Oleh kerana mempunyai banyak masa ketika ini, maka aku pun merajinkan diri menulis tentang diri sendiri yang sememangnya telah lama terdetik untukku menulis. tetapi entah mengapa kali ini, jari-jemariku begitu terdorong menaip mengenai kisah yang pada aku, tidaklah menarik mana berbanding kisah-kisah yang pernah aku baca atau dengar mengenai insan-insan lain yang lebih bertuah.
Aku dilahirkan di tengah-tengah kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur pada 6 Disember 1984 tahun Masehi bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1405 Hijrah. Aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, yang mana pada masa itu lebih dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur. Dalam memori aku hanya ada memori ketika aku tinggal di Kelompok Enggang di AU2, Ampang Ulu Kelang. Memori ketika tinggal di Flat Pekeliling seakan dipadam oleh seseorang, aku cuma mengetahuinya melalui cerita-cerita orang tuaku dan abang-abangku sahaja.
Ketika akau dilahirkan, keluargaku tinggal di Flat Pekeliling, Jalan Tun Razak, yang pada masa ini (2011) sudahpun dibiarkan kosong menanti masa dirobohkan dan digantikan dengan bangunan perniagaan baru yang lebih canggih. Jarak antara Flat Pekeliling dengan HBKL bukanlah jauh mana, memudahkan kerja ibuku yang menanggung kesakitan ketika mengandungkan aku. Bapaku bekerja sebagai seorang anggota polis, di mana waktu bersama keluarga adalah tidak menentu, dan menuntut ibuku lebih berdikari.
Aku dibesarkan dalam suasana kota di tingkat 14 Flat pekeliling, di mana jiran-jiran kami tiada langsung kaitan darah dengan kami, malah berlainan agama, bangsa dan juga negeri kelahiran. Tiadalah dapat aku mengulas banyak mengenai sejarahku di Flat Pekeling. Seingat aku, ketika itu, cuma kami sekeluarga sahaja di antara saudara-mara kami di Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur, maka selalu menjadi tempat persinggahan jika ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur mahupun transit sebelum ke luar negara.
Suasana kehidupan di kawsan rumah pangsa di tengah kota merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Akses kepada pasar basah dan pasar mini sangat mudah. Semuanya ada sekeliling kami. Aku teringat cerita ibuku bahawa apabila beliau menggendongkan aku untuk membeli barangan keperluan, penduduk di situ pernah bertanya "Lu bela anak cina kah?"
"Siapkanlah untuk memerangi mereka dengan apa saja kekuatan yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (iaitu persiapan persenjataan yang hebat)(yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya" (Al-Anfal:60).
1 comment:
ermmm.... :D
Post a Comment