Pada tahun 2011 saya rancak melayari kisah perang musuh bisik tetapi tidak sempat habis. Ditakdirkan Allah pada hari ini saya terjumpa sambungannya yang akan saya kongsikan selepas ini. Artikel sebelum ini disalin dari perkongsian di Facebook JP PSSCM dan saya terjumpa artikel yang sama serta rentetan kisah perang musuh bisik di blog Perkasa Parlimen Bagan. Kali ini kita dapat menghayati Kisah Perang Musuh Bisik dari awal hingga akhir.
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 1
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 2
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 3
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 4
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 5
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 6
PERANG MUSUH BISIK - SIRI 7
PERANG MUSUH BISIK - TUNKU MUHAMAD SAAD
Ulama perang dalam tahun musuh bisik
Panglima Badaruddin dalam perang musuh bisik
Tunku Kudin dalam perang musuh bisik
Panglima Ismail Panglima Kedah
Tok Moris
"Siapkanlah untuk memerangi mereka dengan apa saja kekuatan yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (iaitu persiapan persenjataan yang hebat)(yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya" (Al-Anfal:60).
Perhatian
Tuesday, April 14, 2015
Sunday, March 8, 2015
Rich Dad Poor Dad
Setelah menyertai beberapa kursus keusahawan bergaul dengan usahawan dan bertatih dalam jatuh bangun keusahawanan. Saya mula mengenali sekelumit tentang bidang keusahawanan yang sangat berbeza dengan dunia pekerjaan selama ini. Begitu membuka minda.
Antara tokoh yang sangat berjaya mengubah pemikiran ramai penduduk dunia dalam pendidikan kewangan ialah Robert Kiyosaki yang dikenali dengan buku bestsellernya seluruh dunia berjudul "Rich Dad Poor Dad". Di Malaysia, PTS Professional Publishing Sdn Bhd mendapat hak terjemahan buku terkenal dari Richdad Company itu.
Selama ini kita diasuh
Ke sekolah
Dapatkan pekerjaan yang bagus
Dapatkan pencen
Buku ini juga mengubah cara pemikiran dan perspektif kita terhadap wang dan mengeluarkan kita dari kitaran sia-sia (rat race). Bangun pagi - balik petang - dapat gaji - bayar hutang.
Ini antara video yang menarik dikongsi.
Robert Kiyosaki ditemuramah oleh Oprah Winfrey dalam rancangan The Oprah show, rancangan ini mula meletupkan buku beliau dan akhirnya diterjemahkan ke banyak bahasa seluruh dunia.
Dalam video berdurasi 60 minit ini menggambarkan apa yang beliau tuliskan dalam buku-buku beliau. Dalam video di bawah ini pula interview baru yang dibuat penghujung tahun 2014
Dalam video terbaru sejak posting ini dilakukan, Robert Kiyosaki menjangkakan US Dollar akan menjunam teruk pada tahun 2016
Monday, December 22, 2014
Kursus Akupuntur bersama Dr (TCM) Nur Asnawati
Alhamdulillah. akhirnya saya diberi keiizinan oleh Nya mempelajari sendiri perubatan akupuntur.
Saya telah menghadiri Kursus Intensif Akupuntur oleh Dr (TCM) Nur Asnawati di Pusat Rawatan Elnuur, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan. Beliau juga telah menandatangani MoU dengan PPKHM bagi modeliti akupuntur dan diiktiraf bagi pengamal PPKHM.
Asal-usul, perkembangan dan cara akupuntur bertindak diterangkan dalam kursus ini.
Kursus ini benar-benar memberi pendedahan tentang kelebihan akupuntur membantu penyembuhan dan penjagaan kesihatan tubuh badan manusia. Semua peserta diberi pendedahan secara praktikal dan benar mengenai akupuntur.
![]() |
| DrN Rohaida mewakili PPKHM |
Terima kasih Dr (TCM) Nur Asnawati. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat kepada masyarakat.
Monday, December 15, 2014
Kursus Biochemic dan Homeopati
Saya telah diberi peluang mengikuti kursus biochemic dan homeopati di bawah bimbingan Prof Dr Azman Hj Momamad Tahir yang mempunyai pusat rawatan beliau sendiri di Ipoh dan sangat berpengalaman dalam bidang ini. (Sila ikuti blog Dr Azman: http://azbhomeopati.blogspot.com/)
Kursus ini bagi melengkapkan ilmu bagi melayakkan diri menjadi ahli naturopatik
Naturopatik adalah modeliti perubatan yang diiktiraf WHO dan perlu mengusai 5 modeliti ini
Kursus ini bagi melengkapkan ilmu bagi melayakkan diri menjadi ahli naturopatik
Naturopatik adalah modeliti perubatan yang diiktiraf WHO dan perlu mengusai 5 modeliti ini
- Perubatan (cth; Homeopati, Ayurveda, Botani dan lain-lain)
- Terapi tanpa alat (cth; Urut, Kiropraktik, Yumeiho, Swiss massage, dan lain-lain)
- Terapi dengan alat (cth; Bekam, Akupuntur, Guasa dan lain-lain)
- Nutrisi atau pemakanan (cth; Vitamin, Nutrisi)
- Rawatan menggunakan konsep tenaga minda (cth; Hipnotis, Reiki, dan lain-lain)
Mempelajari bagaimana sistem perubatan homeopati berfungsi dalam membantu meningkatkan kesihatan dan kesembuhan.
Ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini amat bernilai dan membuka mata kepada bidang yang baru kepada saya selama ini. Terima Kasih Prof atas bimbingannya. Moga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.
Cara penyampaian oleh Dr Azman yang memudahkan kami memahami bagaimana homeopati boleh membantu menyembuhkan penyakit. Remedi homeopati diproses dengan kaedah tertentu menggunakan sumber tumbuhan, haiwan yang semulajadi serta terbukti membantu penyembuhan.
![]() |
| Berpeluang melawat Masjid Cina di Tasek |
Thursday, December 4, 2014
Pusat Poslaju Kota Bharu
Memandangkan bisnes online
di kalangan orang Kelantan makin maju, maka makin sibuklah Pejabat Pos
di Kota Bharu, terutama sekali Pejabat Pos Besar di Jalan Sultan Ibrahim
tu. Kadang-kadang, tengok barisan untuk kaunter PosLaju sampai ke pintu
masuk.
Sudahlah susah nak parking, dah tu kena beratur panjang pula.
Disebabkan itulah, Pejabat Pos menambah lagi satu pejabat pos baru di Cherang. Pengguna PosLaju bolehlah beralih ke Pejabat PosLaju di Cherang. Lokasinya bukan tepi jalan besar sebaliknya kena masuk lorong kampung sikit.
Jika anda dari Kota Bharu, sebaik
selepas simpang empat Cherang (yang ada wau bulan besar) perhatikan
sebelah kiri jalan. Ada satu gerai pisang goreng sebelum Sekolah Kebangsaan Tapang. Bersebelahan gerai pisang goreng ada satu lorong (dari jauh nampak ada bangunan berbumbung biru, lorong tu sebelum bangunan bumbung biru), anda masuk lorong tu. Pejabat PosLaju ada lebih kurang 500 meter selepas masuk lorong.
Pejabat Pos Cherang ditutup jam 7 malam. Buka jam 8.30 pagi.
Walaupun dinamakan Pusat PosLaju, tapi
anda boleh juga pos parcel di sini. Cuma ia tak ada kaunter untuk
bayaran lesen dan seumpamanya.
Paling saya suka, ruang parking yang luas dan selesa.
Tambahan sikit dari saya. Disebabkan ramai yang mengadu masalah sukar untuk menghubungi dan menuju ke tempat ini.
Alamat Pusat Poslaju Cherang:
PO, Kg Cherang, Jln Damai, Kampung Cherang, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-747 2852 / 09-747 2852
Sunday, September 21, 2014
Ziarah 26 Zulkaedah 1435
Setelah setahun lebih tidak menziarahi makam bersejarah di Kelantan, maka pada hari ini kami diberikan izin oleh Allah taala bagi menjejak makam bersejarah di Kelantan. bermula dengan makam-makam di Jembal. Seterusnya kami memanjangkan langkah ke Banggol, jalan ke Pantai Cahaya Bulan berziarah di sana.
![]() |
| Makam Raja Loyor |
![]() | |
|
Friday, September 19, 2014
Cara mudah buat tesis guna microsoft word 2010
Sejak 1997 guna microsoft word, kali ni baru tau ada function yang sangat memudahkan kerja-kerja menyiapkan tesis/paper work/jurnal.
Tapi yang ni menggunakan Microsoft Word version 2010. Tu pun sebab bawak berjalan anak-anak (dah ada anak-anak sekarang) ke rumah sepupu yang tengah giat sambung study ke tahap PHD. Tak berjumpa pun dengan tuan, tapi terpandang sebuah buku di ata meja tu bertajuk TULIS TESIS CEPAT karangan Dr Othman Talib.
Saya tengok sikit content buku tu, tersentak sekejap, aduh, mudahnya, setebal buku tu dia tulis guna satu file Microsoft Word je. Tak boleh nak tumpu buku tu dengan detail sebab anak tak duduk diam atas dukung (nak menelaah sekali la tu).
Balik rumah buat carian sikit dengan google jumpa beberapa pautan.
http://kaktiny.blogspot.com/2012/11/phd-oh-phd-part-5-dr-ot-rfot-kot-cycle.html
http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2011/04/tutorial-jom-tulis-tesis-cara-mudah.html
Ni pulak blog Dr OT
http://drotspss.blogspot.com/
Harap boleh membantu sahabat-sahabat. Saya pun bukan buat tesis pun, adala buat paperwork sikit. Kalau yang tengah bertungkus lumus buat Rancangan Perniagaan (Business Plan) untuk pembiayaan mana-mana institusi perbankan atau agensi pun sangat sesuai. Tapi blog Dr OT lebih fokus kepada tesis, jd sahabat-sahabat yang buat RP tu ambil skill Microsoft Word aje lerr...
Kredit kpd semua pemilik blog.
Tapi yang ni menggunakan Microsoft Word version 2010. Tu pun sebab bawak berjalan anak-anak (dah ada anak-anak sekarang) ke rumah sepupu yang tengah giat sambung study ke tahap PHD. Tak berjumpa pun dengan tuan, tapi terpandang sebuah buku di ata meja tu bertajuk TULIS TESIS CEPAT karangan Dr Othman Talib.
Saya tengok sikit content buku tu, tersentak sekejap, aduh, mudahnya, setebal buku tu dia tulis guna satu file Microsoft Word je. Tak boleh nak tumpu buku tu dengan detail sebab anak tak duduk diam atas dukung (nak menelaah sekali la tu).
Balik rumah buat carian sikit dengan google jumpa beberapa pautan.
http://kaktiny.blogspot.com/2012/11/phd-oh-phd-part-5-dr-ot-rfot-kot-cycle.html
http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2011/04/tutorial-jom-tulis-tesis-cara-mudah.html
Ni pulak blog Dr OT
http://drotspss.blogspot.com/
Harap boleh membantu sahabat-sahabat. Saya pun bukan buat tesis pun, adala buat paperwork sikit. Kalau yang tengah bertungkus lumus buat Rancangan Perniagaan (Business Plan) untuk pembiayaan mana-mana institusi perbankan atau agensi pun sangat sesuai. Tapi blog Dr OT lebih fokus kepada tesis, jd sahabat-sahabat yang buat RP tu ambil skill Microsoft Word aje lerr...
Kredit kpd semua pemilik blog.
Subscribe to:
Posts (Atom)















