Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, January 27, 2013

Tenang Dalam Perjuangan - Hj Ishak Itam


Petikan dari Majalah Seni Beladiri (SB) Julai 1998

Seperti kata-kata yang telah mendahului kita; "… selagi bernafas, selagi itu hidup. Selagi hidup selagi itulah ilmu dicari. Ilmu yang tiada penghujung".

Begitu juga dalam perjuangan. Selagi bernyawa mereka yang sudah menyimpan atau perasaan yang sudah tersimpan akan terus bersemangat untuk langkah ke depan. Ada yang perlu bersingseng lengan, ada yang tidak perlu. Namun perjuangan peribadi wajar diaruskan supaya ia mengalir ke satu arah. Arah mungkin tidak menentu tetapi tetap kembali ke satu. Yang faham akan perjuangan tidak berganjak, yang mengerti erti perjuangan akan berlangkah untuk menyambung. Ini amanah dan ini juga amanat batin.

Haji Ishak Itam, Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia tahu erti-maksud perjuangan itu. Walaupun tidak pernah terfikir atau terlintas akan menjadi pemimpin tertinggi apatah lagi dapat kepercayaan ahli-ahli untuk menjadi guru utama sesebuah pertubuhan terbesar di negara ini. "Saya tidak pernah terfikir dan apabila diminta untuk menjadi guru utama, saya tersentak dan banyak berdoa…," kata Haji Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ak'.

Ditanya mengenai perjuangan, dengan pantas tetapi senyum; "Masih banyak untuk diperjuangkan. Terutama dalam perpaduan antara umat Islam," Haji Ishak dilahirkan di Simpang 4 Kangkong, Batu 6, Alor Setar, Kedah kira-kira 63 tahun lalu. Ayah beliau keturunan Banjar manakala ibunya (Patimah Mat Din) dari Setoi. Dulu Setoi di bawah jajahan Kedah, kini di bawah jajahan Thailand. Haji Ishak adalah nombor tiga dalam bilangan 11 adik beradik.

Ikut sejarah, bapanya ada mewarisi darah pendekar dan ulama manakala ibunya pula Panglima Tahar iaitu seorang panglima seangkatan Panglima Ismail. Panglima-panglima ketika itu mengawal raja dan negeri serta mahir dalam seni tempur.

"Saya masih menyimpan senjata datuk saya seperti keris dan badik manakala tombak disimpan oleh adik saya (Ahmad Itam) yang tinggal di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam," kata Haji Ishak yang ditemui di Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Seperti pepatah; ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Haji Ishak mula mendapat dedahan ilmu persilatan dari bapanya ketika berusia sembilan tahun. Beliau mempelajari seni silat Gayong Fatani dengan bapa saudaranya (Bakar Din) hingga berusia 18 tahun sebelum beralih kepada Kuntau Jawa di bawah asuhan seorang guru dikenali Hasan Jawa."Sebagai penduduk kampung dan minat ketika itu pada ilmu persilatan. Kami mencari yang terbaik, jika tinggal jauh, kami jemput ke berbangsal di kampung kami," imbas Haji Ishak.

Sesudah Kuntau Jawa, seorang guru dari Pendang dikenal Tok Awang turut dijemput dari Bukit Kecik, Bukit Mertajam untuk mengajar."Kami bayar kepada beliau RM10 sebulan," ringkas Haji Ishak. Ilmu yang bakal diperolehi manusia hanya setitik di air laut. Haji Ishak terus dahagakan ilmu kependekaran. Beliau sedar, ilmu persilatan tiada noktah dan sempadan. Usaha untuk mencari guru terus memburu. Haji Ishak terus melangkah di gelanggang Silat Sendeng dan Silat Minangkabau. Dalam masa yang sama mempelajari Tomoi Siam dari seorang pemandu 'lori balak' bernama Osman Ahmad."Orangnya tinggi dan berfizikal tegap. Beliau dikenali Man Balak dan saya belajar hingga menjadi guru tomoi selama dua tahun, imbas Haji Ishak.

Pada tahun 1969, Haji Ishak diberitahu oleh seorang tukang gunting mengenai seorang guru silat yang terkenal dan telah membuka kelas di Kubang Semang. Kehebatan guru itu melalui cerita tukang gunting berkenaan telah menarik minat Haji Ishak. Beliau enggan melepas peluang untuk 'berdepan' dengan guru yang bernama Ustaz Hanafi Haji Ahmad. "Ini guru Tomoi Siam. Kenapa hendak belajar?" adalah antara kata-kata awal yang masih terpahat di ingatan Haji Ishak ketika menemui Ustaz Hanafi. Bak kata pepatah, lihat ikan di air sudah tahu jantan atau betina. Ustaz Hanafi 'kenal' seorang pendekar bila ditemui. Haji Ishak adalah murid ke 17 Ustaz Hanafi dan kegigihan beliau membuat dirinya tamat pelajaran hanya dua bulan 10 hari atau 30 kali berlatih. "Saya kagum dengan Silat Cekak. Almarhum Ustaz Hanafi suruh saya mencubanya dengan beberapa buah pukulan terbaik yang saya pelajari… saya tewas.

"Bagaimanapun balasan pukulan saya disambut dengan tidak mencederakan saya," ceritanya.
Sehubungan itu, Haji Ishak mengambil keputusan untuk terus bersama Silat Cekak dan menjadi jurulatih perguruan itu.

Kenapa beralih ke Cekak? Soal penulis. Haji Ishak dengan terbuka memberitahu banyak buah dari perguruan yang dipelajari tewas.

"Termasuk dapat mengatasi Tomoi Siam…,"jawabnya ringkas.

"Hampir setiap malam latihan saya cuba Almarhum Ustaz Hanafi tetapi tak berjaya juga,"senyum Haji Ishak.

Beliau kemudiannya mengajar kelas latihan Silat Cekak di Seberang Perai dan Pulau Pinang selain membuat penerangan dan demonstrasi.

Setelah Ustaz Hanafi meninggal dunia (13 Ogos 1986), Haji Ishak telah diisytiharkan sebagai Guru Utama pada 21 September 1986.


"Saya tidak pernah menduga untuk menjadi pemimpin. Saya sukar untuk membuat keputusan dan ketika itu banyak berdoa," ujarnya.
Mengenai Silat Cekak, Haji Ishak memberitahu pendidikan perguruan itu mengajar seseorang erti keyakinan.

"Cekak membawa erti tanggungjawab terhadap keluarga, diri dan sebagainya. Permainan Cekak berdiri lurus sama seperti seseorang itu diajar jangan berbohong sombong atau berdabik dada sebaliknya jujur, tetapkan pendirian dan pelbagai lagi," katanya.


Penulis: (YM Tuan Haji Ishak Itam, 79 (kalendar hijriah) Guru Utama Silat Cekak Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mac 2012 bersaman 19 Rabiul Akhir 1433 jam 4:45pm)

Wednesday, January 16, 2013

Kajian penduduk asal Tanah Melayu

diadaptasi dari artikel SANGTAWAL - mereka yang tewas sebelum berjuang-siri 1
http://sangtawal.blogspot.com/2009/02/mereka-yang-tewas-sebelum-berjuang-siri.html

Oleh : Saufi Hamzah dan Mona Ahmad

BENARKAH ada penyakit yang hanya ada pada satu-satu kaum saja?. Adakah kajian genetik mampu mengenal pasti penawar bagi penyakit yang sering dikaitkan dengan keturunan.

Kajian mengenai susur galur genetik sesuatu kaum perlu dijalankan bagi membolehkan penyelidikan lebih meluas terhadap penyakit yang berkaitan dengan keturunan.

Sehubungan itu, sekumpulan 20 ahli sains dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk genetik, sejarah, pergigian, forensik dan mata merintis langkah menjalankan penyelidikan bagi mengumpul profil genetik masyarakat Melayu di Semenanjung.

Banyak persoalan timbul, benarkah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) boleh menentukan susur galur orang Melayu yang membuat penempatan asal di bumi Semenanjung Malaysia?

Adakah Orang Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang membuat penempatan di bumi Semenanjung?. Bagaimanakah rupa asal orang Melayu yang mula bertapak di Semenanjung.

DR ZULFALIL menganalisis sampel darah responden Melayu.

Adakah rupa asal orang Melayu ialah berkulit sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil?. Benarkah penghijrahan dan perkahwinan campur menyebabkan tiada lagi orang Melayu yang asli.

Semua persoalan ini bakal terjawab apabila kajian yang dikenali sebagai Menjejaki Asal Usul Bangsa Melayu Menerusi Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan Analisis Genetik siap sepenuhnya menjelang 2008.

Malah, kumpulan penyelidik itu sudah memulakan projek mereka sejak Januari lalu dan ketika ini berjaya mengumpulkan sampel daripada lebih 50 responden dari sub kumpulan etnik yang dikenal pasti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Kajian yang menelan belanja RM1.4 juta menerusi peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi ini adalah satu-satunya kajian genetik orang Melayu yang menetap di Semenanjung.

Menarik mengenai kajian ini ia bakal melihat evolusi masyarakat Melayu di Semenanjung dengan menggunakan pembuktian bahawa orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayu ialah Melayu Kelantan.

Melayu Kelantan dijadikan asas kajian kumpulan penyelidik itu kerana mereka yakin bahawa susur galur keturunan kumpulan Melayu itu dianggap masih tulen kerana ramai yang masih mengekalkan keturunan mereka tanpa campuran kaum lain.

Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata sikap orang Melayu Kelantan sendiri yang agak tegas dalam pemilihan pasangan hidup juga diambil kira kerana ia dikatakan boleh mengurangkan pendedahan kepada perkahwinan campur yang sekali gus menjejaskan genetik asal kaum itu.

Dalam kajian ini, katanya, kumpulan pengkaji akan mengenal pasti penempatan 14 sub etnik Melayu Semenanjung yang dipilih menerusi sejarah dan latar belakang sosio budaya.

“Apabila penempatan dikenali pasti di Semenanjung, kita akan mendapatkan responden yang menetap di lokasi itu tetapi datuk nenek moyang mereka berasal dari tempat asal keturunan mereka seperti Minang di Indonesia.

“Selepas responden dikenal pasti barulah kita ambil sampel darah, ukuran muka, gigi, mata dan rahang, selain mengumpul maklumat susur galur keturunan responden,” katanya yang ditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.

Dr Zilfalil berkata bagi Melayu Kelantan dan Minang di Negeri Sembilan, misalnya, pakar sejarah, Prof Madya Dr Ooi Keat Jin mengenal pasti beberapa lokasi penempatan awal di sepanjang Sungai Kelantan dan kawasan pantai serta pedalaman Negeri Sembilan.

“Zaman dulu, penempatan awal di sepanjang sungai dan pantai kerana tiada jalan. Jadi, pakar sejarah akan mengenal pasti lokasi penempatan bagi membolehkan penyelidik mengambil sampel dari responden,” katanya.

Dr Zilfalil berkata, tiga kaedah digunakan untuk mengesan genetik kaum itu iaitu mengekstrak DNA menerusi darah untuk mengkaji mitochondria yang hanya boleh diwarisi kaum ibu saja.
Menerusi kajian ini, jika seorang wanita itu berkahwin dengan lelaki dari kaum lain dan berpindah ke tempat lain, susur galur asal usulnya boleh dikesan menerusi mitochondria.

Kajian kedua pula membabitkan kajian kromosom Y-Short Tendem Repeat (Y-STR) untuk melihat evolusi kaum lelaki, misalnya, sekumpulan lelaki berhijrah ke tempat lain, asal usul kumpulan lelaki berkenaan boleh diperolehi menerusi ujian itu.

Selain itu, kaedah ketiga yang digunakan ialah menggunakan Cip Mikro Array bagi mengesan Single Nucleotide Polymorphism (SNP) secara serentak untuk 50,000 variasi jujukan DNA seseorang individu.

Kaedah ini membolehkan pengkaji mengesan variasi jujukan DNA yang ada pada satu-satu responden, yang akhirnya turut menyumbang jawapan kepada persoalan asal usul kaum menerusi kajian genetik.

FAKTA:

- Kajian Menjejaki Asal Usul Melayu melalui Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan
Analisis Genetik.

Kajian oleh Universiti Sains Malaysia

- Jumlah penyelidik - 20 orang

- Jangkaan projek - Januari 2006 - 2008

- Jumlah responden - 20 hingga 30 orang setiap sub etnik

- Sub kumpulan etnik Melayu di Semenanjung :


Melayu Kelantan di Kelantan
Melayu Minang di Negeri Sembilan
Melayu Yunan di Terengganu
Melayu Acheh di Perak
Melayu Riau di Johor
Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
Melayu Mandailing di Perak
Melayu Jawa di Johor dan Selangor
Melayu Bugis di Johor dan Selangor
Melayu Rawa di Perak
Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
Melayu Banjar di Selangor dan Johor
Melayu Kurinchi di Selangor

Keseluruhan Projek bernilai RM1.4 juta:

Pembahagian tugas:

Pengumpulan Sampel dan pengekstrakan DNA - diketuai Dr Zilfalil Alwi

Analisis sejarah dan sosio budaya - diketuai Prof Madya Dr Ooi Keat Gin

Analisis DNA mitokondria - diketuai Dr Zafarina Zainudin

Analisis STRs autosomal dan Y-STRs - diketuai S Panneerchelvam

Analisis SNPs - diketuai Dr Zilfalil

Analisis Human Leukocyte Antigen - sejenis protein dijumpai dalam sel yang berfungsi dalam sistem imun - diketuai Prof Norazmi Mohd Nor

Analisis Morfologi, struktur muka, rahang dan gigi - diketuai Prof Abd Rani Samsudin

Analisis Morfologi Mata - diketuai Dr Liza Shamimi Ahmad Tajudin

(sangtawal : ini barulah disebut kajian saintifik,ada kertas kerja dan skop kajian ilmiah dan masuk pula dalam belanjawan negara, bernilai RM 1.4 juta,di buat oleh orang-orang akademik bertaraf Profesor, bukan secret agency lah..Discovery Channel lah...bla bla bla..penyedap rasa je...yang menarik hati saya ialah orang yang mengambil bahagian dalam analisis sejarah dan sosio budaya ialahProf madya Dr Ooi Keat Gin...dia seorang yang bijak dari bangsa cina pun setuju terlibat sama dalam research ni...bukannya asyik dok pertikai ketuanan melayu atau melayu itu pendatang atau tidak!)

Orang Kelantan Melayu sebenar?


PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.
Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.
Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm#ixzz2I7L04kjO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, December 5, 2012

Tips menurunkan berat badan dari Tengku Norihan

Disalin dari FB Tengku Norihan: http://www.facebook.com/tengkunorihan

Kepakaran saya adalah membantu mereka menurunkan berat badan dengan selamat, sihat dan cepat dgn menggunakan 7 formula yg mmg sainstifik...dan formula ini telah saya praktikan lebih drp 10 tahun...Dah ramai saya telah bantu tukarkan kehidupan mrk dari gemuk menjadi anggun, dari ada penyakit mmg dah hilang penyakit tsbt, dari terpaksa makan ubat sepanjang hidup mrk sekarang dah berhenti terus, sbb 
doktor sendiri terkejut, dari yg tak boleh berjalan dan bangun sekarang boleh bergerak ke mana saja...itu lah nikmatnya... sebenarnya saya ingin membantu ramai lagi kat luar sana.

Saya sebenarnya terpanggil nak berkongsi ttg mrk yg nak menurunkan berat badan dgn hanya berbekalkan product2 yg mmg byk kat pasaran skrg...
Paling menyedihkan mrk ini berbelanja duit dgn byknya....akhirnya duit habis tapi berat badan tak berganjak dgn byk dan kalau turun slps berhenti product naik pulak berat badan...paling sedih dah turun berat badan ni...bila pergi checking dgn Doktor timbul penyakit lain hasil cara permakanan yg salah sambil penggunaan product...yg mmg suka sangat digembar gemburkan la sangat...

Baik...kita skrg didedahkan dgn pelbagai mesin utk menghancurkan lemak..yg ditenyeh2 kat kawasan yg byk lemak... Dan sanggup tubuh mrk diperlakukan sampai berjam2....Aduh saya merasa sedih melihat mrk yg nak shortcut nak turunkan berat badan...
Begini....kita kena faham satu konsep untuk menurunkan berat badan....



1. Makanan yg paling bagus adalah pengambilan secara natural, tanpa pemperosesan..ini krn zat dan vitaminnya masih terpelihara...



2. Mmg benar jika kita tak suka makan sayur, tak minum susu, tak suka makan buah...maka penyelesaiaannya adalah pengambilan makanan tambahan....

Baik nak jelaskan di sini...saya diberitahu...ramai yg telah makan product...mrk tak boleh makan nasi, tak boleh makan buah, tak boleh makanan yg bergoreng...dan hanya product ini shj yg perlu kita makan....Hello hello jgn mudah tertipu..... Makanan yg sebenarnya adalah perlu diambil semua katogori dan tidak ada satu pun perlu ditinggalkan. Tetapi kita makan mengikut kalori yg sepatutnya kita makan setiap hari la...
Banyak product di luar sana tidak mendpt pengiktirafan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia...
Cara memilih product yg bagus ialah:



A. Product menyenaraikan fakta nutri yg lengkap sbg rujukan kpd pengguna.
B. Mendpt kelulusan KKM utk local dan FDA utk international..demi menjaga kesihatan dan bahan yg dimasukkan
C.Product tersbt tidak boleh menggantikan semua atau perlu makan "dia" jer..utk setiap meal...perlu juga mengambil permakanan yg normal...
D. Jika anda mempunyai masalah atau penyakit sila mendpt nasihat doktor terlebih dahulu...dan bawa product tsbt tunjuk kat Doktor..agar dia tahu apa bahan kandungan tersebut...



3. Prinsip yg seterusnya...Dalam badan kita ada dua lemak iaitu lemak dibawah kulit dan satu lagi lemak2 yg mengeliling kat organ2 badan manusia iaitu dikenali sbg Visceral Fat...yg byk berkumpul di belakang perut...yg menjadikan kita buncit...dan byk penyakit2 kronik spt kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser...ianya berpunca dari sini...



PERINGATAN:- LEMAK HANYA BOLEH DIKELUARKAN MELALUI SENAMAN ATAU AKTIVITI SUKAN YG MELIBATKAN MASA 30 - 45 minit KE ATAS TANPA HENTI BARU BOLEH DIBAKARKAN.. DAN JIKA DI TENYEH2 oleh MACHINE BOLEH TAPI HANYA DI BAWAH KULIT SHJ BUKAN LEMAK KAT KAWASAN KELILING ORGAN DALAMAN KITA...
So kesimpulannya jangan bergantung sepenuhnya dgn product...jangan mudah percaya dengan testimoni2, nak sihat dan slim sebenarnya.



INGAT TESTIMONI SETIAP ORG ADALAH BERBEZA MENGIKUT HORMONE setiap badan...ianya adalah bergantung kpd struktur badan sesorg...setiap org berbeza testimoninya...



Maka utk mendapat nasihat dan cara yg terbaik utk menurunkan berat secara teratur selamat haruslah mempunyai MENTOR...yg dah terbukti berjaya dan telah membantu ramai org....

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa adat org melayu mencuci keris & senjata pada Awal Muharam.


dipetik dari forum keriswarisan:
http://www.keriswarisan.com/live/forum/thread/327/mengapa-cuci-keris-senjata-pada-awal-muharam/


senol
Kalo ikut kata Dr Tenas Affendi dalam buku dia...cuci keris pada awal muharram simboliknya mcm buat azam tahun baru.detail tak ingat

farizfansuri
bulan perang berhenti rehat.cuci senjata

Nakhoda_Hitam
Ramai yang tahu tetapi tutup mulut sebab tidak mahu mengatakan bahawa bangsa Melayu wujud atas  pengaruh Agama Islam.

Panglima_Melayu_Jati

1. sebelum bulan Ramadhan.
2. awal Muharram
3. Maulud Nabi
4. setiap hari khamis

Ini mana yang saya dengar & ambil tahu..

Tp cara sy senang jer, petua ni dari seorang yg pakar dlm menjaga keris yg berkhadam @ jin...

1. cuci keris @ barang2 antik bila hati rasa nak cuci

2. jgn perasap dengan kemenyan jika tiada 'alamat' buruk @ mimpi
    suruh asapkan barang2 berkenaan

3. jangan amalkan perasap keris selalu, sebab kemenyan adalah makan
   jin @ khadam, dikhuatirkan daripada keris tu kosong, tetiba ada
   penghuni.. tak pun khuatir lau dah ada khadam tu nak 'makan' selalu..
   (sapa yg penat?.. kita jugak..)

4. tidak semestinya cuci pada hari khamis

klu dah cuci tetap berkarat macam mana ?
Betul tu... kena tengok karatnya tahap mana? Kalau teruk kena rendam utk cuci lagi lama dlm beberapa hari bukan sehari aje spt menggunakan rendaman air kelapa campur perahan limau nipis ataupun kaedah2 lain tetapi waspada jangan menggunakan bahan yg boleh merosakkan bilah. Lepas dah cuci bersih2 keringkan dan sapu minyak cendana atau bahan wangi yg lain sptnya supaya bukan sahaja mengharumkan bilah keris tetapi juga dapat menahan proses karat drp cepat berlaku selagi lapisan minyaknya masih ada. Keris2 pusaka (yg telah ada pengisian) mesti dibuat begini at least setahun sekali. Memang kekadang ada isyaratnya tapi malas nak cerita sini. Kalau tak berani jgn simpan barang2 pusaka begini sebab ada sesetengahnya memang garang sikit terutamanya keris jenis semata2 utk tempur sahaja.

beddezeuk
Kita sebagai penyimpan keris pusaka haruslah tahu adat tatatertib pusaka begini sepertimana mengikut ilmunya. Ramai yg tak tahu cakap pandai selalu jatuh hukum. Tidak akan jatuh syirik selagi kita tahu iktiqad tauhid kita kpd Allah s.w.t. Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kita tahu kedudukan kita dan tahu menggunakannya tak salah selagi tahu batas2nya. Kena ada sedikit sebanyak kefahaman dlm ilmu agama. Hamba mengikut tuan bukan sebaliknya

Originally posted by: TokEngkuHitam
Setahu saya, adat mencuci keris mengikut adat Nabi Muhammad SAW untuk azam tahun baru. Rasulullah pada awal Muharram mencuci tasbih Baginda. Simboliknya mencuci Roh kita agar bersih menempuh tahun baru. Bagi keris yang dicuci dan berkhadam simboliknya agar rumah yang dihuni bersih dan persediaan dalam menempuh tahun baru. Disamping dapat merawat tubuh fizikal dan tubuh halus penghuninya.

Cara mencuci keris....( memenuhi permintaan sahabat)

disalin dari blog cikgu nasir: http://cikgunasir.blogspot.com/2008/02/cara-mencuci-keris-memenuhi-permintaan.html

Terdapat pelbagai cara mencuci keris dan senjata di alam Melayu, bagi masyarakat Melayu Kelantan ia dikenali sebagai bacan. Terdapat beberapa langkah untuk mencuci senjata , antaranya ialah :

- Membuang karat pada bilah, jika karata hanya nipis dan biasa cukuplah hanya dengan mengosokkan dengan limau sahaja. Tetapi jika karat adalah tebal dan sudah lama maka ia perlulah direndamkan ke dalam air yang mengandungi air asam (asid). Sebaik-baiknya gunakanlah air kulit nenas, air kelapa dan yang paling mudah ialah menggunakan cuka makan.

- Bilah senjata tadi perlu direndam kedalam air asam tadi, biasanya lebih kurang 6 jam. Jika karat adalah terlalu tebal maka perlulah direndam lagi. (perlu waspada jangan merendam terlalu lama takut hanya tinggal tulang tengah sahaja). Sebaik-baiknya kaedah merendam adalah secara menidurkan keris bukan dengan cara keris berdiri.

- Kemudian bersihkan bilah keris dengan air biasa, diikuti dengan cucian limau nipis yang dibelah empat dan telah dibunag empulurnya. Cuci sehingga 5 hingga 15 minit. cucilah sehingga naik pamornya. to be continued.....

CARA MENCUCI SENJATA MELAYU

Tujuannya membersihkan dari karat dan mengelakkan dari cepat rosak.

(1) Tikam mata Badik atau Keris dsb ke dalam batang pisang, berkali-kali untuk tanggalkan karat
(2) Lap dengan kain bersih
(3) Gosokkan limau nipis atau buah nenas muda pada bahagian yang berkarat berkali-kali. Jika karat sukar hilang, rendam mata itu ke dalam air kelapa selama sehari dua.
(4) Basuh dengan air bersih dan lap
(5) Layur di atas bara api untuk keringkan besi
(6) Bila besi itu jadi panas sekadar boleh cairkan lilin, sapukan lilin.

Teknik naikkan pamur: Rendamkan mata keris atau badik ke dalam bekas yang mengandungi campuran air nasi yang menggelegak, belerang dan garam selama 3 atau 4 hari. Kemudian bersihkan mata itu dengan limau nipis. Wallahua'lam.

Sumber: FB @Hibatullah Yusuf Al-Haj

Cari bekas yang dapat merendamkan mata2 Keris itu. Kemudian sagat atau blend buah nenas. Rendam di dalam juice nenas itu, dan biarkan sampai 12 jam ke macam tuuuu! Isyaallah mata keris akan pulih. Setelah dibilas dengan air dan dikeringkan, letak minyak seperti minyak zaitun untuk mengelakkan daripada mata itu berkarat semula..... Orang2 lama dah ahli Keris tahu tentang kaedah juice nenas yang menjadi bahan pemulihan semula keris2 yang berkarat dan kotor.........

Sumber: FB Syukri Saad


Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :

1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Sumber: FB Ahmed Yushamudden Lubis