Pages

Sunday, March 10, 2013

Menjejak makam leluhur di Lundang

Setelah diberitahu asal keturunan saya di Kampung Lundang, saya amat teruja bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam lagi. Hasil dari maklumat yang diberitahu Pak In (Shafie Husin), maklumat ini didapati dari sepupu saya, Long Muhammad yang mencatatkannya dalam blog beliau:

http://long-mohd.blogspot.com/2012_06_01_archive.html

Salasilah leluhur saya seperti yang disampaikan oleh Pak In (Shafie Husin)

Pada petang 10 Mac 2013, saya berkelapangan melawat kubur-kubur yang dikatakan kubur datuk nenek moyang saya yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Saya ke sana bersama Long Muhammad dan anak saudara beliau.

Saya dan Long Muhammad di samping Kubur Dato Panglima Perang
Kelihatan dalam gambar, kubur Dato Perang Lundang, isteri serta Dato Besar 

Long Muhammad di samping kubur Dato Panglima Perang

Di samping kubur Mandur Mis dan Dato Mekong

Long Muhammad di samping kubur Dato Lundang
Kubur Wan Idris dan Wan Ishak masih tidak dapat dikesan dan menurut cerita lisan, kubur Wan Idris terletak berhampiran dengan pokok celagi (asam jawa). Namun pokok celagi yang dikatakan telah pun tiada pada hari ini. (update penemuan kubur Wan Idris: http://tenteraberkuda.blogspot.com/2013/06/penemuan-lokasi-wan-idris.html)

Tulisan jawi pada belindan kubur Almarhum Ismail bin Wan Idris

1 comment: