya. Jawapan yang saya terima ialah tidak, namun saya meringankan mulut bertanya lagi kalau-kalau ada tempat lain yang boleh menyempurnakan hasrat saya. Beliau menyebut klinik kasut berhampiran dengan ARKED UDA. Ini bukan kali pertama saya mendengarnya, tetapi daripada petunjuk yang diberikan sebelum ini, saya tidak menjumpai tempat tersebut.
Dengan petunjuk yang baru ini saya berazam mencari klinik kasut ini sehingga jumpa dengan hasrat beg kamera juga beg laptop yang dihadiahkan oleh isteri saya sebelum kami bergelar suami isteri. Keesokan harinya 27 Jun 2011, saya dengan hati yang tekad melancarkan misi mencari klinik kasut yang dikatakan. selepas check in di pejabat, pada jam 10 pagi saya menyatakan pemergian saya kepada staf di pejabat saya dan seterusnya saya terus menuju ke ARKED UDA. Dari ARKED UDA, saya bertanya pada peniaga kedai baju melayu, songket dan songkok lelaki. Teringat pula baju yang dipakai pada hari penikahan saya dibeli di situ. Terima kasih makcik, cantik baju melayu berbutang 5 yang saya pakai pada majlis menyambut menantu itu. Tidak perlu ditempah dengan harga yang mahal. Malah lebih murah dari disewa di butik. Boleh dipakai untuk hari raya tahun ini.
Saya meneruskan perjalana ke Jalan Che Su, namun masih belum kelihatan klinik kasut yang dikatakan. Eh, betul ke ni? Gusar saya dalam hati. Teringat pesan orang tua supaya apabila berjalan atau merantau, perlu 'bawa mulut'. Bawa mulut di sini bukannya bererti mencangan fitnah atau keburukan orang lain merata-rata tetapi tidak malu untuk bertanya atau menegur orang lain. Malu bertanya sesat jalan, malas menggarit perut perit. Kini saya mendapat petunjuk baru. SMART READER. Saya terus berjalan menuju ke SMART READER, apabila melepasi SMART READER, pada bangunan seterusnya kelihatan sebuah poster besar SHOE CLINIC dengan ilustrasi kasut but kulit bertampal.
|
Kedudukan klinik kasur di bangunan sebelah SMART READER |
|
Rupa klinik kasut dari hadapan, perhatikan imej kasut but yang besar menarik perhatian semua orang |
Apabila masuk ke dalam saya kagum dengan kelengkapan yang ada di kedai tersebut. Memang boleh dibuat kilang kasut mahupun kilang menjahit barangan kulit lain seperti handbag dan sebagainya. Niat saya pada asalnya cuma ingin menukar pengunci 'ketah' pada beg laptop dan kamera saya. Melihatkan kemudahan yang ada maka saya meminta tukang di kedai itu mengubahsuai pelapik bahu pada beg kamera daripada kain yang sudah terkoyak kepada kulit yang tahan lasak.
|
Pelapik bahu yang sudah di 'upgrade' kepada kulit |
|
Abg Kamal bersama mesin jahit yang digunakan bagi menjahit kulit |
|
Pakcik Jamal menjahit timbunan kasut dalam masa sehari |
|
Koleksi perhiasan antik dan retro memenuhi ruangan kedai |
|
Saya tidak pasti mesin apakah ini, tapi sangat unik |
|
Mesin tua yang banyak berjasa kepada tuannya |
Hasilnya, 2 beg kepunyaan saya yang tidak dapat digunakan pada asalnya yang mengumpul debu selama ini boleh digunakan semula. Saya akan kembali kepada hobi yang dulu...
20 comments:
salam sy minat dalam bidang kulit ni saudara boleh tolong tak sy nk beli jahit untuk kulit...tapi sy tak thu mesin dia mcm mana???
saya juga tidak tahu... boleh cuba ke sini untuk bertanya...
Kedai SINGER ada jual...
Lin lina,,, jika anda berminat nk beli mesin jahit kulit, sila hubungi saya, saya anak kepada Y2K (yie tukang kasut) kota bharu,
Ayah sy banyak mesin kulit terpakai yang x digunakan, jika berminat hubungi sy, 0145152234
wah ramai juga yang view pos ini. Kedai ini sekarang sudah berubah wajah. Tapi masih kekal di situ.
CIKGU MAZLAN.....
MAHU TANYA KEDAI NIE BOLEH BUAT SARUNG PISAU KE DENGAN KULIT.....
boleh sangat tuan
saya buat sarung tekpi
Kedai ni bagus. .tp pekerja2 mudanya kena mesra alam sikit. .x beradab
Kedai ni ada jual perkakas jahit kasut x?
slm..ada lagi x kedai nie?tq
Masih ada lagi kedai ini 2018
019-9495838 boleh hubungi nombor ini
Tkasih. Siapa sangka enty pd tahun 2011 dpt membantu ramai org hgga ke tahun 2018. Sy sdh lama cari kedai repair kasut. Tkasih Tuan.
mesin jahit kasut ada jual ke..plz info
mesin jahit kasut ada jual ke..plz info
mesin jahit kasut ada jual ke..plz info
Blh bgi alamat penuh x
2019.klinik kasut contact number:0199554159
Adakah kedai ini masih beroperasi sehingga ke hari ini..?
Post a Comment