Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, September 9, 2012

INFO-INFO DALAM PANTANG


Alhamdulillah, isteri saya baru 15 hari lalu selamat melahirkan seorang anak perempuan yang comel, maka terjumpalah saya dengan info ini dalam pencarian maklumat mengenai penjagaan ibu selepas bersalin.

sumber: http://mutiarasayangibu.blogspot.com/p/info-info-dalam-pantang.html

Makanan ibu dalam pantang dan info-info dalam pantang

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.



Jenis ikan



Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.



Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.



Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.



Ulam-ulaman



Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.



Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:



Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.



Jenis sayuran dan buahan



Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.



Jenis ayam dan burung



Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.



Masalah-masalah dalam pantang

Darah Nifas



Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim.



Tumpah Darah



Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.



Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.



Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.



Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.



Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:



Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.



Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.



Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing



Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.



Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu.



Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim



Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya.



Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.



Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.



Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.



Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.



Lendir



ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.



Masalah Buah Dada



Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.



Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.



Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.



Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini.



Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.



Masalah Emosi



Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya.



Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan (depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.



Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.



Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.





"Bengkung untuk Ibu pantang bersalin

dan kecantikan badan"





Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung...



Perlukah saya memakai bengkung? * Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.



Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.



Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan? Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)



Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.



Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!



Perlukah memakai minyak dengan bengkung? * Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



TEKANAN DI KALANGAN WANITA SELEPAS BERSALIN



Pendahuluan

Kehadiran cahaya mata merupakan detik yang membahagiakan namun tidak ramai pasangan yang membicarakan tentang kesan tekanan emosi yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.



Definisi Tekanan Selepas Bersalin.

Tekanan emosi yang diertikan oleh masyarakat terutamanya masyarakat melayu dengan nama "penyakit angin meroyan". Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.



Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai "postnatal depression" yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.



Bentuk Tingkahlaku "postnatal depression"

Wanita yang mengalami masalah "postnatal depression" seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri dan mudah untuk merasa marah. Mereka bukan sahaja menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya. Malangnya kebanyakan wanita yang menghidap "postnatal depression" tidak menyedarinya sebagai satu penyakit. Begitu juga dengan suami dan ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit "postnatal depression" tetapi semulajadi. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri



Keadaan wanita ini juga akan menunjukkan perubahan yang mendadak seperti kemurungan, runsing dan kelihatan tidak bermaya. Sikap juga berubah dari periang boleh bertukar menjadi pendiam. Kebanyakannya seakan hilang sentuhan dengan dunia alam realiti.



Faktor yang membawa kepada tekanan emosi "postnatal depression"

Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada "postnatal depression" ini berlaku. Tidak dinafikan, kelahiran adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak semuanya begitu. Berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah anak yang tidak dikehendaki.



Tekanan ketika bersalin ditambah pula dengan rasa tertekan perasaan apabila mengenangkan anak yang dilahirkan. Apatah lagi wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan rasa tekanan emosinya.



Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami. Tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran. Selepas kelahiran, ibu terpaksa berjaga malam menyusukan bayi dan menukar lampinnya yang basah. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup. Baginya tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya merasakan ia sebagai kerja yang membosankan.



Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri. Setiap kali pulang kerja mengharapkan makanan terhidang, rumah bersepah isteri dimarah, sedangkan makan minum isteri ketika berpantang tidak pernah dihiraukan. Kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian harus dilakukan oleh suami jika tiada pembantu. Apabila keadaan tekanan ini tidak terbendung, rasa kecewa diluahkan dengan keadaan kemurungan dan menjadi pendiam. Yang lebih teruk sehingga menyebabkan isteri menjerit dan menangis seorang diri.







Sokongan emosi orang terdekat paling berkesan

Tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas punca-punca berlaku kesugulan di kalangan ibu selepas melahirkan anak. Walaupun ada kajian yang menyatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya "postnatal depression" namun ia hanyalah faktor kecil disamping beberapa faktor penyebab yang lain. Seseorang wanita yang sering berasa kecewa, sentiasa muram dan bimbang juga menjadi punca berlakunya "postnatal depression".



Begitu juga bagi wanita yang belum bersedia menimang cahaya mata tetapi terpaksa menghadapinya juga cenderung mengalami masalah tersebut. Waktu dalam pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada kalanya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu amat penting bagi bakal ibu mendapat sokongan moral dan emosi yang kuat daripada seseorang khususnya orang terdekat seperti suami terutamanya pada saat-saat menimang cahaya mata dan selepas melahirkannya.



Ini adalah kerana sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab ke arah kestabilan emosi isteri. Kajian yang dilakukan di negara-negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami "postnatal depression". Di Britain contohnya kaunseling biasanya dilakukan oleh kaunselor atau individu yang memberikan perkhidmatan menolong datang ke rumah pesakit. Sekaligus suami turut memberi bantuan sebagai kaunselor yang memberi sokongan emosi untuk menenangkan perasaan dan emosi isteri.



Harus difahami bahawa, wanita yang mengalami "postnatal depression" biasanya disebabkan oleh rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak seperti yang diharapkan. Sebelum kelahiran bayi mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh bayi yang comel dan sihat.



Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dalam dunia realiti, keadaannya berbeza. Apa yang dibayangkan dalam fikiran mereka menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dengan mudah. Ini merupakan satu kejutan yang mengganggu emosi dan fikiran wanita tersebut. Maka bagi mereka yang gagal mengawal emosi ketegangan ini mudah mengalami "postnatal depression".



Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata adalah persediaan emosi dan mental yang kuat. Selain daripada pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas bersalin disamping bersedia untuk menerima kemungkinan buruk selepas bersalin. Meletakkan harapan yang tinggi tanpa persediaan jiwa dan rohani yang mantap akan hanya membawa kekecewaan yang memungkinkan anda mengalami "postnatal depression".



Pendekatan kaunseling sebagai satu altenatif

Secara teoritikalnya kita rujuk kepada pendapat teori yang terdapat dalam Terapi Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis memberi andaian tentang sifat semulajadi manusia iaitu manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Di samping manusia berkecenderungan untuk memelihara dirinya, mencapai kebahagiaan, berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, ingin dikasihi dan mengasihi serta berkomunikasi dengan orang lain untuk berkembang maju ke arah nirwana kendirinya sendiri.



Sebagai suatu kaedah yang dianggap berkesan dalam mengatasi masalah tekanan semasa dalam pantang selepas melahirkan anak ialah melalui metoda psikoterapi dan kaunseling. Wanita-wanita dan suami yang bakal menimang cahaya mata disarankan supaya:



6.i Mempunyai persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal dan material dalam menghadapi sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata.



6.ii Bertemu doktor dan pegawai perubatan untuk mendapatkan nasihat bagi membuat persediaan yang berpatutan untuk menghadapi saat-saat kelahiran.



6.iii Datang berjumpa kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling perkahwinan bagi membincangkan aspek-aspek persediaan emosi dan kedua-dua pasangan yang akan menimang cahaya mata.



6.iv Menimba ilmu kemahiran menghadapi sebelum dan selepas kelahiran anak. Ini supaya kedua-dua pasangan tidak merasa janggal apabila berlakunya situasi tersebut.



Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa keseimbangan emosi dan mental wanita yang melahirkan anak samada sebelum dan selepas pantang amatlah perlu diberikan perhatian. Bukan wanita itu sahaja bahkan perlu juga sokongan kefahaman dan pertolongan di pihak suami dan keluarga. Wanita yang melahirkan anak amat sensitif dan mudah tersinggung kerana perhatian dan bantuan amat di perlukan ketika itu.



Seseorang wanita yang mengalami tekanan postnatal depression ini boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling dengan ahli-ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu, kakak atau adik beradik yang lain haruslah bekerjasama dalam mengembalikan keriangan di dalam jiwanya. Pujuk dan bimbing supaya dia mendekatkan diri kepada Allah agar tidak berputus asa walaupun diberikan dugaan sedemikian rupa.



Dari sudut terapi kerohaniannya seseorang wanita yang menghadapi tekanan adalah disarankan supaya menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin dan tawaakkal di atas taqdir-Nya di samping menerima realiti yang berlaku. Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan ialah memohon kepada Allah SWT supaya menenangkan fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. InsyaAllah dengan kekuatan ini wanita tersebut akan dapat merasa lega dan selaras antara kognitif, afektif dan tingkahlakunya.



Penutup

Masalah tekanan emosi dan mental seperti yang di alami oleh golongan wanita yang dikenali sebagai "postnatal depression" adalah merupakan suatu bentuk penyakit yang berlaku kepada wanita yang melahirkan anak. Jika tekanan ini dibiarkan berlarutan berkemungkinan ia akan menambahkan lagi kekusutan fikiran bahkan boleh menjadi tidak siuman.



Oleh yang demikian, tekanan seperti ini boleh di atasi dengan menggunakan kaedah kaunseling dan terapi yang dilakukan oleh suami atau individu yang ada kaitan dengan wanita tersebut. Namun apa yang lebih perlu ialah perhatian, kasih sayang dan juga bantuan kepada wanita yang melahirkan cahaya mata tersebut secara berterusan sehingga mengalami tahap kesihatan seperti sedia kala.







Pantang Larang Semasa Mengandung


Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.



Karenah sewaktu hamil juga kadangkala boleh mememningkan kepala. Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.



Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung., menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikaitkan dengan nafsu. Adakalanya apa yang diidamkan itu bersalahan dengan syariat dan keterlaluan, maka di sini ibu perlu banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t kepada hambaNya yang akan bergelar seorang ibu. Ibu-ibu perlulah bersabar, jangan terlalu mengikut nafsu.



Tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".



Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung ini, terdapat beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. Sebagai contohnya seperti adat melenggang perut untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.



Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:



Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.



Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.



Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.



Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.



Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.



Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.



Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.



Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.



Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.



Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:



Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.



Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.



Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.



Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

Saturday, August 25, 2012

Menjaga ibu berpantang dan menjaga bayi baru lahir


Pengalaman menjaga ibu selepas pantang dan menjaga bayi yang baru dilahirkan adalah pengalaman baru yang sangat mengujakan bagi saya.

Macam tidak percaya, saya kini adalah seorang suami dan seorang bapa kepada seorang anak perempuan.

Panduan untuk menjaga ibu mengandung

1) Perempuan yang mengandung akan lebih sensitif serta amat perlukan bantuan dan belaian daripada orang terdekat, keluarga terutamanya suami.
2) Dengan adanya kandungan bererti keperluan gizi bagi ibu mengandung bertambah, terutamanya keperluan kalsium dan zat besi dan folic acid. Alhamdulillah dalam kurma sudah merangkumi kesemua zat yang diperlukan. Pastikan bekalan kurma tidak putus untuk ibu mengandung.
3) Lebihkan pemakanan yang mengandungi zat besi seperti sayur bayam dan kerang bagi meningkatkan kadar HB dalam darah.
4) Elakkan dari melakukan kerja-kerja berat serta berisiko tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
5) Kurangkan dari memandu kereta jenis Manual Transmission
6) Elakkan membonceng motosikal, risiko tinggi untuk perempuan mengandung

Panduan menjaga isteri baru bersalin

1) Selepas bersalin, isteri amatlah lemah setelah berhempas pulas menggunakan sepenuh tenaganya untuk bersalin.
2) Pastikan perut sentiasa berbarut dan sebelum berbarut sapukan dengan herba seperti pati halia atau herba lain yang diyakini keberkesanannya.
3) Elakkan dari minum ais.
4) Pastikan ibu menyusu bayi. Untuk anak sulong biasanya agak sukar mengeluarkan susu. Serahkan kepada bidan yang pandai bagi mengurut ibu untuk mengaktifkan kelenjar susunya.
5) Rebuskan Sepang, Kederam dan Manjakani bagi membantu mengecutkan peranakan.


Panduan menjaga bayi baru dilahirkan

1) Beri hanya susu ibu
2) Elakkan memberi air kosong

3) Mandikan dengan air rebusan inai dan dukung anak

Wednesday, May 30, 2012

Tok Gajah

http://karami-suaraku.blogspot.com/2010/05/tok-gajah.html 

Tok Gajah menjadi Orang Besar Pahang dizaman pemerintahan Sultan Ahmad AlMuazzam Shah. Tok Gajah atau Khatib Rasu diberi pegangan sempadan oleh Sultan dari Bau Redap sampai ke Kuala Piul. Dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa,dari Pedah sampai ke Tanjong Lindong dan juga lembahan Sg Budu di Lipis. Beberapa gelaran lain : Sultan Garang, Imam Perang Rasu, Datuk Imam Perang Pahang, Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang.

TOK GAJAH DAN TOK BAHAMAN DI KAKI TENGKU BESAR MAHMUD IBNI SULTAN AHMAD MUADZAM SHAH


Keratan akhbar 'Media Terkini,10 September 2002' yang masih aku disimpan :



LIHAT PADA PERSAMAAN RUPA DI AKHBAR DAN GAMBAR BERSAMA TOK BAHAMAN.

Sunday, May 6, 2012

Kaedah Ulama Nusantara


bersumberkan:

http://lading-emas.blogspot.com/2012/02/ulama-nusantara-mempunyai-kaedah-yg.html
http://terapi-alfatah.blogspot.com/2012/02/la-hayyun-la-alimun-la-samiun-la.html

Assalammualaikum wmt dan salam Maulidur Rasul,

Penuh rasa dan ikatan syukur ke hadrat ZAT Yang tiada bersekutu sesuatu denganNYA, berkuasa bagi segala takluk kehendak dan kekuasaanNYA. DIA ALLAH, awal dan akhir, zahir dan bathin, tiada terdahulu dariNYA, tiada berkemudian bagi segala sesuatu yang dikehendakiNYA, DIA ALLAH beserta bagi segala sesuatu. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, walILLAHil hamd.

Sepurnama bulan terang di malam yang gelap, terang dan bersinar, menerangi malam tatkala kegelapan menyelubungi alam. Begitulah terangnya, indahnya, sempurnanya, bercahayanya, hadir Sayyiduna Habibuna Muhammad SAW yang melengkapi akhlak mereka yang rompong, menerangi hati mereka yang zulmat, membebaskan diri mereka yang terbelenggu dengan syirik kepada ALLAH. DIA Sayyiduna Muhammad SAW insan terpilih bagi setiap akhir zaman, hadir di dalam kehidupan kita, tinggal bersama di dalam kehidupan kita, beserta bersama dalam setiap amal kita, berhimpun bersama di alam akhirat kita, tiada yang lebih indah di dalam hidup dan selepas hidup, andainya Rasulullah SAW bersama kita. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihil kiram.

Para pembaca yang dikasihi ALLAH,

Kebelakangan ini, saya menerima panggilan dari sahabat bertanyakan perihal apakah itu Kaedah Ulama Nusantara. Tidak kurang dengan itu, ada yang berkata;
'Ada ke kaedah ulama nusantara?'
'Apa yang spesel sangat kaedah ulama nusantara?'

Dan pelbagai lagi persoalan, yang mana persoalan itu tidak ditanya terus kepada saya, akan tetapi ditanya kepada sahabat penyelaras.

Para pertanya yang dirahmati ALLAH,

Adapun yang dikatakan kaedah ulama nusantara adalah perkaitan kaedah-kaedah pengamalan dari segi zikir, amalan penjagaan diri, kesihatan dan pengubatan.

Dari mana datangnya kaedah-kaedah ini?

Adapun yang dikatakan kaedah ini adalah dari Ulama-ulama nusantara seperti Al Alamah Syeikh Daud Al Fathoni, yang terkenal dalam bidang perubatan selain dari furuq Islamiyyah. Syeikh Abdul Samad Al Falimbani yang terkenal dalam penjagaan kesihatan badan, yang umumnya Syeikh Samad Al Falimbani terkenal sebagai seorang Ahli senibela diri pada zamannya, dan tidak terlupa Syeikh Daud Abdullah Al Fathoni yang terkenal sebagai Ulama nusantara yang paling banyak mengarang kitab dari Fiqh hingga ke Tasawuf ( maka, tiliklah dahulu diri kita sebelum kita mengkritik Ulama ini, adalah tidak sopan bagi pihak kita untuk mengkritik kitab tulisan atau terjemahan Syeikh Daud Al fathoni pada nisbah mujahadah Ilmu dan Amalan beliau) dan Syeikh Abdul Samad Al Falimbani terkenal sebagai Mujahiddin pada zaman mereka dalam menentang musuh-musuh Islam.

Begitu juga penjagaan kesihatan dalam bentuk herba alamiah dan senaman yang menjadi amalan Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali.

Dalam bab amalan penjagaan diri dan zikir, amalan-amalan dari Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh, begitu juga dengan murid kepada Tokku Paloh, iaitu Aki Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Kilau.

Tidak tertinggal amalan dari Syeikh Hj Mat Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, terkenal sebagai Hj Mat di kawasan Lunas selepas Perang Pasir Putih (*Perihal sejarah yang sebenar, bukan jasad Tok Janggut yang digantung dan diarak di Kota Bharu, Kelantan seperti yang diwar-warkan di dalam teks-teks sejarah, amat penting untuk kita maklumi akan perkara ini). Dan Tok Janggut adalah seguru dengan Tok Kenali di Mekah iaitu bergurukan Syeikh Ahmad Al Fathoni. Ini adalah antara sejarah-sejarah yang telah digelapkan oleh penjajah.


Dalam hal yang sama, membicarakan bab penjagaan diri dari segala perkara-perkara yang bathil, diambil dari amalan AsSayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah, seorang Wali ALLAH yang terkenal di Singapura.

Penjelasan di atas antara hal dan perihal yang akan disyarah semasa kursus tersebut, malahan banyak lagi kaedah, amalan dan petua dari Ulama-ulama dari nusantara yang akan dikongsikan termasuk amalan penjagaan saraf dari Syeikh Muhammad Arshad Al Banjari dan lain-lain kaedah dari Ulama nusantara.

Jadi, apakah yang menariknya Kaedah Ulama Nusantara berbanding dengan Sunnah Rasulullah S.A.W?

Tiada istimewa, malahan ianya adalah dari intipati Al Quran dan Sunnah , yang mana Ulama-ulama ini menjalankan kaedah Sunnah mengikut pembawaan suasana dan masyarakat ketika itu. Di mana boleh kita perhatikan sejarah Wayang Kulit itu sendiri yang dibawa oleh Raden Said atau lebih dikenali sebagai Sunan Kalijago, iaitu salah seorang dari barisan Wali Sembilan (Wali Songo) tanah jawa, sebagai membawa masyarakat untuk dekat dengan Islam, begitulah juga keadaannya pada Ulama-ulama lain di nusantara ini, malahan keadaan penyakit atau permainan di nusantara ini adalah berlainan dengan keadaan di tanah hijjaz Arab.

Maka, tiadalah timbul atau terbit soal menjauhkan masyarakat dari kaedah sunnah, malahan ingin mendekatkan masyarakat pada kaedah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Bidaah?

Bukanlah medan yang sesuai untuk dibicarakan bab bidaah di sini, yang merangkumi 5 pembahagian yang dikatakan Bidaah itu sendiri, 5 pembahagian itu juga adanya 5 pembahagian hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Kenapa Kaedah-kaedah Ulama Nusantara ini diketengahkan?

Kerana ingin mewujudkan rasa cinta kepada Ulama-ulama yang banyak berkorban dalam memperjuangkan Islam di nusantara ini, malahan melahirkan rasa kuat untuk menuntut ilmu dalam mengambil iktibar mujahadah mereka baik dalam pengamalan ilmu dan pencarian ilmu. 

Ada yang bertanya, dari mana dapatnya saya akan semua ini?

Ya, saya peroleh semua ini dari jin dan laduni. 
MasyaALLAH, sudah pasti saya berguru dengan guru-guru tua di sekitar pelusuk Malaysia ini. Dan menerima saya dari mereka secara berhadapan, bertalaqqi, seperti itulah yang saya lakukan pada sesiapa yang inginkan ilmu yang sama. Oleh kerana itulah, saya amat tidak menggalakkan perkongsian ilmu melalui alam maya atau telefon.

Rata-rata yang menghubungi saya, bertanyakan kaedah dan amalan sebagainya, melalui telefon, yang mana amalan atau kaedah tersebut mereka dengar dari sahabat yang hadir ke kuliah TIAF, dan pastinya mereka sendiri tidak pernah hadir ke kuliah sang faqir ini, maka mohon maaf jika saya tidak dapat memberi kerjasama kecuali pada mereka telah hadir kuliah dan ada kemusykilan atau ulang kaji, sang faqir ini tiada masalah memberi kerjasama. 

Jadi, kena datang kuliah, bayar yuran, baru kongsi ILMU?

Ya, malahan bayarannya harus lebih dari Ahli lain. 
MasyaALLAH, seburuk-buruk saya, sehina-hina saya, saya bukan dari kalangan yang menjaja ilmu. Andai benar ada yang berhajat, datang berjumpa bertemu mata, jika kena pada masa dan keadaan, maka saya tiada masalah untuk berkongsi dan mengijazahkan amalan yang bersesuaian malahan ianya PERCUMA.

Kongsi, kongsi juga, ada sanad ke?

Ini persoalan yang sering diajukan pada sahabat penyelaras tetapi bukan pada sang faqir ini sendiri. Adapun segala apa yang saya kongsikan dari awal hingga akhir, dari A-Z, adalah bersanad dan hasil dari talaqqi dengan sekalian guru-guru, tidak saya tambah akannya atau kurangkan akannya malahan jauh sama sekali dengan hal yang dikatakan R&D, Try and Error, pada sang faqir, tiada try and error dalam perjalanan salik. Merujuk kata salah seorang guru tersayang di Gunung, Kelantan, Tok Su Mid Gunung; 

Ulama dulu doh siap kaca gula doh (Ulama dulu sudah siap sedia mengacau gulai sudah), cukup rasa, cukup sedap, cukup molek, bakpo kito lo nie, panda-panda letok garae, tambah gulo, tamboh gotu goni, nok molek, turutlah hok molek ( cukup rasa, cukup sedap, cukup elok, kenapa kita sekarang, pandai-pandai letak garam, tambah gula, tambah itu ini, hendak elok, ikutlah yang elok).

Berdasarkan pesanan itu, maka saya lebih cenderung mencari dan merujuk dengan guru-guru tua dalam perkara berkaitan kerohanian termasuk perubatan.

Para pembaca yang dikasihi ALLAH,

Maka inilah antara penjelasan yang dapat saya pamerkan di sini dalam menjawab persoalan yang berlegar di dalam fikiran kalian.

Kepada mereka yang kecewa dek kerana tidak mendapat jawapan yang diinginkan dari saya baik melalui telefon atau email, jawapannya sudah saya letakkan di atas. Bagaimana mungkin untuk kita memberi mutiara berharga dari dasar laut yang dalam kepada seseorang yang baru atau tidak kita kenal?. 

Jika mengikut adabnya, seorang yang memerlukan wajarlah datang MENGADAP dengan orang yang diperlukan, tambahan pula yang memerlukan langsung tidak pernah berjumpa dengan yang diperlukan. Sang faqir yang jahil lagi baharu ini ditarbiyyah oleh guru-guru dengan penekanan adab dengan ilmu, pengijazah ilmu dan penerima ijazah ilmu itu sendiri. Maka, dalam perkara ini, saya amat tegas, biarpun ada yang berbunyi, saya seorang yang kedekut ilmu.

Maka, sebarang pertanyaan atau kemusykilan dengan persatuan yang tidak punya apa-apa ini, boleh terus hubungi saya  019-6727 627,insyaALLAH, persoalan kalian akan saya cuba jawab pada kadar dan kudrat yang ALLAH izinkan.

Semoga dijelaskan ALLAH bagi setiap persoalan yang berlegar, semoga kemudahan dari ALLAH beserta dalam setiap perbuatan dan amal.

Wassalam.

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH

Friday, May 4, 2012

AGENSI PERISIKAN MALAYSIA

http://militaryofmalaysia.net/2011/04/agensi-perisikan-malaysia/


Nota Penulis :  Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara dan menyebabkan kesatuan umat Melayu Islam berpecah. Ini sedang berlaku dan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.
Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negara.
Bukan sedikit negara lain meniru cara Malaysia yang menggunakan konsep “Cegah Sebelum Parah) melalui undang-undang Akta Rahsia Rasmi yang kini turut ditiru oleh banyak negara luar.
Di mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. Cuba anda cari di dalam dunia ini, negara mana yang tidak terlepas dari diganggu oleh “tangan-tangan tidak nampak” ini, dari Indonesia sampailah ke Timur Tengah. 
Setakat ini negara kita masih mampu dipertahankan dan anda masih boleh keluar berarak, mendengar ceramah Anwar atau PAS dan berkempen untuk kejayaan politik anda dalam parti Umno, kesemuanya kerana kerajaan Malaysia dan kroni-kroninya bertungkus lumus berjuang dalam kepayahan untuk membolehkan anda melakukan semua ini dengan PERCUMA.
1. Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mudah sahaja formulanya.

2. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.
3. Saya rasa lucu apabila ada pihak yang menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang rakyat ini? saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda selamat dalam bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda.
4. Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut pada Para 1 di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.
5. Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.
6.  Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.
7. Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
8. Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan sepertiMalaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.
9. Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.
10. Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.
11. Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi seperti belanjawan untuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan bajet clandestine dari keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi.
12. Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible dan jika anda teliti, tahun lepas ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Sudah tentu kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.
PERALATAN
13. Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).
14. Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia (nama tak payah sebut) untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor.
15. Saya tidak pasti jika ini benar tetapi gergasi pengeluar telefon (nama tak payah sebut)  ada menjual produk alat telekomunikasi yang harganya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk kegunaan agensi perisikan kita.
16. Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.
ANCAMAN DALAM NEGARA
17. Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.
18. Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).
19.Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.
20. Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower.
21.Muslihat mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.
22.Segala pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam negara ini.
23. Ada unsur-unsur yang memberi petunjuk bahawa terdapat tajaan kepada kekacauan di dalam negara yang sedang ditimbulkan oleh anasir-anasir dari parti pembangkang dan juga anasir halus dalam Umno.
24. Usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, kejatuhan mereka akan mengorak langkah Malaysia menjadi sebuah republik dan sesiapa pun boleh menjadi Ketua Negara (kalau rakyat negara ini sudah dididik untuk tidak menghormati ketua negara, perdana menteri…kita nak dengar cakap siapa dan kalau cakap mufti pun kita boleh perlekehkan, kita nak dengar cakap siapa lagi? Akhirnya semua pemimpin yang bernama Melayu dan Islam akan ditolak ke tepi dan ketika itu barulah kita tahu tetapi kita sudah terlambat kerana kebodohan kita sendiri.
25. DAP mungkin menjadi platform terbaik untuk kejatuhan sebuah kerajaan Melayu Islam seperti Malaysia. Anwar Ibrahim hanyalah boneka, persoalan terbaik, siapa yang pasang kamera video tempat Anwar bermukah dengan pelacur Cina? Siapa pemilik tempat itu dan tujuan kamera di pasang? (Maaf, kalau betul lah Anwar, harap-harap bukan). Polis sepatutnya siasat siapa pemilik tempat itu sebenarnya.
26. Itu baru sebahagian, baru ancaman dalam politik, belum lagi ancaman dan sabotaj terhadap ekonomi dan kewangan negara serta pelbagai ancaman halus yang disasar untuk mengurangkan jati diri orang Melayu dan Islam di negara ini.
27.Masalahnya, siapa pun elemen luar, mereka masih gagal mengkaji siapa orang Melayu sebenar. Gagal mengkaji psikologi orang Melayu dan mereka menyangka, orang Melayu ini sama macam bangsa Arab.
28.Jika unsur-unsur provokasi gagal diwujudkan melalui dalam negara, ada kemungkinan ia akan naik ke tahap yang lebih tinggi seperti peperangan dengan negara luar serta sebagainya.
ANCAMAN LUAR NEGARA
29.Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.
30.Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.
31.Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntun hubungan di antara kedua-dua negara.
32.Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan kontek di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara.
33.Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung Sukhoinya  ke arah Kuala Lumpur.
34.Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.
35.Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.
36.Sama-samalah kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.
37.Pada masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada tahap sifar dan jika berlaku, saya letak dalam tempoh 10 hingga ke 50 tahun akan datang melalui krisis dengan Singapura atau China.
38.Saya enggan mengulas mengenai krisis yang mungkin melibatkan negara-negara yang saya sebut tadi kerana jika anda peminat blog saya, saya ada mengulas mengenai hal-hal di atas dan jika anda peminat pertahanan dan mencintai negara anda, sudah tentu anda ada mengikuti perkembangan dunia ketenteraan di rantau ini dan sedar apa yang sedang berlaku.
Nota Penulis : KALAU BUKAN MELAYU NAK NAIKKAN ORANG MELAYU, SIAPA LAGI?
MEMANG BLOG DEN GEBANG-GEBANGKAN ORANG MELAYU NI HEBAT, TAPI INILAH   PEMIKIRAN STRATEGIK, MAHATHIR DAH LAMO BUEK BENDA NI TAPI RAMAI TAK  NAMPAK. 
SAYANGNYA TAK BANYAK MEDIA YANG BERUSAHA UNTUK MENAIKKAN JATI DIRI  ORANG MELAYU, YANG MENJAHAMKAN BANYAK. JADI TIDAK PERLU MEREMEHKAN  USAHA SEGELINTIR BLOG YANG SEDANG BERJUANG UNTUK MENANAM SIFAT JATIDIRI INI.

ISLAM & MELAYU: Mana tempat kita

SATU ANALISA

http://midvoices.blogspot.com/2012/04/islam-melayu-mana-tempat-kita.html

Assalamualaikum, hampir sejenak Middle Voices ditinggalkan Safira Safri sambil mencari dan melihat kebodohan mereka yang bermata dan bertelinga malah punya akal dan berkepala lutut. Pelbagai isu yang ditinggalkan, PTPTN, kebebasan, Aman Kampus dan banyak lagi. Namun hari ini kembali jari ini untuk bergerak untuk menaip dan menadah satu doa. "Ya Allah, selamatkan agama serta saudara islamku dan selamatkan bangsa dan tanah airku." 

Safira Safri ingin kongsikan sedikit getaran dan kegerunan dijiwa seandainya fakta ini di geledah dengan gelojoh sehingga maknanya tidak difahami oleh akal yang busuk kerana tidak kenal apa itu islam dan melayu maka tanyakan pada cikgu supaya kenal supaya tidak lupa akan sejarah dan tahu maknanya islam dan melayu. Maka bacakanlah hendaknya fakta ini dan fikir-fikirkan.

Majlis Keselamatan Negara
5 April 2012
Tingkat 9, IPK Negeri Sembilan
Mohamed Razali Bin Abd Rahman
Bekas 
Setiausaha Organisasi DAP 
Timbalan Ketua Pemuda DAP 



Pengakuan:
- Beliau pernah tinggal di gereja selama 2 minggu
- Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia
- Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan

Sebab keluar DAP:
- Telah sedar, DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian
- Jeff Oi (DAP Jelutong) dalam ucapan : "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."
- Malayu, Islam dan Raja paling dibenci oleh DAP


Razali pernah ke Balai Polis untuk buat repot polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu call dan arahkan supaya ditarik balik. Guen Eng nak kasi RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia tarik balik repot. Paderi ke tempat kerja isterinya dan beri tawaran yang lumayan untuk tarik balik repot.



Beliau memberitahu rancangan besar DAP

1. Kristian Agama Rasmi
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sistem raja berperlembagaan akan dibubar, Raja keturunan lanun kata Kit Siang.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandinagn tilawah Al qiuran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA N PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5 ribu akan diberikan atas alasan human right(penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran TUN.
12. MARA jabatan resis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israil akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Peraksewaktu dibawah Nizar. Ngeh pernah mintak tatapi dihalang oleh mufti.
23. DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancanagn DAP.

Pengakuan RAZALI yang dibawa oleh Majlis Keselamatan Negeri ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan pada 5 April 2012

Fikir-fikirkan dan buatlah tindakan yang perlu demi Agama, Bangsa dan Negera.

Prologue: SS tidak punya pertuturan panjang untuk dibariskan kerana tiadanya faedah dan untung berbaris baris dengan puluhan perenggan tetapi hati kamu, kamu, dan kamu kosong tiada mengerti akan apa maksudnya ISLAM, MELAYU, TANAH AIR.

~UNTUK SAMBUNGANNYA, SILA KLIK~

http://midvoices.blogspot.com/2012/05/tolong-rahsiakan-daripada-orang-melayu.html