Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Showing posts with label senjata Melayu. Show all posts
Showing posts with label senjata Melayu. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Memanah bukan sekadar sukan

Memanah dalam Islam ada disebut oleh rasulullah sebagai sukan yang sangat digalakkan di samping berkuda dan berenang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 

"Ajarlah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda"

“Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim).

Memanah Turki Uthmaniah




               Apabila bercakap mengenai memanah tradisional, tidak dapat tidak tentera Muhammad Al-Fateh Turki Utmaniah akan disebut sebagai legenda tentera pemanah terbaik. Zaman itu merupakan zaman kegemilangan Islam di bawah Turki Uthmaniah. kejayaan umat Islam menawan Kota Konstatinopel di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh selalu disebut-sebut. Beliau disebut-sebut 800 tahun sebelum kelahirannya sebagai raja yang baik serta tentera yang baik yang akan menakluki Konstantinopel.

Sultan Muhammad Al-Fateh
Memanah Tradisional di Malaysia


             Sejarah memanah di Nusantara adalah sama ada telah hilang atau musnah. Walau bagaimanapun, bukti terawal memanah boleh didapati di dalam catatan perjalanan Ibn Battutah (1304 - mungkin 1368 atau 1377 Masehi), pengembara Muslim dari Maghribi. Beliau bercakap mengenai Urduja , seorang puteri pahlawan terkenal kepada kita seperti yang pertama Che Siti Wan Kembang, yang tentera terdiri daripada lelaki dan wanita pemanah menunggang kuda.
            Kira-kira seratus tahun kemudian, Melaka berkembang menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa dan Islam adalah penggerak di sebalik pertumbuhan dan kejayaannya. Dalam Islam, memanah adalah fardu kifayah (iaitu obligasi penyandang agama, bukan pada setiap individu, tetapi apabila masyarakat dengan perwakilan ) dan Nabi Muhammad, selawat dan salam yang Maha Berkuasa ke atasnya, banyak menekankan keperluan dan kepentingan belajar memanah.


            Dengan yang demikian , ia akan menjadi logik untuk membayangkan bahawa seperti negara Islam yang besar ia sekali ialah, penggunaan kuda dan memanah perlu menjadi amalan biasa, walaupun kekurangan bukti. Malah sebelum Melaka berkembang menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa, pengaruh Empayar Uthmaniyyah semakin meningkat dan Uthmaniyyah terkenal dalam kemahiran pemanah berkuda mereka. 


Telah direkodkan bahawa Urduja membeli busur dan anak panah daripada orang Arab dan orang-orang Turki. Beliau juga membeli kuda dari mereka dan dia belajar bahasa mereka juga. Ia juga dengan sendirinya menyimpulkan bahawa pemanah pahlawan kita mesti mengamalkan teknik yang digunakan oleh pemanah Islam (bertentangan dengan kaedah lain ).

            Kami masih mendedahkan bukti jenis busur, anak panah, aksesori yang berkaitan dan pakaian yang digunakan . Penemuan kami setakat ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa jenis busur adalah serupa dengan busur Uthmaniyyah dengan beberapa ciri-ciri yang khusus kepada rantau geografi nusantara.




Memanah dalam tradisi Jepun


Kyūdō (弓道:きゅうどう?), secara literal bermaksud "arah busur", merupakan seni memanah Jepun, juga merupakan seni bela diri Jepun yang moden (gendai budō).
Dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang setengah juta pengamal-pengamal kyūdō hari ini. Kyūdō merupakan sukan yang jarang dipraktikkan, dan tidak bergantung pada jantina mahupun umur. Jika para pengamal berdedikasi terhadapnya, tidak kira lelaki ataupun perempuan, mereka mampu mempelajarinya tidak mengira usia. Meskipun seseorang mampu mempelajari kyūdō pada bila-bila masa dalam kehidupan mereka, untuk menyempurnakan latihan ini boleh mengambil masa sepanjang hayat.
(sumber: wikipedia)

lagi sumber mengenai kyudo: http://www.kyudo.com/kyudo.html

Wednesday, November 21, 2012

CARA MENCUCI SENJATA MELAYU

Tujuannya membersihkan dari karat dan mengelakkan dari cepat rosak.

(1) Tikam mata Badik atau Keris dsb ke dalam batang pisang, berkali-kali untuk tanggalkan karat
(2) Lap dengan kain bersih
(3) Gosokkan limau nipis atau buah nenas muda pada bahagian yang berkarat berkali-kali. Jika karat sukar hilang, rendam mata itu ke dalam air kelapa selama sehari dua.
(4) Basuh dengan air bersih dan lap
(5) Layur di atas bara api untuk keringkan besi
(6) Bila besi itu jadi panas sekadar boleh cairkan lilin, sapukan lilin.

Teknik naikkan pamur: Rendamkan mata keris atau badik ke dalam bekas yang mengandungi campuran air nasi yang menggelegak, belerang dan garam selama 3 atau 4 hari. Kemudian bersihkan mata itu dengan limau nipis. Wallahua'lam.

Sumber: FB @Hibatullah Yusuf Al-Haj

Cari bekas yang dapat merendamkan mata2 Keris itu. Kemudian sagat atau blend buah nenas. Rendam di dalam juice nenas itu, dan biarkan sampai 12 jam ke macam tuuuu! Isyaallah mata keris akan pulih. Setelah dibilas dengan air dan dikeringkan, letak minyak seperti minyak zaitun untuk mengelakkan daripada mata itu berkarat semula..... Orang2 lama dah ahli Keris tahu tentang kaedah juice nenas yang menjadi bahan pemulihan semula keris2 yang berkarat dan kotor.........

Sumber: FB Syukri Saad


Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :

1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Sumber: FB Ahmed Yushamudden Lubis

Monday, February 21, 2011

Senjata Melayu Lama: Pupus ditelan zaman

Dalam persenjataan melayu,senjata yang paling dikenali adalah keris,tetapi,berapa ramaikah yang tahu bahawa bukan sahaja keris yang ada dalam seni senjata kita....antaranya :

Keris
Tombak,Lembing,Buluh Runcing
Pedang Melayu
Sundang
Tekpi
Kerambit,Lawi Ayam
Parang ( Lading,Jengok,Jambul)
Kapak,(Baling,Binjai)
Tongkat (Pendek,Panjang,Sangkuh)
Badik
Kelewang
Wali (Jantan/Betina)
Cindai
Kujang
Tapek Kali
Tapek Kalebang

Jagalah harta kita,jangan dijaga harta orang,dan jangan biarkan harta kita dijaga orang..

bersumber dari:

http://www.warisanpusakamelayu.blogspot.com/

tambahan dari penulis:

buku lima
kuku rimau
tumbuk lada
cucuk sanggul
busur dan panah; dan yang paling ampuh
doa... hehe