Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Monday, June 20, 2011

SEJARAH KESENIAN ISLAM DALAM ILMU PERSILATAN DI NUSANTARA

disalin dari: http://newpaces.com/forum/topic/485

Disediakan oleh: Siti Nooranizah Binti Saloji ( A120260 )

1.0 PENDAHULUAN

Seni adalah keindahan. Seni sesuatu yang abstrak sifatnya, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa. Seni memiliki astetic value atau nilai rasa indah. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, manakala Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud “kerja berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.”
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam pula ialah niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam itu. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah S.W.T, di mana Allah S.W.T mahukan hamba-hamba-Nya sentiasa berada dalam kesejahteraan. Oleh itu, seni merupakan salah satu unsur yang dapat memberi kesejahteraan kepada manusia.
Dengan ini, wajarlah melalui ketamadunan Islam, telah lahir keindahan kesenian Islam yang terpancar dari bidang-bidang di mana seniman-seniman Islam telah meneroka dan telah berjaya menemui pendekatan dan perlambangan yang mendekatkannya dengan cita rasa keagungan penciptaan-Nya. Antara bidang kesenian Islam yang kukuh dan dapat memancarkan keindahan ialah seni sastera, seni khat, seni bina, seni suara dan beberapa bidang yang lain.
Kesenian Islam juga terserlah dalam ilmu seni mempertahankan diri atau seni silat. Setiap bangsa mempunyai ilmu seni mempertahankan diri, iaitu kepada orang Melayu disebut silat, gayung, pencak atau kali. Lumrah kepada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu disebutnya silat atau gayung, namun perkataan silat adalah lebih masyhur digunakan yang menjadi pakaian pahlawan yang di dalamnya mengandungi rahsia ilmu seni perang Melayu tradisi di mana kaedah mengenai ilmu seni mempertahankan diri merupakan sebahagian daripadanya.
2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN SENI SILAT
Seni Silat adalah sejenis ilmu membela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan Melayu. Seni silat ini bukan sahaja mengutamakan unsur persilatan malah mementingkan unsur kesenian dan peradaban Melayu sebagai pelengkap yang tidak dapat dipisahkan (Tuan Ismail 1991: 1). Oleh kerana luasnya alam Melayu, maka seni bela diri orang Melayu dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan mengikut bahasa dan loghat tempatan. Sebagai contoh, di Indonesia seni bela diri dikenali sebagai ‘Pencak Silat’ tetapi di Malaysia seni ini dikenali sebagai ‘seni silat’ ataupun bersilat. Di Indonesia dan Malaysia, silat ditakrifkan sebagai teknik membela diri dalam pergaduhan atau pertarungan. Oleh itu, orang yang pandai bersilat ialah orang yang pandai membela dirinya dalam pergaduhan dengan menggunakan teknik membela diri (Tuan Ismail 1991: 3).
Menurut Don F.Draeger, silat bererti sama ada latihan persendirian yang bebas dari segi gerakan jasmani atau pertarungan yang sebenar dengan seorang musuh. Selanjutnya, Ku Ahmad bin Ku Mustaffa dan Wong Kiew Kit pula menerangkan silat ialah satu siri gerakan jasmani untuk menyerang dan mengelak yang lemah lembut sifatnya. Selain gerakan ini, seseorang itu juga melakukan penyerangan terhadap musuhnya selain mengutamakan pembelaan dirinya (Tuan Ismail 1991: 3-4).
Untuk menentukan kemenangan dalam sebarang persilatan, digunakan beberapa tipu muslihat. Kerapkali tipu muslihat itu tersembunyi dalam gerakan dan kedudukan pesilat yang ternampak seolah-olah sedang menari, lemah dan alpa. Dalam Kamus Dewan, tipu muslihat ialah elak (atau ilat mengikut bahasa loghat di sebelah utara Malaysia Barat). Pada penulis, mungkin perkataan ‘si elat’ atau ‘si ilat’ (orang yang pandai tipu muslihat) seperti perkataan pendekar berasal daripada gabungan perkataan ‘pandai akal’ (Tuan Ismail 1991: 4).
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI SILAT
Tidak dapat disangkal, secara semulajadi manusia mempunyai deria untuk membela dirinya tanpa mengira sama ada dia pakar atau bukan pakar dalam ilmu persilatan. Apabila diserang dia tetap akan bertindak balas sama ada secara seni atau secara semulajadi. Kenyataan ini membayangkan bahawa ilmu membela diri sudah lama wujud bersama-sama kewujudan awal kebudayaan manusia dalam sejarah (Tuan Ismail 1991: 39).
Semenjak zaman Paleolitik lagi iaitu lebih kurang 15000 S.M., ilmu membela diri digunakan oleh manusia purba yang dikenali dengan panggilan Phithecanthropus erectus untuk membela diri mereka daripada diancam oleh binatang buas. Kemudian ilmu membela diri digunakan pula untuk membela diri mereka daripada diancam oleh manusia lain terutama sekali pada zaman manusia mulai berpuak-puak dan ingin saling menguasai puak lain (Tuan Ismail 1991: 40).
Berpedomankan penemuan arkeologi dan tinggalan zaman seperti ukiran di candi Borobudur dan candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem membela diri di daerah Kepulauan Melayu pada abad ke-8 (Tuan Ismail 1991: 40). Namun perkataan silat hanya wujud sekitar kurun ke-16 kerana sebelum itu silat hanya dikenali sebagai ilmu berkelahi, ilmu hulubalang, ilmu penjurit, ilmu kesaktian atau ilmu gagah berani yang lebih difahami sebagai ilmu seni perang Melayu tradisi yang menjadi pakaian para pahlawan atau panglima perang (Anuar 2008: 18).
Sejarah silat secara langsung selari dengan sejarah perkembangan tamadun kerajaan Melayu tradisi di mana angkatan pertahanan negara dianggotai oleh pahlawan dan orang perang yang mahir silat. Kisah peperangan dan kehebatan wira dan wirawati yang menjadi pemimpin perang memang tercatat dalam kebanyakkan sastera Melayu tradisi sama ada hikayat dan panji Melayu (Harun Mat Piah 1980: 71). Orang Melayu telah mencipta dan mengamalkan ilmu seni silat sebelum kedatangan pengaruh luar, kemudiannya menjadi penting dalam membentuk kekuatan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu tradisi Kedah Lama, Beruas, Langkasuka, Champa, Kemboja, Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Pattani. Misalnya, kerajaan Melayu Champa telah menghantar perwira-perwiranya dalam beberapa peperangan seperti di Kalimantan, Majapahit dan Minangkabau di Sumatera (Anuar 2008: 18).
Bermula dari Kepulauan Riau, sistem membela diri Melayu ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di sana, sistem ini diperhalusi dan dikenali sebagai ilmu persilatan Indonesia. Ilmu persilatan ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya dari abad ke-7M hingga abad ke-14M untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman Majapahit (dari abad ke-13M hingga abad ke-16M), ilmu persilatan ini dikatakan mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan (Tuan Ismail 1991: 40). Senjata silat yang berbentuk lengkap wujud sekitar 2,500 tahun dahulu dengan penemuan keris tembaga di daerah Sungai Mekong dan lukisan di candi Borobodur di Tanah Jawa (Anuar 2008: 19).
Dari Minangkabau, seni silat diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Tetapi dalam zaman Kesultanan Melaka hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari seni silat (Tuan Ismail 1991: 41). Silat menjadi penting dan diletakkan di bawah perlindungan istana untuk membentuk angkatan perang raja. Raja-raja Melayu menggalakkan putera dan anak-anak pembesar mempelajari silat dan ilmu-ilmu lain yang sehubungan dengan keperluan perang. Pendekar yang handal diangkat mengepalai angkatan perang dan mendapat kurnia serta darjat daripada raja (Anuar 2008: 19). Di dalam Sejarah Melayu karangan A. Samad Ahmad (1979: 75), menceritakan Sultan Muhammad Shah telah memilih seorang pegawai Champa sebagai pegawai kanan kerana orang Champa memiliki kemahiran dalam ilmu perang dan pengetahuan dalam pemerintahan negeri.
Persilatan Melayu dan kepahlawanannya dicatat dengan indah dan meluas di dalam karya sastera Melayu misalnya Hikayat Hang Tuah di zaman kegemilangan Melaka. Penjurit bernama Tameng Sari telah terbunuh dalam pertempuran silat menentang Hang Tuah dan kerisnya dihadiahkan kepada Hang Tuah setelah peristiwa itu oleh Betara Majapahit (Hikayat Hang Tuah 1973: 136).
Walaubagaimanapun, seni silat seperti juga dengan kesenian istana yang lain, akhirnya sampai juga ke pengetahuan rakyat dan seterusnya menjadi kesenian desa. Peralihan seni silat daripada kesenian istana kepada kesenian desa berlaku dengan pesatnya setelah pengaruh barat bertapak dengan kukuh di Semenanjung Tanah Melayu semenjak tahun 1511M (Tuan Ismail 1991: 41).
Kerajaan Melayu Bugis, misalnya menonjolkan ketokohan Raja Kecil yang telah terlibat dalam mempertahankan beberapa peperangan saudara kerajaan di Tanah Melayu, Palembang, Jambi dan Sumatera (Hikayat Siak 1992: 121). Keadaan ini menjadi semakin jelas apabila orang-orang Bugis dan Minangkabau terlibat dalam politik di negeri-negeri Melayu yang membabitkan kerajaan Melayu Johor. Orang-orang Minangkabau yang mahir dalam persilatan dan ilmu perang campur tangan dalam sejarah Johor khasnya mengenai perebutan takhta antara Raja Kecil dari Siak. Konflik di Johor yang melibatkan orang-orang Bugis yang juga mahir dalam ilmu perang serta persilatan Melayu (Anuar 2008: 21).
Sejarah di atas memperlihatkan istana yang menaungi institusi silat dan para pahlawan Melayu telah berubah selepas campur tangan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu sekitar 1824M dan 1870an. Istana tidak lagi menaungi institusi silat dan tidak lagi mempunyai orang perang. Pahlawan Melayu telah kembali ke pangkuan masyarakat desa bagi membentuk kekuatan bangsa meneruskan usaha menentang penjajah. Bagaimanapun hubungan istana dengan silat masih berterusan misalnya di arah mata angin barat Kuala Selangor terdapat gelanggang silat bagi kerajaan Negeri Selangor ketika itu (Yusuf Hassan 1981: 20).
Sehingga abad ke-19 pahlawan-pahlawan Melayu yang mahir dalam ilmu persilatan terus menentang penjajah. Di dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu terkenal dengan nama-nama seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan lain-lain merupakan pejuang Melayu yang dicatatkan dalam sejarah Pasir Salak, Perak (1870an). Seterusnya nama-nama seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah terkenal menentang Inggeris di Semantan, Pahang pada tahun yang sama (Anuar 2008: 22).
Maknanya silat dan bangsa Melayu tidak ketandusan pemimpin yang terus menanamkan semangat cintakan tanah air dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Kehebatan mereka mempunyai sejarah dan hubungan rapat dengan ilmu persilatan di samping ilmu-ilmu lain yang membolehkan mereka menjadi pemimpin yang berkesan. Mereka merupakan pahlawan secara langsung memperlihatkan silat terus wujud hingga kurun ke-20 (Anuar 2008: 22).
Sepanjang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu, silat terus dipinggirkan dengan tidak memasukkan ilmu silat dalam pendidikan di sekolah Melayu. Penyebaran silat dalam alam pendidikan di Tanah Melayu menjadi semakin malap apabila tidak mendapat tempat dalam kurikulum pendidikan di perguruan Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (Anuar 2008: 23).
Rasa kebimbangan Inggeris terhadap semangat juang Melayu akan berputik dari pelajaran silat. Justeru, ilmu persilatan Melayu terus menerus terpinggir dari institusi pendidikan formal di sekolah-sekolah sekitar Tanah Melayu. Silat hanya memasuki alam pendidikan sekolah di Malaysia secara tidak formal atau bertaraf ko-kurikulum selepas pembentukkan Malaysia pada tahun 1963M, itupun melalui usaha persatuan-persatuan silat di sekolah. Silat semakin diberi perhatian selepas tahun 1969M iaitu setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 (Anuar 2008:23).
4.0 KEROHANIAN ISLAM DALAM SENI SILAT
Setelah bertapaknya agama Islam di Kepulauan Melayu dalam abad ke-15, seni silat bukan sahaja mengutamakan pencapaian kesempurnaan jasmani malah kesempurnaan rohani. Bahkan kesempurnaan rohani itulah yang lebih mutlak dan hakiki dalam matlamat ilmu persilatan Melayu (Tuan Ismail 1991: 31).
Ilmu kerohanian ialah ilmu mengenai roh atau hubungan manusia dengan alam ghaib mengikut kepercayaan. Kepelbagaian kepercayaan dan budaya yang diterima telah mewarnai budaya Melayu. Iaitu selagi budaya atau amalan tersebut tidak bercanggah dengan akidah Islam, ia masih diamalkan. Oleh itu, Islam telah menyumbang amalan kerohanian Islam ke dalam dunia ilmu persilatan Melayu bagi menggantikan amalan-amalan kerohanian yang dikosongkan oleh kepercayaan-kepercayaan sebelumnya. Bertitik tolak dari pengisian kerohanian Islam dalam silat Melayu, maka kerohanian silat Malaysia terus bersih dan suci daripada pengaruh dan amalan kerohanian kepercayaan tradisi sebelumnya (Anuar 2008: 31).
Sebab itulah kalau ditelitikan kebanyakkan seni silat Melayu tidak langsung mengenakan syarat keagamaan sebagai salah satu daripada beberapa syarat bagi sesiapa yang ingin mempelajari seni silat Melayu. Syarat keagamaan ini sengaja diselitkan untuk melentur secara halus dan tidak langsung pesilat itu ke jalan yang diredhai Allah S.W.T serta berhemah tinggi dengan harapan ilmu persilatan yang dipelajari itu tidak disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Maksudnya, ilmu persilatan hanya digunakan apabila orang benar-benar terancam oleh musuh, bukannya dia memulakan sebarang provokasi (Tuan Ismail 1991: 32).
Silat untuk pembangunan insan dari aspek ilmu kepahlawanan. Peringkat ilmu bela diri silat yang sebenar biasanya tidak dipertontonkan kecuali kepada ahli atau ketika terdesak. Pengajaran peringkat ini membentuk pengamal silat sentiasa menjaga disiplin diri, sabar, hormat, waspada, bijaksana dan sebagainya. Menggunakan ilmu di tempat yang betul dan merahsiakannya daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Pembentukan insan sebagai insan seimbang pada zahir dan batin atau aspek amalan dunia dan akhirat, sebagai khalifah Allah S.W.T (Anuar 2008: 32).
Para guru memilih kaedah memperturunkan ilmu silat melalui pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal, di mana pengajian agama ketika itu disampaikan melalui sistem pendidikan pondok. Kedua-dua institusi tersebut amat besar sumbangannya dari aspek pembinaan sosio budaya Melayu pada ilmu kehidupan dunia dan akhirat. Gabungan institusi gelanggang bangsal dan pondok telah membentuk jati diri masyarakat Melayu tradisi yang serba kekurangan dapat mempertahankan nilai diri, budaya dan agamanya dari pengaruh penjajah yang silih berganti (Anuar 2008: 33).
Perkembangan silat Melayu di dalam masyarakat didukung oleh institusi agama dan institusi masyarakat yang melihat silat sebagai wadah jati diri Melayu. Gelanggang-gelanggang silat diwujudkan hampir semua negeri, daerah, mukim dan kampong dengan guru-guru silat mengendalikan institusi itu. Boleh dikatakan pada tahap ini, guru agama atau ulama’ memainkan peranan menghidupkan silat dan mendidik pesilat-pesilat dengan amalan kerohanian yang berteraskan agama Islam. Pengamal silat dibentuk melalui riadah kerohanian mengikut aliran tasawuf dari beberapa aliran tarekat seperti Qadariyah diasaskan oleh Syeikh Abd. Kadir Jailani, Naqsabandiah Khalidiah aliran Syeikh Bahauddin Naqsabandi, Ahmadiah bin Muhammad Dandarawi dan lain-lain aliran tarekat atau tasawuf yang berdasarkan pada sunah wa al-jamaah dari mazhab Imam Shafie (Anuar 2008: 36).
5.0 KESENIAN DALAM ILMU SILAT/ ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI
Seni yang dimaksudkan di sini bukan sahaja dari sudut estetik malah dari sudut saintifik. Dari sudut estetik, tidak disangkal lagi bahawa seni silat Melayu memang bercirikan keindahan, kelemah lembutan dan kesopanan dalam segala gerak lakunya. Dari sudut saintifik pula, seni silat Melayu tanpa menonjol telah menyerap serta mengaplikasikan teori mengenai dinamik, momentum, velositi, graviti, psikologi dan ekonomi (Tuan Ismail 1991: 5).
Dengan menggunakan unsur saintifiklah, orang yang sudah lanjut umurnya dapat mengalahkan orang yang lebih muda, orang yang tidak bersenjata dapat mematahkan serangan musuhnya yang bersenjata. Selanjutnya, dia seorang dapat menewaskan musuhnya yang lebih ramai. Ada bezanya diantara orang yang membela dirinya secara seni dengan orang yang membela dirinya tanpa seni. Golongan pertama menggunakan kekuatan akalnya menjadikan mereka lebih bersifat strategis sedangkan golongan kedua yang hanya menggunakan kekuatan jasmaninya lebih bersifat instinctive (Tuan Ismail 1991: 6).
5.1 Kesenian Dari Segi Kelengkapan Pakaian Silat
Salah satu unsur seni yang terdapat dalam seni silat Melayu ialah kelengkapan pakaian pesilat iaitu tengkolok, baju Melayu, bengkung dan kain samping. Pakaian ini adalah pakaian harian bagi orang Melayu dalam zaman feudal ataupun Kesultanan Melayu. Tetapi pakaian ini juga dipakai tanpa diubahsuai ketika seseorang itu bertarung dengan musuh.
a) Tengkolok
Tengkolok atau tanjak ialah pakaian di kepala untuk lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain (samaada daripada tenunan songket atau tenunan biasa) dan diikat seni di kepala dengan gubahan yang indah tanpa sebarang jahitan. Gubahan tengkolok ini melalui seni lipat melipat mempunyai pelbagai bentuk dan nama seperti gagak lapar, helang melayang, siwah terjun, helang patah sayap, dendam tak sudah, helang berlegar, ayam patah kepak, lang menyongsong angin, balung ayam dan pari mudik (Tuan Ismail 1991: 7).
Salah satu fungsi tengkolok dalam seni silat Melayu ialah mengikat dan memastikan rambut orang yang sedang bertarung terikat rapi. Dengan ini, orang yang sedang bertarung tidak terganggu penglihatannya. Fungsi ini dikira sangat penting terutama sekali dalam zaman Kesultanan Melayu kerana kebanyakkan penjurit dan pahlawan Melayu pada zaman itu berambut panjang. Selain itu, kain tengkolok yang tersusun indah itu dapat dirombak dengan cara membuka segala lipatan dan simpulannya untuk dijadikan pembalut triangular bandage atau cravat apabila keadaan memerlukan (Tuan Ismail 1991: 8).
b) Baju Melayu
Baju dan seluar Melayu (silat) juga mempunyai beberapa fesyen yang dikenali dengan pelbagai panggilan seperti baju cekak musang, teluk belanga, bujur sirih, seluar jerut dan seluar tongkah. Walaubagaimanapun fesyennya, terdapat dua ciri utama yang perlu ada pada baju dan seluar Melayu (silat). Ciri pertama ialah saiznya yang sangat longgar (tidak sepadan dengan pemakainya). Ciri kedua ialah terdapatnya pesak. Pada baju, pesak itu terdapat di bahagian bawah ketiak dan dikenali sebagai kikik manakala pada seluar pula pesak terdapat di bahagian bawah cawat dan dikenali sebagai tongkah. Oleh kerana ada pesak itulah, maka baju dan seluar Melayu menjadi longgar apabila dipakai (Tuan Ismail 1991: 9).
c) Bengkung
Bengkung ialah kain untuk dililitkan di sekeliling pinggang pemakainya. Lebarnya seluas tapak tangan dan panjangnya lebih kurang dua depa. Sehingga ini, penulis dapat mengenal pasti hanya dua fesyen ikatan bengkung sahaja iaitu ikatan cindai jantan dan ikatan cindai betina. Ikatan cindai jantan tidak begitu lebar berbanding ikatan cindai betina (Tuan Ismail 1991: 10).
Belitan bengkung di sekeliling pinggang berfungsi menyelamatkan perut seseorang daripada ditembusi oleh senjata tajam dengan mudah. Fungsi kedua, belitan bengkung dapat menambahkan keselesaan dan kekemasan ketika sesuatu kedudukan silat dimantapkan. Fungsi ketiga, kain bengkung dapat dijadikan sebagai tali pengikat untuk mengikat tangan musuh yang tertangkap. Fungsi keempat, sebagai pembalut bidai kepada bahagian sendi seperti bahagian pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali yang terseliuh serta bahagian anggota badan seperti lengan dan kaki yang patah. Fungsi kelima, dapat dijadikan sebagai kain pembalut untuk menahan pengaliran darah secara pembalut tekan akibat luka atau secara pembalut kebat akibat terkudung (Tuan Ismail 1991: 11).
d) Kain Samping
Kain samping adalah kain sarung yang dipakai di luar seluar, tetapi ini lebih pendek daripada kaki seluar. Kain samping ini boleh dipakai seperti kain sarung biasa iaitu dengan melipat-lipat atau menggulung-gulung bahagian sebelah atasnya ke pinggang pemakai. Ada juga yang memakainya dengan cara mengikat kain samping itu ke pinggang dengan satu simpulan yang seni. Bahagian bawah kain samping itu juga boleh dipakai secara sama rata atau menyerong kedudukannya (Tuan Ismail 1991: 12).
Fungsinya, dapat dijadikan sebagai kain pembalut tiga segi untuk menggendong lengan yang terseliuh atau patah. Selain itu, kain samping juga dapat dijadikan sebagai alat untuk menangkis sebarang senjata yang dilemparkan oleh musuh kepada pesilat atau untuk menangkap sebarang tikaman yang dilancarkan (Tuan Ismail 1991: 12).
5.2 Kesenian Dari Segi Alat Persenjataan Silat
Unsur seni juga terdapat pada alat persenjataan dalam seni silat Melayu. Diantaranya ialah keris, badik, lading, pedang, kapak, lawi ayam, cemeti, golok dan lain-lain. Senjata ini ada yang panjang dan ada yang pendek. Senjata yang pendeklah yang lebih banyak digunakan dan diutamakan dalam seni silat Melayu. Diantara senjata pendek itu, keris merupakan senjata yang paling istimewa. Keistimewaannya bukan sahaja terletak pada bentuk dan rupa, malah pada fungsinya dalam seni membela diri dan pada kuasa luar biasa atau kesaktiannya (Tuan Ismail 1991: 22).
a) Bentuk Mata Keris
Kedua-dua belah mata keris tajam dan bergelombang bentuknya. Gelombang yang terdapat pada mata keris ini dipanggil lok dan jumlah lok ini adalah dalam angka ganjil. Oleh kerana angka ini, maka keris dipanggil keris berlok 3, berlok 13 dan berlok 29. Selain lok, pamur juga menambahkan lagi nilai estetik yang sedia ada pada sebilah mata keris (Tuan Ismail 1991: 23).
Terdapat bermacam-macam corak pamur, tetapi dipercayai corak itu merupakan pecahan daripada lima corak utama iaitu biji beras tertumpah (wos wutah) yang melambangkan kemewahan, bunga buah pala (sekar pala) yang melambangkan kemanusiaan, bunga berdiri (sekar ngadeg) yang melambangkan keadilan, daun kelapa kering tersusun (blaraq ngirid) yang melambangkan kepimpinan dan bunga temu (sekar temu) yang melambangkan kasih berbalas (Tuan Ismail 1991: 24).
b) Hulu Keris
Nilai estetika hulu keris lebih halus dan lebih seni kalau dibandingkan dengan nilai estetika pada mata keris kerana hulu keris yang lazimnya diperbuat daripada kayu, gading dan tanduk yang lebih mudah dibentuk dan diukir. Kebanyakkan ukiran berbentuk lembaga atau patung manusia (Tuan Ismail 1991: 24).
Mengikut kepercayaan, ukiran seperti ini dapat menggembirakan semangat dan kuasa ghaib yang terdapat pada mata keris. Kepercayaan ini membayangkan kewujudan pengaruh Hindu dalam penggunaan mata keris. Tetapi ukiran dalam bentuk lembaga dan patung ini kemudiannya tidak lagi digalakkan dan dipaksa ubah suai setelah bertapaknya pengaruh Islam di Kepulauan Melayu kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam (Tuan Ismail 1991: 25).
c) Sarung Keris
Sarung keris yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu sampir, batang dan buntut juga mempunyai nilai estetika. Sampir selalunya diukir dalam bentuk sebuah kapal atau perahu besar. Sampir melambangkan kapal atau perahu besar yang lazimnya digunakan oleh pahlawan Panji ketika pulang daripada pelayaran jauh (mengikut mitologi Jawa). Sarung ini juga melambangkan kapal atau perahu besar sebagai tempat kediaman biasa bagi pahlawan sesuatu puak. Ini dikiaskan dengan sampir yang berbentuk seperti kapal atau perahu besar itu sebagai tempat kediaman bagi sebilah mata keris (Tuan Ismail 1991: 26).
Seperti juga mata keris, sarung keris terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Jenis yang utama ialah sarung keris jenis utara, Bali, Madura, Bahari, Bugis, Jawa dan Kelantan.

6.0 PENUTUP
Orang Melayu telah mencipta dan mengamalkan silat sejak sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu. Mereka berupaya membentuk tamadun dan mewujudkan hierarki dalam sosio budayanya iaitu golongan pahlawan berada di bawah golongan bangsawan. Golongan pahlawan adalah bersifat terbuka kerana sesiapa sahaja memiliki kemahiran silat atau ilmu seni perang boleh menyertai angkatan perang raja. Dari kedudukan tersebut mereka berpeluang mengubah taraf hidup dengan berkhidmat dan dikurniakan gelaran serta kuasa oleh raja.
Silat berjaya menjadikan ilmu pergaduhan atau perkelahian sebagai ilmu bela diri dan sukan tradisi rakyat yang dapat membentuk masyarakat sihat. Sukan silat mewujudkan integrasi antara kumpulan, jantina dan umur di samping memupuk semangat kesukanan dan semangat kewarganegaraan yang baik dalam sosio budaya kebangsaan.
Silat berjaya merentasi persempadanan budaya, kepercayaan, bahasa dan masyarakat di beberapa buah negara dunia. Mereka amat berminat mempelajari, mengamalkan dan mengembangkan silat kerana silat diyakini dapat menyumbang kepada pembentukan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada tamadun barat dan timur. Kepercayaan mereka terhadap silat perlu dihormati dengan mewujudkan silat sebagai satu ilmu yang sempurna.

Wednesday, May 18, 2011

Sejarah Negeri Kedah dan kaitan dengan kerajaan Ayutthaya

disalin dari blog mistisfiles

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html

dengan post yang bertajuk

The Tombs of Ayutthayan Kings



Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.










The Tombs of Ayutthayan Kings






Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)





Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya ialah:


-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).





-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.


Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:



Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)


Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.


Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma


-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)






-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)

-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)




-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)


-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)


-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)


Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)



Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.



Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.





Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.



Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.



Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitam kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.


Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?

__________________________________________________


Credit:


Pro:





Kontra: