Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Saturday, May 7, 2011

Megah di atas robohan sebuah Mesjid


Memang benar sejarah kita tidak begitu diperdulikan sangat oleh anak-anak tanah air sendiri... ia terbiar tertinbun oleh kisah-kisah lain yang lebih menarik di dalam dunia internet dan kaca TV.

Namun masih beruntung kita kerana ada segelintir nak2 Melayu yang masih mahu berusaha untuk mengali kisah2 sejarah bangsa untuk menyatakan bahawa kita bangsa Melayu ini adalah bangsa yang bertemadun, punya ketetapan peradaban sendiri dan telah ribuan tahun menguruskan akan hal budaya dan Agama secara tersendiri.

Hanya kita menjadi lemah apabila kita terlalu teruja kepada pengaruh bangsa asing dan kita biarkan bangsa yang tiada sopan ini menjajah kita...... juga kita tidak benar2 bangkit mempertahankan tanah air, bangsa dan agama kita.... maka terjajahlah kita sehingga kita lupa bahawa satu masa dahulu kita adalah bangsa yang berdaulat..... sehinggakan kita percaya bahawa kita ini tidak punya upaya... dan kita biarkan bangsa lain menerajui dan menyusun atur hidup kita2 ini yang sebenarnya bangsa yang cukup berdaulat!!!!

Bicara ini aku tersentuh apabila aku menemui pamparan penemuan hal-hal sejarah terobohnya sebuah Mesjid dan di atasnya terbina kota A'famosa... dan kota ini sudah menjadi kemegahan kita pada hari ini sebagai tarikan pelancongan setelah tertimbusnya sebuah Mesjid yang terbina atas nama Agama....




Friday, May 6, 2011

Destar Pahang Darul Makmur

TANJAK RAJA NAIK BERSIRAM
Destar yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama Raja Naik bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.


DESTAR COGAN DAUN KOPI
Cogan Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda selalunya memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan destar tersebut.


TANJAK SEKELONGSONG BUNGA
Ikatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat diRaja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.


TANJAK GETAM BUDU
Destar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datu-Datuk dan Orang-Orang Besar Bergelar.

bersumber dari:

http://destarwarisanmalaysia.blogspot.com/2011/01/destar-pahang-darul-makmur.html

Destar Kelantan Darul Naim

DESTAR KETAM BUDU
Destar ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan. Warna destarnya hitam dengan bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain seperti Destar Panglima Raja dan Paduka Raja menutupi seluruh bahagian kepala.


DESTAR KETAM BUDU
Ikatan jenis ini adalah asas kepada semua jenis ikatan destar di Alam Melayu sejak beratus tahun dahulu. bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat melayu.


DESTAR SETANGAN ISIH
Kelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya termasuk seni lipatan destar yang dinamakan Setangan Isih dan banyak dipakai oleh rakyat biasa dan juga dalam persembahan Mak Yong. Iaitu sejenis persembahan tradisional merangkum penceritaan, nyanyian dan tarian.

bersumber dari:

http://destarwarisanmalaysia.blogspot.com/2011/01/destar-kelantan-darul-naim.html

Thursday, May 5, 2011

Destar Persilatan Melayu

bersumber dari:

http://destarwarisanmalaysia.blogspot.com/2011/01/destar-persilatan-melayu.html

DESTAR BULANG HULU
Setiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat.


DESTAR SUDU ITIK
Destar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke sana.

Tuesday, May 3, 2011

Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah

baca, faham dan nilai sendiri

Kalau sejarah itu tidak berguna, baik kita lupakan saja kisah Muhammad Bin Abdullah.
Kalau ia berguna, mengapa kita masih tak berubah?
Dan Sejarah Islam itu untuk apa kita berdengarkan?

 

Mungkin kita bisa mengambil satu contoh yang agak dekat dengan hidup kita; bagaimana Dinasti Turki Uthmaniyah roboh kepada tangan Jendralnya sendiri; Mustafa Kamal. Setelah Mustafa Kamal menduduki kuri kekuasaan maka dia mengubah negara itu menjadi sebuah negara sekular. Dia melakukan pencerobohan yang kejam – menaggalkan kerudung wanita, menghapuskan abaya dan digantikan dengan skrt, undang-undang Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang sivil. Ini antara contoh kezaliman beliau, sehingga dikhabarkan dia mati tak kebumi hingga kini.

Maka para hizbiyyun pun mencanangkan bahawa kemelesetan Islam berpunca dari lelaki ini, kerna Mustafalah yang menjatuhkan Khalifah Muslim. Dengan jatuhnya khalifah maka dunai Islam bergolak, ada yang dijajah, dan penghayatan Islam sirna.

Kemudiannya para hizbi pun berteriak kali keduanya; bahawa kalau kita tidak berjuang menentang pemerintah sekarang maka negara kita juga akan menjadi seperti Turki di zaman Mustafa Kamal – menjadi sekular dan Islam ditindas!

Mereka saban hari mengingatkan kita bahawa sirah itu harus dipelajari kemudian diteliti, kerna bilang mereka “sejarah pasti berulang kembali”. Mereka seperti manusia yang peduli akan historis. Tetapi akhirnya kita juga menyadari bahawa mereka adalah para pembaca buku historis yang suka memilih-milih tajuk yang menyelerakan tembolok mereka sahaj, tanpa berlaku juju pada historis.

Kerna historis yang dimulai oleh Heredotus adalah satu cerita untuk para pemenang. Yang menang akan melakarkan versinya bagi melangsungkan bangsa mereka. Begitulah ketika para pemuka hizbi mahu mengumpulkan kekuatan bagi melacak Islam, maka mereka menghikayatkan historis mengikut acuan mereka, guna untuk mengelabui para pemuda.

Mengapa mereka melupakan sisi-sisi penting dalam sirah Mustafa Kamal itu tetapi mereka hanya mengambil sebahagian sahaja?

Begitulah ketika Mustafa Kamal Menjadi pemerintah Turki, maka beliau telah melakukan satu Bid’ah Hasanah, yang beliau niatkan untuk kebaikan – mahu menjadikan bangsanya maju tak ketinggalan.
Dia mengubah lafaz azan kedalam bahasa Turki; apakah ada larangan dari Tuhan yang menyebutkan hal azan? Jawab para pondokius! Tiada! Tuhan tak melarangnya! Tuhan tak membantah! Inikan niat murni agar bangsa Turki memahami ajakan bersolat!

Justeru mengapa kalian membenci dia walhal dia adalah Tokoh Bid’ah Hasanah!
Kemudiannya apakah kita pernah ambil peduli bagaimana Mastafa Kamal bisa meruntuhkan sebuah Khalifah Islam yang besar?

Apakah dia berseorangan sahaja, atau dia menggunakan batalion nya untuk melakukan kudeta? Mungkinkah dia menggunakan kuasa asing seperti British agar terlaksana cita-citanya? Atau dia ada menggiring umat dengan menyerukan kepada rakyat bahawa Sultan harus ditumbangkan kerna zalim dan khianat?
Apakah mungkin dia bisa menjatuhkan sebuah kekuasaan yang menguasai spertiga dunia tanpa bantuan Kuasa asing dan juga tanpa menggerakkan rakyat Turki sendiri untuk menentang Sultan.
Untuk menggerakkan rakyat, apakah slogan yang dia laungkan? Apakah dia mengatakan bahwa matlamatnya adalah untuk sekular? Pastilah tidak. Apakah dia melaungkan slogan “Mari Tukar Abaya kepada Skirt? Pasti tidak. Dan apakah dia melaungkan slogan “Pemimpin adil pemimpin di sembah, pemimpin zalim pemimpin disanggah”? Ya inilah yang dia laungkan. Mustafa mengingatkan kepada rakyat bahawa Sultan telah berlaku zalim, khianat, curang, dan jahat. Lalu pemimpin sebegitu harus ditirunkan dan diganti dengan pemimpin yang adil lagi beriman.

Dan apakah ketika dia berbicara begitu, tangannya sedang memegang segelas bir? atau lakunya seperti seorang yang Soleh?

Kemudian setelah dia menduduki kursi empuk di istana, dan ketika dia menjalankan sekularisme, apakah yang dilakukan oleh rakyat yang banyak itu? Apakh mereka mengadakan perlawanan dan membunuh Mustafa, sedangkan jumlah mereka lebih besar dari batalion Mustafa! Cukup besar jumlahnya. Tetapi nampaknya rakyat Turki yang besar itu tidak dapat merubah iklim baru Turki. Padahal perubahan itu berlangsung tidaklah memakan masa yang lama, malah ia begitu singkat!

Apakah ini bermakna bahawa rakyat Turki kebanyakannya adalah manusia yang bersetuju dengan perubahan baru itu? Mungkin.

Kemudiannya lagi, apakah yang membuatkan kita bisa mengatakan bahawa Empayar Turki Uthmaniyah merupakan Khalifah Islam? Padahal Turki tidaklah menguasai seluruh negara Islam dari Timur hinggalah ke Barat. Di sana wujud kesultanan Mounghul. Di sana juga wujud Kesultan Melaka. Apakah kedua kesultanan ini merupakan jajahan kepara Kesultana nTurki? Tidak. Maka kalau begitu apakah hanya wujud satu pemerintahan besar di dunia Islam? Tidak juga.

Dari kelanjutan bahawa Turki adalah Khalifah Islamiyah maka bagaimana kita boleh berkata bahawa Turki adalah Khalifah Islam terakhir apabila ia runtuh ditangan Mustafa? Kerna kalau kita telah beriman bahawa disana ada beberapa empayar lain yang Islam dan berkuasa dan saling tidak takluk menakluki antara mereka, maka kejatuhan Kesultanan Turki bukanlah bukti bahawa Empayar Islam telah habis, tetapi kalimat yang benar adalah Kesultanan Turki telah terhapus.

Ini antara sisi yang kita terlupa untuk diajarkan kepada syabab dan masyarakat. Malah sisi inilah juga yang tak terpikir oleh para pondokius kita. Yang mereka terpikir adalah Najd merupakan jajahan Turki! Kerna kalau mereka boleh meyakinkan umat hal tersebut, nanti mereka akan bilang kepada manusia muslim: “Lihatlah Wahhabi, mereka lah yang menjatuhkan Turki dan melenyapkan Khalifah Islam. Mereka adalah kaum khawarij kerna memerangi Khalifah!”.

Padahal Najd itu tak siapa pun peduli termasuklah Turki! Dan walaupun Najd bebas dari mana-mana pengaruh, Sultan Wahhabi bersedia untuk bernaung dibawah Turki agar umat Islam aman dan tak berperang. Tetapi kerna pikiran para ustaz kita yang sudah terbalik dan tak biasa mencerna sedikitpun akan histories, maka mereka ini bisa saja menghikayatkan cerita. Ini tak mengherankan kerna dalam beragamapun mereka sudah berlalu canggih untuk merekacipta macam-macam tatacara ibadah, inikan pula sekadar cerita sejarah.
Sudahlah bodoh dalam bidang ansh, malah bertambah jahil pula dalam bidang sirah. Tetapi para masyarakat, merekalah jagoan Umat dan cendiakawan Islam.

Kemudiannya kita cubalah menterjemahkan sejarah Mustafa Kamal ini dalam lembar hidup kita – saat ini.
Ketika ini ada sekelompok manusia, yang berkata akan menentang kezaliman dan mengharapkan duduknya seorang yang adil atas kursi Perdana Menteri. Mereka ini seperti para solihin yang islamis. Mereka juga bersahabat baik dengan kuasa-kuasa luar. Serta mereka sudah banyak menggiring rakyat untuk mendemontrasi dan melakukan penentangan lisan dan psikologi kerhadap pemimpin.

Nampaknya mereka inilah Mustafa Kamal yang seterusnya.

Mereka melakukan bid’ah hasanah sepertimana Mustafa mengubah azan ke dalam bahasa Turki atas niat kebaikan. Mereka juga menjalani sekularisme iaitu mereka menolak dan menafikan nash-nash yang jelas shahih ketika nash itu menyanggahi paham mereka. Mereka juga menginginkan penguasa muslim diturunkan kerna mereka percaya bahwa kezaliman harus dihapuskan tanpa menyedari bahwa mereka adalah lebih zalim dari sultan tersebut.

bersumber dari:


http://loluconagama.wordpress.com/2008/10/

Ada apa pada keris

Artikel ini patut dibaca oleh semua pencinta warisan Melayu. Diberi izin untuk dikongsi oleh penulisnya, sdr Hafiz.



Keris...

Satu hari maka terbaca penulis akan satu cerita, mengenai bagaimana seorang hamba Allah, yang begitu sering kali berzikir, diberi satu hasutan daripada Syaitan, bahawa zikirnya itu tidak dijawab oleh Allah swt.  Syaitan menghasut kepadanya dengan berkata sudah begitu lama dia berzikir dan tiada jawapan pun yang hasil daripada zikirnya itu.  Maka bersedihlah hamba Allah itu.  Pada malam harinya, beliau didatangi oleh Nabi Khidir dalam mimpinya dimana Nabi Khidir berkata,”Ah, kamu sudah mula tidak mahu memanggil kepada Tuhanmu dan aku menasihati kamu supaya bertaubat daripada membuat nyata niatmu itu.”  Hamba Allah itu berkata, “Aku kecewa kerana tidak ku terima jawapan, ‘di sini Aku’, dari Tuhanku. Aku khawatir bahawasanya usahaku ini seperti dijawab dengan pintu yang tertutup.”  Kata Nabi Khidir pula, “Allah swt, telah memberi ku arahan untuk bertemu kamu dan beritahu kepada mu, bahawa setiap ‘Ya Allah’ yang kau ucapkan itu adalah jawapan ‘Aku di sini’.”

Ceritanya ini amat panjang namun penulis rasa cukup sampai disini penulis sampaikan cerita ini kerana ini adalah jantung kepada kesemua cerita yang penulis baca saban hari.

Pernah satu hari, penulis diberi nasihat oleh seorang hamba Allah yang mengatakan bahawa didalam alam ini, setiap sesuatu berpegang kepada tiga perkara, iaitu, Adab, Falsafah dan Rahsia. Begitulah ciptaan Allah swt, penuh dengan adab, penuh dengan falsafah dan penuh dengan Rahsia.  Sholat lima kali sehari pun penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia.  Bangsa Melayu, adalah antara bangsa yang penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia.  Dari pemakaiannya, cara memakan, cara berjalan, cara berlawan hinggakan ke senjatanya, penuh dengan Adab, Falsafah dan Rahsia.   

Oleh kerana penulis begitu minat dengan senjata keris, maka pada tulisan ini, penulis hanya akan menumpukan perhatian kepada ciptaan yang begitu indah ini yang terhasil daripada datuk nenek moyang kita.  Penulis rasa amat berat untuk menulis artikel ini kerana takut tersilap dalam penyampaian dan masih lagi mempelajari ilmu ciptaan indah senjata nenek moyang kita ini.  Namun berbalik kepada Adab, Falsafah dan Rahsia, oleh kerana keris ini juga berpegang kepada tiga perkara ini, maka penulis rasa sudah masanya penulis bukakan cerita keris sebanyak yang mungkin menurut pengetahuan penulis sendiri.

Keris dicipta dengan niat membunuh.  Mata keris apabila dikeluarkan dari pakaiannya, tidak lain adalah untuk menjaga maruah dan untuk membunuh.  Bukan untuk mempertahankan diri, tapi lebih kepada membunuh.  Maka ada pihak yang berkata, keris ini begitu pendek, begitu pelik untuk dijadikan senjata.  Cara memegangnya juga amat pelik dan adalah susah untuk dipergunakan untuk membunuh. Pandangan seperti ini sering kali datang dari mereka yang melihat pedang ataupun senjata yang panjang dan tajam sebagai senjata yang efektif.  Di sini, kita mengerti bahawa, pada pandangan orang seperti ini, senjata yang efektif mempunyai sifat-sifat seperti pedang ataupun senjata yang “sewaktu dengannya”.  Keris tidak mempunyai sifat sebegitu.  Pendek dan bagi orang Melayu, dipegang seperti pegang pistol.  Sudah tentu seandainya berdepan dengan orang yang memegang pedang, habis riwayat orang Melayu yang berkeris ini.  

Jadi apakah silap datuk nenek moyang kita dalam membuat keris sebagai senjata orang Melayu?  Apakah silap nenek moyang kita dalam Adab, Falsafah dan Rahsia mereka?  Kalau benar, maka itulah sebabnya kita dijajah kerana kita tersilap membuat senjata. Sementara mereka perpedang, kita berkeris.  Sementara mereka mempunyai meriam, kita mempunyai lembing, sumpit dan sebagainya.  Sejarah tidak boleh diubah.  

Kita, orang Melayu pernah dijajah.  Mungkin Allah swt inginkan ianya begitu kerana pada mata Allah swt, semuanya indah.  Tapi, pada pandangan penulis pula, penulis bersyukur, kerana yang menjajah kita orang Inggeris dan bukan orang lain.  Bagi mereka yang terperanjat dengan kenyataan penulis, penulis mensyorkan supaya baca buku lantai T. pinkie yang ditulis oleh Datuk Abdul Samad bin Muhammad Said (A Samad Said).   Walau bagaimana pun, sebaiknya, jangan sesekali kita dijajah, namun, sejarah tetap sejarah, dan setiap sesuatu ada kebaikannya.

Di sini, penulis ingin memperbetulkan padangan mereka yang mempunyai pandangan senjata keris ini salah ciptaannya kerana nenek moyang kita silap tentang Adab, Falsafah dan Rahsia mereka. Ingin juga penulis mengatakan ada perbezaan antara keris Melayu dan keris Jawa. Di sini, penulis tumpu kepada keris Melayu.

Datuk nenek moyang kita mengerti bahawa untuk membunuh seseorang, kita tidak perlu senjata yang panjang dan begitu tajam. Malah, falsafah yang wujud amat unik.  Mereka mengerti bahawa sebaik-baik penyampaian bila bersenjata, biarlah ianya tak nampak. Kalau nampak maka orang boleh mengerti penyampaian itu baik ataupun buruk.  Kalau baik, maka diterimanya.  Kalau buruk, dielaknya.  Kalau tak nampak, bagaimana nak diterima ataupun dielak.  Maka disitulah letaknya falsafah keris.  Ianya dicipta sebegitu sebagai satu falsafah bahawa bila ianya disampaikan, sebaiknya cepat dan tak nampak.  Ada sifat “mengejutkan” lawan.  Nenek moyang kita juga tahu, untuk membunuh juga, tempat sampai mata keris itu penting dan atas dasar inilah , keris dicipta dengan bentuk yang pendek dan bermata tiga.  Bila membunuh,  sudah tidak ada sifat kesian lagi.  Namun dikatakan, keris berluk itu membunuh dengan cepat dan kejam namun yang lurus itu membunuh dengan cepat dan ringkas (kurang kejam).  Senjata yang benar-benar merbahaya adalah senjata yang tidak nampak oleh mata lawan.  Adajuga dikalangan orang Melayu yang mengatakan, lagi kecil senjata itu, lagi susah nak nampak.  Lagi susah nak nampak, lagi efektif senjata itu.

Keris bermata tiga kerana, datuk nenek moyang kita mengerti akan sifat orang yang diserang.  Apabila seseorang diserang, maka, dua perkara boleh berlaku.  Pertama, orang itu tak elak.  Kedua orang itu akan elak.  Apalah gunanya menyerang seandainya senjata yang digunakan tak kena.  Di sini keris yang bermata tiga dicipta untuk fungsi menyerang dan bagaimana reaksi yang diserang itu, tetap dapat dilihat oleh mata keris.  Elak ke kanan, dilihat mata keris di sebelah kanan.  Elak ke kiri, dilihat mata keris di sebelah kiri.  Tidak elak, maka dilihat mata keris juga.  Akhirnya, datanglah falsafah, elak kena tak elak pun kena.  

Ditanya pula bagaimana seandainya seseorang itu berdiri agak jauh dari yang berkeris dan orang ini pula berpedang.   Di sini penulis ingin terangkan lagi, memang benar falsafah datuk nenek moyang kita, elak kena tak elak kena.  Apabila seseorang itu berpegang dengan Adab menyerang, iaitu petua-petua yang diwarisi mereka yang bermain keris, maka jarak tidak menjadi masalah untuk keris sampai.  Keris keluar dari pakaiannya sendiri dan kalau disampaikan dengan petua, di mana kita hajatkan, akan tetap sampai matanya.  Pelik, tapi benar.  Bukan pakai sihir ataupun mantera.  Hanya dengan “Bismillah hirrahman nirahhim” dan tawakal, ikut petua, sampailah ia.  Dari segi masa, keluarnya keris itu lebih cepat dari keluarnya pedang.  Penulis rasa tidak perlulah penulis cerita akan mengapa ianya begitu.  Satu sarungnya panjang manakala satu lagi sarungnya pendek.  Mungkin atas sebab itulah, Hang Tuah dapat tewaskan samurai Jepun pada satu ketika dahulu.

Mata keris keluar sendiri dari pakaiannya.  Maka mulalah orang Melayu berkata, "ish, berhantu keris ini!"  Sekali lagi penulis katakan, tiada sifat menggunakan hantu ataupun jin di dalam proses keris keluar sendiri.  Ciptaannya sebegitu dengan pakaiannya supaya mempermudahkan gunanya.   Maka ia pun keluar dari pakaiannya sendiri, mempermudahkan tugas panglima untuk membunuh mereka yang berniat jahat.  Namun, keris Melayu lama ada isinya.  Mengenai isinya, insya Allah, akan dibicarakan nanti.

Selama ini penulis menulis tentang sifat membunuh yang ada pada keris.  Penulis memohon maaf, keris ini sejenis senjata Melayu. Fahamilah, senjata memang sifatnya untuk membunuh.  Maka ngerilah bagi mereka yang mengenang tentang sifat membunuh ini. Berani bernyawa, maka berani mati.  Orang Melayu mempunyai sifat berani.  Alang-alang menyelup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.  Maka dibawanya keris kemana-mana bukan niat untuk membunuh, tapi mengerti, seandainya perlu, bila nyawa dipertaruhkan, maka tawakallah kita kepadaNya dan berkeris kita kerana setiap yang bernyawa akan menemukan mati.  Mati itu adalah benar bagi yang bernyawa.  Penulis tidak menulis hidup di sini kerana pada penulis, setiap sesuatu di dunia ini hidup bukan kerana degupan jantung, tetapi atas sebab lain, iaitu, “setiap sesuatu berzikir atas namaNya”. 

Apakah sampai disini sahaja cerita matanya keris?  Penulis hanya menulis fungsinya sahaja setakat ini.  Ciptaannya pula lain ceritanya. 

Cerita mengenai ciptaannya berpegang teguh kepada siapa empunya atau pandai besinya.  Falsafah penciptaan keris itu berbeza antara empu Jawa dan pandai besinya orang Melayu.  Kita berbicara tentang keris, maka berbicara kita juga tentang besi dan sedikit sebanyak berbicara juga kata orang, bapa besi itu, iaitu Nabi Daud. Bagi keris Melayu, ianya menampilkan perwatakkan keIslaman keris itu sendiri.  Ianya dibawa hingga ke ciptaan bilah keris itu sendiri. Dikatakan keris Melayu ini dicipta oleh pandai besi yang alim. Dicipta dengan berzikir dan mengerti bahawa ciptaan keris ini ada kaitannya kepada tanah, air, api dan angin.  Manusia bila dicipta, kita dicipta dari tanah dengan dilembutkan dengan air, lalu dibakar dengan api dan dihembuskan roh kedalam diri.  Persamaannya amat ketara, maka Islamlah penciptaan keris Melayu bila dicipta dan dihembuskannya dengan zikir, “Setiap sesuatu berzikir atas namaNya”.

Indahnya keris dari segi ciptaannya dan juga fungsinya.  Perlu pula dipakaikan dengan pakaiannya yang menunjukkan akan siapa empunya keris itu.  Hulu dan sarungnya dilengkapkan dengan keris tersebut lantas dengan tidak secara langsung memberi identiti kepada etnik Melayu keris tersebut.  Keseniaan Melayu begitu indah diutarakan dalam menyarung keris itu.  Seumpama orang Melayu yang berpakaian indah dengan baju Melayu, samping dan destarnya.  Keindahan pakaian keris itu juga memberi status kepada pemakainya.  Bila diselit di bengkung dan dibawa keluar, maka orang yang lihat mengerti akan siapa pemakainya.   Orang Melayu Bugis, Minangkabau, Patani dan sebagainya.   Terlangsung juga bercerita tentang darjatnya.  Bercerita tetapi tidak bersuara.  Begitulah orang Melayu.
Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. 

Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala.  “Selamatlah mereka yang  berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya.  Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, jawablah Allah swt “Aku di sini”.

bersumber dari

Thursday, April 28, 2011

Mengendalikan Kuda Liar Bernama Nafsu.

Nafs atau nafsu dalam pandangan sufi ibarat kuda liar di dalam diri manusia yang harus dikendalikan.Shah Syahidullah Faridi di dalam essaynya “Psikologi Spiritual Islam” yang dikutip oleh KaptenW.B. Rabbani mengilustrasikan (redaksional ...diubah):

Sebagai kuda liar, nafsu harus kita kendarai untuk menyelesaikan perjalanan kehidupan duniawi kita. Sebagai perbandingan atau ibarat, kuda adalah perbandingan yang tepat. Karena seekor hewan yang belum dijinakkan adalah kekuatan yang liar dan tidak terkontrol. Jika dibiarkan berkelana ke tempat-tempat yang ia sukai dan melakukan apa yang ia inginkan, maka akibatnya tak lain adalah pergolakan dan kehancuran. Dan jika si pengendara tidak dapat mengendalikannya, maka ia akan lari bersamanya jatuh keluar jalan yang membawanya ke tujuannya dan akhirnya melemparkan dia ke reruntuhannya yang terakhir. Tetapi jika si kuda bisa dijinakkan dan dengan hati-hati diajari untuk mengikuti perintah tuannya, maka ia akan menjadi kendaraan sehingga ia bisa sampai ke tujuan yang sebenarnya. Jadi nafs bila dibiarkan liar dan tidak terkendalikan akan membawa manusia ke rimba belantara hawa nafsu dan syahwat yang kotor, dimana ia tidak menemukan tempat istirahat dan berakhir dalam keadaan tertinggal dan rusak; sementara jika ia menerima pelajaran disiplin dan pelatihan yang panjang maka ia akan menjadi sahabat dan penolong manusia yang dipercaya untuk memenuhi takdirnya yang paling mulia, yaitu mengenal Tuhan dan bermanfaat untuk tujuan-tujuan-Nya.
BILA NAFSU MENGUASAI DIRI

Setiap manusia dibekalkan oleh Allah Ta'ala dengan akal dan nafsu. 2 pemberian Allah ini perlu diguna dan dijaga dengan sebaik-baiknya kerana tersalah letak dan tersalah guna akan menyebabkan hidup kita sengsara.

Nafsu ibarat kuda liar yang perlu dilatih dan dijinakkan supaya ianya tidak lari dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain. Allah Ta'ala sengaja menjadikan nafsu di dalam diri manusia supaya manusia berusaha untuk mendidik nafsu mereka dengan nilai-nilai keagamaan dan tazkiyah diri dengan amalan-amalan ibadah menghambakan diri kepada Allah Ta'ala.

Nafsu juga boleh disifatkan sebagai laluan syaitan untuk melalai dan menyesatkan manusia. Ini kerana nafsu manusia boleh menjadi tamak haloba, hilang sifat kemanusiaannya hingga sanggup menipu, menyakiti, mencederakan, merogol malah membunuh.

Apabila nafsu sudah menguasai diri ibarat akal yang sudah di bawah pengaruh ganja. Hilang belas kasihan bila sudah gian hingga sanggup berbuat apa sahaja hingga mencederakan orang lain.Apabila nafsu berkuasa, maka peranan akal akan menjadi mengecut ibarat kata-kata Imam Al-Ghazali:"kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu daripada Malaikat."

Apabila nafsu menguasai diri, maka akan keluarlah berbagai cerita yang tidak elok seperti ayah merogol anak, guru mencabul murid, polis memperkosa gadis,anak membunuh ibu, adik beradik berbunuhan dan bermacam-macam lagi cerita buruk lantaran penangan nafsu yang tidak berjaya dikawal manusia.

Perlu diingat bahawa kita sejak kecil lagi sudah dibekalkan dengan nafsu, ada yang positif ada yang negatif. Nafsu perlu dididik sejak dari kecil, ibu bapalah yang patut memainkan peranan tersebut.Imam al-Ghazali pernah menyarankan agar anak-anak tidak dimuakan (manja) dengan kesenangan-kesenangan yang akan menggemukkan hawa nafsu. Sesekali biarlah anak-anak rasa sedikit kesukaran dalam kehidupannya.

Jangan pula berkata:"Biarlah, itukan budak-budak, nanti besar dididiklah". Ini pandangan yang salah, hakikatnya jika kecil payah dididik, bila remaja atau dewasa lagilah sukar. Ini kerana nafsu tua mengikut tuannya, lebih meningkat umur, lebih payah dibentuk dan dididik.

Oleh itu, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan mendidik anak-anak menjadi individu muslim yang mantap. Cemerlang di dunia dan di akhirat. Fahamkan anak-anak sejak dari kecil mengenai nafsu jahat dan yang baik.

Biasakan anak-anak dengan tuntutan syariat seperti solat, puasa, bab aurat supaya ia menjadi suatu kebiasaan dan tabiat. Bantulah anak menahan nafsu yang negatif. Ini kerana, kegagalan mendidik nafsu anak-anak sejak dari awal, lahirlah manusia dewasa yang berbangga dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukannya tanpa secebis rasa kekesalan apa yang dilakukannya.

Zaman remaja adalah waktu di mana cabaran hawa nafsunya amat besar. Apatah lagi, dugaan dan godaan sekeliling amat hebat, dengan gadis-gadis yang menawan, pusat hiburan sana-sini, pengedar dadah bertebaran mencari mangsa, kekayaan dan kemewahan dengan cara salah, kecanggihan internet yang tidak bertapis dan macam-macam lagi.

Remaja yang tidak ada perisai iman dalam dirinya akan mudah tewas dan hanyut dengan gelombang nafsunya. Remaja yang berjiwa Islam akan membezakan perkara yang makruf dan yang mungkar.

Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi saw) berkata:"Binasalah orang yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar". Jangan nanti pula semuanya disapu, yang baik buat tapi yang mungkar tidak tinggal, jika begitu akan berlaku kecelaruan dalam hidup.

Senjata menghadapi nafsu adalah Islam, iman, akal dan ilmu. Sebagaimana kata-kata seorang cendekiawan Islam:"Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan, dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan".

Tepuk dada tanya iman, apakah iman kita mampu mengekang nafsu, atau kita hanya mengikut kata nafsu. Jika selama ini kita sering tewas dengan nafsu dan keinginan yang bertentangan dengan syariat, maka saat untuk berubah ada di depan mata.

Jika berasa sudah selesa dengan maksiat dan sayang meninggalkannya, anda dalam kerugian sebenarnya. Segalanya tidak sukar jika ada keinginan, tanya diri:"nak ke tak nak berubah?". Andalah jawapan segalanya.
Membersihkan jiwa daripada hawa nafsu sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kita kembali daripada jihad (peperangan) kecil kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan nafsu dan pembersihan hati).”

Menjadi kewajipan kita supaya sentiasa menjaga diri agar tidak dikuasai hawa nafsu walaupun sedikit. Sekiranya gagal menghilangkannya, sekurang-kurangnya kita menyanggah dan tidak mengikutinya.


Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. [Surah Sadd: 26]
NAFSU AMMARAH
sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan tidak lagi wujud perbezaan antara perkara baik dengan yang buruk. Begitu juga tidak timbul langsung perasaan duka atau sesal jika berlaku perbuatan jahat. Sebaliknya, perasaan gembira dan berpuas hati akan timbul akibat daripada melakukan kejahatan seperti yang diinginkan oleh nafsu jahat ini.
Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Mempersempit jalannya nafsu dengan puasa, memperkecil ruang gerak nafsu dengan dzikir, mempenjarakan nafsu dengan tafakur ilallah.

Jangan selalu mengkambing hitamkan syaitan (lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan) karena manusialah penyebab syaitan menggoda, disebabkan tidak kendalikan nafsu karena nafsu ada dipengaruhi oleh panca indra.


Badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan.

.Untuk menjalankan perjuangan Kerohanian ini, bagi upaya pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka;

* badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,
* Ruh itu ibarat Raja.
* Pelbagai indera (senses) dan daya (fakulti) itu ibarat satu pasu...kan tentera,
* Aqal itu bisa diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
* Perasaan itu ibarat Pemungut sewa/cukai.
* Marah itu ibarat Pegawai Polis.
* Dengan pakaian Pemungut sewa/cukai, perasaan itu terus ingin merampas dan merampok. dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekerasan.

Kedua-duanya ini perlu ditundukkan di bawaah perintah Raja. Bukan dibunuh atau dimusnahkan karena mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan, tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.

Ruh yang membiarkan daya-daya bawah menguasai daya-daya atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim. Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya yaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan nampak dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.

* Orang yang menurut HAWA NAFSU nampak seperti babi,
* orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
* dan orang yang suci seperti Malaikat.

Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan amarah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan memantulkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala. WALLAHUA'LAM.

bersumber dari: