Kami diajar teknik-teknik pemasaran guerilla secara offline dan online di media sosial serta strategi berkesan menemui sasaran yang betul dalam pemasaran secara online.
Kami juga diberikan tugasan secara berkumpulan bagi menjalankan pemasaran secara gerilla di jalanan. kami sempat ke kawasan Chow Kit dan kebetulan pula di PWTC sedang berlangsung KL International Hijab Festival 2014.
Kami juga didedahkan dengan penghasilan RP serta didedahkan dengan Lakaran Model Perniagaan atau Business Model Canvas (BMC) bagi memudahkan kami membuat gambaran sebenar perjalanan perniagaan yang bakal atau telah dijalankan. Menarik kerana saya baru saya membuat carian dan sedikit perbincangan mengenai BMC dan rezeki menyebelahi saya dalam kursus ini BMC diterangkan dengan begitu jelas sekali.
Businesss Model Canvas (BMC)
http://ceogvsu.com/business-model-canvas/
Setelah membuat carian mengenai BMC, diketahui wujud pula istilah Lean Canvas yang diubahsuai sedikit daripada BMC malah lebih mudah, ringkas dan sesuai untuk mereka yang baru ingin memulakan perniagaan. Sila klik pautan untuk makluman lanjut.
Lean Canvas
http://practicetrumpstheory.com/2012/02/why-lean-canvas/
Pada hari terakhir, kami diminta membuat persembahan mengenai aktiviti yang telah kami lakukan dalam guerilla marketing
Semua kumpulan menunjukkan hasil yang sangat membanggakan dan mempunyai kelebihan masing-masing yang tersendiri.
Penyampaian sijil dari Puan Maznah, Penolong Pengarah FAMA.
Semua peserta dan penganjur berpuas hati dengan kursus ini. Nampaknya begitu bersemangat untuk mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam perniagaan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kursus ini. Termasuklah semua penyampai yang sudi mencurahkan ilmu yang sangat berguna. Uncle Zin juga tidak ketinggalan mendapatkan khidmat bekam dan katanya BEKAM BEST.
Yeah.. cayalah..
ReplyDeletePower la.. Terbaik..
ReplyDeletehaha... jumpa mike dengan blog teman ni
ReplyDelete