Disalin dari :http://wanhanafi.blogspot.com/2009/01/kedatangan-dato-bahaman-ke-kelantan.html
Kedatangan Datuk Bahaman Ke Kelantan Versi Keturunan Long Gaffar
...Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai. Beliau dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah Darul Iman, m.s 241).Semasa kejadian peristiwa ini, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor. Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” di dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman ini diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu tadi kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris. Kata Sultan Mansor, “ Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 _ tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892. Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris telah datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sulltan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berudur yang digunakan, iaitu;1. Keluarga Dato’ Bahaman berundur ke Kuala Berang, Terengganu.2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara (Narathiwat).Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Awang Nong, The Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;1. Pak Nik Ya (penghantar bunga emas).2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.3. Tuan Tabal.Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genab tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.....berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walaubagaimanapun kumunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja....
Dikirim oleh asrol pada Friday, 12 December 2008 (44 )
"Siapkanlah untuk memerangi mereka dengan apa saja kekuatan yang kalian mampu dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (iaitu persiapan persenjataan yang hebat)(yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya" (Al-Anfal:60).
Perhatian
Friday, July 26, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Ziarah 11 dan 12 Ramadhan
![]() |
| Dihadapan makam Almarhum Long Yunus |
| Busut di atas belindan Almarhum Long Yunus |
| Makam Sultan Muhammad I |
| Sultan Muhammad II |
| Sultan Muhammad III dan Sultan Mansur |
| Almahrum Tengku Abdul Kadir Kamarudin (Raja Patani terakhir) Ayahanda kepada Tengku Mahmood Mahyideen |
| Temgku Mahmood Mahyiddin |
| Batu Nisan dengan keterangan |
| Long Deraman |
| Long Sulaiman |
| Makam Tok Janggut |
| Melawat Roswadi Rajab yang mengalami kemalangan di wad 2 Intan HUSM |
| Almarhum Long Gaffar ibni Datu Reman |
Thursday, July 18, 2013
Ziarah 9 Ramadhan 1434 bahagian 2 - Makam Sultan Omar dan Raja Bahar
Sambungan dari bahagian 1
Sedang rancak kami berbual dengan Hj Halim, saya mendapat panggilan untuk kembali ke Kubang Kerian. Perbualan dengan Hj Halim semakin menarik, sayang pula hendak berhenti.
Saya mengambil keputusan pulang ke Kubang Kerian terlebih dahulu menyelesaikan beberapa hal.
Usai solat zuhur kami menyambung semula misi ke Kota Jembal pada hari ini. Sebelum tiba di Kota Jembal, kami masuk ke Jalan Kota Senang Menuju ke Taman Senang. Dari tepi jalan itu sudah kelihatan papan-papan tanda yang memandu arah ke Makam Sultan Omar.
Sedang rancak kami berbual dengan Hj Halim, saya mendapat panggilan untuk kembali ke Kubang Kerian. Perbualan dengan Hj Halim semakin menarik, sayang pula hendak berhenti.
Saya mengambil keputusan pulang ke Kubang Kerian terlebih dahulu menyelesaikan beberapa hal.
Usai solat zuhur kami menyambung semula misi ke Kota Jembal pada hari ini. Sebelum tiba di Kota Jembal, kami masuk ke Jalan Kota Senang Menuju ke Taman Senang. Dari tepi jalan itu sudah kelihatan papan-papan tanda yang memandu arah ke Makam Sultan Omar.
Selesai menziarahi makam Sultan Omar, perjalan diteruskan ke Kota Jembal kami masuk ke satu lorong di sebelah SK Kota Jembal. Sebelum ini saya pernah diberitahu terdapatnya sebuah makam di kawasan memandangkan kawasan ini merupakan laluan saya berulang alik ke tempat kerja di Kg Kemayang di Tawang.
Rupa-rupanya kawasan makam ini tersorok ditumbuhi pokok ubi kayu dan tumbuhan liar lainnya. Terpaksalah kami mengharungi belukar untuk menghampiri makam ini. Dari jauh kelihatan tiang pagar makan yang berwarna kuning.
| Hanya tiang pagar ini sahaja yang kelihatan, yang lain tenggelam dalam kehijauan belukar |
| Makam Raja Bahar yang kelihatan selepas semak samun diselak |
Ziarah 9 Ramadhan 1434 bahagian 1 - Makam tok kenali, dan guru-guru tua
Kebetulan pagi ini (khamis), saya mempunyai sedikit kelapangan. Jadi saya mengajak Long Muhammad bagi melawat beberapa makam dan guru-guru tua. Perancangan asalnya hanya ingin melihat makam sultan Omar dan Raja Bahar, memandangkan dalam perjalanan ke Kota Jembal, kami juga akan melalui Kenali dan rumah beberapa guru tua yang sedang uzur, maka kami singgah di beberapa perhentian.
Perhentian pertama adalah makam Tok Kenali. Rupanya makam Tok kenali ini begitu dekat dengan saya. Saya selalu melalui kawasan ini dan pernah melihat beberapa papan tanda, tapi masih belum digerakkan untuk menghampirinya. Baru kali ini saya diizin menghampiri makam Tok Kenali.
Perhentian pertama adalah makam Tok Kenali. Rupanya makam Tok kenali ini begitu dekat dengan saya. Saya selalu melalui kawasan ini dan pernah melihat beberapa papan tanda, tapi masih belum digerakkan untuk menghampirinya. Baru kali ini saya diizin menghampiri makam Tok Kenali.
| Makam Tok Kenali di bawah binaan wakaf |
Setelah menziarahi makam Tok Kenali, kami menuju ke rumah Cikgu Nik Ahmad, selaku setiausaha Persatuan Kerabat Raja Jembal, serta aktif mengajar tasauf di masjid-masjid sekitar Kota Bharu.
Beliau sangat aktif dalam masyarakat dan sangat gigih ke sana ke mari menimba ilmu dan menyampaikannya kepada masyarakat.
| Bersama Cikgu Nik Ahmad yang uzur lebih dua bulan |
Selesai di rumah Cikgu Nik Ahmad, kami memecut lagi. Kali ini menuju ke Kota Jembal. Dalam perjalanan, kami singgah ke rumah Hj Abdul Halim Bashah (IBHAR) yang banyak menulis mengenai Melayu, wali songo, dajal, imam mahadi serta peristiwa akhir zaman.
Beliau juga agak kurang sihat dan pernah dihantar ke hospital beberapa kali sebelum memasuki bulan Ramadhan ini. Saya beberapa kali tertangguh hasrat berjumpa dengan beliau, hikmahnya, dapatlah saya mengenali rumah beliau.
| Berkongsi sejarah Kelantan bersama Long Muhammad |
| Sempat bergambar bersama Hj Halim, beliau merupakan anak kelahiran Kedah, namun menjadi rujukan sejarah Kelantan |
bersambung ke bahagian 2
Monday, July 15, 2013
Urat Dawai Tulang Besi - hikmah bertari
Isi besi
dipadu bila bertari - oleh Azlan Ghanie
dipetik dari Majalah Seni Beladiri Mac 2004 - ms 54 kolum Senaman Tua
Satu ketika
dahulu, juga yang tidak tahu rahsia tari dalam Silat Melayu hingga mereka
memperlekeh tari. Dalam seminar, isu itu disampaikan kepada peserta yang baru
hendak mengenali beladiri. Isu ‘kutuk’ orang silat dengan dakwa bertari dan
berbunga sebagai buang masa.
Isu ini isu
lama. Suara perlekeh itu sudah jarang kedengaran lagi. Mungkin mereka sudah
celik atau sedar dari tidur.
Penulis
sendiri melihat dan mendengar orang sebegini bercakap dalam seminar, namun
kehadiran sebagai wartawan… ketika itu, penulis no comment. Buat tak reti aje.
Bila
membuat laporan dan disiarkan dalam majalah, dakwaan seumpama itu tidak
dimasukkan. Penulis percaya dan yakin, mereka akan sedar dan insaf bila menemui
kebenaran.
Kerana yang
diberitahu itu ialah generasi baru. Ada yang tidak pernah melihat tari silat.
Apapun,
yang tidak tahu akan terus tidak tahu.
Suara yang
pertikai itu, sebenarnya tidak mengutuk mana-mana silat. Hanya tidak Nampak
realistiknyabila bertari pulut dan sebagainya. Namun jika tidak bertanya atau
berguru, rahsia bertari pulut itu tidak akan diketahui.
Kini, suara
sedemikian sepertimana dikatakan, tidak berkumandang lagi. Mungkin diri sudah
berilmu.
Mungkin
sudah sedar, tari silat lain perguruan lain gayanya, namun konsepnya sama.
Jika taichi
dikatakan senaman untuk golongan tua. Ia membuktikan golongan itu berada dalam
kesihatan yang baik. Bila dibuat kajian, gerak perlahan boleh menghasilkan
pergerakan ‘luar biasa’.
Begitulah
tari pulut, tak perlu tunggu usia lanjut. Terlangsung, bila sudah bertari,
badan atau fizikal berada dalam tahap kecergasan yang terbaik. Ambil contoh
perguruan yang bertari termasuk Gayung Fatani, badan pengamal pengamal cukup
mantap dan kemas. Tidak perlu masuk gim.
Mempelajari
beladiri perlukan komitmen dan mempelajari tari memerlukan bukan sahaja
komitmen tetapi kekuatan mental dan fizikal. Kreativiti dan ilmu kecergasan
jika diambil kira, bakal memahami lagi segala perbuatan.
Namun,
seperti biasa, ada golongan enggan mempelajari beladiri, apatah lagi silat yang
betari. Mungkin takut badan sakit, diperlekeh kawan, atau peel suka perlekehkan
orang beladiri seperti berkata: “Kenapa hendak belajar beladiri… senjata api
ada”. Ego sebegini adalah sama dengan
‘nikmat’ makanan segera.
Kembali isu
tari pulut atau Tari Pendekar, yang benar tetapi tidak hairan, tiada guru tua
yang mengamal tari itu membalas. Tiada yang melenting malah mereka senyum
dengan dakwaan itu.
Di Pahang,
Tari Pendekar masih terpelihara dan penulis akan sedaya upaya memeliharanya
bersama rakan-rakan seperjuangan di Negara itu.
Bila
bertari, semua otot-otot bergerak. Adakala ‘main’ rendah, sederhana dan tinggi.
Ada masa perlahan dan ada mas laju. Ini menepat kehendak sains sukan, aerobic
dan anaerobic.
Ahli gim akan menggunakan dumbell dan barbell
untuk beban tambahan. Orang silat bila bertari dengan senjata, otot dalam
tangan hidup dan mantap. Kerana itu, yang tahu bermain peroleh ‘rasa’.
(Contoh
permainan ‘rasa’ – mereka yang memegang kuat tangan pesilat, tidak tahu bila
dan bagaimana pegangan terbuka… hanya tahu ia sudah terbuka.)
Bagi
pengamal tari. Tidak hairan dengan sebutan kelakar, tulang besi urat dawai.
Bertari dalam kajian penulis, akan menguatkan otot-otot dalaman. Kerana itu,
kekuatan dalaman tangan agak luar biasa kepada bukan pengamal.
Pengamal
tari banyak menggunakan pernafasan, oksigen juga merawat kecederaan atau
penyakit dalam tubuh badan.
Kerana itu,
mereka atau golongan guru tua kelihatan bergerak ‘muda’ dan mempunyai tubuh
badan yang ‘sedap’.
Wednesday, July 10, 2013
1 Ramadhan 1434 - hakikat berlapar
Kehadiran bulan Ramadhan yang dinanti setiap tahun oleh semua umat Islam disambut dengan penuh syukur dan kemeriahan pesta ibadah. Syukur pada tahun ini aku masih diberi peluang ke madrasah tarbiah Ramadhan lagi dalam keadaan yang lebih sihat dan sejahtera dari sebelumnya. Nikmat Ramadhan pada tahun ini diperolehi dengan harga yang sangat tinggi bagiku.
Aku telah dipersiapkan fizikal seperti 10 tahun yang lalu, dengan perut yang cepat kenyang serta tidak boleh makan sebanyak 10 tahun lalu. Juga syukur kerana sebulan sebelum bertemu Ramadhan, aku diberi peluang merasai terapi bekam yang penuh dengan hikmah dan rahsia dari Yang Maha Pencipta.
Sesungguhnya nikmat fizikal yang sihat adalah antara nikmat yang besar dalam kehidupan manusia. Benar sekali jika dikatakan rasulullah selalu berlapar.
Dibawakan beberapa hadis mengenai berlapar.
Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.”
(hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i).
“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut."
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut."
(Shahih Bukhari)
Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”.
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.“
(Al-'Araf 7:31)
Syukur sekali aku ditunjukkan hikmah berlapar sebelum bertemu Ramadhan maka masuk saja Ramadhan boleh ditumpukan kepada pengisian kerohanian yang hakikatnya merupakan perkara yang berkali ganda lebih penting berbanding fizikal. Moga kita sama-sama dapat menemui hakikat penciptaan dan diberi rahmat, pengampunan serta pembebasan dari neraka Nya.
Link yang membantu pemahaman pengurangan kandungan lemak dalam badan:
http://www.taknakgemuk.com/
http://www.sihatselalu.com.my/2010/09/diet-tetap-gemuk-kerana-rendah-bmr.html
Boleh dikaji semula sunnah berbekam yang dianjurkan rasulullah serta amalan pengambilan garam.
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/06/tentang-bekam-kebaikan-berbekam.html
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/10/titik-titik-bekam-utama-bekam-sunnah.html
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/05/rahsia-pengambilan-garam-oleh.html
Serta khazanah kecergasan melayu yang menjadi amalan
http://tenteraberkuda.blogspot.com/p/abc.html
Link yang membantu pemahaman pengurangan kandungan lemak dalam badan:
http://www.taknakgemuk.com/
http://www.sihatselalu.com.my/2010/09/diet-tetap-gemuk-kerana-rendah-bmr.html
Boleh dikaji semula sunnah berbekam yang dianjurkan rasulullah serta amalan pengambilan garam.
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/06/tentang-bekam-kebaikan-berbekam.html
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/10/titik-titik-bekam-utama-bekam-sunnah.html
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/05/rahsia-pengambilan-garam-oleh.html
Serta khazanah kecergasan melayu yang menjadi amalan
http://tenteraberkuda.blogspot.com/p/abc.html
Saturday, July 6, 2013
Membersihkan makam Dato Lundang
Baca kisah pemilik makam ini dalam pautan ini:
http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/03/menziarahi-kubur-leluhur-di-lundang.html
Batu nisan serta belindan yang jatuh, tenggelam diperbetulkan semula sekadar yang mampu. Ternyata batu-batu yang digunakan amat berbeza dengan kebanyakan kubur lain dan terpaksa menggunakan tenaga manusia yang ramai bagi melakukan kerja-kerja tersebut.
Gambar-gambar semasa gotong royong:
(sumber FB KRT Lundang)
![]() |
| Makam Mandur Mis dan Dato' Besar setelah diselenggara semula belindannya |
![]() |
| Sumber: http://long-mohd.blogspot.com/2012_06_01_archive.html |
Subscribe to:
Posts (Atom)




