Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, January 16, 2013

Orang Kelantan Melayu sebenar?


PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.
Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.
Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm#ixzz2I7L04kjO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, December 5, 2012

Tips menurunkan berat badan dari Tengku Norihan

Disalin dari FB Tengku Norihan: http://www.facebook.com/tengkunorihan

Kepakaran saya adalah membantu mereka menurunkan berat badan dengan selamat, sihat dan cepat dgn menggunakan 7 formula yg mmg sainstifik...dan formula ini telah saya praktikan lebih drp 10 tahun...Dah ramai saya telah bantu tukarkan kehidupan mrk dari gemuk menjadi anggun, dari ada penyakit mmg dah hilang penyakit tsbt, dari terpaksa makan ubat sepanjang hidup mrk sekarang dah berhenti terus, sbb 
doktor sendiri terkejut, dari yg tak boleh berjalan dan bangun sekarang boleh bergerak ke mana saja...itu lah nikmatnya... sebenarnya saya ingin membantu ramai lagi kat luar sana.

Saya sebenarnya terpanggil nak berkongsi ttg mrk yg nak menurunkan berat badan dgn hanya berbekalkan product2 yg mmg byk kat pasaran skrg...
Paling menyedihkan mrk ini berbelanja duit dgn byknya....akhirnya duit habis tapi berat badan tak berganjak dgn byk dan kalau turun slps berhenti product naik pulak berat badan...paling sedih dah turun berat badan ni...bila pergi checking dgn Doktor timbul penyakit lain hasil cara permakanan yg salah sambil penggunaan product...yg mmg suka sangat digembar gemburkan la sangat...

Baik...kita skrg didedahkan dgn pelbagai mesin utk menghancurkan lemak..yg ditenyeh2 kat kawasan yg byk lemak... Dan sanggup tubuh mrk diperlakukan sampai berjam2....Aduh saya merasa sedih melihat mrk yg nak shortcut nak turunkan berat badan...
Begini....kita kena faham satu konsep untuk menurunkan berat badan....



1. Makanan yg paling bagus adalah pengambilan secara natural, tanpa pemperosesan..ini krn zat dan vitaminnya masih terpelihara...



2. Mmg benar jika kita tak suka makan sayur, tak minum susu, tak suka makan buah...maka penyelesaiaannya adalah pengambilan makanan tambahan....

Baik nak jelaskan di sini...saya diberitahu...ramai yg telah makan product...mrk tak boleh makan nasi, tak boleh makan buah, tak boleh makanan yg bergoreng...dan hanya product ini shj yg perlu kita makan....Hello hello jgn mudah tertipu..... Makanan yg sebenarnya adalah perlu diambil semua katogori dan tidak ada satu pun perlu ditinggalkan. Tetapi kita makan mengikut kalori yg sepatutnya kita makan setiap hari la...
Banyak product di luar sana tidak mendpt pengiktirafan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia...
Cara memilih product yg bagus ialah:



A. Product menyenaraikan fakta nutri yg lengkap sbg rujukan kpd pengguna.
B. Mendpt kelulusan KKM utk local dan FDA utk international..demi menjaga kesihatan dan bahan yg dimasukkan
C.Product tersbt tidak boleh menggantikan semua atau perlu makan "dia" jer..utk setiap meal...perlu juga mengambil permakanan yg normal...
D. Jika anda mempunyai masalah atau penyakit sila mendpt nasihat doktor terlebih dahulu...dan bawa product tsbt tunjuk kat Doktor..agar dia tahu apa bahan kandungan tersebut...



3. Prinsip yg seterusnya...Dalam badan kita ada dua lemak iaitu lemak dibawah kulit dan satu lagi lemak2 yg mengeliling kat organ2 badan manusia iaitu dikenali sbg Visceral Fat...yg byk berkumpul di belakang perut...yg menjadikan kita buncit...dan byk penyakit2 kronik spt kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser...ianya berpunca dari sini...



PERINGATAN:- LEMAK HANYA BOLEH DIKELUARKAN MELALUI SENAMAN ATAU AKTIVITI SUKAN YG MELIBATKAN MASA 30 - 45 minit KE ATAS TANPA HENTI BARU BOLEH DIBAKARKAN.. DAN JIKA DI TENYEH2 oleh MACHINE BOLEH TAPI HANYA DI BAWAH KULIT SHJ BUKAN LEMAK KAT KAWASAN KELILING ORGAN DALAMAN KITA...
So kesimpulannya jangan bergantung sepenuhnya dgn product...jangan mudah percaya dengan testimoni2, nak sihat dan slim sebenarnya.



INGAT TESTIMONI SETIAP ORG ADALAH BERBEZA MENGIKUT HORMONE setiap badan...ianya adalah bergantung kpd struktur badan sesorg...setiap org berbeza testimoninya...



Maka utk mendapat nasihat dan cara yg terbaik utk menurunkan berat secara teratur selamat haruslah mempunyai MENTOR...yg dah terbukti berjaya dan telah membantu ramai org....

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa adat org melayu mencuci keris & senjata pada Awal Muharam.


dipetik dari forum keriswarisan:
http://www.keriswarisan.com/live/forum/thread/327/mengapa-cuci-keris-senjata-pada-awal-muharam/


senol
Kalo ikut kata Dr Tenas Affendi dalam buku dia...cuci keris pada awal muharram simboliknya mcm buat azam tahun baru.detail tak ingat

farizfansuri
bulan perang berhenti rehat.cuci senjata

Nakhoda_Hitam
Ramai yang tahu tetapi tutup mulut sebab tidak mahu mengatakan bahawa bangsa Melayu wujud atas  pengaruh Agama Islam.

Panglima_Melayu_Jati

1. sebelum bulan Ramadhan.
2. awal Muharram
3. Maulud Nabi
4. setiap hari khamis

Ini mana yang saya dengar & ambil tahu..

Tp cara sy senang jer, petua ni dari seorang yg pakar dlm menjaga keris yg berkhadam @ jin...

1. cuci keris @ barang2 antik bila hati rasa nak cuci

2. jgn perasap dengan kemenyan jika tiada 'alamat' buruk @ mimpi
    suruh asapkan barang2 berkenaan

3. jangan amalkan perasap keris selalu, sebab kemenyan adalah makan
   jin @ khadam, dikhuatirkan daripada keris tu kosong, tetiba ada
   penghuni.. tak pun khuatir lau dah ada khadam tu nak 'makan' selalu..
   (sapa yg penat?.. kita jugak..)

4. tidak semestinya cuci pada hari khamis

klu dah cuci tetap berkarat macam mana ?
Betul tu... kena tengok karatnya tahap mana? Kalau teruk kena rendam utk cuci lagi lama dlm beberapa hari bukan sehari aje spt menggunakan rendaman air kelapa campur perahan limau nipis ataupun kaedah2 lain tetapi waspada jangan menggunakan bahan yg boleh merosakkan bilah. Lepas dah cuci bersih2 keringkan dan sapu minyak cendana atau bahan wangi yg lain sptnya supaya bukan sahaja mengharumkan bilah keris tetapi juga dapat menahan proses karat drp cepat berlaku selagi lapisan minyaknya masih ada. Keris2 pusaka (yg telah ada pengisian) mesti dibuat begini at least setahun sekali. Memang kekadang ada isyaratnya tapi malas nak cerita sini. Kalau tak berani jgn simpan barang2 pusaka begini sebab ada sesetengahnya memang garang sikit terutamanya keris jenis semata2 utk tempur sahaja.

beddezeuk
Kita sebagai penyimpan keris pusaka haruslah tahu adat tatatertib pusaka begini sepertimana mengikut ilmunya. Ramai yg tak tahu cakap pandai selalu jatuh hukum. Tidak akan jatuh syirik selagi kita tahu iktiqad tauhid kita kpd Allah s.w.t. Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kita tahu kedudukan kita dan tahu menggunakannya tak salah selagi tahu batas2nya. Kena ada sedikit sebanyak kefahaman dlm ilmu agama. Hamba mengikut tuan bukan sebaliknya

Originally posted by: TokEngkuHitam
Setahu saya, adat mencuci keris mengikut adat Nabi Muhammad SAW untuk azam tahun baru. Rasulullah pada awal Muharram mencuci tasbih Baginda. Simboliknya mencuci Roh kita agar bersih menempuh tahun baru. Bagi keris yang dicuci dan berkhadam simboliknya agar rumah yang dihuni bersih dan persediaan dalam menempuh tahun baru. Disamping dapat merawat tubuh fizikal dan tubuh halus penghuninya.

Cara mencuci keris....( memenuhi permintaan sahabat)

disalin dari blog cikgu nasir: http://cikgunasir.blogspot.com/2008/02/cara-mencuci-keris-memenuhi-permintaan.html

Terdapat pelbagai cara mencuci keris dan senjata di alam Melayu, bagi masyarakat Melayu Kelantan ia dikenali sebagai bacan. Terdapat beberapa langkah untuk mencuci senjata , antaranya ialah :

- Membuang karat pada bilah, jika karata hanya nipis dan biasa cukuplah hanya dengan mengosokkan dengan limau sahaja. Tetapi jika karat adalah tebal dan sudah lama maka ia perlulah direndamkan ke dalam air yang mengandungi air asam (asid). Sebaik-baiknya gunakanlah air kulit nenas, air kelapa dan yang paling mudah ialah menggunakan cuka makan.

- Bilah senjata tadi perlu direndam kedalam air asam tadi, biasanya lebih kurang 6 jam. Jika karat adalah terlalu tebal maka perlulah direndam lagi. (perlu waspada jangan merendam terlalu lama takut hanya tinggal tulang tengah sahaja). Sebaik-baiknya kaedah merendam adalah secara menidurkan keris bukan dengan cara keris berdiri.

- Kemudian bersihkan bilah keris dengan air biasa, diikuti dengan cucian limau nipis yang dibelah empat dan telah dibunag empulurnya. Cuci sehingga 5 hingga 15 minit. cucilah sehingga naik pamornya. to be continued.....

CARA MENCUCI SENJATA MELAYU

Tujuannya membersihkan dari karat dan mengelakkan dari cepat rosak.

(1) Tikam mata Badik atau Keris dsb ke dalam batang pisang, berkali-kali untuk tanggalkan karat
(2) Lap dengan kain bersih
(3) Gosokkan limau nipis atau buah nenas muda pada bahagian yang berkarat berkali-kali. Jika karat sukar hilang, rendam mata itu ke dalam air kelapa selama sehari dua.
(4) Basuh dengan air bersih dan lap
(5) Layur di atas bara api untuk keringkan besi
(6) Bila besi itu jadi panas sekadar boleh cairkan lilin, sapukan lilin.

Teknik naikkan pamur: Rendamkan mata keris atau badik ke dalam bekas yang mengandungi campuran air nasi yang menggelegak, belerang dan garam selama 3 atau 4 hari. Kemudian bersihkan mata itu dengan limau nipis. Wallahua'lam.

Sumber: FB @Hibatullah Yusuf Al-Haj

Cari bekas yang dapat merendamkan mata2 Keris itu. Kemudian sagat atau blend buah nenas. Rendam di dalam juice nenas itu, dan biarkan sampai 12 jam ke macam tuuuu! Isyaallah mata keris akan pulih. Setelah dibilas dengan air dan dikeringkan, letak minyak seperti minyak zaitun untuk mengelakkan daripada mata itu berkarat semula..... Orang2 lama dah ahli Keris tahu tentang kaedah juice nenas yang menjadi bahan pemulihan semula keris2 yang berkarat dan kotor.........

Sumber: FB Syukri Saad


Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :

1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Sumber: FB Ahmed Yushamudden Lubis

Friday, October 26, 2012

Tengkolok Melayu Kedah

sumber: http://www.mykedah2.com/10heritage/105_13.html
(ditulis oleh M.C. ff Sheppard dari maklumat dan demonstrasi CHE' MOHD AKIB BIN YAACOB)


Penutup kepala anak lelaki Melayu turun-temurun ialah ikatan kain di kepala (berlainan dari serban) dan bukan songkok berbentuk bulat yang dipakai oleh kebanyakan lelaki Melayu sekarang ini. Perbezaan bentuk yang terhasil dari lipatan atau ikatan kain ini menunjukkan perbezaan pangkat atau jawatan orang yang memakainya. Masing-masing mengikat tengkolok dengan bentuk atau ikatan yang berlainan.

Sejak dua puluh lima tahun lalu, penggunaan ikatan kepala yang teliti dan berperaturan (dipanggil tengkolok atau tanjak) hanya dipakai pada majlis-majlis atau upacara rasmi yang jarang-jarang sekali berlaku. Sehingga kini, masih terdapat orang-orang Melayu yang enggan memakai tengkolok walaupun untuk bersanding. Setelah negara mencapai kemerdekaan, tengkolok diberi perhatian semula. Malangnya, sudah tidak ramai lagi orang yang pandai mengikat dan melipat tengkolok dalam pelbagai bentuk dan gaya seperti yang dipakai pada zaman dahulu. Adalah menjadi suatu kebimbangan jika sekiranya orang yang ahli dalam bidang mengikat tengkolok ini meninggal dunia, maka kemahiran di bidang ini akan turut pupus bersama mereka. Che' Mohd Akib bin Yaacob, Pegawai Pentadbir Negeri Kedah dan sekarang ialah Pegawai Daerah Kota Star ialah seorang yang mahir mengikat tengkolok Kedah. Tengkolok-tengkolok yang terpapar di daIam gambar-gambar di bawah semuanya diikat oleh beliau. Catatan bagaimana sesuatu tengkolok itu diikat dibuat ketika Che' Mohd Akib menunjukkan bagaimana setiap satunya dilakukan.

Tengkolok atau penutup kepala orang Melayu di dalam sesuatu istiadat biasanya diikat dari sehelai kain songket sutera tenunan tangan. Kain itu hendaklah keras supaya boleh dilipat-lipat dan lebamya ialah 34 inci. Kain tengkolok itu disulam dengan bunga-bunga yang bercorak tradisi dari benang emas atau benang perak. Warna tanah kain tengkolok biasanya terdiri dari satu wama sahaja seperti hitam, merah tua, hijau tua atau ungu.

Cara kain dilipat untuk membentuk tengkolok; mulanya ditemukan dua penjuru atau sudut kain menjadi tiga persegi. Puncak kain tiga persegi ini akan disebut di dalam catatan ini sebagai "Pucuk" yang bermaksud pucuk kepada tengkolok. Apabila kain tiga persegi ini dibentangkan di atas meja, sudut hujung kiri dan kanan tapaknya disebut "hujung kuasa". Tempat hujung kuasa ini diletakkan atau diselitkan selepas sesuatu tengkolok itu siap diikat membawa makna yang tersendiri. Hujung kuasa ini seolah-olah merupakan lencana pangkat tinggi atau rendah darjat seseorang. Hujung kuasa kain tengkolok menjelaskan setinggi mana kuasa yang dipunyai oleh pemakai tengkolok di dalam negeri itu.

Ada dua lagi petua memakai tengkolok Kedah. "Simpul" kain tengkolok selepas diikat sesedap rasa tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar selalunya diletak berbetulan dengan telinga kanan atau telinga kiri dan tidak sekali-kali diletakkan simpuI itu di atas tengkok atau di belakang kepala. Jika simpul tengkolok itu diletakkan di atas telinga kiri, pemakainya ialah seorang yang berdarah raja. Jikalau yang memakai tengkolok itu meletakkan simpul berbetulan telinga kiri tetapi bukan dari ahli kerabat, itu menunjukkan pemakainya mempunyai tugas atau jawatan yang tertinggi di dalam negeri seperti Menteri Besar sehingga membolehkan beliau memakai gelaran "Yang Teramat Mulia". Rakyat biasa meletakkan simpul tengkolok di atas telinga kanan. Pada zaman dahulu orang yang memakai tengkolok dan meletakkan simpulnya di belakang atau di atas tengkok ialah perompak ataupun seorang perajurit.

Ikatan Bendahara

Pegawai terpenting sekali di dalam Negeri Kedah satu masa dahulu ialah Bendahara dan sekarang dikenali sebagai Menteri Besar. Ikatan tengkolok Bendahara yang bertugas di dalam negeri berbeza bentuknya dari ikatan Bendahara yang dalam perjalanan kerana bertugas di luar negeri. Perbezaan antara kedua tengkolok tersebut ditunjukkan dalam Gambar 1 dan 3. Untuk membentuk tengkolok Bendahara, pertama sekali, kain berlipat tiga persegi hendaklah dibentangkan di atas meja. Tapak atau bahagian lebar kain hendaklah dilipat lima lapis seolah-olah dikelim kelima lapis itu nipis-nipis. Hujung kuasa keduanya disimpulkan sekali lagi dan dilipatkan ke belakang hampir bersusun dengan "Pucuk". Hujung kuasa yang tertinggi dari kawannya dapat dilihat menegak lebih tinggi dari hujung "Pucuk". Kedua-dua hujung kuasa dan pucuk dapat dilihat jika direnung tengkolok itu betul-betul. Sesusun rambut di kepala tidak bertutup tetapi biasanya dapat dilihat hanya ketika pemakainya duduk. Simpul tengkolok terletak betul-betul di atas telinga kiri (Gambar 1 dan 2).

Gambar 1
Gambar 2

Apabila Menteri Besar membuat perjalanan kerana bertugas di luar negeri, hanya satu hujung kuasa sahaja yang ditegakkan dan "Kuasa" itu ditegakkan betul-betul di atas mata kirinya dan tidak mengatasi pucuk tengkolok. (Lihat Gambar 3)

Gambar 3


Ikatan Temenggung

Pegawai negeri yang berkuasa selepas Bendahara ialah Temenggung. Beliau bertanggungjawab mengawal undang-undang dan keamanan negeri. Kain tengkolok Temenggung mempunyai empat lapis pelit. Tepi kain yang bercorak-corak mengelilingi pucuk tengkolok dilipat di atas pelit yang telah dilipatkan dan dilentik pucuk kain itu melayah ke belakang kepala. Simpul tengkolok terletak betul-betul di atas telinga kanan. Kedua-dua hujung kuasa diruntun ke belakang dan menutup dua pertiga bahagian kepala, tetapi rambut dapat dilihat dari hadapan. Hujung kuasa dilentik ke atas dan diletak di sebelah dalam bertindih dengan hujung pucuk tengkolok. (Lihat Gambar 4 dan 5)

Gambar 4
Gambar 5

Ikatan Laksamana

Tapak kain tengkolok dijadikan dari tiga lapis pelit. Selapis dari lipatannya dapat dilihat menangkup simpul tengkolok di atas telinga kiri. Pucuk tengkolok dilipat supaya bertindih dengan bahagian hujung sebelah atasnya yang dilentik dengan cermat naik ke atas. Kain yang dilipat itu kemudiannya disimpulkan. Kedua-dua hujung kuasanya dicantum dan diletakkan selari walaupun teratas sedikit dari pucuk tengkolok. Hujung kuasa diletak tegak di atas telinga kanan. (Di sini tengkolok ini dipakai oleh seorang ahli Kerabat Diraja. Jika rakyat biasa memakainya, pucuk tengkolok, hujung kuasa dan simpulnya hendaklah terletak di atas telinga kiri). (Lihat Gambar 6 dan 7) 

Gambar 6
Gambar 7
 Ikatan Syahbandar

Lipatan pada tapak kain tengkolok dibuat sebanyak tiga lapisan seperti pada tengkolok Laksamana. Tepi kain yang bercorak-corak setebal dua inci itu akan menjadi tubuh tengkolok Syahbandar mengelilingi kepalanya. Apabila dua hujung kuasanya disimpulkan selapis, pucuk tengkolok yang agak tebal dilentik ke atas kepala dan menampakkan pelit tiga lapis tadi dari hadapan dengan jelas (Tidak seperti yang berlaku kepada tengkolok ikatan lain). Pucuk tengkolok terletak di belakang telinga kiri mengarah ke belakang. Hujung kuasa sebelah kanan yang terpacul dari simpulnya dari sebelah dalam di atas pucuk tengkolok, menonjol ke hadapan di tengah-tengah dahi. Satu lagi hujung kuasa tidak dapat dilihat kerana tertindih di bawah lipatan dalam kain pucuk tengkolok. Sebahagian besar dari atas kepala tidak bertutup. (Lihat Gambar 8 )

Gambar 8


Ikatan Dato' Setia

Tengkolok Dato' Setia tidak jauh bezanya dari ikatan Syahbandar. Kain pucuk dilentur menghala ke telinga kiri dan tidak dibawa ke belakang kepala seperti tengkolok Syahbandar. Hujung kuasa dicantum sekali ke belakang kepala dan menjunam ke bawah di dalam kain pucuk tengkolok dan dengan begitu hujung kuasa tidak dapat di lihat. Hujung kuasa disembunyikan kerana Dato' Setia bukanlah pegawai yang berkuasa penuh, beliau hanya menjalankan tugas-tugas yang diperintahkan oleh Sultan. Sebahagian besar bahagian di atas kepala tidak ditutup. (Lihat Gambar 9)

Gambar 9


Ikatan Anak Baik-baik

(Tengkolok ini boleh dipakai oleh rakyat biasa yang tidak berpangkat atau berjawatan tetapi berketurunan baik-baik). Tidak seperti ikatan-ikatan lain, tengkolok anak baik-baik diikat terus di atas kepala. Tapak atau asas kain tengkolok dilipat cuma satu pelit sebelum kedua-dua hujung kuasanya dilipat bertindih-tindih antara satu sama lain. Kemudian kedua-dua hujung kuasa ini dimatikan dalam simpulannya yang longgar. Bahagian tengah kain yang dilipat tadi diletakkan di beIakang kepaIa dan pucuknya ditarik ke hadapan menutupi keseluruhan bahagian kepala. Kedua-dua hujung tapak kain ditarik ke hadapan mengelilingi kepala di kedua-dua bahagian kanan dan kiri. Bahagian kiri dilipat masuk di celah lipatan atas telinga kanan dan hujung kanannya dibelit ke dahi di luar pelipis kiri dan diselit di belakang tengkolok. Tempat diselit itu bergantung kepada saiz kepala pemakainya. Dalam ikatan Anak Baik-baik ini, tidak ada simpul tengkolok dan tidak ada hujung kuasa. Ikatan ini biasanya disebut sebagai "Ketam Budu". (Lihat Gambar 10)

Gambar 10

Friday, September 28, 2012

Tanjak, Tengkolok Mempunyai Sifat


Ada sesetengah tanjak, tengkolok jika dipakai orang, pemakainya akan nampak manis berseri, gembira, megah atau garang seperti Imam Perang. Ini disebabkan tanjak yang dipakai itu sendiri dibuat supaya nampak bersifat dan membantu pemakai menunjukkan siapa dirinya.

Tanjak, Tengkolok mempunyai ada banyak jenis sifat.
Jika belajar lebih mendalam pasti akan jumpa sifat asasnya yang terbahagi kepada 5.
Kalau tak kenal sifat memang tak sempurna untuk dihayati, apatah lagi kalau mahu membuatnya dengan sempurna.

Sedikit ringkasan 5 sifat asas tersebut.

1-Megah (kebanyaknnya ialah tengkolok raja dan Bangsawan, dato-dato, yg dituakan atau ketua-ketua dan org kaya)
 -Contoh tanjak raja,sultan
 -Jenis peringkat awal yg paling mudah belajar dan dikuasai atau sempat belajar dan diperturunkan pada generasi baru.


Contoh tanjak bersifat MEGAH ialah TANJAK DENDAM TAK SUDAH





2-Cinta/Asmara (Bentuk berbunga-bunga seperti hati yg berbunga-bunga dan kasih sayang, gembira)
 -Contoh bentuk berbunga-bunga dan indah cantik lebih berseni.


Contoh tanjak bersifat CINTA ialah TANJAK KACANG SEHELAI DAUN


3-Duka (Untuk majlis berkabung, kematian atau sedang berduka, sedih,rendah diri, kecewa)
 -Contoh paling mudah , Tanjak BUGIS TAK BALIK.

Contoh tanjak bersifat DUKA ialah TANJAK BUGIS TAK BALIK

4-Teguh (Bentuk yg mantap, kasar, gagah)
 -Contoh paling mudah, Thakur Tukang Besi, nampak gagah dan keras,Patuh arahan.


Contoh tanjak bersifat Teguh ialah TANJAK ALANG ISKANDAR

5-Sombong (nampak garang, jiwa pahlawan, Marah, ganas, Tegas)
 -Contoh bentuk yg nampak garang, sombong seseuai untuk pahlawan dan ketua angkatan perang.
  Makin Jelas nampak terutama apabila dipakai.
 -Jenis ini ramai yg tak suka belajar sebab salah faham istilah "sombong" dianggap tidak baik dan jahat. paling sayang tak ramai mampu belajar tahap ini.

Contoh tanjak bersifat Sombong ialah TANJAK TOK BERUAS (Gambar akan diupdate kan)


Perlu diingat juga tidak semestinya setiap tanjak hanya ada 1 sifat.
contoh seperti :  -Tanjak Tok Beruas, sifatnya Sombong,teguh dan Megah
 -Tanjak Mahkota Alam, sifatnya Megah,Teguh
 -Tanjak Alang Iskandar, Sifatnya Megah dan Teguh
 -Tanjak Kacang Sehelai Daun, Sifatnya Cinta dan Megah
 -Tanjak Padau Berlangit/Padau Melangit, Sifatnya Cinta dan Megah


Contoh Tanjak Padau Berlangit/Padau Melangit

sebab tu apabila ingin membuatnya untuk seseorang, sebaiknya perlu mencari siapa yg memakai dan memahami tujuan untuk apa.
Contohnya
- Jika untuk perjumpaan kematian dan berkabung maka janganlah pakai tanjak yang berbunga.
- Jika mahu dinampakkan garang dan tegas, maka janganlah hanya memiliki sifat Cinta dan Megah

Sebab itu pentingnya belajar mengenai sifat untuk kuasai membuat tanjak,Tengkolok dan dekstar dengan sempurna.