Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Tuesday, December 17, 2013

Sekitar Konvensyen dan Konvokesyen Seni Beladiri MAGMA 2013


14 dan 15 Disember 2013 telah berlangsungnya Konvensyen dan Konvokesyen Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA)

Bermula dengan Seminar Adat dan Adab Melayu pada pagi Sabtu 14 Disember. Untuk makan tengahari, kami dihidangkan dengan puding diraja Pahang yang istimewa serta diajar dengan kaedah makan beradab.


Kemudian disambung pula dengan seminar. Walaupun seminar tidak belangsung seperti yang dirancang ekoran kesulitan beberapa pembentang, namun topik-topik yang dihidangkan pada hari itu amat menarik.

Herba Melayu - Tuan Guru Mazlan hj Hashim
Mat Kilau Pahlawan Pahang - Guru Mohd Alhamadi Abu Bakar
Dunia Busana Melayu, Darjat dan Daulatnya - Tuan Guru Khairul Azhar
Unity in World Martial Art, the hope of MAGMA - Sifu Nigel Conan Sutton

Master Ang Kee Wah dan Guru Mazlan Hj Hashim

Bersama Guru Alhamadi, Cikgu Jasiman dan Guru Azhar, YDP PUSAKA KL

Keesokan harinya 15 Disember, program bersambung lagi dengan Konvokesyen. Dirasmikan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid selaku penasihat MAGMA.

Tari sembah menyambut kedatangan tetamu kehormat

Persembahan dari pengamal Aikido

Sempat bergambar bersama anak Shihan Sonny Loke

Bersama Dato Seri Wan Hj Abdul Wahid, Pendita Prof Dr Azlan Ghanie, 
Guru Hosni serta para graduan

Mat Kilau dianugerah Pahlawan terbilang diwakili cucunda beliau, 
Guru Alhamadi Abu Bakar

Guru Kama, Guru Alhamadi, Sifu Nigel Sutton

Terima kasih ayahanda kerana sudi hadir


Sunday, December 8, 2013

Pelajaran dari tempat sampah

Mendapati selonggok sampah. Memilih bahan yang boleh dikitar semula di kalangan sampah adalah suatu kerja yang sangat mencabar.

Yang perlu dilakukan selesaikan yang mudah-mudah dahulu, sudah selesai yang mudah, barulah 'permata dalam sampah' kelihatan lebih jelas.

Selesai yang mudah, pilih satu jenis mengikut kategori yang kelihatan lebih banyak dan mudah dilihat berbanding yang lain. Dalam pada itu, akan kelihatan sampah sejati, hapuskan satu persatu. Hilang sampah maka timbullah 'permata'.

Kalau plastik pula perlu diperincikan kepada type yang lebih detail

1 PE/PET
2 HDPE
3 PVC
4 LDPE
5 PP
6 PS
7 ABS

Sekian, pengajaran dari selonggok sampah.

Wednesday, November 13, 2013

Mengapa saya berpakaian Melayu

Bersempena 10 Muharram 1435 ini, saya ingin berceloteh sedikit mengapa saya boleh terus berminat berpakaian cara Melayu walaupun busana Melayu adalah pakaian yang 'dikatakan' kolot dan ketinggalan zaman pada zaman millenium ini. Kebetulan saya dibesarkan di waktu mana masyarakat Malaysia sedang dihidangkan dengan sains dan teknologi dan kemajuan tamadun barat.

Saya juga tidak ketinggalan. Bersekolah juga dalam aliran sains, didedahkan dengan teknologi komputer, pengajian tinggi juga alam bidang kejuruteraan, bekerja juga dalam industri yang melibatkan teknologi pemprosesan dan pembuatan.

Membesar sebagai Melayu Islam menyebabkan saya masih ada sedikit kesedaran untuk kekal dalam tradisi itu. Namun, persekitaran yang mementingkan kemajuan teknologi ini kadang-kadang boleh membuatkan kita terlupa.

Kebetulan saya berpeluang menyertai hari keluarga Seni Beladiri 2010. Dalam majlis itu turut disertai oleh beberapa peserta dari Eropah. Saya mendaftarkan diri lebih lewat berbanding yang lain dan ditempatkan sebilik dengan Freddy, seorang jurulatih beladiri dan kecergasan di Paris, Perancis.

Antara pengisian program ini adalah Seminar Adat Sembah Melayu yang disampaikan oleh YAM Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid Wan Hj Hassan, salah seorang pembesar berempat negeri Pahang

sila rujuk sini:
http://pancapersada.blogspot.com/2011/05/orang-besar-negeri-pahang.html
http://pancapersada.blogspot.com/2011/10/tugas-pembesar-istana-semasa-istiadat.html

Untuk pengisian program, sila rujuk di sini: Adat dan adab Melayu)

Seminar Adat Sembah Melayu 2010 disampaikan oleh
YAM Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid Wan Hj Hassan dan Azlan Ghanie

Malamnya, adalah malam sembah salam sempena hari keluarga Seni Beladiri 2010, selempang amanah disampaikan kepada guru-guru muda serta pemegang-pemegang amanah. Kesemua peserta pada malam itu berpakaian penuh istiadat Melayu termasuklah mereka dari Eropah. Saya merasa agak segan pada malam itu kerana tidak menjangkakan majlis rasmi sebegini serta tidak mempunyai persalinan yang lengkap. Melihatkan 2 orang lelaki Eropah itu juga cukup segak dengan bertanjak, bersamping, berkeris siap bertari langkah silat membuatkan saya seperti dikejutkan dari lena dengan elektrik voltan tinggi.


Saya, Abang Arbi, Freddy, Sebastion dan isterinya. Saya hanya berpelekat sedangkan
2 mamat Eropah ini berpakaian Melayu siap bersongket.

Freddy bermain keris

Sebastion berlangkah tari 
Para penerima selempang amanah


Begitu indah dan berharga adat dan budaya Melayu. Benarlah kata-kata bahawa kita hanya kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan menghargai kesihatan apabila kita sakit. Apabila melihat betapa minatnya bangsa Eropah dengan ketinggian budaya Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu sendiri yang mula meninggalkan nilai Melayu. Ini bukanlah kali pertama saya melihat kesungguhan bangsa Eropah mempelajari budaya Melayu. Sebelum ini saya pernah mengikuti Pendita Azlan Ghanie mengajar Senaman Tua kepada sekumpulan bangsa Eropah. Mereka begitu berminat dengan senaman melayu serta senjata-senjata Melayu.


Pulang sahaja dari program itu, saya  menempah tanjak. Saya juga mula berjinak-jinak dengan keris dan memiliki sebilah keris sendiri. Mulai hari itu juga, saya begitu bersungguh mengkaji mengenai bangsa Melayu, bukanlah bersikap asabiyah, tetapi mengkaji asal usul diri sendiri yang boleh mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Di mana Melayu itu sendiri cukup dekat dengan Islam.


Saya tidak akan menyentuh mengenai pakaian Melayu di sini, tapi untuk rujukan bolehlah ke pautan berikut:

Saturday, October 26, 2013

No Matter What - boyzone

No Matter What

Boyzone

Andrew Lloyd Webber (music)/Jim Steinman(lyrics)

No matter what they tell us
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true

No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back

I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know I'll love forever
I know, no matter what

If only tears were laughter
If only night was day
If only prayers were answered
Then we would hear God say

No matter what they tell you
No matter what they do
No matter what they teach you
What you believe is true

And I will keep you safe and strong
And sheltered from the storm
No matter where it's barren
A dream is being born

No matter who they follow
No matter where they lead
No matter how they judge us
I'll be everyone you need

No matter if the sun don't shine
Or if the skies are blue
No matter what the end is
My life began with you

I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know, I know
I know this love's forever

That's all that matters now
No matter what

Thursday, October 10, 2013

Kursus Wasit dan Juri Negeri di UiTM Machang

21 hingga 24 Ogos 2013 saya telah berkesempatan menghadiri Kursus Wasit dan Juri peringkat Negeri bagi kategori Tanding anjuran Persatuan Pencak Silat UiTM cawangan Kelantan dan PESAKA Negeri Kelantan.

Latihan mengenal pola langkah dan olah gerak

Praktikal menjadi wasit dan juri

Sembah mula masuk ke gelanggang pertandingan

Ujian bertulis

Taklimat sesudah ujian praktikal


Bergambar kenangan bersama Pak In di hadapan bangunan UiTM

Bergambar bersama Cikgu Jaubar, pegawai teknikal PESAKA pusat

Sebahagian peserta bergambar bersama

Twin dragon beraksi bersama pesilat wanita

Pak In bertari pulut di hadapan VIP untuk majlis penutup

Gambar kenangan bersama


Monday, October 7, 2013

TITIK - TITIK BEKAM UTAMA ( BEKAM SUNNAH )

sumber: http://alhijamah-kembarahikmah.blogspot.com/2012/06/titik-titik-bekam-sunnah.html





1. AL AKHDA'AIN :
  • Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di sekitar otot sternocleidomastoideus.
  • Merupakan pusat kegiatan dan perjalanan dari usus kecil dan besar.
  • Berperanan dalam penyembuhan dan pergubatan sakit leher, leher ngilu, tinnitus, selsema, pipi bengkak, mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, sakit kerongkong dan lain-lain.


2. ILTIWA'


  • Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis dengan tulang tumit (calcaneus)
  • Merupakan pusat pperjalanan organ ginjal
  • Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan tinnitus, hemoptisis, gangguan haid, insomnia, ejakulasi pramatang, masalah saraf, ginjal, bronkietasis, pinggul , gangguan kencing dan lain lain.


3. AL KAHIL
  • Terletak di sekitar tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara bahu (acromion) kanan dan kiri.
  • Merupakan titik pertemuan dan perjalanan organ pundi, empedu, lambung, usus halus, usus besar, pundi kencing dan tripemanas.
  • Berperanan dalam penyembuhan dan pengubatan nyeri leher, demam, epilepsi, batuk, selsema, asma, punggung kebas dan lain-lain.
  • Anas bin Malik berkata: " Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda'ain dan al kahil" (HR. At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad).


4. HAMMAH ('Alaa Ro'sun)
  • Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bagian depan, iaitu terletak di titik pertemuan antara batas rambut bagian belakang dengan batas rambut bagian depan.
  • Berperan dalam pengobatan sakit kepala, pening, vertigo, migrain, gangguan penglihatan, menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain.


5. YAFUKH
  • Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, yaitu antara tulang ubun-ubun (os parietale) dan tulang dahi (os frontale).
  • Pada kanak-kanak, waktu pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna.
  • Berperanan dalam pengobatan epilepsi, vertigo, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea, kejang dan lain-lain.


6. AL KATIFAIN
  • Kedua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit penyakit leher. (Nabi SAW melakukan bekam pada kedua bahu waktu diberi makanan daging kambing yang diletak racun oleh orang Yahudi.


7. 'ALA WARIK
  • Berguna untuk sakit sengal-sengal, lower back pain (Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam pada pinggulnya karena penyakit sengal-sengal yang dideritanya (HR. An- Nasai, Ibnu Majah).


8. QAMAHDUAH
  • Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang
  • Bagian dimana kalu sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bagian kepala yang kena pada tanah.
  • Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan sakit kepala belakang, pening, kurang pendengaran, sukar bercakap, schizophrenia, epilepsi, sakit leher, pening, vertigo dan lain-lain.


9. PELIPIS DAN DAGU
  • Berguna untuk mengubati pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian wajah, mengubati sakit kerongkongan/batuk. (Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya.


10. BAGIAN PUNGGUNG KAKI
  • Berguna untuk menghilangkan kutil yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada buah testis (kantung kemaluan laki-laki) dan saraf.


11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT
  • Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panau yang ada di paha, menyembuhkan kaki yang sering nyeri, mengubati buasir, mengubati penyakit kaki bengkak (elephantiasis), menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung.


12. 'ALA DZOHRIL QODAMI
  • Terletak di bagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan pada bagian kaki.


13. UMU MUGITS
  • Terletak di tulang tengkorak di bagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di 2/3 bagian depan.
  • Apabila kepala dan batas rambut bagian belakang ke batas rambut bagian depan dibahagi menjadi 12 bahagian, maka umu mugits terletak di 7 bagian dari garis batas rambut bagian belakang dan 5 bahagian dari garis batas rambut bagian depan.
  • Hati-hati waktu  pembekaman kepala, sebab dekat dengan pusat sensorik dan motorik, yang menyebabkan kelumpuhan organ-organ dan alat-alat tubuh.

Semoga anda semua beroleh manfaat dan semoga Allah menurunkan berkah & rahmah.
Saya ingin berkongsi point @ titik bekam yang utama. Tetapi ia bergantung pada penyakit dan masalah empunya badan.

P/S : Sumber ini dari bahasa indonesia

Sumber : 
  • http://bekam4u.blogspot.com/2012/03/titik-titik-utama-bekam.html
  • http://sekolahkedokteranislam.com/titik-bekam-nabi
  • Buku Sembuh Dengan Satu Titik