Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Saturday, February 22, 2014

Bekam dan pelbagai jenis penyakit

pabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-
  • Biru (hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.
  • Merah (jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.
  • Kuning (limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.
  • Putih (paru -paru) :Gangguan aliran darah dalam tubuh.
  • Hitam (ginjalsejuk/pedih :Kurang tenaga dan darah tersumbat



DARAH BEKAM YANG BERTALI ADALAH JENIS DARAH YANG ADA UNSUR GANGGUAN JIN/SYAITAN .

DARAH BEKAM YANG BEKU DAN BERKETUL MACAM JELLY ADALAH DARAH KOTOR YANG MENGANDUNGI TOKSIN DAN TOKSID .

Antara point point bagi rawatan bekam seperti penyakit adalah :-



POINT BEKAM UNTUK MERAWAT WANITA YANG MENGALAMI MASALAH HAID
Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam darah 24cup seminggu sekali untuk 3xsesi,insyaAllah haid anda akan berjalan lancar dan tidak mengalami senggugut lagi.



POINT BEKAM UNTUK MERAWAT PENYAKIT ASMA/LELAH.


Pesakit disyorkan menjalani bekam darah sebanyak 24cup seminggu sekali sebannyak 3xsesi,insyaAllah sembuh.



POINT BEKAM UNTUK MERAWAT DARAH TINGGI.
Pesakit disyorkan menjalani bekam darah 18cup seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah tekanan darahanda akan menjadi stabil.


POINT BEKAM UNTUK MENGATASI MASALAH GATAL-GATAL BADAN.
Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam darah 13cup seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllahbadan anda tidak gatal-gatal lagi.


POINT BEKAM UNTUK MERAWAT PESAKIT INSOMNIA
Pesakit insomnia disyorkan menjalani rawatan bekam darah 14cup seminggu sekali untuk 3xsesi,insyaAllah anda akan mudah tidur malam.





POINT BEKAM UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG.
Pesakit pinggang disyorkan menjalani bekam darah 10cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,serta membuat urutan kiropratik (tulang belakang),insyaAllah masalah pinggang anda akan selesai.




POINT BEKAM UNTUK MERAWAT KENCING MANIS.
Pesakit kencing manis disyorkan menjalani bekam darah 13cup seminggu sekali sebanyak 3xsesi,insyaAllah kadar gula dalam darah anda akan turun mendadak.


POINT-POINT BEKAM YANG EFEKTIF

3 Point di tengkuk dan juga 1 point di pusat kepala adalah titik-titik bekam yang tersangat-sangat efektifdan memberikan kesembuhan maksimum dimana ia boleh menyembuhkan/menghindari terus 72 jenispenyakit.

PEN BEKAM DAN LANCET YANG DIGUNAKAN DALAM KAEDAH BEKAM

Gambar diatas ialah pen bekam dan lancet yang berfungsi untuk melakukan tusukan pada kulitbagi mengeluarkan darah kotor dalam proses bekam darah.
Kaedah yang digunakan ini tidak meninggalkan sebarang parut pada kawasan yangditusuk/bekam dan juga tiada lagi rasa kesakitan semasa tusukan lancet kerana tusukan penbekam ini amat-amat laju.




SEMUA PENYAKIT DIDUNIA INI BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH BEKAM.

Melalui kajian saintifik dan R&D perubatan moden,maka tidak syak lagi semua penyakit bolehdirawat dan disembuhkan melalui kaedah bekam sunnah atau penyakit kencing manis sekalipun

1) Adakah kaedah rawatan bekam resdung itu menyakitkan ?
Tidak sama sekali...

2) Berapa kerapkah saya perlu menjalani rawatan bekam resdung nie ?
Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam resdung ni sebulan sekali.




3) Apakah pantang larang selepas menjalani rawatan ini ?
Pantang larangnya ialah kurangkan pengambilan makanan seafood seperti ketam,udang,sotong dan juga sambal belacan.




4) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

5) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.

6) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatanbekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.

7) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.


8) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.



9) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...


10) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit andadianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.



11) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.




12) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.



Sabda Rasulullah SAW...

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"(Hadis riwayat At Thabrani)


"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api,dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)


"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalahbekam"(Hadis sahih)



"
Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malamketika aku diisra'kan,kecuali mereka berkata,"WahaiMuhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!"
(Shajihu Al-Jami' 5671)


"
Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit,maka bekam juga bolehmencapainya" (Hadis sahih)


"
Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darahkotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...."(Hadis Hasan Gharib)


"
Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang bolehmengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam"(HR Ibnu Jarir).

Dengan pengetahuan perawatan berbekam ini dapatlah kita sama sama memunafaatkan kepada keluarga dan masarakat islam dimana jua berada.

Analisa simptom sakit-sakit di badan

sumber: http://www.bekam.biz/search?updated-max=2013-09-05T11:32:00%2B08:00&max-results=25&reverse-paginate=true


Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Diagnosis - Analisa ruas jari



Jika jari pesakit yang kita diagnosis itu ruas jarinya ada garis kehitaman,bermakna pesakit sedang mengalami masalah sembelit.Jadi jurubekam rujuk manual bekam dan bekam pesakit ikut point merawat sakit sembelit,insyaAllah dalam sekali bekam,masalah sembelit pesakit akan berkurangan.

sumber: http://www.bekam.biz/2011/05/diagnosis-bekam-analisa-ruas-jari.html

Analisa kulit wajah


Apabila seseorang itu jatuh sakit, warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-

-Biru (hati)-Angin :Sejuk: Pedih, kekejangan kuat dan darah tersumbat.
-Merah (jantung)-Panas: Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.
-Kuning (limpa)-Lembap: Kurang darah dan imun.
-Putih (paru -paru): Gangguan aliran darah dalam tubuh.
-Hitam (ginjal) sejuk/pedih: Kurang tenaga dan darah tersumbat

sumber: http://bekamsunnah.com/2011/09/diagnosis-bekam-analisa-kulit-wajah.html

Mengesan penyakit melalui saraf tapak tangan




PENGENALAN
  1. ANALISIS TAPAK TANGAN DIGUNAKAN OLEH BANGSA YUNANI.
  2. SARAF TAPAK TANGAN BOLEH MENGESAN 4-5 % PERINGKAT AWAL PENYAKIT
  3. TAHU KELEMAHAN ORGAN.
  4. TERSIMPAN SERIBU RAHSIA KESIHATAN

WARNA TAPAK TANGAN


TAPAK TANGAN WARNA MERAH :
  • Kolestrol, Darah Tinggi, Salur Darah Tersumbat.
TAPAK TANGAN PUCAT :
  • Kurang Darah / Darah Rendah
TAPAK TANGAN HITAM :
  • Toksid Tinggi / Racun Banyak
TAPAK TANGAN SEHAT :
  • Warna Kemerahan + Putih

Diagnosis penyakit melalui tanda selepas bekam



Kulit selepas dibekam

Diagnosa bekam dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Keadaan organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fizik, sehingga penyakit dapat diagnosa.”

Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :
Tindakbalas kulit selepas dibekam mengikut keadaan tubuh dalaman pesakit


1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada kebiasaannya hal  ini menandakan (kekurangan) saluran pembekal darah dan saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dan terdapatnya darah beku.

2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (berbintik-bintik), pada kebiasaannya ia menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.

3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan warna yang berbeza (gelap/pekat dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” dan aliran darah kurang lancar.

4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya menunjukkan terjadinya kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang ditunjukkan oleh kekurangan “Yin”.

5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap, menandakan keadaan asid dan lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan panas.

6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, menandakan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya angin.

7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menandakan keadaan adanya gangguan gas (angin).

8. Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan keadaan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.

9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.

sumber: