Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, February 17, 2013

Spektrum warna di waktu solat

disalin dari page FB: positivemuslim
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=200694176721747&set=a.186643931460105.18351.186220018169163&type=1&ref=nf



Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” ( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


* * *


SUBUH 
Waktu solat subuh adalah dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



ZUHUR

Waktu solat zuhur adalah dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



ASAR

Waktu solat asar adalah dimulai setelah waktu Zuhur tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam.

Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)



MAGHRIB

Waktu solat mahgrib adalah dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYA

Waktu solat isyak adalah dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

* * *

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Thursday, February 14, 2013

Bowmaster Malaysia




Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Terima Kasih kepada anda kerana sudi melayari laman blog Bow Master Malaysia.
Sememangnya kami agak baru dalam dunia pembuatan busur ini.
Adapun tujuan utama kami menceburi bidang perniagaan ini adalah kerana untuk memudahkan semua golongan untuk memiliki peralatan memanah pada harga mampu milik.
Sesungguhnya sukan ini pada suatu ketika dahulu adalah dimainkan oleh semua lapisan masyarakat baik yang kaya mahupun yang kurang berkemampuan.

Sukan memanah ini juga merupakan salah satu Sunnah tuntutan Rasulullah SAW terhadap semua masyarakat Islam seperti mana yang telah dinyatakan dalam hadith baginda yang bermaksud : "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehinggalah pada hari ini, yang mana kita semua ketahui, sukan memanah ini telah menjadi hobi bagi golongan elite sahaja dek kerana harga peralatannya yang tinggi di pasaran. Jadi kami mengambil keputusan untuk menghasilkan busur panah yang pada harga yang rendah tapi berkualiti demi merakyatkan semula sukan Sunnah Memanah ini.

Semoga kita bersama-sama memperoleh syafaat Rasulullah SAW dalam menghidupkan kembali sunnah memanah ini. InsyaAllah

...................................................................................

"We are striving to make an archery accessible to all. With an affordable price, you'll become like a PRO. Trust us & believe in yourself. Its is not the wind, the bow nor the archer,  it is only GOD, who bring your arrow to its target."

For more detail, please contact Bow Master by :
Page Inbox : Bow Master
Email : bowmastermalaysia@gmail.com
Phone : 0137327653 (SMS ONLY)

Monday, February 11, 2013

Kisah diri aku - 2

Tidak banyak kisah waktu kecil yang diingati melainkan yang diceritakan oleh keluarga terdekat serta berpandukan gambar-gambar kenangan yang ada pada album keluarga di rumah. Tahun 80 an - 90 an, belum ramai lagi dari saudara mara kami tinggal di Kuala Lumpur, jadi sering menjadi tempat persinggahan sepupu-sepupu yang mendapat tawaran menyambung pengajian di luar negara mahupun di kawasan lembah kelang. Pada masa itu juga pengangkutan awam masih menjadi pengangkutan utama rakyat Malaysia.

Gambar-gambar juga banyak hasil sumbangan saudara-mara yang memiliki kamera. Kamera juga merupakan gejet yang amat jarang dimiliki oleh keluarga berpendapatan sederhana seperti kami. Zaman itu, kamera yang wujud hanyalah kamera jenis filem yang memerlukan pemiliknya mencuci filem di kedai-kedai foto bukan seperti hari ini, teknologi digital memudahkan kita memilih gambar-gambar yang diingini sahaja dicuci atau dibuang sesuka hati... Dulu jika segulung filem mengandungi 24 keping, maka 24 keping gambar akan digunakan beberapa event dan tidak akan dihabiskan dalam masa sehari, terpaksa betul-betul berjimat.  Kerana setiap keping akan dicuci dan memakan belanja yang besar mencuci semua gambar. Sekarang, budak sekolah berumur 10 tahun juga boleh mengambil gambar menggunakan aplikasi kamera yang tersedia pada telefon bimbit masing-masing.

Sunday, February 3, 2013

Sabri Zain Library

terjumpa satu link library yang menyimpan banyak penulisan mengenai melayu dalam bahasa inggeris

http://www.sabrizain.org/malaya/library/index.htm


dipost di sini untuk kemudahan saya dan sahabat-sahabat pada masa akan datang.

Friday, February 1, 2013

Siapa itu melayu

laman sumber: http://sayabudakmelayu.blogspot.com/2011/07/orang-melayu-berbadan-pendek-gempal-dan.html


Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, matanya cerdas dan cerdik. Biasanya dia bersifat baik hati, gerak gerinya sopan dan senang berbicara. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya. Dia seorang yang berani dan amanah didalam menjalankan tugas, tapi dia juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayarnya. Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka. Dia mengambil tahu hal ehwal jirannya sebab itu juga dia suka bercerita tentang hal orang. Dia pengikut Muhammad dan percaya pada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan lain seperti itu. Dia semula jadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir dan sungguh cekap dengan perahu. Tetapi yang terutama sekali, dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resamnya, takut pada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa. tetapi ia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atas....
-Sir Frank Swettenham,-
Cukup rasanya blog ini membincangkan berkenaan politik dan BERSIH. Kalau tidak kepada rakan yang lain, mungkin pada si penghikayat sendiri sudah merasa muak dan mual bila berbincang isu politik. Perkara yang sama akan didendangkan, isu yang sama akan dimainkan, dan tidak ada sebarang penyelesaian tapi hanya caci makian, tuduhan dan menghina merendahkan martabat satu sama lain.
Sudah tiba si penghikayat kembali ke topik dan tugas hakiki dalam SayaBudakMelayu ini. Menceritakan dan mencelikkan semula anak bangsa kepada mengenal pada diri sendiri mereka.
Siapa itu Melayu?

Bila pengasas blog ini meletakkan tajuk blog ini sebagai Saya Budak Melayu, timbul persoalan pada si penghikayat (selain mempertikaikan kenapa diletakkan Saya dan bukannya Kami kerana blog ini adalah gabungan dan berasaskan penulisan beberapa anak ‘Melayu’ dan bukannya pengasas blog seorang). Mampukah si penghikayat tergolong dalam definisi Melayu (si penghikayat berdarah Melayu Brunei + Hindi Mughal dan Hindi Bihari di sebelah bonda dan Melayu Pahang + Bugis + Turki di sebelah ayahanda).

Sila angkat tangan jika anda mengaku bahawa darah anda adalah Melayu Sejati! (Nota: Bugis, Minang, Rawa, Banjar bukan Melayu yang seperti anda sangka selama ini sebagai Melayu!). Jawapannya, hampir mustahil melainkan anda adalah Melayu Proto (Orang Asli) ! Kerana Melayu pada hari ini adalah campuran dari pelbagai spesis kaum-kaum dan bangsa-bangsa dagang yang datang ke Suvarnabhumi yang mewah ini.
Jadi, atas kapasiti apakah kalian mengaku bahawa kalian adalah Melayu?

Ilmiahnya, terdapat pelbagai istilah dan definisi yang telah diberikan oleh cendikia dan ilmuwan berkaitan Melayu. Ada yang mengaitkan Melayu itu sebagai satu bangsa yang begitu luas dan besar sifat alamnya, sebesar dari negeri Madagaskar di Afrika sehinggalah di kepulauan di Lautan Pasifik. Ada yang menyifatkan Melayu itu sebagai yang terdiri daripada bangsa yang menduduki di Selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, sebahagian dari Kalimantan, Kepulauan Riau sahaja dan berjumlah dalam linkungan 16 juta orang semuanya. Dan ada pula yang melabelkan Melayu itu dari sudut perlembagaan seperti mana di Malaysia dan Brunei, yang mana bangsa Melayu menjadi bangsa dominan dan bangsa yang memerintah. Dari sudut nasionalisme pula, Melayu di Malaysia pula dilabelkan sebagai mana-mana serumpun yang berasal dari Kepulauan Melayu ini. Manakala di Indonesia pula, Melayu tidak lebih dari salah satu ras yang terdapat dari beratus ras yang wujud dan senyap di republik itu. Di Filipina pula, definisi Melayu pula lebih bersifat novelistik dan idealistik, yang mana Melayu itu adalah satu bangsa yang menginap di kepulauan Asia Selatan ini tanpa sebarang pengkhususan. Oleh hal itu, yang mana seharusnya menjadi definisi yang perlu digunakan untuk disifatkan sebagai Melayu?

Di dalam Perlembagaan Malaysia, disebut Melayu itu seperti halnya didalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. Tiga unsur keramat yang perlu ada untuk seseorang itu disifatkan Melayu ya’ni:

(a) Berugama Islam
(b) Berbahasa Melayu
(c) Memegang (mengamalkan) adat dan budaya Melayu

Definisi yang sama turut dilaksanakan di Brunei Darussalam walaupun tidak mempunyai peruntukan yang khusus sepertimana di Malaysia. Namun begitu, definisi Melayu ini diperteguhkan lagi dengan doktrin Melayu Islam Beraja yang menjadi asas kepada rukun kenegaraan di negara kesultanan tersebut. Persoalannya, mampukah definisi yang berbentuk dan bersifatkan tinggalan British ini menjadi satu tanda aras untuk definisi Melayu?

Meninjau dan mengkaji Melayu itu sememangnya sukar. Sesukar untuk mencari kata akar untuk perkataan Melayu itu. Jawa mengaku bahawa Melayu itu asalnya dari perkataan pelarian. Si penghikayat teringat kepada kisah seorang sahabat di Indonesia yang berasal dari Pekan Baru, Riau. Ditakdirkan Allah, ketika beliau melawat sebuah perkampungan di pinggir Jakarta, seekor babi melintas dan terlepas dari kandang. Seorang orang kampong telah menjerit ‘Babi Melayu! Babi Melayu!...’ di hadapan sahabat tersebut. Apa lagi, ditumbuknya orang kampung tersebut kerana menyangka dia dihina! Rupanya, setelah menyebabkan satu gigi orang kampong tersebut patah dan hidung berdarah, barulah dia paham bahawa orang kampong tersebut tengah mengajar babi peliharaan yang lari dari kandang!

Perempuan Merina di Madagaskar. Lihat paras rupa yang hampir menyerupai Melayu di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal kurun ke-20
Perempuan Melayu pada awal kurun ke 19.Bangsawan dari Johor. Perhatikan persamaan paras rupa dengan Perempuan Merina diatas.

Bangsa Melayu di bumi negara Malaysia ini sering terikat pada definisi yang telah direka dan ditafsirkan dan disempitkan oleh penjajah British. Melayu itu diperikan seperti diatas itu punya 3 nilai keramat, Melayu itu hendaklah Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu dan berbahasa Melayu.

Jikalau Islam adalah pra-syarat untuk menjadi Melayu, ini bermakna hampir separuh yang didefinasikan Melayu oleh mereka yang beranggapan Melayu itu dari Madagaskar di Lautan Hindi sehinggalah kepulauan di lautan Pasifik itu tidak layak untuk diiktiraf sebagai Melayu, walaupun mempunyai unsur-unsur dan kaitan Melayu yang sungguh kuat. Ini kerana hampir 90% orang Merina dan orang Filipina itu berugama Kristian, ugama yang dibawa dan dipaksakan oleh penjajah keatas mereka. Bahkan, di sesetengah di Indonesia, ‘masuk Melayu’ itu sendiri ditafsirkan sebagai masuk Kristian! [Understanding Melayu as a Source of Diverse Modern Identitities, Reid, Anthony 2001,The Malay, Anthony Milner 2008]. Bahkan, di selatan negara, Singapura, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu itu sudah menjadi satu dogma yang tidak lagi releven. Ini kerana sudah terdapat Melayu yang pada masa yang sama berugama Kristian. Jadinya, agama seseorang itu bukanlah penentu ke-Melayu seseorang jikalau mereka-mereka ini mahu digelarkan Melayu sepertimana yang diidamkan oleh beberapa sejarawan dan antropologis Melayu.

Mengamalkan budaya Melayu merupakan identiti dan pra-syarat kedua seperti mana terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Penulis dan pengkaji Melayu, Anthony Milner pula mempertikaikan apa yang dimaksudkan sebagai mengamalkan adat dan budaya Melayu itu. Budaya dan adat itu bersifat lokal atau setempat. Untuk mendapatkan persamaan didalam budaya itu adalah sesuatu yang sukar didalam masyarakat yang berasaskan kesukuan dan setempat seperti Melayu. Masyarakat Melayu Cape contohnya, telah diresapi budaya ke-Araban dan Afrika. Melayu Ceylon/Sri Lanka pula terpengaruh dengan budaya budaya setempat dan unsure-unsur budaya mula menghilang. Pakaian yang merupakan antara simbol dan lambang kebudayaan sesuatu bangsa pula lain mengikut keadaan setempat. Melayu Cape mula beradaptasi dengan pakaian kolonial dan mula meninggalkan pakaian kebangsaan Melayu. Tidak bersampin, berbaju Melayu cekak musang dan perempuan dengan Baju Kurung. Melayu Sri Lanka juga mula menyesuaikan pakaian itu yang lebih berbentuk Islamik dan berbudaya setempat, iaitu dengan memakai pakaian tok siak dan berkain pelikat.
Pakaian Melayu Cape. Pakaian Tarbus lebih berbudaya Turki/Arab dari ke-Melayuan.

Berbahasa Melayu kompenan terakhir pra-syarat untuk menjadi Melayu. Sungguhpun terdapat persamaan antara bahasa Melayu yang diamalkan oleh Bahasa Melayu diamalkan di Indonesia dan Malaysia (termasuk Brunei, Singapura dan Selatan Thailand) keupayaan berbahasa Melayu di sesetengah ‘Melayu’ mula terhakis. Selatan Thailand, Melayu Pattani lebih selesa berbahasa Thailand daripada berbahasa Melayu, hasil penjajahan dan pengasimilisasian yang dilakukan kerajaan pusat Thailand. Begitu juga dengan ‘Melayu’ di Cape, dan Sri Lanka.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca juga antara penyebab kenapa berbahasa Melayu sebagai pra-syarat kepada kemelayu tidak boleh diterima sebagai sebab yang menyebabkan seseorang itu diklasifikasikan sebagai Melayu. Penggunaan secara meluas Bahasa Melayu menyebabkan kaum-kaum bukan Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Ibunda mereka. Di Indonesia, kaum Tionghua (Kaum Cina) sudah mula meninggalkan bahasa Mandarin atau kantonis dan hanya berbahasa Melayu ( Bahasa Indonesia) namun tidak pula boleh dikatakan dan diklasifikasikan sebagai Melayu. Jakun, Temai, dan puak Orang Asli yang mula berbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan dipertuturkan di rumah. Adakah itu menjadikan mereka sebagai Melayu sedangkan mereka sendiri tidak pula mengaku Melayu?

Jikalau terma Melayu itu terdiri dari mereka yang berasal dari Kepulauan Melayu/ Austronesia ini dan berhijrah sehingga tersebar dari Madagaskar di benua Afrika sehingga Kepulauan Pasifik, ternyata ketiga-tiga elemen/prasyarat ini tidak boleh terpakai dan terhapus.
Makanya, siapa itu Melayu sebenarnya?

Perbincangan diatas sekadar satu permulaan. Setiap perbincangan dimulakan dengan persoalan. Makanya, si penghikayat mempersoalkan secara terbuka kepada semua, semua anda yang membaca ini dan menjawabnya. Jikalau tidak mampu menjawabnya, fikirkan secara mendalam. Siapa anda sebenarnya yang selama ini mengaku sebagai Melayu?

Persoalan ini kita jawab pada perbincangan akan datang. :)

Ada apa dengan bangsa

sumber: http://sayabudakmelayu.blogspot.com/2011/08/ada-apa-dengan-bangsa.html
Lelaki Melayu Ceylon (Sri Lanka) pada akhir kurun ke-19


Sejak menulis kembali, terdapat beberapa maklumbalas yang diterima oleh si penghikayat. Ada yang menyokong, dan ada juga yang memandang sinis.

Ada apa dengan Bangsa? Ada apa dengan Melayu?

Kenapa kita sibuk nak memperjuangkan Melayu sedangkan Islam itu lebih besar, lebih gah, lebih perlu untuk diperjuangkan. Memperjuangkan Melayu itu memperjuangkan perkauman, asabiah, memperjuangkan sesuatu yang sia-sia.

Ini soalan yang selalu ditanyakan kepada Hamba. Soalan yang pasti dan tidak lari dari mulut mereka yang mempersoalkan Hamba.

Terkenang pada nasihat yang sering diberikan oleh Almarhum Nenda tercinta;

“Hendak Tahu Siapa Dirimu, Carilah Agama-mu, Hendak Kenal Siapa Dirimu, Carilah Bangsa-mu.”

Tahu disitu bermakna mengetahui apakah tujuan kita diturunkan di muka bumi ini. Apakah tugas dan tanggungjawab di muka bumi Allah Taala ini. Dan telah diterangkan didalam Quran:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.'" (Al-Baqarah: 30)

"Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56)

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun: 115-116)

Jelas lagi bersuluh akan tujuan dan matlamat hidup seseorang manusia itu. Tidak lain untuk menjadi hamba kepada-Nya dan menyembah Tuhan Rabbul Alamin. Tidak perlu untuk Hamba bercerita lebih untuk itu.

Kenal siapa dirimu dengan mencari bangsamu. 
Sedang sifat seseorang manusia itu hidup didalam masyarakat dan kaum. Tidak ada manusia yang mampu hidup sendirian tanpa bantuan dan sokongan dari manusia yang lain. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa sedangkan para Nabi Allah a.s sendiri yang mana semulia-mulia manusia yang diutuskan dengan segala macam kelebihan dan mukjizat memerlukan sokongan dan penjagaan keluarga dan kaum, inikan pula seorang manusia biasa yang serba kelemahan dan kedaifan. [al-Muqaddimah, Ibnu Khaldun]. Ibnu Khaldun juga turut memetik hadis sahih untuk menguatkan lagi hipotesis yang diberikan:

Allah tidak mengutuskan seseorang Nabi pun kecuali ia berada didalam penjagaan kaumnya.’ 

Dan lumrah setiap manusia itu, keadaan sekeliling mampu mempengaruhi kehidupannya. Jelas dibuktikan sepertimana didalam Hadis Nabi berbunyi;

Setiap manusia itu dilahirkan fitrah, ibu bapanya yang menentukan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi... 
Dilihat dari sudut yang lain, maka jelas seseorang itu terbentuk hasil dari keadaan sekeliling. Hebat seseorang itu, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh bagaimana dia dibesarkan, bagaimana pandangan alam masyarakat disekellilinginya didalam melihat dunia dan bagaimana masyarakat itu berupaya memberi anjakan positif didalam pemikirannya. Begitu juga lemah bangsa itu, maka lahirlah manusia yang lemah dari pemikiran, lemah dari daya tahan didalam menempuh cabaran hidup. 
Disinilah terletaknya hendak mengenal diri itu, carilah bangsa atau masyarakat sekeliling itu.

Kenapa kalian perlu mengenal bangsa kalian? Kenapa kalian perlu mengenal leluhur dan sejarah bangsa kalian? Kenapa Hamba bersusah payah untuk mengorek kembali sejarah bangsa kita yang tertimbus, kenapa Hamba bersusah payah untuk menghabiskan masa dan wang semata-mata untuk mengkaji sejarah bangsa walaupun itu bukanlah pengkhususan Hamba?

Jawapannya mudah, kerana untuk mencari kekuatan diri! 

Izinkan Hamba untuk memberi analogi dan perumpamaan yang boleh diberikan. Katakan bahawa ANDA adalah berketurunan dari Nabi Muhammad S.A.W dan digelar Ahlil Bayt. Dari keturunan semulia-mulia keturunan diatas muka bumi ini. Apakah yang bermain didalam benak pemikiran ANDA? Adakah ia tidak akan membawa sebarang makna, dan sekadar SEJARAH keluarga yang tidak akan memberi kesan pada kehidupan ANDA?

Atau adakah akan timbul sedikit rasa bangga, rasa teruja, rasa bertanggungjawab diatas kebesaran nama keluarga anda tersebut? Rasa bertanggungjawaban untuk mempertahankan dan menjaga nama baik keluarga dari diburukkan atau dipandang hina oleh masyarakat? Rasa bertanggungjawab untuk menaikkan kembali nama Ahlul Bayt seperti mana yang sepatutnya? 

Ya, setiap manusia biasa pasti akan merasa kesan, paling tidak minda separa sedar (subconscious mind) kalian untuk menjaga, mempertahan, dan menjulang nama keluarga Bani Hashim sepertimana yang sepatutnya.

Itulah yang kita inginkan. Melayu yang mengenal akan kehebatan mereka yang terpendam. Melayu yang merdeka.
Malangnya, kalian dimomokkan bahawa Melayu itu Malas, Melayu itu Lemah, Melayu itu Kurang didalam serba-serbi. Kalian dimomokkan bahawa Melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, Melayu itu Pendatang, Melayu itu memerlukan Bantuan kerajaan untuk berjaya. 
Maka lahirlah Melayu yang hanya mengharapkan bantuan, masih memerlukan tongkat saat bangsa lain sudah mampu berdiri bahkan memecut laju dengan sendiri. Melayu yang punya MASA-nya sendiri (lewat setengah jam), dan sebagainya. Melayu yang dijajah oleh pemikiran yang ditanam oleh para penjajah. Hingga, bukan lagi suatu keganjilan apabila ada Melayu sudah mula malu mengaku Melayu, dan pada satu tahap, sedar atau tidak bukan sahaja menjauhkan diri dengan Melayu bahkan Islam! Dan pada mereka yang kononnya mahu bersifat Islamik dan lebih aalim, meninggalkan ke-Melayuan dan mendekati ke-Araban, sedang mereka didalam keadaan tidak sedar menafikan sepertimana yang telah difirmankan oleh-Nya:

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (Al-Hujurat 49 :13) 
Hai Anak Melayu sekelian!

Kalian merupakan dari bangsa yang besar, bangsa yang hebat. Tidak mengetahui tidak bermakna Melayu itu lemah, Melayu itu mundur. Kaji dan selami sejarah leluhur kalian, dan pasti akan ditemui kekuatan yang tiada tara bandingan. Melayu bukan lemah, bahkan Melayu itu bangsa penjajah, menjelajah dunia jauh lebih awal dari mana-mana bangsa di dunia ini. Melayu itu bangsa hebat, mencipta ilmu jauh lebih awal dari mana-mana bangsa di dunia ini. Melayu itu tidak malas, melainkan bangsa yang bermaruah dan tidak mahu tunduk kepada penjajah dengan menjadi abdi kepada mereka. [Mitos Pribumi Malas, Syed Hussein al-Attas].Cari, kaji, selami, dalami dan anda pasti akan temuinya.

Tetapi kenapa tidak kita perjuangkan Islam, sedangkan Islam itu lebih hebat, lebih mulia disisi Tuhan?

Ya, Islam menjadi keutamaan. Tidak ada jawapan lain selain bahawa Islam itu jauh lebih penting untuk didahulukan dari apa juga perkara. Tidak pernah ada keraguan disitu. 
Namun, dilihat pula pada bangsa besar lain di dunia ini. Cina, India, Jepun, Korea, Eropah dan sebagainya, adakah mereka beragama Islam? Sudah tentu tidak. Tetapi apakah yang menjadi penyebab kepada kebangkitan mereka ini? Tidak lain dan tidak bukan SEJARAH dan BANGSA

Kenapa bangsa Cina hebat didalam perniagaan walaupun tidak ada sebarang ijazah didalam perniagaan? Kerana faktor sejarah dan bangsa. Kerana mereka dididik akan sejarah ketamadunan bangsa Cina dan dididik untuk berniaga sejak dari kecil lagi. Banyak lagi bukti untuk membuktikan bahawa Sejarah dan Ketamadunan itu menjadi asas kepada kebangkitan sesuatu bangsa.

Kita diberi nikmat oleh Allah dengan kemuliaan Islam dan kekuatan bangsa Melayu itu. Melayu pernah mencapai kemajuan material dan kebendaaan pada zaman Kedatuan Sriwijaya dan mencapai kemajuan pemikiran setelah kedatangan Islam.[Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Prof. Syed Naquib al-Attas]. Sudah tiba masanya untuk kita, anak Melayu ini untuk menggabungkan kehebatan Sriwijaya dengan kekuatan akidah Islamiyyah dan kembali muncul sebagai Melayu yang baru. 
Buat mereka yang bertanya, harap penulisan ini mampu menjawab persoalan. :)

Bangkit dalam lena

Pada waktu post ini ditulis, tarikh sudah menunjukkan penghujungnya bulan Januari dan memasuki awal Februari. Banyak perisstiwa yang berlaku semenjak kebelakangan ini menunjukkan umat Melayu sedang mengalami permulaan kebangkitan. Daripada apa yang diperhatikan peristiwa yang berlaku di sekeliling, melalui media elektronik, media cetak mahupun media baru, kesedaran mula muncul di kalangan anak bangsa mengenai kecelaruan yang telah berlaku selama beratus tahun.

Pada awalnya, perasaan ini dianggap pelik tetapi apabila melihat perkembangan yang berlaku, rupanya bukam saya seorang yang berperasaan begitu. Ramai juga yang berkongsi perasaan yang sama. Sejak beberapa lama kita ditidurkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, mula hilang dari mamai akibat lena yang panjang. Namun, perlu melalui proses yang panjang sebelum bersedia bagi memacu dengan full throtle. Bila difikirkan, baik juga jika kita dianggap masih lena oleh pihak musuh, namun sedang bangkit dalam diam. Satu strategi yang bagus.


Ayuh sahabat. Teruskan bangkit. Kembalikan kegemilangan yang memang ada pada diri kita. Tiada halangan, hanya sedikit cabaran dan rintangan yang bakal menambah upaya.